Depan aku, teruk mak kene bantai. Lepas cerrai, mak kawin buat kali ke 3. Bila aku kawin, suami tarik rambut. Heret aku ke bilik



 #Foto sekadar hiasan

Suami Isteri Mental Dis0rder

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.

Selama ni saya hanya pembaca sahaja. Tapi untuk hari ini saya nak meluah. Kisah benar yang terjadi dalam kehidupan saya.

Sebelum tu saya perkenal kan nama saya Hawa. Berumur 25 tahun dan sudah berkahwin serta mempunyai 4 orang anak.

Saya tinggal di negeri selatan tanah air. Saya berkahwin pada usia muda, iaitu 18 tahun.

Saya membesar dalam broken family, mak saya berpisah dengan ayah saya masa saya berusia 7 tahun. Kemudian setahun selepas itu mak saya berkahwin lain, suami ke 2.

Perkahwinan bapa tiri yang ke 2 dengan mak saya bukan lah perkahwinan yang di restui.

Jadi sepanjang perkahwinan terlampau banyak kesakitan yang mak saya terima dari segi mental dan fizikal.

Dan saya melihat sendiri bila mak saya di pkul diherdik, dihina. Dipijak, malah nak di sembelih mak saya depan mata saya.

Kerana bapa tiri yang ke2 adalah seorang penagih ddah. Biawak hidup dan kaki pkul serta giila nak kahwin 4.

Kehidupan saya pun di ambil alih sepenuh nya oleh bapa tiri.

Saya di masukkan ke asrama tahfiz sedangkan waktu itu saya bercita nak jadi seorang guru.

Dek kerana masa remaja saya yang membesar dalam keadaan begini. Saya meletak kan syarat untuk diri sendiri supaya tidak berkahwin.

Terlalu banyak yang saya pendam sehingga saya tak perasan yang saya macam dah d3pression sikit sikit.

Yang saya perasan masa itu adalah. Saya kerap menangis. Kerap bersendiri, tidak bersocial. Tidak buat tanggungjwab sebagai pelajar, saya banyak habiskan masa dengan melepak, tidur lewat, lari asrama dll.

Masa berputar dengan laju. Saya pendekkan cerita. Mak dan ayah tiri saya bercerrai masa umur saya 16 tahun.

Jadi masa tu saya rasa saya dapat kebebasan. Saya dapat pilih sekolah mana saya nak masuk nak teruskan belajar ambil SPM. Dan saya perasan saya dah kurang d3pressed.

Saya dah boleh bersocial macam biasa, saya jadual kan waktu saya dengan majlis majlis ilmu.

Tiba tiba. Masa saya umur 17 tahun. Mak saya berkahwin pulak untuk yang ketiga kali.

Bapa tiri yang ke 3 ni tiada campur tangan semasa saya membesar, cuma apa yang saya perasan. Mak saya dah kurang perhatian pada saya dan adik beradik lain.

Jadi masa itulah saya dah mula perasan penyakit d3pressed tu macam nak kembali balik…

Dan pada masa itulah saya berkenalan dengan suami saya.

Semasa belajar saya tidak pernah bercinta sakan sehingga lupa pelajaran kerana saya juga seorang yang jaga ikhtilat.

Tapi bila kenal suami. Di sebabkan saya dah rasa kurang perhatian dari mak saya. Saya seronok berkawan dengan suami.

Kami berkenalan di mukabuku. Semasa itu niat saya berkawan hanya nak berkongsi ilmu sahaja. Tapi siapa menyangka jodoh bertaut.

Saya tak menyangka suami saya mencari jodoh pada masa itu kerana dia berniat jika dia dapat kerja dia nak cari jodoh. Jadi umur saya masa itu 17 dan suami 22.

Perkenalan kami singkat, 5 bulan taaruf 5 bulan kemudian ikat tali pertunangan. Kemudian berkahwin la saya pada usia 18 tahun dan suami 23.

Pada waktu tu saya rasa. Sayalah wanita terbahagia. Apa yang saya nak, suami tunaikan. Saya di manja di sayang.

Dan dia bukan lah seperti kebanyakkan lelaki yang saya sangka, dan saya juga dapat sambung pelajaran sehingga habis SPM. Ambil SPM umur 18 kerana tiada PMR.

Dan saya pun hampir lupa yang saya pernah d3pressed masalah keluarga.

Tapi siapa sangka.. Ingat langit kan cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Suami saya seorang yang pendendam dan baran dan kuat cemburu. Ada gaya gaya narsistik disitu.

Kali pertama saya di pkul menggunakan tuala mandi asbab apa saya lupa. Di libas libas. Kemudian saya terdiam dan menangis teresak esak dalam bilik sorang sorang.

