Baru nak suap, pelayan tadi tersadung. Rantainya terjulur keluar tudung. Terus suami pergi bayar. Cepat2 kami keluar



 #Foto sekadar hiasan

Palu Sebelum Tsunami V

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta terima kasih yang tak terhingga pada admin kerana siarkan confession ini lagi..

Sebenarnya bukan tak nak sambung, cuma masa terhad takut kan terlajak pula ke tahun 2024 hahahaha…

Tapi Mel kena buat juga yang ni di sebabkan ia penting dan ia menjadi drah daging kita.

Sebelum tu biar Mel jawab segala persoalan di sini. Mel orang malaysia dan berulang alik ke Indonesia atas urusan perniagaan.

Untuk yang bertanya macam mana selepas tsuvnami tu adakah mereka masih mengamalkanya?

Ya sehingga hari ini, masih ada sebilangan besar yang masih mengamal, sebab ia sudah menjadi adat turun temurun mereka.

Malah ia di angkat sebagai tahun melawat Palu. Ada yang bertanya masih hidup ke kenalan Mel ni selepas tsvnami?

Ya masih hidup tapi ramai yang kehilangan ahli keluarga, kerosakan harta benda dan ada yang hangus terbakar. Sebab waktu goncangan itu berlaku, ada di antara mereka sedang memasak untuk makan malam.

Dan untuk anak Mel, alhamdulilah tidak mendapat sebarang gangguan mistik.

Mungkin atas doa pendinding yang selalu Mel amalkan sebelum tidur dan sebelum melangkah keluar dari rumah.

Pada yang tidak percaya dan mengatakan cerita dogeng, terserah! Mel tidak paksa untuk percaya.

Yang sudah bosan asyik cerita bersambung dan tak detail, inshaallah mungkin ini yang terakhir dan kalau nak tahu rutin mereka, cubala masuk chanel tv atau berita dari negara mereka, segala kejadian yang tidak masuk akal berlaku terutama kes pembnuhan dan kes rgol.

Tujuan tulisan ini bukan la ingin mencari salah dan memburukan negara jiran kita, tidak sama sekali.

Cuma ingin berkongsi pengalaman dan rasa saja. Mereka juga baik, sopan dan menghormati kami sebagai orang luar.

MAKANAN di Indonesia…

Ingat tak Mel pernah pergi Tanah Toraja. Dari Malaysia to Makassar 3 jam lebih penerbangan tanpa transit. Ini kali pertama Mel menjejakan kaki ke bumi Makassar.

Selesai urusan bagasi, kami sekeluarga mencari tempat makan sebelum meneruskan perjalanan yang jauh,. Macam dari Kl menuju ke Kelantan.

Pusing pusing jumpa la satu restoran menghadap laut. View pun cantik tanpa rasa was was kami pun duduk sambil tunggu pelayan datang ambik order.

Ok order la kami nasi goreng ayam, nasi goreng daging dan nasi goreng seafood. Sebelum tu Mel tanya dulu halal ke? Sebab ada yang memakai tudung.

Adik manis tu cakap, “halal kak, jangan risau.”

20 minit kemudian sampai la nasi goreng kami. Alangkah kecewanya kami dengan rupa makanan tersebut, bukan la tidak mensyukuri nikmat tapi jauh dari expection yang sebenarnya.

Bayangkan nasi tu di goreng sekali semua. Cuma yang membezakan sebab dia letak ayam, jadi nasi goreng ayam. Letak daging jadi la nasi goreng daging. Begitu juga dengan seafood.

Suami terus cakap “takpe, makan apa yang ada dulu nanti kita cari restoran lain pula.”

Baru nak suap sesudu nasi goreng, tiba tiba pelayan tadi tersandung meja sebelah kami. Apa yang buat kami terkejut rantai salib yang dia pakai terkeluar dari tudungnya.

Terus terbantut nak makan. Suami bayar dan terus keluar mencari restoran lain. Dah la Mel terlalu lapar, sampai kena gastrik yang teruk juga.

Selepas itu kami dah serik. Kalau nak makan, suami akan pastikan makan ikan bakar saja. Kita pilih ikan kegemaran dan depan mata kita, mereka akan bakar.

Berhati hati juga jika ingin makan bakso di Jakarta. Sesiapa yang pernah pergi, adakah kamu perasan tidak ada seekor tikus yang berkeliaran di sana? Mana pergi semua tikus tersebut?

Untuk menjimatkan kos mereka akan menangkap tikus dan biawak untuk di jadikan bakso (tidak semua yang bertudung itu Muslim).

Padahal Jakarta juga sangat kotor dengan pengemis yang membuat rumah di bawah jembatan sama macam di negara kita.

