Bapak tak berani bersumpah. Dia lafaz cerrai. Lepas cerrai, aku ikut mak. Umur bapak 70, kami berjumpa. Kesian aku melihatnya

 


 #Foto sekadar hiasan

Part 1:

Tengah mak menoreh, bapak suruh aku berkemban. Mula ‘baca2’. Aku luah pada mak. Mak hempas Al-Quran atas kepala bapak

Aku tak cakap banyak. Nak cakap pasal hukum hakam, dia lagi tau, pasal dosa besar. Demi Allah bapak aku lagi tau tentang itu, aku pulak yang segan nak cakap.

Seingat aku ayat tu ja yang aku mampu cakap, jadi apa yang aku ingat dia kata takpa ringan ringan ja lepas ni..

So selepas pada tu aku tak ingat dah berlaku atau tak lagi.

Cuma aku takut sangat memandangkan dia pernah sebut umur 18 tahun boleh dah la kalau nak berhubungan secara terus (macam suami isteri) sebab aku dah besar jadi tak luka, ni kot maksud dia.

Nasib aku baik, selepas tu tak berlaku dah aktiviti dia. Cuma aku jadi makin tak selesa bila besar mengingatkan apa yang dia buat dekat aku, aku jadi jijik.

Setiap hari aku doa bapak aku cepat mti supaya aku tak hadap dia lama lama. Benci yang membuak buak.

“Ya Allah, jika panjang umurnya memudaratkan dirinya, bukan bertambah amalannya, kau ambik lah nyawa dia ya Allah “

Aku tersiksa weii setiap kali doa macam ni. Aku rasa sakit sangat hatii.

Makin lama bapak aku makin tua kan, dia makin tak larat. Insaf dah kot? Entah. Padan la insaf pun, diri aku ni dah kotor. Masa tak dapat ubah apa apa.

Aku? makin aku besar, aku jadi makin memberontak. Aku tak boleh kalau bapak aku tegur, sebab bagi aku diri hang pun tak betul macam mana nak luruskan aku.

Dan mak bapak aku pulak makin kerap gaduh. Macam macam isu. Sebab? mungkin hubungan mak bapak aku dah tak ada keberkatan tu Allah dah angkat.

So setiap kali mak bapak aku gaduh, aku akan hasut mak aku untuk cerrai. Aku kata dekat mak aku kalau dah tak boleh hidup sekali dah cerrai ja la daripada gaduh sedia.

Yang sebenarnya aku dah jadi pendendam tanpa aku sedar. Aku nak mereka bercerrai.

Cuma aku nak buat buat sakit tubuh badan dia, aku tak gamak. Dia dah tua. Walaupun dalam hati aku tu meronta rasa nak cincang dia.

Ni semua dalam hati ja. Ni la kelemahan aku, aku cepat kesian.

Makin hari bertambah teruk hubungan mak bapak aku. Satu hari tu gaduh teruk sangat, mak aku dah mintak cerrai, bapak aku yang tak lepas.

Yala sebab mak aku ni ja dia boleh tumpang riang. Mak aku yang menoreh cari duit, hasil tu dia bagi la separuh dekat mak aku. Satu ja bapak aku ni tak pernah naik tangan dekat mak aku,

Dia tak berani kot sebab dia pun bukan muda lagi dah, isteri isteri yang dia pernah nikah suatu ketika dulu semua makan penampar dia sedia2.

Tapi dengan mak aku dia tak pernah penampar mungkin sebab badan mak aku ni jenis tinggi agam badan kemas.

Ni orang kampung yang cerita isteri dulu selalu makan sepak terajang dia. Yang tau ja tau, tapi bila dah tua tak pernah sepak terajang dah la.

“Kalau kami tau pakcik nak menikah dengan makcik, kami dah cerita perangai bapak aku duk buat isteri lama dia tu dekat makcik”

Makcik ni merujuk kepada mak aku la. Jadi mak aku ni ingat dah menikah tua tua ni sabar jala apapun dugaan dengan bapak aku, sebab mak aku pun dah pernah nikah dua kali.

Ni mak aku la cakap sebab tu mak aku susah sangat nak mintak cerrai sebab niat dia dah menikah kali ketiga ni nak duduk ja baik baik,

So masa dorang gaduh teruk tu, biasa la benda kecik pun boleh jadi besar. Dorang gaduh, aku yang menangis tersiksa dalam bilik dengar dorang gaduh gaduh.

