Abang heret aku ke toilet dapur. Dengan berbaju tidor, aku lari. Di hospital, ayah kaku. Mak pujuk dengan ugutan



 #Foto sekadar hiasan

Hidup Yang Mati

Hi assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap kali aku baca pasal kejayaan seseorang, semuanya mengatakan benda yang sama. Dapatkan restu dan doa dari mak ayah.

Dan untuk manusia yang macam aku ni, aku rasa sampai bila bila aku takkan dapat restu mak ayah dan doa dari mereka.

Aku bukan siapa siapa dalam keluarga. Walaupun aku cuba untuk jaga hati, buat sehabis baik.

Masa remaja aku went well, walaupun banyak sangat kisah gelap.

Abang kandung aku cuba untuk m0lest aku dari seawal umur aku 13 tahun.

Dimana, dia dihantar untuk belajar di sekolah tahfiz di pantai timur, atas permintaan dia sendiri.

Dan setiap kali dia balik bercuti, berbagai cubaan dibuat untuk c4bul aku.

Aku ingat lagi, sewaktu kami sekeluarga tidur di hotel. Dia akan duduk atau baring di sebelah aku di waktu malam dan raba satu badan aku.. dada aku dan private part.

Dan aku seperti biasa, akan lari tidur tempat lain. Ada ketika, aku sengaja lari tidur di balkoni.

Dan aku cuba beberapa kali untuk bagitahu mak aku.. Jawapan yang aku dapat hanyalah,

“Dia tak sengaja la kot..” , “jangan cerita dekat sesiapa” ataupun “kamu ni suka sangat buat cerita”…

Dan tak kurang juga bila aku dic4bul ketika aku umur 12 tahun, oleh sepupu sebelah ayah.

Masa balik kampung, aku dic4bul ketika sedang tidur dan badan aku kaku mengeras tak tahu nak buat apa..

Dan aku dic4bul ketika aku keluar dari toilet. Masa tu toilet dalam bilik dan sepupu aku yang berumur 18 tahun ketika itu (tahun 2000), sengaja masuk bilik tu buat buat cari barang.

And again, aku report dekat mak ayah aku.

Jawapan yang aku dapat, “jangan cerita dekat sesiapa”…”ohh dia memang gatal..”…

Siapa yang nak tolong aku masa tu? Aku tak pernah tahu apa itu definisi s3x grooming sehinggalah aku berusia 20an.

Back to cerita abang aku.

Aku di harras sehingga umur aku belasan. Kemuncaknya, ketika aku ada berkenalan dengan seorang lelaki dewasa melalui yahoo messenger.

Dan lelaki tersebut bercerita mengenai imagination dia berkaitan perlakuan s3ks sesama adik beradik (incest).

Aku, being me.. aku tak tahu itu adalah s3x grooming dan aku hanya mengiyakan setiap kata kata dia.

Kemuncaknya, bila abang aku yang selama ni mencari peluang untuk buat benda bukan buka dekat aku..

(even dia pernah masukkan tangan dia dalam baju aku dari belakang time aku study), dia terbaca semua chat tu. Aku as usual, tak log out.

Komputer besar tu di bawah dan aku naik tidur di atas.

Abang aku ugut aku mengenai chat tersebut dan heret aku ke toilet di dapur bawah.. kunci pintu dan paksa aku untuk melakukan apa yang tak sepatutnya.

Aku takut mak ayah aku tahu akan perbualan aku. Jadi, aku ikut apa kehendak dia.

Dan selepas tu, aku naik bilik aku. Menangis, menjerit sambil tekup dengan bantal. Aku contact kenalan aku, aku tak boleh tidur sampai pagi..

Keesokan tu, aku terlelap dan aku sedar ada tangan kasar tengah raba aku. Aku bangun dan tengok abang aku dah bertuala, merayu untuk meratah aku lagi sekali.

No……. aku bangun, tolak dia, dengan keadaan aku tak mandi, aku grab ic dan duit, tudung dan aku lari keluar dari rumah.

Aku sempat grab phone nokia aku. Aku lari.. Aku lari keluar dan kebetulan ada jiran aku nampak, dia tanya aku nak ke mana.

