Tengah aku dan suami berbaring atas katil, mertua datang terjah tiba2. Suami tegur suruh call, tapi lain pula jadi nya



 #Foto sekadar hiasan

Privasi Suami Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua, perkenalkan aku Aisya. Aku baru setahun lebih berkahwin dengan seorang guru. Kami menyewa 1 blok yang sama dengan rumah mertua, dan hanya jarak 10km dari rumah ibu bapaku.

Alhamdulillah kedua ibu bapa kami orang baik baik, dan suamiku juga jenis yang rapat dengan keluarganya.

Pada mulanya aku tak kisah tentang jarak rumah yang dekat dengan mertua, tapi lama kelamaan makin terasa yang tiada boundaries antara mertua dengan kami.

Masa aku baru habis pantang, aku tengah duduk sarapan sebelah baby yang tidur. Aku hanya pakai baju tidur yang tak berlengan. Suamiku dah keluar bekerja.

Tiba tiba aku dengar pintu grill rumah aku dibuka. Aku pun suspen siapa pula ini.

Rupanya mak mertua aku datang (aku dah tak ingat apa tujuan dia datang) dan main masuk je menggunakan kunci spare yang kami tinggalkan untuk emergency dekat rumah mertua.

Masa ni aku dah tak selesa tapi aku layankan aja.

Kemudian ada 1 weekend kami suami isteri dah bangun tapi masih baring baring di katil, kejadian sama berlaku lagi. Mak mertua aku datang terjah macam itu aja tanpa maklumkan kedatangannya.

Kali ini aku cakap dengan suami aku tak selesa, tak ada privasi. Suami aku rasa yang sama jadi dia pesan pada mak dia lepas ni kalau nak datang call dulu.

Lepas kejadian tu, mak mertua aku akan call sebelum datang. Tapi dia call bila dah ada depan pintu rumah aku.

Dia call “Aisya, mak ada depan pintu ni.” Selalunya dia datang untuk hantar makanan.

Memang aku bersyukur selalu dapat makanan, tapi lama kelamaan aku jadi benci keadaan macam ni.

Bila dah ada depan pintu rumah, tak kan aku nak kata eh tak boleh masuk. Mak baliklah.

Kadang kadang rumah aku bersepah, kain baju belum selesai, aku sendiri tak terurus sebab tengah buat kerja rumah, aku tak suka orang datang.

Kalau nak kata datang tanya khabar, sebenarnya hari hari mak mertua aku akan call aku bersembang dan aku layankan.

Kadang kadang pagi call aku, malam call anaknya pula. Sehari berkali kali call.

Jujur aku sangat rimas tapi bolehlah aku sabar dan layan kalau sekadar panggilan telefon. Tapi bab datang rumah tu memang aku rasa jengkel sangat.

Kemudian, ada satu lagi yang jadi masalah. Aku dan suami hanya pernah bercuti berdua dengan baby dua kali saja sejak kahwin.

Tapi kami dah pergi bercuti dengan keluarga mertua sebanyak 5 kali! Kenapa aku sampai buat kira kira macam ni?

Sebab setiap kali aku dan suami plan untuk ke mana mana masa cuti sekolah, mak mertua aku nak ikut bercuti sekali. Setiap kali.

Dan ada satu kali cuti yang dia tak ikut, dia akan call kami tanya macam macam, macam mana hotel, baby macam mana meragam tak.

Pada aku, benda tu semua boleh kita sembang nanti lepas kami balik. Aku pernah staycation di KL dengan suami dan baby, malam tu mak mertua call suami tanya benda benda biasa tu.

Aku jadi rimas sangat dengan keadaan ini. Sekarang ni next cuti sekolah dia dah booking nak ajak kami semua dengan adik adik ipar ke Ipoh. Walhal cuti sekolah sebelum ini kami baru pergi bersama sama ke Melaka.

Suami aku pun buntu nak suarakan macam mana sebab ialah mak sendiri kan. Takut kecil hati pula. Aku pun buntu.

Aku selalu tertanya tanya salahkah kalau aku nak sedikit privasi dalam rumahtangga kami? Salahkah kehendak aku nak pergi bercuti berdua dengan suami dan anak?

