1tahun tak disentuh. Aku terjebak perkara terlarang. Kantoi dengan suami. Aku dipukul, suami minta aku ke balai..



 #Foto sekadar hiasan

Aku Isteri Derhaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih admin kerana sudi siarkan artikel saya. Tujuan saya menulis di sini untuk mendapatkan nasihat dan doa daripada pembaca semua.

Saya merupakan seorang surirumah berumur 30-an, suami juga sama dan merupakan seorang kakitangan kerajaan.

Saya sebelumnya seorang yang bekerjaya juga namun terpaksa “resign” mengikut suami yang berpindah tempat kerja.

Perkahwinan kami belum dikurniakan rezeki anak walaupun sudah 6 tahun mendirikan rumahtangga.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan kami tidak la bercinta sebelum kahwin seperti kebiasaan pasangan bercinta walaupun kami saling mengenali sejak di bangku sekolah lagi.

Rumahtangga mana yang tidak pernah dilanda badai bukan.

Setiap kali berlaku perselisihan kami memilih untuk mendiamkan diri. Tiada istilah pujuk memujuk sehingga akhirnya saya mengalah dan memohon maaf kerana ego sang suami.

Saya merasakan tidak mendapat perhatian yang secukupnya dari suami.

Disebabkan suami dan saya tiada pengalaman bercinta suami tidak pandai bermesra dengan isterinya sendiri. Kadang kala gurauannya sangat kasar untuk saya walaupun saya tahu niatnya baik.

Krisis berlaku apabila suami tidak memberikan nafkah batin selama 1 tahun lebih sehingga kini.

Puas saya “confront” dengan suami saya dengan ajak berbincang tapi suami selalu mengelak.

Apa apa masalah sebelum ini memang diselesaikan dengan cara berdiam diri dan akhirnya saya yang meminta maaf.

Untuk pengetahuan, suami saya seorang yang baik. Segala kelengkapan dia sediakan, rumah, nafkah makan minum cuma nafkah batin sahaja culas.

Dari segi nafkah batin, saya banyak makan hati dengan kata katanya apabila marah banyak memaki hamun, tidak dipujuk, dijaga perasaan dan hubungan kelamin yang hambar.

Saya cukup pasti dalam perkahwinan ini tiada orang yang ke-3.

Apabila orang asyik bertanya bila nak dapat anak? Saya hanya mampu berkata bahawa bukan rezeki kami lagi walhal saya tahu bahawa kami memang tidak cukup berusaha lagi.

Saya juga naif di awal perkahwinan saya, saya beranggapan hubungan kelamin sekali sebulan itu normal.

Kehidupan kami nampak bahagia walaupun hati dan perasaan saya terbeban. Hendak diluahkan kepada kawan tidak boleh kerana aib.

Hendak ke pejabat agama, suami pula tidak memberikan kerjasama.

Kemuncak krisis saya menjadi isteri derhaka apabila setelah beberapa bulan saya tidak diberikan nafkah batin.

Fikiran saya bercelaru asyik menangis dan akhirnya saya terjebak dengan ‘video dewasa’.

Ya, saya tahu jijik! Saya pun rasa jijik sampai sekarang.

Permulaannya hanya atas dasar ingin tahu cara memikat suami tapi internet yang tanpa sempadan membawa kepada perkara yang tidak bermoral. Betapa lemahnya iman saya.

Saya tidak melihat “whole process” cuma ingin melihat reaksi wanita tersebut itulaa permulaannya.

Tanpa saya duga, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Perbuatan saya diketahui suami, suami saya tersangat kecewa sampai tidak sanggup menatap wajah saya, berdiam diri sampai sekarang.

Adapun saya cuba berbincang, suami memukul saya dan suami menyuruh saya pergi ke balai polis untuk melaporkan.

Saya merelakan diri dipukul suami di bahagian lengan kerana salah saya. Lagipun suami tidak memukul sehingga mencederakan saya atau tinggal bekas.

Jangan memberi nasihat untuk berpisah, saya yakin suami tidak bermaksud untuk bertindak ganas kepada saya. Saya cuma sangat rindukan suami saya.

Tiada lagi salam, kucupan dan pelukan ketika berpergian.

I’ve learnt my lesson. Saya bertaubat bersungguh sungguh dan banyak dekatkan diri dengan Allah.

Suami katakan bahawa dia bencikan saya tapi dia tidak mencerraikan saya kerana kelakuan buruk saya.

