9 jam drive bawa anak, talak aku dapat. Suami mula ‘lari’. Mertua putar cerita. Aku pula yang salah



 #Foto hiasan

Suami Curang, Mertua Salahkan Isteri

Assalamualaikum admin dan semua pembaca yang berbahagia. Juga salam sejahtera

Saya dan suami PJJ sudah 5 tahun. Kami ada 3 anak perempuan.

Masa cuti sekolah baru ni saya dan anak anak mahu ke rumah sewa suami. Sebelum ni kami dah 2 kali pergi ke sana waktu cuti sekolah.

Tetapi tiba tiba kali ni dia tak bagi kami pergi sebab alasan dia baru je balik kampung bercuti jumpa kami dan dia kata tunggu je dia balik bulan depan.

Sebelum ni saya ada cakap nak ke sana waktu cuti sekolah nanti. Dia okey je. Takde pun tak bagi izin.

Saya tetap pergi ke sana sebab tak puas hati kenapa suami berkeras tak bagi izin saya dan anak anak pergi.

Alasan dia risau keselamatan saya dan anak anak sebab drive 9 jam perjalanan ke sana.

Saya pelik sebab sebenarnya saya dah dua kali ke sana drive sendiri dan dia izinkan je sebelum ni.

Bila saya pergi juga ke sana dengan anak anak, suami tak peduli, merengus marah dan moody.

Dia langsung tak tanya khabar kami dalam perjalanan malahan waktu kami sampai pun dia dah siap buka pintu rumah dan arah kami masuk. Pada masa tu dia dekat tempat kerja.

Sebelum ni kalau kami nak ke sana dan sampai dia akan tunggu di rumah sambut kami.

Malamnya dia tak peduli kami dan tak makan apa yang saya masak.

Bayangkan drive 9 jam, sampai sana masak untuk suami tetapi suami keluar jumpa kawan. Jam 1.30 pagi pulang ke rumah dan buat muka pula dekat isteri.

Esoknya lepas subuh saya cakap nak balik kampung semula sebab saya kecil hati dan diapun seperti tak mengalukan kedatangan saya.

Dia siap cakap dekat saya, siapa suruh datang?!

Saya tersentap! Bukannya dia nak hargai penat lelah saya drive jauh 9jam bawak anak anak nak berjumpa dengan ayah untuk habiskan cuti sekolah bersama.

Bingung saya dan anak anak dengan kelakuan suami. Padahal baru seminggu lebih kami berjumpa masa dia balik kampung, elok je hubungan dia dengan kami. Gembira.

Lepas tu berlakulah pergaduhan kecil dan Saya pun balik kampung terus pada hari tu juga.

Selepas tu dia tak menghubungi saya dan anak anak selama seminggu.

Lepas seminggu saya call suami tapi dia tak angkat, mesej tak balas. Risik dengan bff dia rupanya dia dah ada perempuan lain dekat sana.

Bila saya tanya dia tak mengaku ada perempuan lain. Dengan pertolongan bff dia, bagi bukti. Saya tunjuk bukti kecurangan dia dengan perempuan tu, dia terus lafazkan talak.

Saya pun tak berpaling lagi sebab kali ni sebenarnya dah hampir 10 kali dia curang tetapi sebelum ni saya tetap maafkan sebab anak.

Saya pun uruskan proses percerraian dan selepas itu dia tak pernah langsung menjawab wassap atau panggilan telefon anak.

Mak mertua pula salahkan saya sebab katanya saya pergi serang suami saya di tempat kerja kerana cemburu. Padahal saya tak pernah berbuat demikian.

Mak mertua juga salahkan saya kerana sebab saya jugalah anak dia tak pulang ke rumah, tak jawab panggilan telefon atau wassap dia sebab takut dimarahi kerana nak cerraikan saya.

Lebih pedih lagi bila saya cakap, suami pun tak pernah telefon atau tanya khabar anak dan sama juga tak pernah jawab telefon dan wassap anak.

Mak mertua cakap nanti anak anak dah besar nak kawin, mereka carilah ayah mereka sebab nak wali.

Saya kadang kelakar dengan sikap mak mertua, dia ingat anak dia dah bagi nafkah dekat anak tapi tak bagi kasih sayang serta tak pedulikan anak tu kira anak dia dah jalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah yang baik!

