Aku baru kawen. Tengah menyapu rumah mertua, pelik nampak busut bawah kerusi. Aku perati betul2. Macam tak percaya



 #Foto sekadar hiasan

Memori Pelik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hi semua. Saya ada terbaca post berkisah kebersihan dalam post sebelum ni dan terlintas untuk share perkara yang sama.

Al kisahnya aku baru berkahwin, jadi beberapa hari lepas majlis, suami mengajak aku ke kampung halaman dia untuk menghantar ibunya semula kesana setelah menghadiri majlis kami.

Aku on je. Perjalanan ambil masa hampir 8 jam.

Bila dah tiba ke rumah ibu mertua, aku mula tolong mengemas rumah setelah 3 minggu ditinggalkan dan ibu mertua hendak masak katanya.

Sedang sapu, aku nampak timbunan seakan busut dibawah kerusi. Tapi bila dilihat betul betul, itu adalah timbunan habuk yang disapu dan dikumpulkan dekat situ.

Tinggi umpama busut, macam tak percaya, bukan 1 atau 2. Tapi tiga! Walaupun rasa pelik aku sapu jela, malas nak fikir.

Tiba waktu makan, kami bertiga duduk atas lantai and makan. Cawan tak cukup jadi aku offer diri nak ambil didapur.

Tapi ibu mertua aku cakap takpe. Lalu dia bangun dan ambil cawan dekat ruang tamu, tuang air dan minum.

Terkejut beruk jugala masa tu sebab cawan tu kan dah terbiar selama 3 minggu. Mungkin dia terlupa, aku bersangka baik.

Waktu malam, nak tidur pun tak berapa sangat bila suami aku bentang tilam dekat ruang tamu.

Bukan sebab tak dapat tidur di bilik tapi tilam tu sangatla kotor. Corak bunga bunga dah hampir tak kelihatan, yang jelas hanya hitam legam.

Bantal tak perlu aku cerita keadaan dia, dua kali lima dengan tilam.

Tapi aku tidak kata apa apa demi jaga hati suami.

Ada suatu malam, aku lipat baju atas tilam tu since rumah tiada permaidani. Tapi aku bentangkan kain batik dan baju baju aku letakkan atas kain batik.

Kebetulan ibu mertua nampak dan bertanya kenapa aku lapik dengan kain batik, aku cuma jawab risau habuk kena pada baju demi menjaga hati ibu mertua.

Lantas dia bangun dan pergi ke dapur. Tiba tiba dia suruh aku bangun dan angkat baju baju tu.

Pada mulanya aku sangka mungkin nak beri cadar untuk pasang, tapi tiba tiba dia sapu tilam menggunakan penyapu dapur.

Ya Allah kelu aku masa tu.

Lagi 1 aku perasan, habit mak mertua aku ni, dia suka biarkan lauk lauk lebih atas meja semalaman tanpa ditutup guna tudung saji. Hanya ditutup menggunakan surat kabar.

Bila aku ambil and letak dalam peti sejuk. Tak lama kemudian beliau akan keluarkan dan letak semula atas meja dan tutup guna surat khabar. Bukan tak ada tudung saji.

Ada 1 hari, aku tolong mak mertua kemas katil dia, atas katil ada pasir daun kering. Macam mana ada atas katil pun masih misteri pada aku.

And moment paling comel dan kelakar pada aku, ada suatu hari tu kitorang malas masak dan nak makan dekat luar.

Sembang sembang dalam kereta, tiba tiba mak mertua aku terjerit. Rupanya dalam tudung dia ada sarang tebuan tanah. Aku dah tak mampu nak terkejut lagi dah.

Reaksi Warganet

Hayati Abu Hasan –
Hm… Masa dulu saya pernah pergi ke rumah kawan lelaki saya. Dia kenalkan pada keluarga dia. Tapi rumah Masha-Allah, dahsyat.

Maka saya tak jadi la terima dia dalam hidup. Begitulah. Keluarga saya bukan pembersih sangat. Tapi kalau kotor amat, kita pun tak mampu juga nak hadap.

Sarah Abdul –
Love the way u cerita. Setiap orang melalui kehidupan yang berbeza. Atas kita macam mana nak sesuaikan diri. Bukan takde confession inlaw pengotor sebelum ni, tapi those confession full of hatred.

Unlike this one. Cheeky. Hehe..

Hopefully tt will get along dgn family mertua ok. Be strong!

Nik Nur Raidah –
Sebenarnya tak tahula kisah sama atau tak, tapi nak cerita pasal sedara yang saya kenal. Time muda memang pengemas, tak suka kotor kotor.

Tapi bila dah makin meningkat usia, dia dah malas nak kemas kemas sangat, macam gitula. Sapu kumpul satu tempat. Baju longgok atas lantai. Tapi sampai masa dia kemas bersihla cuma amik masa sikit.

Maybe faktor usia kot sis. Dah malas nak kemas kemas macam dulu. Takpela sis tolongla apa yang boleh. Macam makanan letak atas meja tutup surat kaba tu, sis amik je tudung saji tutup. Katala nampak lalat.. hihi

Athraa Ahmad –
Boleh faham perasaan berdepan dengan orang sebegitu. Siapalah yang tak nak bersih. TAPI… awak baru je berkahwin. Awak terlalu baru mengenali mentua awak. Terus dah menulis meluah di sini perihal perangai mentua.

Apa reaksi mentua kalau dia tahu? Apa suami rasa awak membuka kisah ibu dia? kadang kadang sedih baca komen. Senyap senyap mentua diumpat tanpa dia mengetahui menantu baru membuka kisahnya pada umum.

Ye takde sapa kenal awak, tapi percayalah suami awak pun boleh tersinggung kalau dia tau. Patutnya awak bincang dengan suami dulu, ambil langkah sepatutnya untuk bantu betulkan keadaan.

Kalau takde solution, baru lah sesuai menulis untuk minta pendapat. Bukan lepas kawin, ada pelik sikit terus jaja kisah mentua.

Aira Aira –
Penting juga ye sebelum kawen kenal dan bertandang sekali dua ke kampung belah bakal suami. Boleh tengok rumah bakal mak mertua jenis pembersih ke pengotor.

Kalau tak boleh deal dengan tahap kebersihan tu baik jangan teruskan.

Atau untuk anak dara yang jenis pengotor dan malas, lebih baik jangan berkeluarga mertua yang jenis pembersih dan rajin. Sebab nanti kene umpat 7 keturunan tak habis.

Bab kebersihan ni didikan dan ajaran dari kecik lagi. Kalau dari kecik dah didik jenis bangun je pagi terus kemas tempat tidur rapi, kemas rumah, bersih luar dalam semua rumah, anak anak mesti dah biasa bersih.

Kalau dari kecik tak diajar kemas rumah, kemas bilik sendiri, tilam tak pernah berjemur, karpet tak pernah cuci, toilet berkeladak, sampai besar rumah memang akan kotor bersepah.

Sumber – Lolapop (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post