“Aku pulangkan anakmu”. Depan kadi, suami tertunduk. Lepas ‘dibasuh’, suami lafaz. Kata2 mak dia, sampai sekarang aku ingat



 #Foto sekadar hiasan

Ku Pulangkan Anakmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Macam seram je kan tajuk tu (emoji gelak tutup mulut). Aku nak mulakan dari mana pun aku tak tau.

Rasa terbuku dihati ni nak meluahkan tapi biasa lah dekat Malaysia ni bila ada tittle ‘J’ (janda), semua si isteri yang salah walaupun terang terangan si suami yang mulakan.

Aku awal 20-an ada anak perempuan yang shomel baru berumur 2 tahun yang kasihan tak dapat kasih sayang dari dalam perut sampai dah besar ni. Aku baru bercerrai awal tahun ni.

Aku tak sedih dengan percerraian ni dan aku tak sedih dengan anak yang takdak bapak tu cuma terkilan dengan manusia manusia disekeliling.

Dari awal perkenalan, ex aku ok ja ada kerja tetap. Berbeza laa dengan lepas kawin.

Mungkin ya dengan kata orang, sebelum dan selepas kawin mana sama kan?

Tahun ketiga berkawin baru aku ada rezeki anak.

Sebelum tu aku yang merancang sebab tengok perangai ex yang tak berapa nak betul kewangannya. Dengan kerja sat berhenti, sat kerja.

Perkara disorokkan dari dua dua keluarga, kononnya aku ni isteri yang menjaga aib lah.

Sepanjang kehamilan, aku still kerja. Alhamdulillah takdak morning sickness ke apa.

Orang lain 2 minggu sebelum due, sebulan sebelom due dah start cuti tapi aku sehari sebelom beranak aku still dekat office tengah bekerja,

Esok tu beranak boss aku pun terkejut sebab semalam elok je tak sakit. Kenapa kena kerja keras even ada suami?

Sebab nafkah pun tak bagi, duit rumah aku yang bayar, api air, makan. Kang sapa nak bayarkan semua tu?

Aku dekat hospital pun aku yang kena bayarkan duit delivery makanan dia. Kang kebulur pulak anak orang dekat rumah tu.

Aku ingat lagi betapa besarnya sembang dia kata ada simpanan untuk anak, nak bersalin jangan risau dalam bank ada beribu.

Padahal masa nak discharge bapak mertua aku bagi duit, bapa aku kasi duit, aku juga turut menyumbang. Bil RM200++ je, tapi dia boleh collect RM800++.

Bila tanya mana baki, tu yang 3 hari ulang alik hospital tengok baby, tengok aku tu memang habislah jawabnya.

Entah laa rasa nak menangis dengar jawapan tapi aku tetap bertahan kang takut meroyan.

Dari anak lahir sampai dah besar, selagi tak suruh tengokkan anak ke apa ke, memang tak buatnyaa.

Nak bangun malam bancuh susu tukar lampin? Harapan saja lah.

Aku isi online untuk bercerrai baru bagitau dia tapi dia still ingat aku memain. Dah dapat tau still tak nak cerraikan aku, aku sampai tahap merayu dekat family dia suruh pujuk,

Ayat mak dia sampai sekarang aku ingat, “dulu boleh je nak hidup sama sama, susah senang sekali, kenapa sekarang tak boleh?”

Masalahnya dia senang sorang sorang, susahnya aku sorang sorang. Lepastu sorang sorang kerabat dia mai mesej aku jangan pisahkan anak dengan bapak. Tak elok.

Lepastu ayat, perempuan kalau dah kawen, suami macam mana pun kita kena terima.

Soalan aku, kalau kena dekat anak perempuan dia, adakah ayat yang sama dia akan bagi?

Masa anak baru 6 bulan, aku ada cakap dengan mak dia pasal dia tak membantu jaga anak, sewa rumah api air aku tanggung. Tapi aku macam cakap sorang sorang, takda respon.

Padahal mak dia sebulan bagi RM400/RM500. Gaji dia saja RM1800. Anak lelaki sulung tapi dibela macam….. Entahlah

Long short story, anak aku dah besar sikit sekarang. Kalau aku dengan mak aku tak vc si bapak dia tu. Bapak dia memang takkan pernah tanya pasal anak dia.

Aku still nak bagi anak aku tau dia still ada bapak walaupun tak berguna.

Nafkah anak? Bersyukur jugak laa dapat sebulan RM200 daripada dulu tak dapat langsung.

