“Tetamu di meja makan, ibu mertua scroll FB di ruang tamu”. Anak aku kata sesuatu. Anak buah tiba2 jerit. Semua mata memandang



 #Foto sekadar hiasan

Dunia Kita Berbeza

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nama aku Kay (bukan nama sebenar). Aku telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur lima tahun.

Luahan aku hari ini berkenaan adab yang pada aku benda yang tidak asing, lebih lebih lagi dalam masyarakat Melayu kita.

Aku dibesarkan di dalam keluarga yang sangat mementingkan adab dan tutur kata. Ayah aku adalah hasil perkahwinan dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia.

Atok yang ketika itu menuntut di Indonesia kebetulan jatuh hati pada Nenda, mereka berkahwin dan atok membawa Nenda berhijrah ke Malaysia.

Nenda seorang yang sangat garang dan sangat mementingkan adab sopan. Pernah aku mengikuti Nenda pulang ke kampung di Indonesia, cara mereka sangat berbeza dengan keluarga aku.

Di sini jika ada orang tua sedang berborak di ruang tamu, kita boleh lalu di hadapan mereka dengan menundukkan sedikit badan dan mengatakan ‘tumpang lalu’.

Di sana, kita langsung tidak boleh lalu di hadapan mereka. Dan kalau memang terdesak nak keluar rumah mestilah melalui pintu belakang.

Itu salah satunya, kalau nak cerita lagi jadi panjang berjela luahan aku.

Dalam keluarga aku, benda yang paling utama ialah meraikan tetamu dari langkah pertama mereka masuk ke dalam rumah.

Pertama, semua ahli keluarga mestilah bermanis muka dan menyambut dengan mesra tetamu yang hadir. Kalau masa tu dekat dapur, mesti keluar sekejap untuk tunjuk muka dan kemudian minta izin semula ke dapur.

Kalau tetamu datang secara mengejut, bersiap secepatnya dan cepat cepat ke depan untuk bersalam dengan tetamu yang ada.

Makanan untuk tetamu pula mestilah cukup. Biar kita tak ada makanan janji tetamu balik dengan perut kenyang.

Masa tetamu ada, kena duduk di ruang tamu dan berbual dengan mereka.

Kalau tak berbual pun, pura pura angguk atau faham tentang perbualan mereka kecuali jika ada hal sulit yang mereka hendak bincangkan.

Biasanya atok atau keluarga yang lebih tua akan memberi isyarat untuk kami ke tempat lain.

Dan lagi satu, tak boleh duduk dekat dekat dengan berlainan jantina tapi biasanya lelaki memang dengan lelaki sahaja, dan perempuan dengan perempuan.

Ini baru tetamu.

Dalam keluarga aku juga, ucapan ‘terima kasih’ dan ‘meminta maaf’ adalah wajib. Terima kasih untuk setiap perkara dan sekecil kecil benda.

Minta maaf juga adalah satu kemestian jika ada selisih faham dan bukan sekadar di mulut.

Jika berdekatan, mestilah saling berpelukan dan memandang muka ahli keluarga tersebut.

Bersalaman juga adalah kemestian.

Rumah kami semua berdekatan, atok memang dah sediakan rumah untuk semua anak anaknya. Walaupun berdekatan, wajib bersalaman bila berjumpa.

Dulu kalau aku tak salam, mesti ibu cubit aku dalam diam. Fuhh sakit ya, halus je dia cubit.

Dalam keluarga kami juga tiada panggilan ‘kau’ dan ‘aku’, hanya ‘awak’, ‘kita’ dan ‘saya’.

Yang tua di panggil dengan gelaran pangkat, tiada panggilan nama.

Ibu kata masa mula mula, dia memang kekok. Pernah dia menangis sebab kena tegur dengan nenda, nasib baik ayah selalu beri tunjuk ajar.

Keluarga ibu masih lagi mempunyai adab sopan tetapi tidak terlalu ketat seperti keluarga ayah. Kami memang dah biasa sebab dari kecil dididik oleh nenda.

Sampai sekarang walaupun dah bercicit, nenda masih garang.

Kadang kadang rasa nak bergaduh juga atau melawan dia, tapi aku tau bila dia dah tiada nanti pasti aku merinduinya.

Sebelum aku berkahwin dengan suami ku Haris (bukan nama sebenar), aku memang takut dia tak boleh nak sesuaikan diri dengan keluarga aku.