Kerana watak semasa berkawan itu berbeza ye selepas berkahwin. Kerana suami saya boleh kata belajar agama dan bekerja bidang agama pada ketika itulah.

Bila dia sedar dia dah melampau. Dia akan mintak maaf pada saya dan bermulut manis semula. Jadi saya maafkan.

Kadang ada masalah komunikasi antara kami. Saya akan dicekik di tampar. Di tarik rambut saya dan heret sampai ke bilik. Dan macam macam lagi.

Dan kemudian kami berbaik semula. Dan saya maafkan. Dan saya perasan suami akan jadi baran bila berkaitan keluarga dia.

Contoh, saya pernah di cekik hanya kerana saya tanya kenapa kakaknya bawak masuk gambar ex gilfren suami kahwin dalam group family. Apa tujuan dia.

Malah suami naik angin dengan saya pulak. Dan bermacam macam agenda keluarga suami yang membuatkan suami saya naik baran dengan saya.

Kadang asbab mentua cemburu dengan saya sebab suami belikan sesuatu atau bawak ke tempat percutian dan saya tak tahu mentua kata apa di belakang saya hingga menyebabkan suami bertingkah kasar dengan saya.

Malah suami kata saya yang cemburukan mentua saya, saya pendengki dengan keluarga nya. Kemudian suami akan cuci kan otak saya. Sehingga saya rasa saya lah bersalah dalam rumahtgga ini.

Jadi sebab kan itu, saya jadi lebih pendiam dan tidak bersocial dengan keluarga suami.

Terlalu panjang dah ni. Kalau ada yang request sambung. Larat nak baca. Saya akan sambung.

Sekian…

Hamba yang masih mencari hidayah, Hawa

Reaksi Warganet

Nurul Hazwani –
Sampai sekarang saya masih tak faham. Kenapa wanita yang dipkul suami stil bertahan dengan suaminya bertahun tahun.

Untuk sis yang mluah ni, saya harap akhirnya sis pilih untuk bahagiakan diri sendiri Dan mulakan hidup baru. Aminn

Nia Addin –
Saya tak berada di tempat puan, jadi saya tak faham kenapa seorang isteri dipkul dan diherdik berkali kali masih boleh hidup dengan suaminya.

Mungkin ujian puan dan kelebihan puan untuk bertahan selagi boleh.

Tapi jika saya yang melaluinya, saya tak rasa saya akan bertahan. Saya takut saya yang jadi lagi wild bila kena pkul, saya pula yagng akan korek biji mata dia.

Takpun paling mudah, angkat kaki dan tak muncul muncul lagi. Kerana seumur hidup itu terlalu lama.

Bila kita d3pression, hidup tak happy tak tenang. Masa dengan Allah pun sukar kite nak dapatkan. Wallahualam

Unknown –
Hmm..if you haven’t realized it yet, kita akan TARIK pasangan/pasangan hidup yang most RESEMBLES salah satu daripada main caregivers kita yang kita ada UNMET emotional needs.

Your first step father became your primary main caregiver. And in your UNCONSCIOUS mind, you’ve been emotionally and physically abandoned by both your mom and biological father.

When she married again and again and your father pula disappeared from your life.

Dari your mother dah dapat tengok her relationship PATTERN, she married men who make her feel UNWORTHY, unloved thrice resulting her feeling not enough and she unintentionally PASSED it to you hence you ATTRACTED and married a man who makes you feel not enough juga.

Jodoh kita adalah cerminan TANGGAPAN diri kita terhadap diri sendiri.

Zaman perkenalan dan awal perkahwinan dengan your husband ni ialah INFATUATION phase. Masa ni semua indah indah belaka, even for the narcissistic him. Boleh refer #WhyYouChooseThePeopleYouLove

If you can’t bring yourself to leave him yet, it is your UNCONSCIOUS mind doing, making you stay because it equates love with home.

When home=vi0lence and home-=love then love=vi0lence. My post kat hashtag #JodohTheUnconsciousAgenda101 ni explains WHY you are staying.

Moga Allah Al Fattaah Al Qawiyy Ar Rahman Ar Rahim bukakan jalan, kurniakan kekuatan for you to TRULY love yourself untuk tak biarkan diri dizalimi lagi dari segi emotional dan fizikal.

Noor Asikin –
Sila sambung lagi kisah puan dengan suami. Adakah puan lebih dari 2 kali di cekik atau ada apa apa tindakan kekerasan fizikal?

Tiada kompromi pada KEKERASAN FIZIKAL yek sebab takut ada anak anak ikut prangai si bapa atau berlaku kemtian.

Malah untuk dapatkan bantuan perlindungan wanita dan anak anak pun ada, cuma kena google sendiri atau tanya orang lain.

Sayang, umur masih muda lagi…. panjang lagi nak hadap cabaran hidup.

Sumber – Hawa (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post