Selalu macam tu, dorang gaduh automatik aku jadi trigerred sama.

Tak silap masa gaduh tu aku masuk campur, masa ni jangan cakaplah. Aku ni dah berani dan tak takut langsung dekat bapak aku.

Aku melawan dia sampai dia ugut nak pisaukan aku. Ada aku kisah, hati dah keras kan.

Sebab apa yang dia buat dekat aku dulu. Mak aku yang tanya dia nak bnuh anak ka, bapak aku punya angin dah macam puting beliung sama naik macam aku jugak bertalu talu aku tsvnamikan dia. Memang aku nak sangat dorang berpisah,

Lepastu bapak aku keluar pekan, mak aku duk ada saki baki air mata. Aku cakap lagi suruh bercerrai. Sebenarnya memang dah mintak pun tapi bapak aku tak lepaskan.

Aku dah tak boleh fikir dah, aku terus luah semua cerita beberapa tahun yang aku pendam dulu. Mak aku teresak esak, istighfar menggigil badan badan tanya,

“kenapa tak bagitau mak awal. Tau dak mak dengan pak dah ibarat macam kami berziina”

Sebab mak pernah ucap kalau bapak aku sentuh perempuan lain selain mak aku, bila dia bersama mak aku ibarat dia berziina. Aku mintak maaf dekat mak aku,

“Ceq malu mak, sangat sangat malu. Mak bayangkan budak seawal usia macam mana nak cerita apa yang dia dah buat. Mak bayangkan ceq nak cerita macam mana”

Mak aku kata ujian dia boleh sabar dengan bapak aku tapi bab aku dia takboleh sabar. Dia kata takpa tunggu bapak balik dari pekan.

Aku tak tau la dia pi pekan ka dak sebab kejap sangat. Masa aku tengah mandi, bapak aku balik..

Mak aku terus tanya, dia tak mengaku.

Mak aku ambik Al-Quran hempas atas kepala dia (ya memang mak aku dah kasar, seumur hidup mak aku takpernah buat macam tu dekat laki dia)

Mak aku suruh bersumpah dengan nama Allah, depan pintu myat, depan matahari naik. Ni mak aku cakap

Ya, bapak aku tak berani bersumpah dia mengaku. Pastu gaduh lagi la mak bapak aku, dan akhirnya.. bapak aku lafaz cerrai dekat mak aku.

Aku sebagai saksi.

Mak aku suruh bapak aku serah diri dekat balai polis.

Dia keluar sekali lagi. Aku taktau dia pi mana waktu ni..

Aku dengan mak? kemas baju untuk keluar dari rumah neraka tu

Petang tu bapak aku balik rumah, nak ambik kain baju dia. Dia cakap dia pun dah tak duduk sini. Malulah kan bapak aku kan dikenali dekat kampung. Bapak aku jenis air muka dia, dia nak jaga.

Sebelum dia keluar dia mintak maaf dekat aku. Aku pun entahlah emosi saat ni gembira sebab bapak aku dah cerrai mak aku atau semakin tersiksa tengok family aku tak macam orang lain.

Aku mintak ampun kalau ada dosa dengan dia dan mintak halal makan minum aku. Aku ni teringin nak jadi jahat betul betul tapi kalah dengan kelemahan sendiri, cepat kesian.

Jadi bapak aku dah keluar dulu, aku taktau dia kemana. Dan aku dengan mak ke rumah tok imam, untuk maklum yang kami akan keluar daripada rumah.

Maka berlaku la sesi soal menyoal. Imam ni rapat gila dengan bapak aku. Dia pun tak sangka, sebab jawatan dia sebelum jadi imam tu pun bapak aku yang angkat dia, wallahualam.

Tapi imam ni imam yang adil. Dia teliti.

Mak aku jumpa imam sebab dia dah boleh agak mungkin takut nanti timbul isu mak aku yang keluar dari rumah bawak lari anak.

Pengalaman mendewasakan dia, sebab benda dah pernah jadi kan. Cerita ni orang boleh create sendiri.

Balai polis? kami pergi untuk buat report cover ja sebab tinggal rumah. Bapak aku pun keluar, takut sepanjang ketiadaan kami ada jnayah dalam rumah tu.

