Habis SPM, Peah ajak pergi KL. Aku tipu mak. Bila naik dengan kawan lakinya, aku dah tak sedap. Esok kejutan lagi aku terima



 #Foto sekadar hiasan

Pengalaman Si Kobis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai, Kobis di sini. Mana yang kenal tu, kenal lah ya.

Terima kasih admin sekiranya confession Kobis ni tersiar. Confession ni sedikit panjang tau. Tapi 1 episod je, janji.

Kat sini Kobis nak ceritakan pengalaman Kobis selepas habis SPM dulu. Ikutkan Kobis sekolah dekat bandar M dari darjah 2 sampai tingkatan 3.

Start tingkatan 4, Kobis terpaksa pindah ke sekolah kampung disebabkan nature kerja bapak Kobis.

Kampung tu, boleh dikatakan dekat ceruk pedalaman jugak lah. 2 jam dari kampung nak sampai pekan.

Siapa je yang suka pindah sekolah kan? Nak cari kawan baru lagi. Tapi disebabkan result PMR Kobis straight A, Kobis disanjung tinggi lah dengan cikgu cikgu dekat sekolah baru.

Sampaikan ada program ibu anak angkat antara perfect score student dengan cikgu, guru besar volunteer nak jadi mak angkat Kobis.

Kawan kawan kelas Kobis, tak nak kawan Kobis sebab Kobis tak cun macam diorang.

Kobis tak tahu lah macam mana budak sekolah kampung ni boleh cantik cantik putih semuanya. Mak diorang bagi makan apa eh.

Kobis selalu tanya mak, kenapa Kobis gelap, tak cerah macam mak Kobis. Macam biasa, mak suruh Kobis tengok abah.

Hmm memang patut la Kobis gelap. Kalau bab genetic ni, tak boleh kata apa dah. Kobis rasa dalam sekolah tu, Kobis lah yang terpaling tak cantik sekali.

Tapi nasib baik lah Kobis lagi bijak dari diorang, so kalau apa apa diorang terpaksa bercakap dengan Kobis nak minta tolong apa apa.

Cerita dekat sekolah ni, banyak dukanya. Masa zaman ni, Kobis pakai Nokia 3310 je, William la tempat Kobis mengadu.
Sebelum Kobis pindah sekolah dekat kampung, Kobis sempat berkenalan dengan William.

Selepas 3 minggu kenal William, Kobis kena pindah sekolah pulak. Ala cinta monyet baru nak berputik, dah kena pindah sekolah.

Sedih jangan cakap lah, kalau boleh Kobis nak je peluk tiang sekolah tempat Kobis main cop tiang waktu rehat tu sebab tak nak pindah.

Ok berbalik pada cerita sebenar, disebabkan budak kelas Kobis yang cun melecun tu tak nak kawan dengan Kobis, Kobis rapat dengan budak budak kelas hujung.

Budak kelas hujung hujung ni walaupun akedemik diorang kurang, tapi diorang layan Kobis baik giila dan setiakawan tau.

Cikgu cikgu pun tahu Kobis rapat dengan diorang sampaikan kalau cikgu nak cari Kobis, cikgu pergi jumpa diorang.

Dalam banyak banyak tu, Kobis paling rapat dengan Peah. Kawan dengan Peah ni la Kobis mengenal erti kebebasan.

Peah ni sengal ubi jugak perangai dia, tak padan betul dengan bapaknya orang masjid huhu.

Dengan Peah ni la Kobis kenal karaoke jamban, wayang, game centre, fun fair.

Petang petang lepas Kobis habis tuisyen, Peah selalu jemput Kobis dekat sekolah lepas tu kitorang melepak makan ABC bawah pokok.

Sesudah tu, kitorang pusing pusing keliling kampung sampai pukul 7 baru balik hihi. Seronok betul kawan dengan Peah.