Sememangnya aku memang banyak menghabiskan masa dengan belah ayah sebab ibu yatim piatu. Kadang kadang je berkumpul di rumah pusaka dengan adik beradik ibu yang lain.

Telahan aku memang betul. Haris dan aku dua dunia berbeza.

Nak dengar Haris cakap ‘terima kasih’ memang susah. Nak suruh dia bersalam, sampai bergaduh gaduh laki bini.

Haris tak suka bila aku bagi isyarat dekat dia suruh salam sesiapa, tapi aku yang malu bila dia buat bdoh je bila tetamu datang.

Depan tetamu dia memang buat bdoh, dia main je handphone macam tak ada apa.

Benda paling aku terkilan, masa birthday Haris yang pertama setelah berkahwin dengan aku, dia dihujani dengan ucapan dan doa dari keluarga aku.

Tak kisah dekat facebook, group whatsapp atau pun private. Tapi sepatah ‘terima kasih’ langsung dia tak cakap.

Ibu aku tegur, dia kata dia tak paksa orang wish. Biadap betul dia balas whatsapp ibu aku.

Aku rasa bersalah sebab dah seminggu mereka wish, aku yang balas dengan alasan Haris sibuk.

Balik tu aku kena marah dengan Haris sebab pandai pandai reply.

Aku boleh kata semua yang menjadi kemestian dalam keluarga aku, tak ada dalam kamus hidup Haris.

Aku tengok balik keluarga dia, ya memang jauh berbeza.

Dalam keluarga Haris, aku seorang je menantu, yang lain belum berkahwin. Haris anak nombor dua, sama macam aku.

Waktu raya bila saudara mara datang, ibu mertua aku hanya bersalam dan kemudian menyuruh mereka layan diri untuk makan.

Bayangkan tetamu di meja makan, ibu mertua scroll facebook di ruang tamu.

Aku yang terhegeh hegeh pergi dekat tetamu sebab rasa janggal.

Adik beradik ipar aku pun memang tak bersalam dengan sesiapa, duduk dalam bilik walaupun raya. Tak pun sibuk berselfie dan bertiktok luar rumah.

Mula mula aku memang janggal, tapi lama lama aku rasa mungkin memang itu cara mereka dan aku ikutkan sahaja.

Sebab setiap tahun macam tu, tetamu pun okey je muka yang sama juga setiap tahun.

Kalau bergaduh adik beradik, kata ‘maaf’ memang tiada. Tau tau baik macam tu je tak pun memang tak bertegur sampai ke sudah.

Alasan bergaduh bukannya teruk mana, berebut kepak ayam pun boleh jadi isu bergaduh besar.

Adik beradik Haris ramai, ada 13 orang dan paling kecil darjah enam.

Kadang kadang aku rasa kelakar bila mereka bergaduh benda yang kecil. Tapi bila tengok balik memang memberi kesan yang sangat buruk terutama untuk anak aku.

Budak kecil biasalah suka mengulang semula apa yang orang tua katakan. Pernah sekali anak aku cakap ‘b4bi’ dekat sepupu dia belah aku.

Apa lagi sepupu dia jerit kuat kuat,

“Mak Ngah (aku), dia cakap ‘b4bi’”

Masa tu semua pandang aku terkejut. Bila aku tanya mana dengar benda tu, anak aku kata makcik makcik dia belah Haris yang cakap masa bergaduh.

Jem kepala aku, rasa nak tampar je mulut anak tapi bukan salah dia.

Minggu depannya aku bagi tau dekat ibu mertua kalau boleh jangan keluar kata kata kesat depan anak aku, tapi aku yang disindir.

Katanya dah memang pertuturan keluarga mereka kasar, nak buat macam mana.

“Nak ubah sopan santun macam keluarga awak tu ke? Tak kuasa.”

Lepas tu aku tak tegur apa apa dah, aku biar je. Cuma aku yang kena berusaha keras untuk didik anak aku dengan sebaik baiknya.

Ayah aku selalu pesan, selagi anak depan mata ni kita kena bekalkan mereka dengan apa yang patut.

Cara bercakap, adab sopan dan pendidikan agama yang sewajarnya. Nanti bila dia dah besar dia akan jauh dari pandangan mata kita, mereka akan jalani hidup sendiri.