Aku cuma cakap, “acik, saya nak ke komuter” dan dia tumpangkan aku.

Dalam keadaan aku berbaju tidur, seluar slack, gigi tak gosok, tak mandi.. tudung apa yang ada.. Dan aku sampai ke shah alam menaiki komuter.

Kenalan aku bawak aku untuk buat police report. Dan yes, ada kesan tear. Koyakan.. dan aku disiasat, disoal bertalu talu dan aku ditempatkan di wad trauma dan psychiatric selama seminggu.

Selama di wad, aku hanya ulang pakai seluar slack hitam, baju t-shirt putih yang aku bawak dan tudung bawal hitam..

I was the girl… yang silentlt cry in the middle of the night. Crawling for some help. Sebab tidur aku terganggu dengan mimpi buruk dirgol abang aku..

Mana mak ayah aku?

Mak aku tak terima apa yang jadi. Selepas 4 hari aku di dalam wad sorang sorang, mereka datang. Ayah aku kaku berdiri..

Mak aku datang.. memujuk aku untuk tarik balik report. Dengan ugutan dia akan bnuh diri jika aku tak tarik balik report.

Mereka katakan aku yang liar, yang mungkin menggoda abang aku.

Aku akui, aku bukanlah seorang anak yang taat. Aku anak yang bergerak sendiri ke mana sahaja menaiki bas dan suka lawan mak ayah.

Semasa umur aku 17 tahun, aku pernah dipukau ketika pulang dari tuition dan dirgol tanpa sedar dan benda last aku ingat, aku di bus stop dengan panties yang berdrah.

Dan aku pernah bertanya kawan aku mengenai ini dan kawan aku inform mak ayah aku. Kami decide untuk tidak report police ketika itu sebab aku langsung tak ingat apa yang jadi.

Even muka orang tu pun aku tak ingat, hanya blurry scenario sahaja yang aku nampak. Tapi masa tu doctor sahkan ada koyakan kasar di selaput dara aku dan aku memang rasa sakit.

Kejadian semasa aku dengan abang aku ketika umur aku 19 tahun. Dan bukan abang aku yang rampas virginity aku.

Tapi itu bukanlah alasan untuk mereka gunakan untuk hukum aku sebagai gadis liar.

Pakaian aku di rumah sopan, sejak umur 13 tahun (bila keep kena harras dengan abang).

Back to story, mak aku datang dan minta untuk aku tarik balik report. Aku takde pilihan, or else mak aku nak bnuh diri petang tu.

Ayah aku bawak aku untuk tarik balik report dan selepas discharge, semua orang dalam rumah keep on pretend macam tiada apa yang berlaku.

Dan mak aku ugut aku, apa apa sahaja cerita dalam rumah ni, jangan bawa keluar dari rumah.

Dan.. aku pun pulang ke PJ. Masa tu aku masih lagi student matriks UIA..

Dan start dari hari tu, aku nekad tak nak pulang. Tak nak balik ke rumah.. even cuti semester sekalipun.

Aku jadi liar, seliarnya. Aku duduk serumah dengan boyfriend aku.

Luaran aku, masih seorang gadis sopan muslimah tapi takde siapa pun tahu. Aku bersekedudukan dengan bf aku setiap kali cuti semester.

Aku ada kereta sendiri yang diberi oleh ayah aku sebelum tu. Dan aku bebas ke mana sahaja. Aku nekad, aku takkan balik rumah.

Aku happy, aku rasa dilindungi. Aku rasa selamat, secure dengan bf aku. Walaupun maruah aku dah hancur.

Aku rasa hanya mereka mereka ni je yang boleh lindung aku. Sebab apa? Mak ayah aku tak pernah peduli pasal maruah anak dia.

Yang mereka pentingkan, hanya maruah mereka sahaja.

Sehinggalah aku dipaksa balik oleh mak aku, sebab masa tu abang aku nak bawak gf dia ke rumah dan kenalkan kepada family.

Dan mak aku paksa aku balik.. Dengan syarat, “jangan buka apa apa cerita pasal kamu dekat gf dia”..

