“Bila kau kawin umur dah lebih 25, jangan marah bila kawan tak datang majlis”. Buka Twitter, aku terkejut. Tak sangka Aida begitu



 #Foto sekadar hiasan

Kahwin Lebih Umur 25 Tahun, Jangan Marah Kawan Tak Datang Majlis

Aku malas nak intro panjang panjang. Isu yang aku nak tulis ni mudah je, tapi ramai tak nak faham.

Kisahnya bulan lepas, kawan aku kahwin. Dia nikah masa PKP tahun lepas. Sekarang baru dia nak sandinglah kiranya. By the way umur kami 29 tahun.

Dalam batch kami (geng universiti), hampir 90% dah kahwin. Mostly ada juga jenis kahwin lepas SPM. Ada juga yang kahwin masa zaman degree. Kahwin lepas grad.

Hanya berapa ketul saja yang belum kahwin termasuklah aku.

Nak dijadikan cerita, aku dah ambil cuti awal untuk datang ke majlis kahwin kawan aku ni (Aida) sebab nak drive jauh.

Dia ajak jadi pengapit. Aku siap beli baju nak sedondon dengan pengantin. Siapa tak excited wey.

Malangnya sebab aku ada urgent urusan kerja, plan terpaksa dibatalkan. Aku di Kedah, dia di Johor. Bukan kejap kalau nak drive pergi balik.

Weekend pula ada urusan kerja awal pagi, memang tak sempat nak datang. Masa clash dan tak cukup.

Hadiah pun aku terpaksa pos dari jauh. Betul betul minta maaf tak boleh datang. Aida pun tulis OK je.

Aku tahu dia sedih aku tiada, tapi itulah dah on-call kerja nak ubah macam mana. Kita staff bawahan je bukan taukey.

Tiba tiba beberapa hari lepas, aku tergerak nak jengah akaun Twitter aku. Aku memang tak aktif. Boleh kata sebulan 2-3 kali saja lepak di Twitter. Itu pun cuma nak tahu apa yang tengah trending dan tweet best.

Username aku guna nama pelik pelik. Jadi orang mungkin tak berapa ingat sangat. Bila skroll, tiba tiba aku nampak status Aida mengutuk aku.

Walaupun dia tak sebut nama, aku tahu luahan dia tu merujuk kepada aku.

Dia kecik hati aku tak datang majlis dia. Siap ungkit dulu zaman U dia bawa aku naik kereta jalan sana sini. Susah senang bersama. Kenapa kahwin tak datang. Lebih kurang macam tu la cerita dia.

Mula mula aku tak nak overthinking. Tapi ada kejadian spesifik yang dia cerita dalam tweet tu, memang kami sendiri lalui.

Jadi takkan dia cakap pasal orang lain pula? Kalau semua kata kata tu memaksudkan kepada diri kita, nak sangka baik macam mana lagi?

Tak taulah dia memang ada niat atau tak perasan.

Aku geram tapi jadi serba salah dengan Aida. Aku bukan tak sudi datang, tapi kita punya life kan berbeza sekarang. Kerja aku pula kadang kadang ada on-call.

Weekend kalau perlu masuk office, aku kena patuh arahan. Bila kita kahwin umur lebih 25-an ni, kena faham kehidupan masing masing dah tak sama.

Yang bujang sibuk dengan kekangan kerja. Yang dah kahwin, kena tunggu suami mereka free ke nak drive jauh jauh? Yang ada anak, lagilah entah budak tu sihat ke tak masa tarikh kejadian tu.

Sekarang c0vid dan influenza lagilah asyik demam je. Kena isolate diri. Aktiviti luar pun terbatas tak bebas macam dulu. Kena jaga kesihatan.

Kalau kahwin muda, geng masih ramai belum kahwin. Takde sibuk urusan kerja. Bolehlah pakat tong-tong minyak bedal 2-3 kereta pergi serentak.

Macam raya dulu la, pulun kayuh basikal ramai ramai raya rumah orang.

Aku tahu ada yang akan kata, “aaala orang lain kerja juga. Alasan je tu tak nak datang”.

Jangan anggap macam ni. Memang kita semua kerja, tapi kerja Isnin-Jumaat 8 jam (9am-5pm) kadang-kadang mitos semata je guys.

Kau pernah tak fikir mungkin kawan kau kena OT ke? Dapat jenis bos susah nak bagi cuti? Dapat kawan selfish taknak cover hari cuti?

Dapat company yang tiada ehsan pada staff? Kena cuti ikut turn merepek? Tak boleh cuti kecuali ada kematian? Haaaaa kau listkan sendiri.

Jangan kata nak cuti berjalan, entah entah sakit nak MC pun susah dia nak dapat.

Dia dah cukup struggle nak teruskan hidup. Kena kerja di tempat kerja toksik sampai takde life balance. Tiba tiba kau pula cop bukan bukan bila dia ni taknak datang majlis kau.

Itulah yang aku rasa bila Aida perli. Bayangkan rupanya dekat gambar FB pun, dia sempat perli member yang tak boleh datang.