Sebab tak buat report kes aku adalah aku masih bersekolah. Kes tu bila dah jadi kes polis, maka akan jadi makin besar, sukarnya nk cerita dekat orang lain.

Sebab tu bila aku baca komen melayu kita komen membuta tuli di ruangan komen aku sangat sangat kecewa. Tiada sokongan langsung, pakaian mangsa yang dipersalahkan.

Ada satu komen di facebook juga aku terbaca, beliau salah seorang anggota polis ya

“Kalau dah sendiri pun pemakaian macam haprak, dengan berbesi dekat bibir macam pel4cur, lagi nak acah konon konon kena s3xual h4rasstment, makin meluat aku dengan budak ni”

Wahhhh.. nak tegur dia taksalah langsung tapi kes ni korang kata pemakaian dia jadi sebab sedangkan Balqis cerita tu kisah silam masa dia berumur 5 tahun !!!!

Tahukah kalian, pakaian aku bukan macam Balqis pun. Duduk dalam rumah dulu pun seluar panjang, lengan panjang kalau keluar rumah.

Umur 12 tahun aku dah bertudung sepenuhnya. Tak pernah keluar dari rumah tanpa tudung. Duk rumah pun aku tak pernah pakai singlet sahaja atau seluar pendek.

Pedo ni dia tak kira budak tu pakaian macam mana, nfsu dia dekat kanak kanak.

Aku punya trauma dulu, aku takut nak duduk dalam kawasan crowd (contoh kedai makan) ada banyak lelaki walaupun lelaki tak tengok pun aku, tapi aku rasa tak selamat.

Aku rasa takut mereka ni tengok aku dengan pandangan bernfsu dalam kepala masing masing. Walhal pakaian aku dah besar dah tapi still rasa trigerred tu yang melampau.

Jadi selepas mak bapak aku pisah, naik mahkamah lafaz sekali lagi, dah selesai. Masing masing bawak haluan, aku ikut mak aku.

Ada satu hari masa mak aku dalam iddah mak saudara aku bawak mak aku ambik air tawar, untuk pulih semangat.

Mungkin mak aku pun dah banyak lalui tekanan perasaan dia yang aku taktau.

Memang dia tertekan pun sebab lepas dia nikah dengan bapak aku, mak aku ni tak pernah pijak balik kampung dia dah berapa lama bapak aku tak bagi. Asyik mak bapak saudara aku ja yang datang rumah.

Selang beberapa bulan, bapak aku berhubung dengan mak aku balik. Yalah rupanya dia duduk dengan kak aku dekat Penang.

Bapak aku ada sembelit, makin teruk. Jadi selama ni mak aku lah yang kisahkan semua bab berubat dia. Mak aku ni sama macam aku, kesian tak bertempat.

Aku pendekkan cerita, ada kejadian dekat rumah kak A aku, abang ipaq aku ada gaduh dengan bapak aku.

Mungkin pasal bapak aku nak bersama mak aku balik, sampai nak bertumbuk. Bapak aku tu dorang hantar rumah macam buang kucing, macam ni lah lebih kurang bapak aku cerita dekat mak aku.

Masa ni bapak aku dah umur 70 tahun dah. Korang boleh faham, tak perasaan aku yang kesian dekat dia sebab tak ada sapa yang peduli makan minum dia.

Aku bukan sayang dia sebagai seorang ayah, cuma aku kesian dia sebagai orang tua,

Masa dekat rumah yang mak aku ambik air tawar pulih semangat tu, dia ada cakap bapak aku ni mungkin pengakhirannya dia duk tepi tepi jalan. Aishh tu la kami ni mudah kesian.

Last bagi peluang sebab nampak dia dah insaf, dah tua sangat

Dan ya kawan kawan maafkan aku, mak bapak aku akhirnya rujuk. Aku ulang sekali lagi aku bukan sayang dia, aku cuma kesian sebab dia dah tua.

Memang waktu ni aku dah tak takut dah dengan dia. Kalau dia buat aku pun, dia akan kalah jugak sebab dia dah tak ada tenaga dah.

Sebelum rujuk, mereka tanya aku dulu. Ambik masa jugak, aku setuju untuk bapak aku betulkan kesilapan dia dan bertaubat sungguh sungguh

Jadi nikah semula di pejabat agama, sebab iddah dah lepas dah. Kami kembali duk dekat rumah lama.