Wowww amazing. Syarat kau memang nak nampak anak kau perfect depan mata gf dia kan?

Dan aku balik. The couple keluar naik kereta sama sama, bawak adik aku.

And suprisingly, adik aku masa tu umur 4 tahun.. Dia pi cakap dekat gf tu, abang aku cucuk kemaluan dia pakai pen haritu. And the gf macam terkejutlah.

And she asked me, betul ke apa yang dia dengar. Aku kaget, tak tahu nak cakap macam mana.

See, bukan aku yang buka mulut tapi anak yang lain. Yang jadi mngsa dia jugak.

And till now, mak aku denied benda tu dan adik aku pulak, dia cakap dia tak ingat apa apa (dan dia minta tolong jangan bangkitkan hal ni.) Aku tahu, ni semua hasil brainwash mak aku.

Long story short, dorang putus sebab abang aku kantoi ada simpan perempuan lain dalam rumah dia (which is now dah jadi ex wife dia)

Aku continue jadi pempuan liar (liarlah sebab serumah dengan bf). Sampailah aku mmengandung luar nikah, tahun 2011..

Dan a day aku found out ku pregnant, aku call bapak aku, aku bagitahu aku pregnant. Dia suruh aku balik and they set up for ab0rtion. The next day, aku ab0rt.

Yeah dan aku continue meliar. Clubbing and all. Setiap kali aku mabuk, aku akan menangis… menangis dan menangis.. Mengharapkan semua orang tolong aku…

I was still the girl with a black pants, white shirt and black bawal. Di hospital.. menangis mengharapkan orang tolong aku…

Dan aku dah selamat bersuami… tapi till now.. anak anak aku dah besar remaja… Mak aku tetap ugut aku.

Hubungan aku dengan keluarga mertua sangatlah sampah. Semua kisah aku ditaburkan di family mertua. Di muka kakak kakak ipar aku.

Dan mak aku keep on ugut aku, untuk beritahu mereka aku pernah mengandung luar nikah 1 kali..

Dan setiap kali aku lewat hulur duit, aku dihamburkan dengan kata kata makian. Dan being me, aku maki mak aku balik.

Ada masa tu, aku menjerit dekat muka mak aku… tahun 2021..”mana mak masa saya perlukan? Masa saya di hospital dulu.. mana mak??”

Dan yang aku dapat hanyalah, “kau jangan sampai aku cakap dekat mak mertua kau pernah mengandung luar nikah. Dorang dah benci kau, aku boleh buat dorang buang kau terus”..

Benda yang paling aku tak sangka keluar dari mulut dia tahun lepas adalah,

“ehhh kau jugak yang bagitahu jantan dalam yahoo messenger tu, kau nak try have s3x dengan abang kau kan? Haaa rasakanlah. Tuhan tu makbulkan. Bagi kau rasa”..

Allahu… Aku tak pernah sebut semua tu, tapi seingat aku, itulah kata kata dari chat tersebut yang aku hanya iyakan sahaja..

Tahun 2006 s3x grooming aku tak kenal apa semua term tu.

Dan, instead of mak aku tanya aku, dia lebih percayakan orang yang dia tak kenal? Itu yang buatkan aku sangat sakit di dalam.

Why mak? Whyyy??

Kenapa kau tak pernah nak tanya dekat aku apa yang jadi selama ni, kenapa kau tak pernah nak kisah anak perempuan kau balik ke tak…

Kenapa kau tak pernah nak ambil peduli semua aduan dia dan kenapa kau paksa dia untuk pretend macam tiada apa yang jadi?

Indeed, till now…. aku dah 30an.. aku masih belum move on dengan apa yang jadi dekat aku.

Aku cuma nak dengar satu perkataan “maaf” je dari seorang ibu, sebab tak mampu nak pertahankan aku masa aku memerlukan. Bukan ugutan bnuh diri..

Dan aku sedar.. aku takkan dapat doa dari ibu sampai bila bila… walaupun beribu cubaan…

Dan seeing all my friends sebaya aku yang berjaya capai macam macam pencapaian berkat doa mak mereka, aku tahu… aku takkan dapat semua tu..