Sekarang ni mak mertua pun dah kenal perempuan yang ada skandal dengan suami dan boleh terima perempuan tu sebab nak anak dia teruskan bagi duit kepadanya.

Mak mertua pejam sebelah mata, tolak kesalahan anak dan terima perempuan skandal tu sebab duit bukannya sebab anak.

Begitulah peliknya sikap manusia yang bergelar suami.

Hidup 15 tahun tapi berkali kali curang dan mak mertua yang sentiasa putar cerita dan tak ikhlas menyayangi anak menantu.

Reaksi Warganet

Noor Fatin Hazwani –
Move on sis, bukan sis sorang yang hadap macam ni.

Memang bila bercerrai pihak perempuan selalunya di salahkan even bukti terpampang depan mata pun tetap akan salah pihak teranaiya.

Setahun dua ni sis kene kental dan kuat untuk hadap berbagai fitnah dan kata kata orang luar.

Fokus pada kerja dan besarkan anak anak. Simpan duit keluar bercuti dengan anak anak dan bina bahagia.

Indra Putra –
Saya kenal beberapa suami yang PJJ dengan isteri. Elok jer mereka tu.

Tiap malam video call dengan isteri dengan anak anak. Tiap minggu mereka balik jumpa anak isteri.

Ada naik bas. Ada ysng kene drive berjam jam. Kos kene tanggung juga. Ada yang balik setiap 2 minggu.

So, maksudnya, memang kenyataannya bekas suami confessor yang gatal.

Sue Ieda –
Tuntut duit nafkah anak. Biar Naik turun mahkamah pun. Baru puas hati.

Senang nak lepas tangan, tak guna jantan macam ni. Jangan bagi Muka.

Fight Hak anak anak. Mentua tu block dia. Jangan bagi dia marah marah u.

Kalau saya, sebelum dia buka mulut saya dah sound pasal anak tak guna dia. Fight duit nafkah anak. Biar auto potong dari gaji dia.

Ismi Jannah –
Keluar je dari keluarga yang penuh toksik tu TT. Mak dengan anak sama je.

Takpe. Sabar. Balasan Allah tu pasti ada. Tengok la dia bahagia ke tidak dengan skandal dia tu nanti.

Selalu nya kita tau yang benda macam ni tak kan kecap bahagia pun. Orang yang meruntuhkan rumahtangga orang lain ni balasan nya memang akan ada.

Dan suami TT pun ada balasan nya juga. Sebab dia mencari yang haram dalam tempoh pernikahan TT berdua.

TT kuat kan hati. Jangan nanti konon dia da insof TT nak terima semula. 10x series kes curang sebelum ni. Kemon. Jenis orang macam ni dia ketagih. So fikir fikir kan lah sebaik mungkin.

Miftah Al Khayr –
Saya perhatikan trend dalam kalangan kawan kawan dan ex staff. Suami buat hal sebab PJJ kerana isteri tak nak ikut pindah.

Suami pulak jenis kuat nfsu so bila bini jauh dia tak leh control.

So dalam kes puan ini kalau puan memang tak nak pindah ikut dia since kahwin dulu, berpisah lebih baik dari sengsara macam ni.

Dalam kes kawan dan ex staff saya, suami suami mereka akhirnya nikah dengan skandal dan kawan kawan saya ni terpaksa redho sebab it is their choice tak nak ikut Suami yang kerja pindah randah (anggota beruniform).

Alhamdulillah mereka dah tenang hidup berkongsi kasih sebab masalah awal berpunca dari mereka juga.

Nurul Elliani Suhaili –
Harga sebuah pencerraian nie lagi mahal sebenarnya.

TT tuntut semua segala mala nafkah, harta sepencarian, mutaah dll jangan bagi muka. Biar suami TT tinggal sehelai sepinggang.

Kalau dia kata tak mampu, jangan putus asa TT l. Fail terus dekat bapak mertua TT dan adik lelaki suami TT.

Kegagalan suami bayar nafkah boleh dipenjarakan. Bukan setakat suami, bapak mertua dan adik lelaki suami sekali boleh meringkuk sama.

Fight TT untuk hak TT. Sekaligus ajar keluarga mertua yang durjana itu

Sumber – Yusliyana (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post