Even dekat sekolah bandar pun Kobis tak merasa buat semua ni sebab kawan Kobis semua yang sopan sopan perangainya.

Lepas habis exam SPM Kobis tanam anggur dekat rumah. Nak kerja pun parents Kobis tak bagi sebab kampung jauh dengan Pekan.

Nak kerja dekat pekan, kena lalu kebun getah. Maunya on the way kerja terjumpa vavi, huru hara nanti. Itu bapak Kobis lah yang kata.

Tapi serious kampung kitorang memang ada banyak vavi. Habis pokok ubi yang mak tanam dekat belakang rumah kena sondol dengan geng vavi.

Sejak tu mak tak tanam ubi lagi dah. Hampeh genuak betul, dah lah Kobis suka kuih lepat ubi dan bingka ubi. Dalam banyak banyak pokok, pokok ubi jugak yang dia nak sondol.

Satu hari, Peah datang rumah Kobis. Dia kata, kawan dia ajak pergi karnival kerjaya. Kononnya kalau kita pergi karnival tu, boleh lah nampak nak pilih bidang apa sebelum masuk uni nanti.

Tapi, Peah cakap karnival kerjaya ni dekat KL.

Kobis rasa jarak rumah Kobis dengan KL tu ada dalam 400km lebih. Jauh merentas beberapa negeri. Kobis tahu, kalau kobis bagitahu mak ni, confirm mak tak bagi.

Buat apa nak pergi karnival jauh jauh, result SPM pun belum dapat lagi. Beria pulak nak pergi karnival pasal kerjaya. Tapi Kobis tetap nak pergi, tak kira.

Macam macam Kobis fikir, macam mana nak pergi career fair ni tanpa pengetahuan mak Kobis. Last last Kobis tipu mak Kobis. Hmm serba salah pulak terkenangkan balik tau.

Kobis tipu mak, Kobis cakap Kobis nak jumpa kawan sekolah lama dekat bandar M, mak pun setuju.

Masa umur 17 tahun ni, Kobis selalu je pergi bandar M naik bas jumpa kawan kawan. Sebab tu time tu mak Kobis bagi green light je.

Rancangan Kobis nak ke KL untuk karnival kerjaya pun diteruskan. Rancangannya macam ni, petang Ahad, kawan Peah jemput kitorang.

Kemudian, kitorang bermalam dekat rumah kawan Peah dekat pekan. Keesokan paginya (Isnin) baru bergerak pergi KL naik bas ramai ramai dengan peserta karnival kerjaya yang lain.

Dengar macam normal kan? Kobis nak ingatkan kat sini, walaupun Kobis ni bijak akademik, tapi sifat peka kobis memang out haha.

Level tak peka tu, kadang kadang vavi lalu dekat sebelah pun Kobis boleh tak perasan. Ha macam tu lah.

Pukul 5.30 petang hari Ahad tu, selepas bersalaman dengan Mak dan Abah, Kobis terus pergi pondok tunggu bas untuk berjumpa Peah.

Kitorang berdua janji nak jumpa dekat situ dan tunggu kawan Peah jemput.

Tepat pukul 6 petang, ada 2 motor sampai depan pondok bas. 2 orang lelaki umurnya dalam lingkungan 20-an turun dari motor masing masing.

Kobis cakap dalam hati, haaa ni mesti nak jemput awek turun dari bas ni. Selepas diorang turun motor and buka helmet, salah seorang lelaki ni sapa si Peah.

Rupanya, ni lah kawan yang Peah maksudkan. Alamak, sudah lah lelaki, naik motor pulak tu.

Kobis tak pernah naik motor dengan lelaki selain abah dengan abang abang Kobis. Memang Kobis tak nak lahh.

Lepas tu Peah pujuk Kobis, “tak pe Kobis, ni demi masa depan kau,”.

Pandai ya kau Peah. Result SPM pun belum keluar lagi.

