Lepas akak kawin, aku dihalau ke bilik abang. Tido dengan adik laki. Bila semua balik, ruang tamu tempat aku. Dengan bertudung, aku tunggu semua tido



 #Foto sekadar hiasan

Tanggungjawab Ibubapa Terhadap Anak Yang Belum Kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebelakangan ni saya sangat sangat stress, tertekan. Kadang tetiba rasa nak menangis. Mudah sangat beremosi

Saya seorang perempuan. Kakak dan abang saya baru sahaja berkahwin. Selepas mereka berkahwin. Kakak dan suaminya tinggal bersama keluarga saya.

Sebelum kakak berkahwin, saya tinggal sebilik dengannya. Namun, setelah beliau berkahwin. Keluarga saya menyuruh saya berpindah bilik ke bilik abang saya.

Alasannya, abang saya walaupun dah berkahwin namun kakak ipar takda batasan dengan saya. Saya boleh masuk biliknya suka hati.

Kalau bilik ada abang ipar, saya tak boleh masuk. Okay alasan macam boleh terima logik akal.

Masalahnya saya juga ada adik lelaki. Adik lelaki saya pun share bilik dengan abang. Adik lelaki saya dah masuk universiti, umur dah 20++. Bukan budak budak lagi

Jadi sekarang, saya kena share bilik dengan abang dan adik lelaki. Saya tidur dengan adik lelaki.

Sebagai seorang perempuan, bohongla saya tak malu walaupun adik sendiri.

Kadang nak amik baju, barangan peribadi dalam almari, adik laki saya ada je. Dia dah besar pun.

Nak keluar bilik pulak saya tak berapa selesa. Setiap masa kena bertudung. Saya rasa dalam neraka di rumah sendiri. Sentiasa bertudung.

Saya rasa macam saya menumpang padahal ini rumah mak ayah saya.

Saya belum kahwin dan masih belajar. Sampai kan setiap malam saya google bilik sewa sekitar rumah saya. Saya yang rasa nak pindah.

Bila semua balik, abang dan isterinya balik. Abang marah saya duduk di biliknya. Jadi saya dan adik laki akan letak baju siap siap dalam beg dan keluar bilik.

Mak dan ayah saya suruh tidur dibilik mereka tapi umur 20++, dahla kena tidur dengan adik laki. Kena tidur dengan parents pulak.

Kadang saya terpaksa. Tapi demi Allah saya tak selesa.

Dalam Islam pun ada masa kita masuk bilik mak ayah, umur 7 tahun dah pisah bilik laki dengan perempuan adik beradik. Tapi..

Jadinya bila semua balik, saya tidur dekat luar. Ruang tamu. Bertudung.

Saya terpaksa tunggu semua orang tidur dulu. Takkan nak terbongkang di ruang tamu dengan ada abang ipar dekat rumah kan.

Kalau mengantuk sangat saya tidurla duduk. Dan badan saya sakit sakit keesokannya, tidur tak tentu.

Kakak pulak asyik dengan suami dia, sibuk saya tatau sebab apa. Jadinya masak selalunya saya dengan mak.

Itupun kalau mak larat, kalau tak, saya lah yang masak.

Mak pulak sebelum pergi kerja masak awal pagi kalau saya takda akan bekejar kejar masak.

Katanya nanti abang ipar saya nak makan apa. Jadi apa guna kehadiran kakak saya sebagai isteri?

Kadang saya bagi hint dekat mak ayah. Bila kakak dan abang ipar saya takda di rumah, (seronoknya leh bukak tudung), tapi selalunya saya dimarah.

Katanya, jangan keluarkan ayat begitu lagi nanti kakak dan abang ipar saya terasa, nak pindah rumah.

Diorang dahla susah. Rumah sewa mahal. Duduk sini makan free, sewa, bil air api tak payah bayar.

Jujurnya ayat tu buat hati saya disiat. Jadi, hak saya? Dahla saya belajar jauh. Balik 2 bulan sekali. Balik kejap kejap takpa bertudung.

Bila cuti sem, 3 bulan rasa seperti menumpang rumah orang. Bukan balik rumah mak ayah sendiri. Bila raya ke kenduri ke semua balik, rasa macam nak lari rumah.

Tapi kalau tak balik rumah, nanti mak ayah saya terasa. Sedangkan bila saya kena keluar bilik (kan sebilik dengan kakak sebelum beliau kahwin), saya tak nak.

Mak jerit, tengking saya. Katanya saya anak derhaka, tak reti bertolak ansur dengan adik beradik. Mak baling barang saya keluar dari bilik tu.

Katanya, kalau saya tak keluar dari bilik tu dan terus buat perangai, mak doakan drahnya naik sampai kena stroke.

Sejak dari tu saya terpaksa terima. Saya takut melawan. Saya tak nak jadi anak derhaka.

Tapi hati saya sedih, pilu. Kakak saya tanggungjawab siapa sekarang. Kenapa sampai mak ayah kena jaga begitu, saya siapa?

