Anak buah 3tahun, duk kibas2 air. Aku bagi sedas dekat bahu. Jirus kepale dengan air sampai tercungap. Tiba2 aku tersedar



 #Foto sekadar hiasan

Orang Panas Baran Ini Elok Hidup Seorang Saja

Nama saya adik, tahun ni umur baru masuk 20. Anak bongsu yang terpaling single sepi manakala abang kakak saya dah berkeluarga dah.

Straight to the point je lah, saya ni panas baran orangnya. Tak tau lah dari mana datangnya sikap tu sebab family saya semua soft spoken je.

Mungkin dari faktor persekitaran kot jadi baran macam ni.

Kalau mood biasa, saya ni baik je. Rajin tolong orang, buat itu buat ini. Tapi kalau mood saya tak elok, memang ke laut lah semua benda.

Muka saya pun saya tengok sendiri dalam cermin dah macam muka minta penyepak je.

Kadang kadang termenung panjang jugak bila saya fikir masalah baran saya ni.

Dulu kat sekolah saya duk asrama. Saya pengawas jaga dorm.

Bila depa tak susun baldi elok elok kat rak, saya tumbangkan semua baldi biar berselerak habis habisan.

Kalau dalam tandas ada yang tinggal barang pagi pagi sebelum nak gi sekolah, saya buang dalam tong sampah.

Memang saya marah waktu tu. Saya marah sebab orang menyusahkan saya yang menjalankan tugas. Bukannya saya tak pesan dekat depa.

Kalau ada masalah kebersihan kat dorm, apa apa hal saya gak yang kena.

Sekarang ni dah sambung belajar, dah start duk rumah sewa dah. Ada sorang housemate saya ni, tak tau la mungkin habit dia kot suka simpan beka -bekas makanan.

Kalau yang macam kontena aiskrim tu saya tak kisahla, boleh gak buat simpan ayam ikan dalam peti ais. Tapi ni sampaikan bekas yogurt ilao ilao yang dah kemek kemek tu pun disimpannya juga.

Bekas minuman teh ais pyor tepi jalan pun disimpan juga. Kalau simpan elok kemas kemas tak menyakitkan mata takpa, ni berselerak je atas kaunter dapur.

Malas cakap banyak, saya buang je mana mana bekas yang tak disusun kemas. Alhamdulillah setakat ni tak kantoi lagi, tak pernah gaduh dan dia pun tak cari gak barang barang dia tu.

Kat rumah sendiri lain pula cerita. Saya duk kawasan perumahan cina. Jiran sebelah saya ni aunty yang dah nyanyuk, umur macam dalam 70’s gitulah.

Dia duk sorang je dekat rumah tu. Anak anak dia semua dah berkeluarga dan duduk jauh jauh. Cuma ada sorang je anak dia yang duduk dekat and selalu hantar tapau dekat aunty tu.

Orang nyanyuk ni, paham je lah macam mana perangainya.

Ada la satu hari tu dia buat pasal kat kami, family saya yang lain diam je malas layan dia atas alasan aunty tu dah tua, nyanyuk.

Saya takleh duk diam. Terus saya keluar dari rumah, panggil aunty tu keluar biar talk talk face to face orang putih kata.

Tapi buat penat je gaduh, aunty tu tetiba ajak nyembang sebab dia lupa dia tengah gaduh. Nyanyuk la katakan

Ada satu hari lagi, anak buah saya yang 6 tahun terkencing kat tilam. Masa tu mak ayah dia takda dekat rumah.

Biasanya dia pandai je bangun sendiri gi tandas kalau rasa nak terkencing time tido. Tapi masa tu mungkin dia terbabas kot.

Saya baru lepas masak and kemas kemas dapur. Bila tau je dia terkencing, terus saya rasa marah sebab saya dah penat kat dapur, sekarang nak penat uruskan dia pulak? Last last saya biar je mak saya yang uruskan.