Semua berjalan macam biasa, Tak ada apa berlaku sangat. Mungkin bapak aku dah tua, dia pun kurang bercakap sebab kalau dia bukak mulut apa apa psal mak aku, aku akan terus pangkah takmau ambik tahu.

Hampa dah rujuk kan, duk la elok elok, kenapa masih nak buruk sangka dekat pasangan lagi

Mak aku ni menjahit baju, jadi ada la sikit sikit income dia. Menoreh kebun tu bapak aku bagi sikit ja dekat dia. So memang la mak aku tak penah duk bagi duit dekat bapak aku

Kalau ada nak beli makan apa, mak aku beli ja la. Takkan lah mak aku nk tanggung semua perbelanjaan rumah pulak kan.

Dah kerja pun semua dia buat banting tulang macam orang laki siang menoreh, petang ke malam menjahit baju.

Tapi bapak aku nampak mak aku ni berkira, walhal mak aku yang tanggung semua persekolahan aku. Bapak aku bayar masa nak beli buku awal tahun ja.

Selepas tu duit makan hari hari semua mak yang bagi. Tak pernah aku mintak dekat bapak aku.

Tapi setakat bapak aku bersungut macam tu ja lah, tak bergaduh cuma masing masing pendam ja la rasa, atau aku syak bapak aku ada ke rumah kejiranan aku cerita mak aku gini gitu, pendek kata kedekutlah kot.

Dah baik ni takkan nak bercerrai lagi? Orang terima hang sebab kesian dan bagi peluang betulkan diri.

Manakala abang kakak aku ni sejak bapak aku nikah balik, dorang makin menjauh. Mungkin tak setujulah tu.

Aku rasa dorang taktau pun sebab apa pencerraian berlaku, aku yakin bapak aku cerita benda lain. Rasa berkaitan mak aku berkira or harta.

Kak yang duduk Penang tu pernah balik tapi tak tidur dekat rumah, balik kejap ja. Selalunya time mak aku pi menoreh getah.

Pelik kan depa yang beria macam benci mak aku hakikatnya yang masalah tu bapak aku, Kak A aku tau tapi macam lupa ingatan apa yang bapak aku buat dekat aku…

3 tahun lepas tu, bapak aku pun meninggal, tak ada sakit apa pun. Cuma masa subuh tu dia jatuh dalam bilik air.

Lepastu dah baik mak aku cakap (masa ni aku duk kelantan, study), bapak aku boleh berjalan tapi still bawak ke hospital. Dia meninggal lepas beberapa jam sampai hospital.

Dia bagitau dia macam penat. Dr masukkan segala wayar dan tidurkan dia rasanya. Dr nak pam tapi kak A aku tak bagi sebab kesian sakit kena karan.

So lepas bapak aku meninggal tu bermacam macam masalah dengan kakak A tu, yang aku story aku rapat dengan dia dulu tu. *skip*

Kes ni bertahun jugak, kiranya dah dua tahun kami tak pernah jumpa lepas bapak aku meninggal tu.

Satu hari dia whatsapp aku macam macam dia hamburkan tuduhan dia. Of course aku lawan, aku tak membela mak aku sebab dia seorang mak. Tapi aku bela mak aku sebab aku tau mak aku macam mana. Dia kata,

“Aku nak hebah kisah hampa dua ni kaki sihir”..

Terima kasih banyak atas fitnah hang kak.. terngiang sampai mati aku tak ampunkan.

Paling menyiat hati dia kata dekat aku

“Aku tunggu ja hang nak nikah nanti, aku nak cerita dekat laki hang tu tak dak dara”

Sampainya hati hang kakak. Dulu aku cerita dekat hang supaya bantu aku bukan mintak dikeji aku ka yang salah, jadi aku cuma kata..

“Silakan kak, hang habaq la dekat orang cerita sebenar kata bapak hang tu haruan makan anak”

Aku tau bapak aku dah meninggal, aku dah maafkan, aku kena doa yang baik baik. Biar Allah yang adili dia, tapi aku triggerred bila kakak A aku cakap macam tak ada otak.

Masa aku reply, dia dah block aku jadi yang ni tak sampai. Tak giila ka rasa. Aku ambik no tel satu lagi, aku forward whatsappp yang tak smpai tu, dan aku block ! Puas.

