Aku tetamu marhein, hidang pinggan pakai buang. Datang tetamu kayangan, set blossom tuan rumah hidangkan



 #Foto sekadar hiasan

Pengalaman Sebagai Tetamu dan Tuan Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai pembaca semua. Aku gelarkan diri sebagai Nunha. Hahahaha sebab tengah viral kan nama tu so cilok la sikit.

Luahan ni santai santai je.

Bukan untuk jatuh hukum atau salahkan sesiapa. Kalau rasa baik ikut.. kalau buruk jangan.

Santai santai pun macam panjang je. Stress pulak aku baca. Hahaha.

Ok aku kongsikan pengalaman sebagai tetamu dulu yer. Aku ni kalau boleh tak nak cerita berat sebelah tau.

Sebab aku pun pernah gak jadi tuan rumah dan tetamu yang hansuang. Kehkehkeh. Jom aku cerita.

1. Tuan rumah kerek 1.

Hahaha tak tau la nak cakap kerek ke apa. Tapi masa tu aku bawak anak kecik dalam umur 2 tahun macam tu pergi open house.

Open house tu jemput kawan kawan sekerja dan buat dekat rumah kawan aku di tingkat 3. Lepas tu mak tuan rumah tu cakap ke sound ke tak tau la sebab masa tu aku tengah berborak.

Dia suruh aku tengok anak aku. Dia cakap tengok sikit anak tu.

“Anak ko boleh tahan jugak nampaknya tu.”

Masa tu anak aku tengah nak capai barang. Ok la aku salah. Sebab ‘biar’ anak melasak. Tapi masa tu aku lepas dia kejap sebab nak ambik makanan.

Korang tau lah bila anak baru dapat kaki ni laju dia macam mana. Hahah. Tengah lalu celah celah tetamu, kawan tegur. Sapa la kejap.

Mungkin mak dia salah faham ingat aku borak lama. Tapi sentap la jugak orang tegur macam tu. Makan sikit lepas tu balik.

2. Tuan rumah kekwat.

Dia akan memerhatikan pergerakan anak kita dengan pandangan yang nak marah, tapi kena sabar. Haha.

Aku mula mula dah suruh anak duk diam sebelah aku. Aku bagi handphone suruh main.

Jangan salah faham yer. Tolak tepi bab adab ke komunikasi ke, tapi ni sebab aku tahu perangai anak aku macam mana.

So aku terpaksa bagi handphone untuk dia duk diam. Tapi tuan rumah pangil pangil suruh anak aku main dengan anak dia pulak.

Bila anak anak tu dah lari sana sini, naik atas sofa, masuk bawah meja (sebab kejar anak dia yang sama sama naik perangai), mula la tuan rumah mata tak tentu arah.

Aku pangil anak pun tak jalan dah. Budak budak dapat main tau la macam mana.

Bila mainan anak tuan rumah rosak, tuan rumah siap cakap dengan tinggi suara ‘ha siapa buat ni. Habis patah dah ni’ Alamak, dorang main sama sama tadi. Tak perasan pulak siapa yang patahkan.

Aku kalau dengar macam tu aku cakap je, berapa mainan tu, tak apela aku ganti. Eh tak nak pulak.

Tapi aku bagi je duit kat anak dia sambil cakap nanti beli yang baru yer. Harap lepas tu dia tak buat status wasap kutuk aku. Hihihi.

3. Pamer hiasan.

Tak ada kaitan pun dengan cerita kat atas ni tau. Hehe. Aku perasan walaupun tak semua. Ha kang ada orang cakap aku pukul rata pulak.

Setiap kali buat open house, time tuuulahh kau nak menayang segala perhiasan beli kat London, China, Dubai. Beli kat Padang Besar tak nak tayang pulak. Hahaha.

Perhiasan bukan murah, mahal mahal ui, kaca kaca, seramik eh macam macam la.

Letak pulak di kawasan tetamu nak lalu Lalang, adoi seram aku kalau pergi open house macam ni. Jenuh nak ganti kalau terlanggar.

Lepas tu tuan rumah claim anak tetamu melasak sampai habis barang hiasan dorang. Dah hiasan ko menggamit pandangan dorang.