Kadang kadang hubungan aku dan suami sendiri pun tak berapa baik, baru lepas gaduh jadi aku fikir salah satu cara nak bagi rapat semula ialah bercuti berdua.

Nak spend masa bersama sebab hari biasa dah sibuk dengan kerja. Salahkah kalau aku berfikiran begini?

Reaksi Warganet

Amy Hezrik –
I feel u sis, dulu masa kami dok dengan mertua, tak pernah sekali makan dekat luar.

Sebab mak mertua memang akan masak complete, kalau sabtu ahad memang dari pagi sampai petang dok dekat dapur.

Memang takde can nak keluar dengan suami dan anak baby masa tu. Jadual telah diatur oleh keluaga mertua, kalo tak ikut, memang masam muka la mereka.

Sebab tu tekad pindah keluar. Masih situasi sama, tapi bebas la sikit. Kalau diorang plan nak pergi bercuti mana mana, kami memang tegas kata tak boleh nak p, nak masam muka ka apa takpa dah sebab dah tak dok serumah …

Akrima Abu Bakar –
Bagi mak mak ni walaupun anak dah tua bangka dah beranak pinak, tetaplah pada mereka anak anak tu masih kecil.

Siang malam hati tetap fikir pasal anak anak. Berpuluh tahun mereka jaga anak anak bagai menatang minyak yang penuh, takkan mudah nak tukar habit tu macam tu je.

Kalau masak, teringat anak suka makan. Kalau buat tu, teringat anak suka macam tu.

Apetah lagi kalau ada cucu, siang malam pikir cucu pulak. Begitulah kebiasaan mak mak ni, sampailah mereka menutup mata..

Jadi kita pon pelan pelan biasakan diri bila dah masuk dalam keluarga suami.

Saya faham bab privasi ni bagi setiap orang tak sama penerimaannya. Ada orang suka ramai ramai sama keluarga tapi ada orang tak suka.

Tapi begitulah orang kata bila dah kahwin ni, kita bukan saja kena terima kekurangan suami tapi juga kena terima kekurangan keluarga suami..

Kita juga ada anak, semoga bila anak semakin membesar kita akan faham kenapa mak macam tu.

Selagi mentua bukan sejenis mengadu domba, kita cubalah bersabar semampunya dan berlapang dada.

Jangan esok esok bila orang tua dah takde, kita pulak yang rindu untuk ade yang peduli dengan kita..

Daneesa Sabrina –
Bila ada baby ni lain. Dengan dia nak menyusu lagi, cuaca panas lagu, sah sah pakai baju inappropriately such as singlet and shorts je.

Rumah selerak sebab baju tak sempat nak lipat. Aku jenis kalau orang nak datang, stress sangat bila rumah selerak a.k.a not in proper order.

Baby melalak lagi nanti orang sibuk “kenapa x3000” aiii boleh mendidih drah.

Mak sendiri kita boleh bagitau sejujurnya sebab dia tau anak dia macam mana, mak mentua nanti takut kecik hati pula.

Bab cuti, if plan nak private holiday with husband je jangan la sesiapa interfere nanti makan la amukan aku nanti.

Nak cuti sama sama, kita plan lain later. Bincang sama sama nak bercuti boleh, suruh aku ikut “holiday” sekali no thanks I don’t do well with people ordering me around.

Maybe you should do that, learn to say “no” when it’s not to your liking/in your favour.

Athein Lyaa –
Kak. Saya kenal someone yang sama rasanya dengan keadaan akak. Dan saya kenal orang tua yang sebijik macam mak mertua akak.

Pada pandangan orangluar macam saya, memang la rimas. Tapi tahu tak, dalam ramai anak beranak dia, dia cuma selesa dengan akak dan suami je.

Patutnya rasa bersyukur dapat berkhidmat bakti dan jadi orang penting dalam hidup dia.

Mungkin sekarang akak tak faham, tapi nanti bila dia dah takde baru akak faham.

Macam ustaz saya cakap, hikmah ni kadang kadang dah bertahun baru kita nampak sebab buta mata hati.

Ambik la positif side dia kak. Redha je la. In sha Allah yang datang pun baik baik.

Sumber – Aisya (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post