#Foto sekadar hiasan
Parahnya Hati Aku
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca.
Aku Khaleeda. Dah berkahwin hampir 5 tahun. Aku dan suami tinggal berdua.
Aku tak ada anak ya. Entah kenapa hati aku rasa rapuh yang amat waktu ni.
Aku mempunyai 3 orang adik ipar. Seorang lelaki. 2 orang perempuan.
Aku banyak makan hati dan hubungan aku dengan adik ipar perempuan tidak begitu bagus. Adik adik ipar aku semua dah berkahwin dan ada anak.
Baru baru ini aku bergaduh teruk dengan adik adik ipar perempuan aku. Puncanya aku malas nak ceritakan.
Aku left dari group family suami aku. Sampaikan tahap aku call Jabatan Agama Islam untuk bertanya prosedur mendaftar penceraian.
Aku betul betul nak balik ke pangkuan mak bapak aku.
Aku benci suami aku yang selalu pertahankan adik-adik dia.
Suami pujuk aku. Suami jarakkan hubungan aku dengan keluarga dia. Suami aku larang adik adik dia untuk mesej aku.
Masa kami bergaduh tu, adik adik ipar aku sindir aku macam macam dalam media social dan status whatsapp.
Aku ingat adik ipar aku yang seorang tu, dia cakap dalam facebook, “bila kau ada kakak ipar yang perasan dia paling bagus”. Satu lagi ayat adik ipar “ tak sabar nak tunggu orang tu dapat kifarah”.
Aku punya sakit hati tu macam apa dah. Aku unfriend semua keluarga suami aku dari facebook. Aku delete nombor telefon adik beradik beradik suami dari telefon aku.
Aku jaga hati aku sendiri. Aku rasa bdoh sebab tolong settlekan habis hutang money lender aruwah mak mereka dulu.
Aku rasa jadi macam tak ikhlas dengan semua pertolongan yang aku pernah tolong keluarga dia.
Baru baru ni, rumah adik ipar aku hangus. Semua hilang sekelip mata.
Aku tak nak tolong apa apa sebab aku masih sakit hati. Suami aku nak tolong aku tak kisah sebab tu adik dia.
Aku pun tak halang sebab aku tahu rasa kasih dia dengan adik dia. Dia dan suami dia tinggal di hotel atas jasa baik seorang yang perihatin bagi mangsa mangsa kebakaran masa tu.
Pihak hotel beri tempoh seminggu ke dua minggu mereka menginap di hotel tu dan perlu cari tempat tinggal dengan segera.
Malam tadi aku ternampak salah seorang kawan dalam facebook aku share status adik ipar aku. Aku terbaca tanpa sengaja.
Adik ipar aku cakap aku jahat sebab tak ajak dia tinggal di rumah aku dan tak tolong dia masa dia susah.
Aku kah yang jahat sebab tak tolong dia masa susah ? Dulu dia senang, sindir aku macam apa. Siap cakap tak sabar nak tengok aku kena kifarah.
Yarabbi. Aku rasa kalaulah membnuh orang ni bukan satu dosa, aku dah serang adik ipar aku dengan samurai. Dahlah dulu sindir aku macam apa.
Hidup aku dah aman damai, tiba tiba dia sindir aku sebab tak bagi dia dan keluarga dia tinggal menumpang di rumah aku.
Aku tanya dengan colleague chinese aku dua orang ni. Colleague aku cakap orang spesis macam ni jangan bawa tinggal serumah. Masa susah baru menagih simpati macam apa.
Tolong berikan aku kata kata kekuatan ya semua para pembaca. Bagi aku nasihat yang baik baik untuk aku terus kuat.
Hati yang rapuh, Khaleeda
Reaksi Warganet
Noodle Mochi –
Teruskan hidup seperti biasa. Bukan nk putus silaturrahim, tapi lebih kepada menjaga kesihatan mental diri sendiri.
Adik ipar bukan tanggungjawab awak. Biar je la suami awak yang fikirkan.
Jimmy Halt –
Haha colleague saudari itu memang betol nasihat dia. Kami chinese ni kalau bab ipar tidak ngam memang akan macam atau lebih teruk dari apa yang saudari hadapi.
So yes jangan ajak dorang tinggal bersama. Jangan nanti berbuat baik tetapi hubungan dengan suami pulak yang jadi mangsa.
Jangan main main nanti dorang ugut pebenda pakai suami. Suami pula susah nanti macam isteri dengan adik jatuh sungai sang suami pilih nak selamat mana satu.
Farah Aidan –
TT apa aku nak cakap, bagus la ko jauhkan diri dari manusia toxic. Ko akan hidup secara sihat dan bahagia. Percaya lah.
Sebab aku buat benda yang sama. Aku delete semua nombor diaorang. Dan dah tak ambik tau hal adik beradik suami aku.
Aku makin ok dan bahagia. Alhamdulillah..
Nur Afizah –
Adik ipar awak tu ada husband dan anak anak so itu tanggungjawab suami dia nak cari tempat tinggal.
If tinggal serumah memang lebih sakit la if ipar pulak jenis hati busuk. Dengki tak habis.
Bukan taknak bersangka baik ya but if belum serumah dah perangai tak elok if serumah habis harta awak pun jadi harta dia.
Sekarang just ignore orang toxic macamni. Biar dia cari solution macam mana nak hidup.
Suri Norifa –
Teruskan begitu, dia ade suami. Keluarga suami die lagi bertanggungjawab atas ape ape yang berlaku.
Bukan nk suruh suami awak lepas tangungjawab, tapi msih ade pihak yang lebih bertanggungjwab.
Suami awak pun masih membantu dia kan. Bantu la sekadarnya. Bukan sebab tak ingtkan adik beradik. Bukan sebab tak kasihkan adik beradik. Ade hati perlu dijaga.
Saya yakin, suami awak akan pikirkan cara untuk adiknya tu. Tak kan biar mereka hidup merempat.
Jadi, awak hidup la dengan cara awak. Jangan sampai jadi parah dan barah. Semampu hati awak boleh buat, biarkan je berlalu..
Anis Awal –
Hubungan antara suami dan adik beradik dia, memang takkan putus sampai mati.
Dan kita sebagai isteri tiada hak untuk halang suami kita.
Antara kita dan suami, air sembahyang tetap batal sampai bila bila selagi nyawa dikandung badan.
Tak rugi 1 sen pun jika focus kepada rumahtangga, cukup. Jangan sebok fikir ipar duai.
Baru 5 tahun dah sebegitu meriah ‘red flag’ dia bagi. Mana mana rumahtangga pasti akan bergoncang asbab keluarga ipar.
Tabahlah puan, baru ipar. Asal belum main api, serkam, sihir…orang luar ketiga. Cuba banyakkan berdoa dan kawal amarah dan emosi. Kuatkan mental. Focus kehidupan berdua sahaja.
Cukup cukup lah tolong ‘orang luar’. Memang, senang lah cakap kan? Tapi… tulah dia. Perceraian bukan solusi awal masalah
Sumber – Khaleeda (Bukan nama sebenar) via IIUMC