Pernah dulu masa dia umur 3 tahun, mak ayah dia tinggalkan dia dekat rumah kami tapi saya je yang ada dekat rumah waktu tu sebab tengah cuti SPM. Bila petang tu saya mandikan lah dia.

Biasala budak kan melompat lompat dalam bilik air dengan tangannya yang tak reti nak diam duk kibas kibas air. Waktu tu memang baju seluar saya dah basah dah tapi saya cuba sabar.

Bila cakap elok elok tak jalan, pangggg saya tampar bahu dia. Tak cukup tu saya amik paip buka air besar besar pastu saya jirus je atas kepala dia tanpa henti sampai tercungap dia cari nafas.

Tiba tiba rasa tersedar terus saya tutup paip, cepat cepat amik tuala keringkan dia.

Masa tu dia tak nangis tapi muka dia nampak terkejut. Nasib baikla saya tampar tak berbekas dan dia pun okey je macam biasa lepas tu. Hey kalau berbekas maunya duk penjara la saya ni.

Sebenarnya banyak lagi kejadian lain. Tapi kalau saya taip banyak banyak ni risau jadi novel lak nanti. Kang jenuh lak hampa semua nak baca

Sabaq, sikit lagi nak habis na. Kalau saya kata orang yang panas baran ni pentingkan diri sendiri, abang abang dan kakak kakak kat luar sana setuju tak?

Sebab bila kami marah, kami buat je apa yang kami nak tanpa fikirkan perasaan orang lain asalkan kami rasa puas hati.

Jujurnya saya risau sangat dengan sikap saya ni.

Macam macam saya fikir. Kalau dengan budak kecik pun saya tak boleh nak tolerate, macam mana kalau saya ada anak nanti?

Kalau anak saya terkencing kat tilam saya akan dera ke? Kalau dia sakit, termuntah apa semua, saya akan pkul ke atas alasan saya penat?

Dengan budak kecik yang terkencing pun saya marah, macam mana dengan mak ayah saya?

Saya tak pernah mendoakan depa sakit ke apa, tapi sekiranya keadaan tidak mengizinkan, adakah saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak dengan baik?

Kalau mak ayah saya lak yang terkencing, terberak, saya biar je ke atas alasan saya penat? Atau saya akan pkul je? Allahu minta dijauhkan. Saya taknak jadi anak derhaka

Dengan aunty nyanyuk pun saya tak boleh bersabar, macam mana saya nak berhadapan dengan mak ayah saya nanti?

Sekali lagi saya nak kata, saya tak pernah mendoakan tapi saya cuma berfikir ke hadapan.

Misal kata lah jadi macam tu, mampu ke saya sebagai seorang anak nak layan karenah mak ayah saya?

Mampu ke tidak saya ni nak jadi seorang anak yang baik? Mampu ke saya balas jasa mak ayah?

Walaupun anak buah saya nakal, tapi alhamdulillah dia masih normal. Kalau dengan kenakalan dia yang normal pun saya tak tahan sabar, macam mana saya nak bersabar dengan anak anak syurga nanti?

Saya amik degree pendidikan khas (Kalau tanya kenapa saya amik kos yang speacial ni, saya cuma ikutkan permintaan ayah saya, huhu).

Nanti habis belajar saya gi mengajar anak anak syurga. Hampa semua tau kan macam mana istimewanya depa? Mampukah saya jadi seorang guru yang baik?

Kesabaran saya cukup tak nak kawal depa elok elok? Kalau depa buat hal tak dengar cakap saya, adakah saya akan naik tangan juga?

Allahu minta dijauhkan. Saya pun tak nak pkul pkul anak orang.

Orang yang panas baran ni kan pentingkan diri sendiri kan, eloklah kalau duk dalam gua je takyah bergaul dengan masyarakat.

Kadang kadang saya rasa saya ni mati je lagi bagus sebab hidup kat dunia pun tak boleh nak bertoleransi dengan orang lain.

Bukan tak cuba nak kawal emosi, tapi kadang kadang emosi yang jadi tak terkawal.

