“Perempuan bila dah sayang memang bdoh agaknya. Ya, akulah tu”. Bercinta dengan suami orang. Kerja kapal, 3 anak..



 #Foto sekadar hiasan

Bantu Aku Lupakan Dia

Aku seorang wanita berusia lewat 20an. Ringkas cerita, aku bercinta dengan dengan suami orang, anak 3.

Dia, orang kerja kapal. Dulu banyak masa. Tapi semenjak tukar company, masa dia agak begitu terhad.

Aku tahu post ini akan mengundang kecaman. Namun aku nak share apa yang aku rasa. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada semua.

Kenapa aku suka dan tak boleh lupakan dia?

Banyak yang kami dah buat bersama. Aku serasi dan selesa. Dia pembersih, kemas.

Kami pernah bersama. Dia pandai pujuk sampai akhirnya aku tewas. Bila dah tewas, macam macam kami cuba. Aku suka, dia pun suka. Namun jauh disudut hati, aku tahu aku telah lakukan dosa yang teramat besar.

Jauh disudut hati aku ingin bertaubat. Tak mahu lagi terus berdosa. Tapi apakan daya, bila dia menjelma, aku sukar menolaknya.

Dia pandai memujuk dan aku mudah terpujuk. Dia diam bila aku marah, dia datang balik pujuk bila aku dah cool. Jadi kami tak pernah bertikam lidah.

Pandai dia sabar dan pujuk aku. Mungkin, suami orang memang begitu. Matang dan sabar… banyak kali aku suarakan hasrat untuk berundur diri..

Aku taknak kecewakan isterinya. Rosakkan rumah tangganya. Namun, dia bijak, pandai tukar topik, pandai divert aku.

Dia kata dia mampu. Bagi dia masa untuk besarkan anak anak dia dulu..

Lagi perkara yang aku suka, dia sangat sayang anak dia dan utamakan keluarga. Tapi, baik sangat dengan mertua. Sampai pergi mana mana pun nak bawak sama.

Eh, bukan nak bawak, mertua yang nak ikut.

Aku sayang dia sepenuh hati. Aku jaga sungguh sungguh masa dia sakit. Aku urut, aku bagi ubat, aku buatkan minuman, ironkan baju.

Aku suka betul dapat senangkan dia. Ringankan sakit dia. Tak pernah aku sayang seorang lelaki ajnabi seperti aku menyayanginya.

Baru ni kami rancang nak jumpa. Aku siap ambil cuti dan tak sabar nak jumpa. Tiba tiba tarikh tersebut tarikh cuti sekolah.

Senang je dia kata, dia ada meeting di KL, tak perasan cuti sekolah. Kena bawak anak jalan jalan. Mertua pun nak ikut sama.

Jadi senang senang macam tu jugaklah aku dipinggirkan. Inikah nasibku nanti kalau jadi isterinya?

Banyak kali aku fikir, baiklah aku berundur. Tiada ruang untukku dalam hidupnya. Dia dah lah takda banyak masa di darat.

Ada masa pun, banyak betul gathering, kenduri, birthday sepupu sepapat. And again, sangat rapat dengan mertua. Aku tahu.. Aku sedar. Dan banyak kali aku cuba berundur.

Tapi aku tewas bila dia datang kembali. Dia kata tak da orang yang boleh layan dia macam aku layan dia. Dia sayang aku.

Dan.. aku pun tewas lagi. Percaya lagi sekali..

Perempuan bila dah sayang memang bodoh agaknya. Ya, akulah tu.

Aku sayang dia sepenuh hati. Aku rindu saat kami bersama.. Aku suka tatap wajahnya. Semua ni memberikan aku rasa bahagia.

Namun kini, bila kenang kembali, air mata mengalir di pipi. Ya Allah, sukarnya melupakannya. Sakit betul rasa ini.

Namun, dosa tetap dosa. Aku masih ada rasa bersalah dan ingin bertaubat. Dia pun tak pernah bagi jawapan yang pasti. Tiada ciri ciri yang akan adil.

Akal tahu, dia tak mampu. Namun hati menipu berharap nanti akan ok.

Sudah lah.. berhentilah hatiku..

Ya Allah, permudahkanlah..

Tolonglah aku… lupakan dia.

Apa yang harus aku lakukan?

Bantulah aku..

Reaksi Warganet

Nur Izzatun Kamarudin –
Aritu pernah baca satu komen ni,

“Lupakanlah dia macamana kau pernah lupakan Tuhan dulu…”

Mungkin boleh apply.

Fara Dagorgeous –
Saya cadangkan sis pergi masuk hutan, cari busut semut.. Makanlah semua semut semut yang ada dalam busut tu. insyaaAllah sis akan lupakan dia

Nu Ha –
Yang haram itu memang INDAH di mata NAFSU. Syaiitan membuka lorong lorong indah dengan hiasan pelangi.

Aku terkejut beruk baca ayat banyak yang kami buat bersama. Apa yang ko dah buat bersama2?

Jaga masa sakit kunun. Adoi… bini orang ni kalo da anak berderet deret bukan tak nak jaga suami tapi terlalu banyak nak dijaga. Diri sendiri pun tak terjaga.

Okay i belum kawin tapi i sangat memahami hati isteri.

Aku ni bujang juga, bukan tak de laki orang gatal tapi aku yang GARANG NAK MAMPUS sebab tu laki orang tak berani. Baik aku layan bujang je la hish. Untung kawin hak aku sorang je. ha ha ha

Sarah Abdul –
Tempat untuk bersuka suka tanpa tanggungjawab memang lah dia cakap dia sayang dan takde orang layan dia macam awak layan.

Tapi kak, fikir la untuk diri sendiri. Awak taknak kawin ke? Taknak ada keluarga? Taknak ada anak anak comel? Taknak ada gambar hari raya bekeluarga lengkap yang holeh dikongsikan dekat media social tanpa dikecam?

Dari awal dia dah tunjuk sikap acuh tak acuh pada awak. Dan dia tau priority dia pada siapa. Awak tetap yang terakhir.

Xpenat ke? Sayang la diri sendiri dan sayang lah masa. Masa tak boleh diundur tau.

Cik Norazi Zam 
“Dia kata tak ada orang boleh layan dia macam aku layan dia..”

Mmm nampak sangat TT dipergunakan.. Manis mulut berkata, rayu bila mahu..

Bini sibuk urus rumah tangga dia sibuk cari kepuasan dekat luar. Kalau laki macam ni yang TT harapkan dan percaya dengan rasa cinta yang pura pura tu maka, sila la hidup dengan kebodohan yang TT ciptaa sendiri..

Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi..

Sedar TANPA tindak itu sia sia wahai TT. Jika benar TT nak berubah, tekadkan azam, mulakan langkah.

Memang takmudah, tapi kepayahan itula Indah, bila kita tahu nilai diri kita yang sebenar..

HIDUP HANYA LAYAR, MEDAN UJIAN UNTUK YANG KEKAL KELAK..

Arsh Rahman –
Wallahi demi Allah selamatkanlah diri adik dari terus menerus bergelumang dengan dosa ziina. Belum lagi part dosa meruntuhkan masjid orang (bilamana isteri beliau tahu skandal kalian).

Kifarah Allah anytime boleh menjengah, dik- ingat yang ini, inshaa allah sikit demi sedikit adik mampu lupakan lelaki itu.

Moga diberi kekuatan dan hidayah..aameen

Sumber – Cempaka (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post