Umur 28, bukannya 20. Sekarang semua ada urusan masing masing.

Kau nampak sebelum ni member kau pergi holiday, lepak dengan family, cuti vacay. Mungkin itulah satu satunya peluang cuti yang kawan kau dapat.

Jangan sebab dia tak datang majlis kau, kau sangka buruk keterlaluan.

Perlu ke buktikan kita ni sibuk? Tak perlu pun. Takkan kita kena update life kita macam mana? Oh hari ni bos bagi cuti. Oh hari ni sakit sebab tu ada dekat rumah. Oh hari ni kawan boleh cover sebab tu ada masa pergi makan makan.

Tak perlu perangkap kawan kita sampai dia rasa bersalah. Susah nak explain benda ni. Patutnya faham faham sendiri. Hanya sebab kawan kita masih bujang dan kau rasa dia FREE 24 jam?

Salah. Sangat salah. Mungkin life dia sekarang terikat dengan kekangan kerja. Susah dapat cuti, bila ada masa mestilah dia utamakan keluarga.

Lain orang, lain bidang, lain syarikat, lain masa, lain tempat, lain pe’el dia guys. Please fikirkan juga aspek yang macam ni ya.

Kalau ada masa, mestilah kawan nak datang majlis kita. Tak dinafikan memang ada jenis yang sengaja taknak datang. Biarlah, orang lain ada datang. So fokus yang itu sahaja.

Korang pernah tak dalam situasi aku? Nak kena buat apa ni? Serba salah dibuatnya haihh.

Reaksi Warganet

Siti Norain Hj Sait –
Kawan baik aku tak datang masa aku kawin sebab nak pegi kayuh basikal. Padahal masa dia kawin, aku seminggu berkampung dekat umah dia macam aku pulak mak pengantin.

Lepas pada tu aku terus unfriend dia. Aku tak perlukan kawan yang tak gembira dihari gembira aku…

Menyesal??? Taklahhh…

Hana Nur –
Sedihnya kalau satu hari je boleh musnahkan persahabatan yang bertahun tahun. Kalau boleh cuba berbaik.

Aku tak berkenan dengan budaya jemput dunia kenduri lepastu feeling obligated untuk attend.

Aku suka small occasion, family kecik kecik yang duk dekat dekat dan kawan rapat rapat je datang.

Amy Hezrik –
Aku pernah ada pengalaman gini. Sebelum kawen punyala rapat bff goals la. Lepas dia kawen hilang dari radar terus. Mentang kiter bujang lagi.

Lepas setahun dia timbul balik cari kiter sebab ada masalah dengan hubby dia, tak tau nak handle. Kiter nak hilang dari radar pun tak sampai hati walaupun masa tu kiter da kawen.

Puan Nazree –
Kawan aku kawin, aku datang lambat. Mak kawan dah muncung cakap ingat aku tak datang. Aku keje, pas abis keje baru datang.

Lepastu esok pas mjlis kawin, kawan wasap aku kata bagi dia hadiah mahal (alat pemanas air mandi).

Kawan kawan lain bagi hadiah bese bese aje. Aiik selama ni aku lah kawan yang keje bese bese pada mata dia..

Masa aku kawin dah lah tak datang minta maaf ke ape tak, jumpa sebelum aku kawin pun tak. Alasan nak ikut laki pi outstation dekat pineng.

Ok lah.. bye aku terus lost contact dengan dia. Masa berkawan salah silap sikit pun macam macam aku kene tengking. Masa tu sabar aje sebab terhutang budi..

Ecah Ahmad –
Aku faham perasan ko. Kawan aku kawen hari Ahad, hari Sabtu aku datang awal dengan mak siap bawak hadiah, sebab aku kena koje, standby jaga sistem kat Hospital.

Aku jumpa mak kawan aku. Kawan aku yang nak nikah tu tak balik lagi. Tak sempat jumpa.

Kawan aku merajuk sampai bertahun tahun tak nak tegur. Peliknya la hai. Bukan umur 20 tahun. Kelaka pon ada. Padahal kawan dari sekolah menengah.

Sekarang kami OK. Tapi kadang dia sentap tu, tak bertegur punye lama. Dulu tak macam ni. Situlah, tak kose aku nak jaga hati.

Aina Othman –
Saya pun pernah kena sama. Kawan kawin masa kes c0vid tinggi. Kakak dia pulak kuarantin sebab kontek rapat c0vid masa dia kawin.

Bukan tak sayang kawan tapi risau kita datang family kita pulak kena.

Kami kawan dia tetap datang sekejap, lambat la dah petang sebab tak nak jumpa ramai orang. Bahaya kan c0vid.

Lepastu dia meroyan cite kat orang lain umpama kami nie jahat sangat. The best part dia keje ofis sama duduk sebelah aku.

Dah dekat setahun tak abis merajuk dia dengan update status dia. Akhirnya aku berhenti kerje. Toksik sangat ! Fuhh lega luah kat sini

Sumber – Hushna (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post