Baik saya ni takyah wujud je. Nanti pun takyah kahwin, takyah beranak, takyah berkeluarga, takyah bersosial.

Kalau hidup asyik rasa nak marah je, baik mati je lah senang cerita tak menyusahkan orang.

Sampai sini jelah. Terima kasih hampa semua sanggup baca luahan saya sampai sini. Saya hargai sangat sangat kalau ada yang sudi bagi nasihat kat saya.

Dah macam novel dah, elok berhenti je lah..

Reaksi Warganet

Ahmad Rayyan –
Jangan terlalu ikut emosi dan perasaan. Bimbang diuji dapat pasangan lagi baran or anak bermasalah. Seeloknya banyakkan aktiviti sosial yg sihat.

Bakal cikgu pendidikan khas kn? Baik slowly dari sekarang cuba control baran.

Ni aku nak cerita pasal member u aku dulu. Cikgu pendidikan khas jugak. Dia tak baran, cuma ada satu hari dia tak boleh control rasa nak marah.

Yelah budak budak lembam dan OKU ni bukan mudah nak didik. So, dia terlampau nak marah, dia p ketuk jari sorang budak OKU tu.

Guess what. Anak dia lahir ada cacat sikit dekat jari sebijik tempat yang dia pernah ketuk anak syurga tu.

Naz Zuki –
Rugi actually jadi orang panas baran ni. Bende boleh happy tapi pilih untuk marah.

Bende boleh bagi orang jadi sayang dekat kita, tapi buatkan orang makin jauh dan lari dari kita.

Apa yang Mulut cakap, tak boleh tarik balik. Same goes to tindakan. Try la control emotions.

And try to think “tak penat ke aku jadi gini asyik nak marah orang je”

Nanti sampai tua orang tak berani nak dekat.

Nurul Hidayah Alias –
Rugi jadi orang asyik nak marah marah ni. Saya bercakap dari pengalaman berhadapan dengan orang yang asyik nak marah, asyik cakap maki maki. Sampaikan pemergian dia pun, saya tak rasa apa..

Nurul Hazwani –
Bukan ini masalah mental ke? baik sangat pun mental, baran sangat pun mental. Pembersih sangat pun mental, pengotor sangat pun mental.

So Kalo Rasa nak brubah, jumpa la yang lebih pakar. Jangan takut, jangan Malu.

Perubahan yang baik ini untuk masa depan Kita jugak. Manusia boleh berubah. Semoga TT dipermudahkan urusan. aminn.

Adam Sole –
Ramai orang baran tapi ramai orang berubah….

PERTAMA sekali anda mesti percaya yang anda boleh berubah.. Tu yang penting.

Antara caranya ialah cuba belajar untuk control diri.

Ada kawan saya dia pergi ke camping macam tu, belajar jadi lasak dan endurance. Jadi dia banyak belajar untuk bersabar.

Contoh beberapa hari tak mandi, tido ala kadar atau tido dalam kemah yang tak selesa dsb.

Belajar to be humble. Kalau TGNA dulu dia cuci tandas surau dekat rumah dia, cuci sampai bersih. Jadi belajar untuk sabar juga.

Cubalah cari cara apa yang boleh meningkatkan kesabaran kita..

Dee Mokde –
Kalau kamu boleh bercerita di sessi luahan ini, saya rasa adik juga bersedia untuk mendengar nasihat yang baik baik dari sahabat yang beri pendapat dan komen di sini

Nasihat saya, cuba dapatkan rawatan atau kaunseling dari pakar. Tak boleh di biarkan.

Nasihat sahaja tak kan dapat membantu
Ikhlaskan hati untuk berubah. Dapatkan rawatan.

Kalau adik tidak berada di tempat ada pakarpergi ke klinik berdekatan, beritahu masaalah adik. In shaa Allah, selalu akan di rujuk ke pakar.

Semuga di permudahkan segala urusanmu tt.
Hasbunnallahu wa nikmal wakil

Sumber – Adik (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post