Belum cerita hak, duit bagi dekat saya. Barang keperluan saya beli sendiri, makanan dekat uni ke apa, semua tanggungan sendiri.

Ayah cuma bagi duit bila saya mintak, tapi sanggup ke kita mintak duit? Itu pun mintak RM10 dapat RM10 je.

Sampaikan saya habis kelas, kerja part time dekat uni, balik cuti sem kerja. Cari duit.

Sayakah yang teruk sebab sedih begini?

Doakan saya berjaya belajar. Doakan saya kerja jauh dan sukar balik rumah nanti.

Sebab bila dekat, saya akan selalu nak balik. Tapi setiap kali balik hati saya tersiksa.

Impian saya cuma, saya nak rumah sendiri. Terima kasih..

Reaksi Warganet

Edha Yadhira –
Dik. Boleh try apply kerja yang ada hostel. Biasanya restoran fastfood ada sediakan. Lagi bebas tak perlu pakai tudung sebab paling kurang pun sebilik dengan staf yang sama jantina.

Btw, terima kasih sebab share kisah ni. Walaupun ni luahan tapi peringatan buat akak untuk rasa bersyukur dan insaf. Nikmat yang kak tak pernah terfikir.

Salmi Mat Isa –
Cuti sem tak payah balik. Baik awak kerja. Kalau balik pun, balik hari or tido hotel murah untuk semalam.

Bila ada yang tanya, kata dah kerja.

Aunty doakan awak semoga tabah hadapi dugaan hidup, sabar dengan kereneh keluarga.

Jaga diri elok elok, doa yang baik baik. Yang paling penting, dekatkan diri dengan Allah. Kerana Allah yang menjaga awak. Hug dari Aunty….

Aini Mohamad –
Mak ayah kalau baik tak bertempat, begini lah jadinya. Mak ayah sebetulnya tersepit.

Tapi itu la, bila tak bertegas dengan anak yang dah kahwin. Dah ada tanda tanda mak ayah jadi hamba anak anak yang kahwin.

Tapi boleh pulak tak perasan ter aniaya anak anak yang masih bujang.

Gaisss. Kalau dah kahwin, bawak bawak lah duduk sendiri. Jadi suami biar reti setel bab nafkah tempat tinggal.

Tak mampu sewa rumah. Cari lah bilik sewa. Bilik sewa pun tak apa. Pandai pandai lah hidup berdua.
Tak pasal pasal dah nafikan hak adik adik yang masih bujang.

Adik confessor. Balik rumah sesekali musim raya. Atau balik sekejap sudah.

Kalau mak ayah tanya. Terus terang sahaja. Tak mampu terus terang, berdalih aje cakap kerja.

Kesian sungguh dengan confessor. Terpaksa ada masalah sebab dapat kakak laki bini tak ada common sense.

Semoga adik dimurahkan rezeki. Ada kerja, ada bajet untuk sewa bilik..

Daneesa Sabrina –
Aku nak marah kakak dia boleh? Dah tau bakal suami tak mampu, hatta nak sewa rumah pun tak boleh sibuk jugak nak kahwin.

Karang aku kata gatal nak kahwin, ada orang sentap pulak. Lepas kahwin menyusahkan mak bapak, adik beradik sendiri.

Si kakak tu bukan ringankan beban orang lain, bawa lagi sekor biawak hidup masuk ada lah.

Aku dulu fikir banyak kali nak kahwin. Memang aku taknak duduk sekali dengan parents.

Sedar lah dah besar panjang, nak menyusahkan mak bapak sampai bila? Aku pastikan aku sendiri mampu dan suami aku mampu.

Tak boleh provide rumah asing, i’m not going to marry you. Fullstop. Dah janji sebelum kahwin, lepas kahwin memang aku tuntut..

Erni Abu Bakar –
Dik kalau macam ni punya gaya, dah tak payah nangis lagi, buang masa. Sebab mak bapak adik jenis penakut.

Kuatkan semangat, rasanya baik tak payah balik. Cari kerja untuk tampung diri sendiri.

Lama kelamaan adik akan kuat berdikari sampai dah tak terasa beban lagi, cuma kesedihan jelah masih terasa.

Tapi dik, inilah hidup. Sebab kalau adik berterusan tinggal dekat rumah tu, percayalah adik akan turut jadi orang gaji tak bergaji kakak macam mereka buat dekat mak dan bapak adik.

Sekali sekala kalau balik, kalau diorang bising, adik ungkitkan hak adik sebagai anak, biar mereka tahu.

Pasti bergaduh tapi harap lama kelamaan mereka sedar. Kalau tak sedar pun tak pelah. Jawablah mereka nanti dekat akhirat kalau masih tak berubah.

Teruskan kehidupan dengan suasana yang lebih positif, dengan menjauhi punca elemen negatif.

Jangan rasa bersalah sebab ini semua bukan punca daripada adik.

Insyallah Tuhan bersama dengan orang yang bersabar, dan menolong mereka yang teraniaya.

Sumber – M (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post