Balik sek agama, abah bawa aku pergi kedai 4D. Kadang2, abah minta kami tulis. Depan maksu semagat aku bagi. Merah muka abah

 


#Foto sekadar hiasan

Abah dan Pak Teh Aku

Aku ingat lagi dulu dulu masa balik sekolah agama darjah 4, abah selalu bawa aku pergi pekan. Pergi kedai 4D. Abah pesan tunggu dekat motor, jangan pergi mana mana.

Kalau nombor abah naik dapat makan sedap sedap. Kadang kadang abah minta kami tulis nombor apa nak beli.

Masa tu aku tak tahu kedai sports toto tu kedai judi. Jadi aku selalu bersemangat nak bagi abah nombor.

Sampailah satu hari maksu datang rumah, aku pun dengan semangatnya bagi abah nombor baru. Merah muka abah menahan malu depan maksu. Start dari situ baru aku tahu oh berdosa.

Aku ingat lagi, dulu abah selalu sorok cd gambar orang putih s3ksi bawah tikar getah. Aku tahu sebab aku yang sapu rumah. Cd tu sentiasa bertukar tukar cerita.

Masa tu dekat rumah abah baru beli komputer. Zaman tu komputer yang pc besar gedabak warna putih. Abah keluarkan duit KWSP kerja askar dulu dan beli komputer.

Tengah malam selalu dengar bunyi motor kawan abah datang rumah. Pasang cd cd tu.

Sembahyang? Abah sembahyang. Maghrib aje sebab abah pergi surau. Waktu lain jarang lah aku nampak. Tapi dia punya bising bebel tu kalau dia lepas sembahyang bingit wei.

Rasa cam semua orang ni ahli neraka dia sorang jelah yang confirm masuk syurga. Dengan mak sekali dibebelkannya.

Padahal mak awal awal dah sembahyang tepat bila masuk waktunya.

Puasa? Abah kata abah gastrik. Tak boleh puasa sebab abah sakit. Abah uzur. Tapi yang aku pelik sangat waktu sahur abah bangun.

Waktu berbuka pun abah lah paling garang sekali pantang anak bergurau sikit dijerkahnya depan rezeki.

Mati selera orang yang puasa ni. Macam abah lapar tak makan satu hari padahal tengahari abah siap goreng telur makan nasi.

Bulan puasa abah bukan kerja pun. Tapi abah punya penat tu sampai tidur satu hari. Aku hairan dan sangat hairan. Aku tanya mak, tapi mak diam aje.

Masa berlalu, aku masuk asrama penuh. Bila aku habis PMR aku balik kampung. Sekolah harian je pulak sebab kesian dekat mak. Bila sekolah asrama banyak nak pakai duit.

Mak masa tu kerja basuh pinggan dekat warung kopi dalam kampung. Yang aku ingat, dengan upah basuh pinggan tu mak beli semua kelengkapan kami 7 beradik. Makan, sekolah, rumah semua atas kudrat mak.

Abah? Kerja kampung. Kalau ada kerja adalah duit. Kalau takde, satu hari abah tidur. Bangun pergi hantar anak sekolah, ambik anak balik sekolah. Sampai lah aku nak STPM.

Masa tu harga minyak dekat kedai runcit RM2.30. Abah bagi aku RM3. RM2.30 isi minyak, baki 70 sen tulah aku buat belanja sekolah.

Jadinya, aku tak beli pape pun dekat kantin sebab air pun dah seringgit segelas. Tapi aku tak sedih sangat tak dapat beli pape masa rehat sebab pagi pagi tu lagi aku dah sedih.

Menangis atas moto masa otw ke sekolah. Aku tengah pakai kasut sekolah, aku salam abah. Aku kata abah minyak moto dah kering ni. Abah bagi RM3. Aku senyum pahit sebab tahu dah aku tak makan lah nampaknya harini.

Tak lama pastu pakteh datang minta duit sebab nak mengopi dulu sebelum pergi kerja. Abah bagi dia RM10. Bertakung air mata aku.

Tapi cepat cepat aku start motor pergi sekolah. Pakteh hari hari datang minta duit. Sarapan pagi, waktu malam sebelum pergi melepak.

Sepanjang hidup aku, tak terkira dah berapa ribu kali pakteh datang minta duit belanja bekal dia pergi kerja dekat abah.

Kang pakteh balik kerja motor aku pulak dia sebat bawa mengopi. Maka habislah minyak motor aku tak sempat nak guna esok pagi pergi sekolah. Dan berulanglah kisah 70sen aku.

Pernah sekali aku memberontak sebab minta pinjam RM60 dekat abah untuk setelkan hutang lesen P aku lepas SPM dulu, dia punya mengungkit tu jangan cakap lah.

Hari hari dibebelnya aku sebab pinjam duit dia. Pandai pandai buat lesen tapi tak berduit.

Aku pinjam aku bayar balik lah abah. Tunggu gaji kerja kilang kuih aku masuk. Pakteh tu hari hari abah bagi duit saku takde pulak abah mengungkit. Pang, kena penampar aku haritu.

Abah kata itu amal jariah dia bersedekah kena dulukan adik beradik. Oh yelah abah, aku lupa aku ni anak buluh betong.