Masa tu kita hanya boleh berharap bekalan yang kita bekalkan selama ni sudah cukup dan berguna untuk dia.

Tapi, andai kata dia tersasar walaupun kita dah bagi yang terbaik, redha lah kerana itu pilihannya bukan pilihan kita.

Dalam sekilo buah, tak semua manis elok. Ada yang masam, tawar dan busuk. Begitulah juga anak anak dan adik beradik.

Sekarang perangai suami aku pun semua dah tau, aku pun tak reti dah nak cover sebab dah lima tahun aku kahwin dengan dia.

Nenda pun tak bising bising macam dulu, mungkin dah penat cuma aku tau mereka menyampah dengan Haris.

Aku sayang Haris, tapi itulah dia memang tak boleh get along dengan family aku dari semua aspek.

Dan sebab tu lah aku selalu tak balik kampung, bila ada majlis je aku balik.

Sedih juga, sebab aku rindu semua orang tapi aku terpaksa sebab nak jaga suami aku.

Betul lah, sekufu tu bukan harta je tapi dari semua benda.

Sekufu, memang penting.

Reaksi Warganet

Shikin Ilyas –
Biasa yang saya tengok, orang jawa yang jenis sangat mementingkan kekeluargaan. Jumpa bukan je salam tapi peluk laga pipi.

Kawan saya jawa. Bila jumpa mak dia, dengan saya saya sekali mak dia peluk

Syaima Naqiah –
Orang Melayu memang asalnya beradab. Tapi zaman sekarang ni macam susah nak jumpa keluarga yang amalkan sikap ni terutamanya meraikan tetamu.

Masa kita kecil dulu, lalu depan tetamu yang lebih tua memang wajib menunduk sambil tangan ke depan isyarat nak tumpang lalu.

Zaman sekarang susahnya lah. Jadi macam pelik pulak. Sekarang pun tengah berusaha mendidik anak anak sendiri tentang adab.

Siti Sariff –
Seronok baca tentang keluarga sebelah nenda you. Terbayang filem Kartini.

Lain padang, lain belalang. Tapi sayanglah suami dan mak mentua you tak ambil kebaikan yang ada pada isteri/menantunya.

Orang cakap, benda baik apalah salahnya dicontohi walaupun kita berasal dari padang yang lain.

Satu pihak beradab, satu pihak mesra. Kan elok jika digabungkan. Yang tak elok kita tinggalkan.

Teruskan dengan apa yang baik, confessor.

Siti Khadijah –
Orang dewasa ni memang tak boleh nak kita tegur dah dari segi adab dsb, boleh gaduh.

Tapi kita amik dan jadikan pengajaran untuk kita didik anak anak supaya jadi manusia yang lebih baik..

Dah hidup bersama suami 5years, tt cubalah guna cara halus untuk ubah adab dia. Famili dia memang takkan dapat membantu sebab dia membesar dengan ajaran sebegitu.

Tapi TT kekalkan tunjuk teladan baik untuk ank ikut, untuk anak apply pada si ayah pula.

Biasalah manusia ada ego. Kadang kadang ego ayah boleh kalah dengan kebaikan anak kalau bukan dengan isteri..

TT sama sama doakan juga dengan anak agar adab suami berubah jadi lebih baik.

Mengikut pengalaman saya, doa dan tindakan halus kita selalunya lebih berkesan dalam melembutkan hati seorang suami aka ayah untuk berubah ke arah lebih baik.

Tunjukkan awak lebih caring dan concern banding famili dia

Hafizah Ibrahim –
Kita tak boleh ubah orang, tapi kita tunjukkan keperibadian yang baik selain mendidik anak anak.

In sha Allah lama kelamaan akan jadi ikutan suami dan keluarganya.

Keluarga belah saya kalau jumpa salam dan leluk cium khususnya ibu bapa. Keluarga suami memang tak buat.

Saya amalkan kepada aruwah ibu bapa mertua saya. Alhamdulillah akhirnya suami ikut cara saya dan menjadi budaya dia.

Begitu juga budaya setiap kali berjumpa kanak kanak atau orang orang tua, hulurkan sedekah bukan terhad semasa raya sahaja. Banyak lagi sebenarnya.

Sis kena sabar membuat kebaikan ya. Semoga satu hari suami sis akan sedar dan dapat mencontohi

Sumber – Kay (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post