Pernah juga viral ada restoran yang memasak daging anjing dan babi,

Tapi mereka memberitahu bahwa itu adalah daging lembu. Dan yang paling sedih, mereka telah menjual kepada orang muslim, dan pengusaha restoran itu juga muslim.

Jika ingin ke Indonesia pastikan cari yang betul betul halal. Di sana tidak ada Jakim yang pantau macam di negara kita.

Kadang risau juga dengan bahan makanan mereka. Begitu juga jika ingin ke Bali, pastikan cari tempat yang tidak was was.

Bagi kami yang selalu berulang alik ke Indonesia, sudah masak dengan selok belok mereka.

Jadi sekiranya kami ingin kesana, keluarga Mel hanya makan buah buahan, ikan bakar atau membeli bahan mentah untuk di masak sendiri.

Begitu juga dengan tukang seluk saku, mereka sangat pakar dalam membuat kerja. Dan pastikan anda tidak berkeliaran di waktu malam.

Sekian terima kasih.

Sahabat pena, Mel

Reaksi Warganet

Faris Haikal –
Saya selalu ke Indonesia, juga atas urusan kerja. Kalau di sana, bab makanan memang kena berhati hati.

Sebaiknya buat research dulu pasal tempat makan, bukan main masuk sahaja.

Kalau main masuk, takut nanti ingatkan ayam penyek, rupanya tikus penyek.

Kalau tak pasti, boleh rujuk pada kenalan kenalan di sana yang Muslim, atau orang orang masjid. Mereka boleh rekemenkan kedai yang okay..

Elvina Elvina –
Jangan berhenti Mel, teruskan bercerita lagi. Banyak yang dapat kami pelajari daripada cerita cerita Mel yang lalu.

Sangat bermanafaat bagi kami, yang masih belum lagi dapat menjelajah ke mana mana negara luar Malaysia. Terutamanya Indonesia.

Sekurang kurangnya apa yang Mel gambarkan dalam confession Mel boleh jadi panduan buat kami. Kami tungguuu episod dan cerita cerita menarik dari Mel lagi dan lagi.

Akrima Abu Bakar –
Saya pernah tengok dokumentari orang sana buat sos tomato dan sos untuk bakso tu. Caranya sangat sangat menjijikkan sampai rasa nak muntah tengok.

Pernah tengok chanel street food diorang. Ade yang pegi ke gerai gerai legend, beratur muslim beli makanan.

Tapi bila host tanya owner, gerai tu tak halal pon. Ade pork dalam penyediaan makanan. Aduhaii…

Kalaulah saya ade rezeki ke sana, taktau la macam mana nak cari makanan. Huhu

Siti Sariff –
Indonesia mengamalkan pluralism beragama. Sebab itu mereka ada yang isteri Kristian, suami Islam. Orang bukan Islam pun fasih aja menyebut alhamdulillah bagai.

Tentang makanan, bakso ke sate ke aihhhh tak teringin i nak mencuba. Sampai bakso ke Malaysia ini pun fobia i nak rasa.

I suka membaca dan menonton tentang keunikan Indonesia tetapi untuk ke sana thank you but no thanks.

Tapi Indonesia memang unik! I suka meneliti peta Indonesia.

Nadia Khamis –
Pendeknye.. Nak tahu lagi Mell

Tapi pernah pegi Medan, babi nya digantung macam gantung ayam/itik.

Ramai yang kristian waima memakai tudung. Kedai kedai makan memang kene hati hati. Takut terkena.

Pak supir yang bawak kami memang terangkan. Ada kedai yang boleh kita makan atau tidak.

Sedangkn kita lihat kedainya meriah dan nampak orang bertudung makan disitu. Tapi belum tentu halal..

Kebanyakkan order, kami ambil ikan. Jarang ambil daging atau ayam. Sebab takut ditukar. Memang mencabar jika kesana. Berhati hati lah

De DyaNa –
Allahu. Bile trbaca kisah tuan TT ni mengingatkn saya pernah travel ke sana.

Ade 1 tempat tu (rahsia) masa travel agen bawak pergi kdai makan tu. Saya tak boleh lupa menu sate ade 1 kdai tu, dahla pelik bukan cucuk kat lidi tapi macam besi besi yang dekat roda basikal tu,

Dahla malam kpenatan berjalan siang ari, lapar pulak. Dia bawak pergi kdai tu. Ape lagi kitorg pun makan la sate tu.

Tapi bukan daging lembu, macam pejal pejal gitu cicah dengan kicap.

Masa pergi sana tak terrpikir pun kitorg pasal halal haram (maksudnya kedai kedai yang mngendalikn makanan, memang orang Islam tapi tak tau dia macam mana)

Seriously, baca confess ni buat saya terrpikir balik… YaAllah ampuni la dosa hamba-Mu ni

Sumber – Mel (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post