#Foto sekadar hiasan
Si G4y Berniat Berkahwin Dengan Kawan Aku
Salam warga maya.
Saya hanya meminta nasihat dan pandangan.
Kelmarin, saya baru mendapati berita bahawa kawan saya Dina (bukan nama sebenar) akan bertunang dengan seorang g4y yang bernama Adzrul (bukan nama sebenar).
Tetapi, Dina setakat ini tidak mengetahui bahawa bakal tunangnya seorang songsang atau sejarah kelakuan bakal tunangnya tu.
Malahan, yang beritahu saya bahawa si-Adzrul ni g4y adalah suami saya. Kerana bekas pasangan Adzrul yang berjantina lelaki adalah sabahat kerja setempat suami saya.
Dan bekas dia itu sememangnya terbuka terhadap s3ksualitinya dengan sahabat sahabat rapat.
Saya pun kenalnya secara peribadi.
Bekas tu memang rasa sedih dan beremosi seperti belum ‘move-on’ lagi dan menyebabkan perkongsian pelbagai cerita terhadap perhubungan mereka dan kelakuan si-Adzrul ni.
Mendapati bahawa Adzrul ni memang suka cari ramai lelaki untuk melakukan hubungan songsang.
(Untuk mengurangkan aibnya, huraian kesundalannya tidak akan dikongsikan disini. Bukti dari sumber alam maya sudah dicari, disahkan, dan disimpan oleh saya).
Adzrul pula berkata dengan kawannya bahawa dia ada tekanan daripada keluarga dan saudara maranya untuk berkahwin kerana umur sudah mencapai 30an.
Tambahan pula, dia mengunakan alasan ‘telah bertaubat’ (tetapi masih ada je cari lelaki lain, salah guna agama).
Dina adalah seorang kawan baik saya yang berciri ciri sangat indah, beriman, dan tercantik dalam kesemua sahabat sekumpulan masa di Universiti.
Kecantikannya memang merugikan jika berkhawin dengan lelaki seperti ini. Dina pula rasa sangat gembira kerana dia telah merasakan dirinya sudah mencari jodoh yang paling “sesuai” untuknya.
Kini, saya nak tanya anda semua:
Adakah harus saya memberitahu Dina tentang kelakuan si-Adzrul dengan bukti kukuh yang sedia ada.
Sama ada berdepan dengannya ataupun secara sulit (guna akaun palsu dan DM nya) sebelum terlambat, tunggu selepas kahwin, atau terbiarkan je?
[secara sulit sebab kadang kadang takut terjadi drama besar pula]
Apa yang anda akan lakukan jika menghadapi cerita yang sama seperti ini?
Penafian:
Walaupun hubungan songsang tidak diterima dalam masyarakat kita, saya sangat tidak terima mereka melakukan keadaan penipuan (berkahwin untuk menutup yang sebenar) kepada seorang insan yang tidak bersalah seumur hidupnya.
Kalau nak berkelakuan seperti ini, jika ada apa apa dosa pun dikira dosa peribadi dan jangan tarik orang lain dalam cara hidup mereka.
Kita patut doakan je yang terbaik. Kita sebagai insan biasa yang terkadang berdosa bukan Tuhan untuk nak menghukum hakam pun.
Sememangnya, ada banyak lelaki g4y yang kahwin dan beranak tetapi masih cari laki lain, walaupun suka menungang agama kata sudah bertaubat.
Suamiku (yelah dia sado sikit) pun pernah jadi mangsa gangguan s3ksual (sentuhan kawasan sulit) oleh suami orang.
Secara peribadi, saya hanya mahu memberitahu Dina dengan identiti palsu selepas meraka berkahwin, jika diketahui ada masalah dalam perkahwinan mereka nanti (‘watch and wait’).
Reaksi Warganet
Aishah Mansor –
Salah satu perkara yang diharuskan untuk mengumpat adalah untuk menjaga maslahat.
Jumpa la kawan tu berdepan, tunjukkan semua bukti. Tak perlu takut sebab niat nak menyelamatkan dia dari kemudaratan.
Kalau sekarang dia tak boleh terima sekurang kurangnya kita dah lepas tanggungjawab.