Tapi akhirnya Kobis turutkan je sebab Kobis fikir Kobis ada Peah kalau jadi apa apa pun.

2 orang lelaki ni, sorang nama Zack, lagi sorang Jay.

Dengan takut takut, Kobis bonceng la motor Jay. Peah dengan Zack. Beg baju Kobis yang berkartun Garfield tu Jay letak dekat riba dia.

Ini kalau abah atau abang Kobis nampak ni, confirm Kobis kena kejar dengan getah paip sampai kampung sebelah huhu.

Pakcik naik motor yang lalu lalang depan pondok bas tu pun, pandang je kitorang. Mesti pakcik tu fikir anak siapa la ni lari rumah ikut jantan. Hmm nasib baik yang lalu tu bukan kawan kawan abah.

Masa atas motor tu, Kobis diam je. Dah la Kobis duduk jauh dari Jay. Jauh tu rasanya boleh letak sorang lagi duduk tengah tengah. Kalau dekat tayar tu boleh duduk, Kobis duduk situ dah agaknya.

Jay cuba juga berborak borak dengan Kobis, tapi Kobis jawab sepatah sepatah je. Kobis rasa mungkin Jay nampak Kobis macam cacing tergeliat tak selesa atas motor tu, akhirnya Jay bersuara,

“Cik adik jangan takut.. kitorang ni orang baik..”

Lepas dia cakap macam tu, lagi lah Kobis takut. Kobis diam je atas motor tu, hari pun semakin gelap.

Sedar sedar jam dah nak pukul 8 malam. 2 jam atas motor, memang keras kematu lah montot Kobis.

Selepas hampir 2 jam atas jalan raya, akhirnya motor belok ke kawasan perumahan.

Tiba satu lorong kecik ni, motor Zack belok kiri, motor Jay belok kanan. Masa ni Kobis dah start panic dah, kenapa tiba tiba kitorang berpecah. Macam macam dalam kepala Kobis masa ni.

Kot la Jay bawa Kobis pergi rumah kosong ke, rumah bujang ke, macam mana. Ala macam dalam drama TV tu.

Kobis tanya Jay, kenapa berpecah dengan Zack, Jay cakap Zack ikut jalan shortcut. Kobis diam.

Ikutkan hati nak je kobis terjun dari motor time tu jugak tapi tak berani. Masa tu la baru nak menyesal sebab tipu parents Kobis.

Sesungguhnya, terasa derhaka betul saat atas motor tu.

Sampai ke satu simpang tiga ni, dari jauh Kobis nampak ada budak budak lelaki tengah melepak bawah tiang lampu.

Kobis dah tak sedap hati, Kobis berdoa jangan la Jay berhenti dekat kumpulan budak melepak tu.

Sangkaan Kobis ke tong sampah, Jay berhenti dekat geng motor tu. Time Jay berhenti, tiba tiba diorang semua bersorak.

Masa ni Kobis memang dah nak menangis. Memang tak salah lagi, confirm Kobis jadi Kobis masak kicap malam ni.

Kawan kawan Jay tanya Kobis ni awek Jay ke, Jay cakap Kobis ni adik angkat. Eh sesuka hati dia je mengaku jadi abang angkat Kobis.

Hello, Kobis pun ada ciri ciri abang angkat idaman Kobis jugak. Kobis diam je masa tu. Rasanya kalau toreh muka Kobis pakai pisau, memang tak keluar drah dah. Punya lah takut masa ni.

Lepas diorang berborak sepatah dua, Jay terus berlalu dari geng motor tu. Mana la Jay nak bawa Kobis ni sebenarnya.

5 minit atas motor, akhirnya Jay berhenti depan satu rumah dekat kawasan perumahan ni.

Kobis nampak, Zack dengan Peah dah tergelak gelak dah tunggu kitorang depan gate. Kurang asam punya Peah! Boleh pulak kau bergelak gelak sekarang, Kobis ni dah nak terberanak takut masa tu.