Dia macam ni tau, samada kau jemput orang dewasa sahaja dan kanak kanak not allowed (wah kejam haha)

Atau ko simpan la kejap barang hisan tu elok elok dekat tempat selamat sepanjang majlis tu. Kau buat je video tour rumah ko pos kat fb/ig.

Kawan tak perasan? Ha ko tag la dorang terus HAHAHA.

4. Double standard.

Aku tetamu marhein, hidang pakai pinggan pakai buang. Datang tetamu kayangan set blossom tuan rumah hidangkan. Kenapa yer?

Untuk husnozon aku akan fikir tuan rumah tak nak susahkan aku untuk basuh pinggan lepas makan. Tetamu kayangan kena basuh pinggan. Padan muka. HAHAHA.

Dua kali aku kena macam tu.

Satu lagi rumah ‘saudara’ dekat aku. Bukan open house cuma buat ‘makan makan’ sikit. Jangan kata pinggan, sudu pun tak nampak.

Tapi tadi suruh aku pergi makan. Jadi aku kena makan pakai niat ke macam mana ni.

Tapi kawan kawan sekerja datang cantik tersusun set pinggan mangkuk mahal. Takkan la aku nak buat selamba bukak almari cari pinggan walaupun rumah saudara rapat.

Rapat pun bukan tiap hari datang rumah dia makan. Setahun sekali pun tak. Eh balik kang kata tak sudi pulak nak makan.

5. Makanan habis.

Ni kalau komplen macam tak sesuai pulak. Kesian tuan rumah dan tetamu terkulat kulat kalau makanan habis.

Samada tuan rumah jemput ramai dan tak selari dengan jumlah tetamu yang dijemput atau tetamu makan banyak tak ingat dunia. Maklumlah sedap sangat kot kan.

Huhu. Tapi aku pernah je orang depan rumah datang panggil makan. Tak pasti dia buat open house ke apa. Tapi tetamu ramai.

Tapi makanan yang ada bihun kosong kuantiti 1-2 makan. Sup sikit, aksesori yang dah nak habis. Ok itu je. Tapi banyak kali dia cakp eh kenapa tak makan.

Aku takut nak ambik kang habis terus. Dia tambah ke tak nanti? Aku puji kesudian dia datang ajak. Aku pun minum air je lepas tu minta diri.

Ok sekarang pengalaman aku sebagai tuan rumah pulak…

6. Kedai mamak.

Hal ini biasa terjadi kalau parent aku punya open house. Kawan kawan umi baba aku ramai. Jadi memang meriah la setiap kali buat open house. Seronok jamu orang makan.

Tapi yang tak seronoknya peel sesetengah tetamu ni dan umi baba aku pun melayan. Okay dia macam ni, focus ea, nanti pening. Hahaha.

Contoh pakcik Ali sakit kencing manis jadi baba aku suruh buat air tanpa gula.

Datang pulak pakcik Abu tak minum air teh O, kena pulak bancuh teh susu kurang pekat sebab pakcik Abu tak suka pekat.

Datang pulak pakcik Karim suka teh susu pekat. Bancuh lagi yang pekat punya.

Muncul pulak pakcik Mawi yang kena sakit gaot, tak boleh makan seafood. Jadi awal awal baba aku ingatkan jangan letak seafood dalam makanan.

Kalau terletak masak yang lain. Kalau dah masak oglio olio.. ha kau fikirlah sendiri macam mana nak buang haiwan laut dalam tu.

Hahaha. Weh!

Tapi bila pakcik Mawi sampai semua benda dia tak nak makan sebab takut. Ooo jem.

Tiba tiba acik Kiah pulak cakap dia tak makan kambing nanti pening kepala.

Dah pulak. Aku dah cedok kot. Ingat aku waiter ke. Eh tau tau “kakak, ada lagi tak sup kambing ni dekat dapur. Acik nak tambah”.

Mata ke atas aku.. Tapi dalam hati la. Kena piat kalau umi aku nampak kang. HAHAHA.