Dalam bulan tu jugak aku terus buat keputusan. “Jom kita keluar dari rumah ni mak, kita cari rezeki tempat lain”.

Hijrah ni petanda baik bagi aku sebab Allah nak bagi rezeki baru. Kami buat keputusan untuk balik kampung mak aku sekitar Gurun. Atas nasihat abang aku jugak sebenarnya

Kami 5 beradik, 3 beradik pertama mak lain, Abang K (bukan nama sebenar) pun mak lain. Dan mak aku yang terakhir ni la

So Abang K ni lah bagi nasihat, dia duduk dekat sekitar Gurun jugak. Ajak pindah duduk sekitar sini,

So kami dapat rumah sewa Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Deat sini aku tolong mak aku berniaga nasi lemak.

3 bulan kemudian aku dapat kerja. Alhamdulillah murah rezeki kami kat sini. Mak aku lepas raya tu aku suruh duk rumah ja takpayah berniaga dah. Aku sorang yang kerja.

HAPPY ENDING

2 tahun kemudian aku kenal sesorang. Sekarang dah jadi suami aku, kenal di facebook sahaja

Dua hari perkenalan aku terus tanya nak ka dekat aku, aku dah kotor. Family aku tak macam orang lain. Memang aku menangis. Aku cerita semuanya dekat dia macam mana aku cerita dekat korang sekarang.

Siang malam doa supaya aku tak dipertemukan dengan lelaki durjana, cukuplah aku yang lalui, tapi bukan anak anak aku nanti.

Aku taknak anak anak aku lalui apa yang aku dah lalui. Aku nak suami aku sayang anak anak selayaknya, jadi pembimbing sebenar.

Aku cuma nak tahu dia terima aku atau tak ja. Kalau tak terima memang aku pun tak berminat nak kenal dengan sesiapa dah.

Alhamdulillah, suami terima aku seadaanya. Sangat sangat penyayang. Moga perkahwinan kami bahagia dengan kasih sayang, tenang dan sampai ke syurga. Doakan ya.

Sebenarnya, bila meningkat dewasa. Yang silam tu makin mengganggu aku dan bagi tekanan.

Macam aku, aku menangis kenapa bapak aku buat macam tu. Apa dosa aku. Boleh dikatakan kalau aku stress dengan kerja atau letih melampau duk sorang sorang aku jadi lost.

Tapi depan orang, aku nampak okay, enjoy, ceria. Sebelum aku jumpa dengan suami aku, memang aku jadi lost sangat.

Sekarang ni Alhamdulillah, aku dah boleh masuk kawasan crowd, aku dah tak takut dengan bayangan kisah silam aku. Aku dah yakin diri.

Kehidupan aku dan mak aku hari ini sangat bahagia. Banyak perkara dipermudahkan, rezeki tak putus putus.

Wallahi ikutkan panjang sangat kisah hidup aku dengan mak aku. Aku tak tahu la kalau korang duduk tempat kami, agaknyaT masih waras tak hari ini?

Aku juga yakin ramaiiiii lagi sebenarnya mangsa s3ksual macam aku. Percayalah aku sangat faham bila korang kata tak mampu nak buat apa apa sebab orang yang sewajarnya jadi pelindung kita tapi makan drah daging sendiri.

Kalau drah daging sendiri pun tergamak buat macam tu, macam mana nak yakin dengan orang luar yang tak ada kena mengena dengan kita. Macam mana kalau kena ejek dekat sekolah nanti? Itulah yang aku fikir.

Aku kan saat menulis ni aku dah tak ada rasa. Sekadar sebak, cara sama macam adik Balqis cerita dalam video dia. Ada nampak dia meratap, tak ada kan? sebab sampai satu masa dah lali.

Aku doakan urusan adik Balqis dan mngsa mngsa lain dipermudahkan segala urusan dan dapat pengadilan, Moga korang semua kuat tau.

Yang sekeliling tolong support tau kes macam ni, jangan remehkan mngsa. Jangan hina hina mangsa. Fokus isu. Faham keadaan dan Ucap yang baik baik sebab kita masih punya keturunan.

Sekian,

Sumber – Sitti (Bukan nama sebenar) via IIUMC : edisimedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Pihak Media Portal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post