Lepas tu aku nekad, aku kena belajar rajin rajin supaya aku tak perlu pinjam duit abah lagi. SPM aku skor, STPM pun aku skor.

Alhamdulillah dapat masuk u, kerja dah sekarang.

Tapi masa aku kejar cita cita aku lupa adik adik aku pulak kena menghadap benda yang sama macam aku dah rasa dulu.

Lepas aku kerja, aku kahwin dan suami bawa aku duduk jauh dari keluarga.

Aku plan satu satu, mula mula aku bawak adik aku yang nombor 6. Aku register kan dia dekat kolej kemahiran dekat dengan ruma.

Then aku bawak dia pergi hospital sebab dia ada ketumbuhan tapi abah tak pernah bawak dia pergi hospital sebab abah kata takde duit. Leceh lah nak tunggu hospital ramai orang.

End up bila aku yang bawak adik pergi hospital dekat rumah aku, doktor sahkan adik aku positif knser. Allah, aku rasa nak meraung pada dunia masa tu.

Adik aku dah start sakit kepala masa dia form 3. Aku ambik dia duduk dengan aku masa dia baru habis SPM. Berapa lama adik aku menderita sorang sorang selama ni.

Masuk tahun ni dah 3 tahun lah adik aku terima rawatan dan dah 2 kali kena operate buang ketumbuhan tu.

Next November nak kena CT scan lagi sekali nak tengok sel knser tu masih ada lagi atau tak atau merebak dekat area lain pulak. Then tunggu doktor nak proceed for chemo atau apa nanti.

Guess what, sepanjang adik aku duduk sini ulang alik ke hospital, tak pernah pun abah kirim apa apa untuk rawatan adik. Knser ni ubat dia mahal nak operate CT scan semua mahal.

Aku bayar je semua even balance gaji aku bulan bulan cukup untuk isi minyak je. (aku ada komitmen hutang PTPTN, hutang masters, kereta, simpanan laki bini dan bagi duit dekat mak.)

Ni bukan nak kata aku berkira tapi tu anak dia kot. Pakteh tu boleh pulak dia support daripada bujang sampai kahwin sampai sekarang dah menduda.

Aku tak pernah bunyi pun pasal bil dengan adik aku, tapi setiap bulan adik aku save up RM50 elaun kolej dia sebab nak topup tabung rawatan dia yang kami buat dekat rumah.

Aku ingat lagi lepas first operation dia dulu, cuma ada aku je tunggu dia dekat hospital.

Lepas adik aku sedar dia menangis sambil pegang tangan aku. Sedih, aku sedih sangat. Menangislah kami berdua tanpa suara. Cukuplah dalam hati je kami simpan.

Masa aku video call mak pun mak menangis sebab mak tak dapat datang sebab kami nak jimat duit sangat masa tu.

Syukur alhamdulillah, adik aku yang nombor 5 dapat masuk u baru baru ni. Masa dia nak apply UPU haritu aku dah pesan siap siap kalau boleh apply dekat dengan aku. Sebab nanti aku boleh uruskan pendaftaran dia apa semua.

Lagipun aku ambik iktibar awal tahun haritu dia dapat 2 interview dari UITM. And guess what, abah tak tanya pun camne dia nak pergi interview tu.

End up, adik aku menangis pagi interview tu sebab tak dapat pergi. Gitulah, dia tak jiwa kental macam aku. Dia ni lembut sikit. And sekarang ni the same thing happen, sesen pun takdak hulur untuk adik aku tu masuk u.

Takpelah mudah mudahan berkatlah gaji aku ni bagi dia belanja bulan bulan. Bila aku tanya adik bongsu yang nak SPM tahun ni dia kata abah macam tulah.

Pakteh pun macam tulah masih lagi hari hari datang minta duit belanja dekat abah.

Mesti korang tertanya kan apa jadi dekat anak yang lain? Well, zaman sekarang ni biasalah. Ada yang tak sekolah. Tak kerja.

Malas nak cerita sebab tak best. Hahaha. Korang paham paham jelah. Macamana acuan camtulah kuihnya.

So target aku sekarang nak selamatkan adik bongsu aku lepas ni. Tunggu dia habis SPM lah dulu.

Syukur pada Allah sebab kurniakan aku suami yang baik hati dan sangat berbudi pekerti. Ambil berat pasal adik adik aku dan tak pernah sekali kata apa apa pasal abah.

Bila balik kampung tak pernah pun lagi suami tak hulur duit dekat abah. Layan mak abah macam mak abah dia sendiri. Entah, aku rasa ni berkat doa mak kot.

Mak selalu kata, mak harap anak anak perempuan mak dapat suami baik dan bertanggungjawab. Aku dah nampak apa kesannya bila berumahtangga tanpa ilmu.

Sekarang ni aku selalu berdoa supaya Allah pandu aku dan suami dalam alam rumahtangga kami. Aku serik aku taknak benda yang sama berlaku dalam rumahtangga aku.

Semoga Allah bagi hidayah pada aku dan juga pada abah. Aamiin.

Sumber – Cicak kobeng (Bukan nama sebenar) via IIUMC

*confession diatas disiarkan di laman IIUMC pada Sept 2019




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post