Masa turun motor, rupa Kobis memang macam Kobis layu dekat pasar dah.

Pin tudung yang sepatutnya bawah dagu tu dah naik sampai ke telinga. Sembap muka Kobis kesan air mata sebab fikirkan nasib Kobis yang hampir jadi lauk masak kicap malam tu.

Jay dengan Zack hantar kitorang depan rumah mak Jay, tumpang bermalam dekat situ. Jadi bermalam la kitorang berdua dekat rumah mak Jay malam tu. Jay dengan Zack tidur dekat rumah kawan diorang.

Esok paginya selepas bersiap, kitorang ber-empat tunggu depan rumah Jay. Selepas tu, ada bas sekolah jemput kitorang.

Dalam bas tu, Kobis tengok penumpangnya macam macam usia. Umur macam mak abah Kobis pun ada.

Kobis nak duduk dengan Peah, tapi Peah nak duduk dengan Zack. So Kobis terpaksa la duduk sebelah Jay. Sempat lah berborak dengan Jay

“Kenapa abang Jay nak pergi karnival kerjaya ni, kan dah kerja?,” Kobis tanya.

“karnival apanya? Kita nak pergi interview kerja lah,” Balas Jay.

Adui, apeni. Kenapa Kobis asyik kena game je ni. Tak sempat Kobis balas kata kata Jay, tiba tiba ada sorang pakcik tak berambut ni, dia grab mikrofon dekat sebelah drebar bas, and terus berucap pasal matlamat hidup. Ah sudah.

Lepas tu dia panggil sorang sorang berucap dekat depan, bagitahu apa impian dalam hidup. Dengan Kobis kobis sekali kena berucap.

Kobis tak tahu lah apa yang Kobis cakap masa tu, Kobis rasa Kobis tak boleh brain lagi yang kitorang dalam bas semua ni nak pergi interview kerja.

Kobis baru lepas habis SPM.

Selepas 3 jam atas bas, bas pun berhenti. Rupanya bas tu bawak kitorang pergi UIA.

Lepas turun bas, Kitorang ikut je pakcik tak berambut yang berucap dalam bas tadi pergi ke satu dewan auditorium.

Sampai depan pintu tu, pakcik tu pusing belakang and tanya kitorang semua,

“dah ready semua?”

“dahhh” jawab peserta lain.

Ready apa pulak diorang ni. Selepas tu pakcik tu terus buka pintu dan masuk diikuti kitorang.

Time kitorang langkah masuk dewan auditorium tu, semua orang dalam dewan tu bertepuk tangan dan bersorak!

Kobis tak tahu lah nak bagi reaksi apa kali ni, rasanya sejak semalam hidup Kobis dah cukup dengan kejutan.

Kitorang pun duduk dekat seat yang disediakan. Tiba tiba, MC dalam dewan tu menjerit,

“Selamat datang, bakal bakal jutawan semua,”

Lepas tu orang ramai dalam dewan tu bersorak lagi. Ahhhh rupanya, kitorang satu bas semua kena scam pergi seminar MLM hahaha.

Dalang semua benda ni pakcik tak berambut tu lah. Dia ajak semua orang untuk ikut dia pergi seminar konon nak ubah nasib. Terciduk Kobis and Peah dalam tu.

Macam tu lah ceritanya. Karnival kerjaya entah ke mana, cari kerja entah kemana. Itu lah, siapa suruh tipu mak. Ini lah daulatnya.

Sampai sekarang, family Kobis tak tahu cerita ni.

William pun tak tahu. Kobis dengan Peah je yang tahu benda ni.

Lepas beberapa minggu, Kobis dengar ramai jugak peserta yang naik bas tu join MLM tu termasuk Jay dan Zack. Tak tahu apa la nasib diorang lepas tu..

Sekian Kobis share pengalaman Kobis, jumpa lagi hehe.

Sumber – Kobis (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post