Dia juga katakan dia tidak mahu memaafkan saya cuma dia minta diberikan masa yang dia sendiri tidak tahu sampai bila.

Saya memohon agar pembaca memdoakan rumahtangga kami bahagia, dibukakan pintu hati suami saya agar dapat memaafkan dan menerima saya kembali.

Doakan saya juga agar konsisten dalam perkara yang baik. Berilah nasihat yang baik atau apa apa tips untuk saya dapat pikat hatinya kembali.

Terima kasih. Aster

Reaksi Warganet

Faezah Halidin –
Sebenrnya macam pelik suami tak nak bagi nafkah batin. Silalah siasat.

Dulub saya ade pengalaman. Rupanya dia main dengan perempuan lain. Orangnya cakap pun lembut je. Memang ciri ciri lelaki yang baikla.

Maaf saya terpaksa cakap kebenaran. Jangan jadi naif sangat. Kalau dia betul betul nak jadi suami dia, tak kan salahkan puan atas apa yang berlaku.

Dia sendiri akan sedar dan minta maaf. Pliz.. jangan sakitkan diri dan perasaan sendiri…

Mimi Lana –
Saya maybe berkata dekat sini as seorang yang takde pengalaman berkahwin. Tapi kata kata ustaz tu saya ingat sampai sekarang.

Ustaz tu kata, kalau isteri tak reti masak, kita boleh beli makanan dekat kedai. So, ada solution tuk problem spouse tak masak.

Tapi kalau nafkah batin tak cukup, dekat mana spouse nak dapat? Kat kedai? Boleh fikir logik kan.

Adala sebab syariat prkahwinan itu. Adala sebab Islam tetapkan tanggungjawab suami dan isteri. Apa nafkah yang wajib.

Maaf andai terkasar bahasa. Cuma saya tak suka viictim blaming ni

Aini Mohd –
Setahun tanpa nafkah batin. Ini tidak normal gais. Tidak normal.

Tapi itu lah. Puan ni lembik sangat. Isteri baik ni ramai. Isteri baik sampai aniaya diri sendiri pun ramai. Contohnya puan..

Puan.. Selagi suami puan ego dan play viictim. Rumah tangga puan takkan ke mana. Melainkan puan keluar dari rumah tangga ni. Dan bina rumah tangga baru dengan orang lain.

Azura Soraya AH –
Kenapa pulak suami puan nak salahkan puan 100%. Dia sebenarnya yang derhaka pada puan sebab tak jalan kan tanggungjawab yang sepatutnya and then ego melangit.

Bila isteri buat 1 kesalahan terus jatuh benci. Omg! Senangnya jadi lelaki macam ni…

Saya rasa suami puan yang patut cermin diri dia sebelum meletakkan kesalahan sepenuhnya pada puan. Dan puan pula jangan la kerana terlalu sayang sampai merosakkan emosi dan mental sendiri.

Sementara belum ada anak ini, pergi lah rujuk kepada pakar atau pihak yang betul untuk cari solusi. Suami tak nak? Tak payah tunggu dia.

Puan cari solution untuk diri puan dulu then baru tau langkah apa yang sewajarnya perlu puan ambil.

NuRaz Wan –
Saya rasa suami puan memang ada masalh sejak awal lagi. Baru kahwin pun dah ‘bersama’ sekali sebulan. Dan akhirnya setahun pun tidak sentuh lagi.

Dan masalh ini, samada dia buat buat tak tahu atau memang tidak peduli. Jadi dia takkan cari jalan penyelesaian. Mungkin kerana malu dan ego..

Masalah tidak akan selesai, begitu sahaja.. Perbuatan suami, memukul puan dan minta puan lapurkan, hanya sengaja mncari sebab.

Kerana dia sebenarnya memang gagal manjadi suami, apa lagi kalau menjadi ayah.

Dia nak cerraikan puan pun, dia serba salah. Sebab mungkin masih ada rasa sayang, campur rasa bersalah. Tapi dia sendiri enggan berubat. Kemungkinan besar sebab malu..

Kalau takde cara lain, bincanglah dengan family suami. Mungkin cara ini kurang rasa malu dia, dibanding beritahu orang lain.

Biar mereka usahakan untuk dia berubat. Lemah tenaga batin ni, lebih baik kalau diubati lebih cepat..

Sumber – Aster (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post