Masa bercerrai pun, qadi cerrai rujuk tu cakap dekat dia, sebenarnya dia tak mampu nak berkawin. Berkawin dengan aniaya anak orang ni berat hukum dia.

Dia cuma mampu tunduk dan lafazkan cerrai tu pun selepas qadi tu tazkirah dia dalam 20 minit lepas dia tak mau cerraikan aku.

Maaf kalau ayat aku tunggang langgang, tak tau nak mulakan dan akhirkan macam mana.

Cuma nasihat aku, kalau tak mampu jangan kawin. Kalau dah terkawin dengan lelaki macam tu, harap dapat penyelesaian yang baik baik.

Family dah tau abang ke adik dorang macam tu, harap ada la jalan penyelesaian yang baik. Ini tidak tengok saja je.

Aku cuma nak cakap, hope yang mengajar si bapak ambik anak dia ni, tuntut anak lee, pi bgitau dekat mahkamah kalau mak tak bagi jumpa, teruskan buat ye sebab aku ada bukti yang dia tu langsung tak fikir pasal anak dia.

Zaman sekarang RM200, pampers dengan susu saja tak sampai seminggu. Tapi tetap bersyukur.

Family dia cakap aku awal kawin tak macam ni. Ikot je apa pun, balik kampung boleh kata selalu balik kampung.

Cuma satu ja nak cakap, orang berubah jadi baik atau jadi jahat disebabkan kita. Cermin diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain.

Aku cuma doakan family dia takda yang kena macam dengan aku walaupun kadang kadang tu terdetik biar depa rasa macam mana aku rasa.

Aku pulangkan anakmu!.

Reaksi Warganet

Noor Shahin –
Saya sebak baca kisah ni sebab awak wanita hebat yang bijak dan kuat. Bukan sebab cerrai ke ape ke kan, tapi awak tau mana yang baik untuk awak dan anak.

Mungkin bila dah besar nanti, anak awak akan faham dan mungkin berterima kasih dengan keputusan ni.

Sebab ramai je mak pak yang tak hidup bahagia dan gunakan nama anak. Kononnya pasrah hidup demi anak dan kemudian anak tu membesar dengan kesakitan terpendam tengok kehidupan ibu ayah dia yang tak bahagia.

Semoga awak beroleh kebahagiaan awak tersendiri.

Aisya Haryani –
Yes. Stigma masyarakat. Bila wanita bertindak demi kesejahteraan mental dan kebahagiaan dirinya serta anak anak, wanita juga lah di cop jahat, tak boleh bersabar, sanggup pisahkan anak dan bapa.

Walhal, tade sapa pun yang duduk dalam tempat dia.

Betul kata qadi tu,, ex dia tak mampu berkawin , dan terangan menganiaya isteri. Isu isteri menanggung keluarga dah lama dan banyak berlaku, kenapa tak nampak salah dan tetap nak minta isteri bersabar?

She did the right thing. Bab nafkah anak, memang tanggungjawab si bapa. Kalau tak tunaikan, berhutang dan jawab la dekat akhirat nanti.

Inntrusa Hassmara –
Puas hati dengan kesudahan life confessor.

Aku cukup menyampah ayat ‘dulu boleh susah senang sama sama, sekarang dah tak boleh?’.

Banyak orang dekat luar sana sebenarnya masih menanggung derita macam penceritaan confessor.

Bila sesebuah mahligai tu berakhir dengan perpisahan, pastinya yng ditunding punca dari perempuan.

Sharifah Anis –
Ya betul, pulangkan semula ke keluarganya..

Paling benci keadaan masa dekat hospital Tu. Sanggup eh, jadikan duit baki tu macam upah dia pulak. Tolol betul.

Kifarah is real . Harap takde la terjumpa keluarga tak guna macam tu. Backup anak anak pendosa, biar anak orang lain tersiksa.

Tazkirah qadi takat tu je la. Malu dengan qadi tapi tak malu dengan Allah

Farah Rifhan –
Susah senang bersama ni kalau suami yang ada rasa tanggungjawab dan berusaha juga untuk tanggung family walaupun serba kekurangan.

Bukannya gedebok semua tanggungjawab dekat bini.

Harap harap kena la anak pompuan depa nanti baru tau erti penyesalan. Masa tu silalah nasihat anak perempuan depa, susah senang kena bersama.

Tahniah, TT kerana buat keputusan bijak. Jangan takut dengan title J.

Sumber – Anya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post