Natashaa Shaa –
Pernah melalui situasi yang lebih kurang sama. Tapi bukan kes g4yah lah.
Tapi pasal pasangan lelaki dan perempuan yang saya kenal rapat. Pendek cerita sebelum dorang kawen memamg saya tahu semua cerita yang kurang elok pasal lelaki ni.
Malas nak bukak kat sini la. Tapi memang tak elok la. Dan si perempuan banyak kali tanya pendapat saya. Saya rasa serba salah. Nak bagitau ke tidak.
Sebab situasi saya ditelan mati emak, diluah mati bapak. Dengan harapan mungkin lepas kawen si lelaki ni berubah. Tapi rupanya tidak. Banyak benda jadi.
Long story short. Selepas beberapa tahun depa pun bercerrai. Tapi nak tahu apa? Aku yang dipersalahkan sebab tak bagitau awal awal semuanya. Huhuhu.
(Complicated kisah ni since aku tak reveal apa2 dan siapa2.) Tapi ambik je pengajaran ni, bagitahu je.
Selebihnya biarlah Allah sahaja yang tahu. BAGITAHU SEKARANG ATAU AKAN MENYESAL KEMUDIAN.
Wan Nadia Farhana –
Tuan confessor, saya mohon sangat sangat tolong bagitau kawan tentang bakal suami dia.
Saya pernah berada dalam situasi exactly macam ni. Saya takut nak bagitau, sebab takut jadi peruntuh masjid orang.
Tapi wanita tersebut menderita start dari day 1 dia kahwin. Nak bercerrai pun susah. Siksa jiwa dan fizikal.
Tolong bagitau, dan mintak kawan tu fikir fikir masak masak. Kalau kata lelaki tu dah berubah, mintak buat test penyakit kelamin.
At least dia tahu sebelum kawin. Dan kalau dia nak teruskan, terpulanglah.
Munirah Rafidi –
Lebih baik akak bagitahu sebelum kawan akak tu kahwin sekiranya akak memang ada bukti bukti kukuh, bukan apa takut jatuh fitnah dan menganiaya ja.
Minta kawan akak tu bertenang sebelum dan selepas akak bagitahu dia. Minta kawan akak istikharah sebelum meneruskan hubungan dengan lelaki tu.
Bagitahu lah akak, supaya tak rosak hubungan rumah tangga mereka nanti. Dan at least akak memang sayang kawan akak tu.
Apa apa pun biar ada bukti bukti yang kukuh ya baru bagitahu
Hanida Husain –
Saya pernah dalam satu situasi yang mana saya pernah berkata benar bahawa boyfriend sahabat saya keluar dengan girlfriend lain.
Dan sebolehnya sahabat saya menyatakan bahawa lelaki tersebut tak mungkin menipunya sebab lelaki tersebut telah bawa dia berjumpa dengan ibu lelaki tersebut dan memperkenalkan sahabat saya kepada semua ahli keluarga lelaki tersebut.
Akibatnya hubungan saya menjadi renggang dengan sahabat saya.
Walaupun lepas itu, lelaki itu “kantoi” dan hubungan lelaki itu diketahui oleh sahabat saya secara terang terangan, sahabat saya tetap menjauh daripada saya dan hubungan kami putus begitu sahaja.
Kesimpulan nya, ada risiko kita kehilangan kawan kita samada dia malu alah dengan kita atau ada perkara lain.
Apapun semoga untuk kes sahabat Puan ni , semuanya jadi baik baik sahaja.
Pada pandangan saya, buat je tugasan kita sebagai sahabat, kita nak yang baik baik untuk sahabat kita kan.
Jika jadi macam situasi saya, saya cuba berlapang dada walaupun rindu dengan sahabat tersebut.
Takpala yang penting kita telah buat peranan kita sebagai sahabat. kan? Huhu
Sumber – Nurul (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Rata rata warganet menyarankan TT untuk berterus terang sahaja dengan Dina, akan siapa sebenarnya Adzrul itu
Apa pula kata dan pendapat anda? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen ya
Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada diuji sepertimana yang TT alami.