Disini, berdirinya aku disini, aku faham yer bahawasanya kita kena memuliakan tetamu.

TAPIII.. ni open house kot. Makan buffet. Semua dah hidang, segala jenis makanan. Sebab kami memang akan masak dan buat air macam macam jenis. Pilih je mana yang sesuai.

Air pun dah siap, air kosong, air panas, air sejuk, teh o, kopi o. Tak boleh ke untuk hari itu kau makan dan minum je apa yang dihidangkan oleh tuan rumah wahai tetamu yang budiman. Nanti balik kau bancuh la air ikut tekak kau.

Penat tau kita tengah sibuk sibuk nak layan tetamu, kutip pinggan kotor, tiba tiba kena masuk dapur ambik order orang.

Biasanya lepas masak aku kemas dapur siap siap bagi tersusun. Yela orang nak datang kan.

Tapi bila dah jadi kedai mamak, macam hape dah rupa dapur tu. Baik lepas ambik order aku mintak bayar je. HAHAHA. Gurau.

7. Non of sense.

Ni tak lau nak klasifikasikan kes macam mana. Kadang kadang tetamu datang ada yang bawak anak kecil. Aku faham je.

Kalau dorang nak siapkan anak lepas berak ke, mandi ke, aku suruh la masuk dalam rumah ke.. bilik ke, aku bentangkan alas. Tapi kejap kejap kena pangil.

Kau ada bedak tak? Kau ada sikat tak? Kau ada baby balm jenama tropicana tu tak? Ada pampers size M tak? Ada air panas tak nak bancuh susu anak. Boleh tak dekatkan kipas tu dekat sini. Baby panas. Baik ibu. Sebentar ya ibu. Hihi.. Aku pun ada anak kecil.

Biasanya aku bawak sesiap kelengkapan anak dari pampers sampai lah termos untuk bancuh susu.

Kalau tertingal benda yang tak penting, aku skip la dulu. Balik la cepat cepat lepas tu kan.

Lepas tu ada yang dewasa baring dalam rumah aku baik hati pulak pergi hulur bantal.

Bila orang tu tidur lena aku menyumpah pulak. Hansuang betul aku ni.

Lagi haru kalau depa pi tengok bola pulak. Meriah rumah macam stadium. Tapi bila nak baliK? Aku nak kemas ni. HAHAHAWAU.

Okay la sekian sahaja untuk kali ni. Tadi rasa macam banyak nak luah tapi aku lupa pulak. Enjoy reading. Thanks ya.

Reaksi Warganet

Anie Walja –
Saya pernah pegi majlis kahwin rumah datin sorang ni. Kami duduk bawah khemah dengan makanan tak cukup.

Sekali nampak jiran depan rumah mai, dia dapat masuk rumah datin tu. Somi kata, ‘eh jomm kita ikut dia…’

Nasib baik kami tak menonong masuk, sebab Tan Sri saja masuk makan dalam rumah. Kami yang takdak sri-sri ni kena duduk dekat khemah rupanya.. Hahaha sedihnyaa.

Pida Pidot –
Tambahan sikit, kalo anak yakyak pastikan buang najis siap siap dalam tandas. Bungkus plastik dan buang dalam bakul sampah tuan umah.

Jangan dengan najis najis balut dalam plastik, haha. Takdela rumah tuan umah semerbak bau.

Sebab sayaa tuan umah memang praktikkan dari anak 1 sampai sekarang anak 3. Harap tetamu pun boleh buat

Rozita Abdullah –
Realiti hidup macam tu lah. Banyak orang, banyak ragam.

Tapi sebagai manusia yang dah melalui pelbagai pengalaman jadi tetamu atau jadi tuan rumah, jadikan iktibar supaya masa akan datang, kita jadi tetamu atau tuan rumah yang disenangi…

Siti Aisyah Abdul Karim –
Saya rasa ok je cerita TT ni. Tak pulak saya rasa dia seorang tuan rumah yang PAYAH. Saya lagi rasa tuan rumah yang dia ziarah tu lagi PAYAH.

Anggap je apa yang TT cakap ni sebagai panduan kita nak bertamu..

Sumber – Nunha (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post