I was still a girl in white shirt… yang berjalan di koridor hospital.. tunggu mak datang… tunggu mak peluk.

And say to me, u are safe now and begging for the words “sorry”…

I was still her.. inside of me.. Yang menangis malam malam di katil hospital…

Yes, i was still her…. even it was 16 years back.. I was still her.. My inner side crawling for some help..

And i do hope, please.. stop assaulting me, ugut untuk bagitahu semua benda dekat mertua aku.

Cukuplah mereka dah benci aku dengan semua cerita zaman liar aku yang keluar dari mulut mak sendiri. Dihantar dalam voicenote dan di pass over merata dalam group keluarga mertua.

Cukuplah.. Aku penat..

Reaksi Warganet

Nurul Aini –
Berat sangat ujian awak. Saya pernah kenal seorg ni mase tu dia 17 tahun tengah struggle berebut nak dapat hak penjagaan anak anak.

Yang saya tau dia kawen umur 15 tahun dekat sempadan. Tapi orangnya soft spoken, tau hormat orang.

Dia tak nampak macam budak budak liar. Dari tak solat saya nampak dia start solat.

Semua orang ade kisah silam tapi tak bermakna dia tak baik. Kadang kadang keadaan sekeliling memaksa dia dalam keadaan tu

Liyana Sulaiman –
Hugs dik. Beratnya beban yang awak tanggung.

Taubat sunguh sungguh dik, berubah. Buat betul betul sampai orang tak peduli kisah silam kau.

Balik pada Allah, rintih pada Allah, mintak pada Allah.

Jangan harap pada kasih manusia, tak kekal.

Semoga Allah limpahkan kasih-Nya pada awak dan tutup segala aib dan cela.

Nor Athira –
Ya Allah sedih sangat sangat baca kisah ni. Macam tak terjangkau fikiran, ada seorang ibu yang macam ni.

Sis berhentilah mengharapkan kasih sayang manusia. Tiada satu makhluk yang sayang kan kita melebihi Tuhan sayangkan kita.

Boleh start block dan keluar dari wasap group family yang menganggu mental health sis.

Move on dengan keluarga kecil sis je. Cukup bulan bagi duit semampu kita. Yang lain serahkan semuanya kepada Allah.

Kalau orang tak sayang kita, biarlah kita sayangkan diri kita dan ingat Allah sentiasa ada untuk kita.

Dunia ni sementara. Tempat persinggahan.

Saya doakan semoga Allah melapangkan hati sis, buangkan segala kesakitan di hati sis.

InsyaAllah semoga Allah memberikan syurga yang teratas untuk sis sebagai ganti kepada kesedihan dan kepedihan di hati sis.

Stay strong sis. Be happy with your little family. Jaga, didik dan protect anak sis sebaiknya ye

Love Dee’s –
Kejamnya mak awak.. i couldn’t even imagine sikap dia. Dia boleh je biarkan u happy dengan hidup u lepas nikah.

Tapi dia pilih untuk trigger u dan rosakkan hidup u dekat family mertua. Tak boleh brain. Dia memang bermasalah.

Jauhkan diri dari dia. Alaa kalau dia ugut u ada anak luar nikah pun, kalau family mertua dapat tau jangan lah kau mengaku.

Cakap je entah kenapa mak buat cerita. husband u ok ke? dia baik tak dengan u? harap dia baik pada u. Jauhkan diri u

Aini Mohamad –
I think better start a full ‘selfishness’ life. Stay away.

Kalau mak terus ugut nak rosakkan hubungan, balas aje ugutan tak nak bagi duit.

Mak jahat ni wujud. Ye, berat dugaan dapat mak sebegini. Dikelilingi pula penjenayah s3ksual.

Saya doakan puan diberi keteguhan diri, kekuatan jiwa dan ketenangan hati.

Jika satu hari nanti, rumah tangga puan goyah atau runtuh tetaplah berusaha untuk kekal teguh menghadapi ujian hidup ini.

Kembali kepada Allah. Moga Allah jaga.
Semoga ada sinar kebahagian yang sebenar untuk puan.

Sumber – Tak Tahu (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post