“Terduduk suami dijerat gadis scammer”. Suami tiba2 call minta maaf. Ada salah besar dia buat. Bila aku tengok, rasa nak pecah jantung

 


#Foto sekadar hiasan

Suami Suka Layan Chat Betina Dan Akhirnya Kena Scam

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih admin sebab sudi post confession saya… Saya ada beberapa luahan dan amat memerlukan pendapat dari semua pembaca..

Saya mengenali suami ketika belajar, masa tu dia sudah pun ada girlfriend begitu juga dengan saya.

Kami berkawan baik dan dia selalu bercerita mengenai masalah yang dilalui, antaranya berkenaan girlfriend, kawan dan study.

Disebabkan perwatakannya yang friendly, mudah untuk dia bergaul dengan semua orang even baru kenal tak kisah lelaki atau perempuan.

Saya punyalah selesa berkawan dengan dia, sampailah terkahwin dengan kawan baik sendiri.. haha, tak apa time tu masing masing da single ye.

Perkahwinan kami menginjak usia 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.

Semasa awal perkahwinan dia pernah kantoi buat pertama kali mesej dengan perempuan lain.

Apa yang saya baca mesej tu bukan la ke arah s3x tapi lebih kepada nak berkawan.

Kali kedua kantoi sebab saya check dari WhatsApp web, dia ajak perempuan tu lunch tapi tak jadi. Katanya kenal sebab nak beli barang.

Dia jugak pernah kantoi chat dalam apps Omi. Semua yang kantoi ni lepas dari tu memang takde continues chat dan bukan chat pasal s3x. Yang Omi ni dia da uninstall then dia install balik ye.

Saya da malas nak gaduh, saya download Omi, letak pic cun sikit. Haa saya add dia jugak biar dia tau saya pun boleh buat, terus dia uninstall dan tak install Omi da.

Ada a few kawan perempuan or adik angkat yang dia chat tapi bukan selalu just komen wassap status je tapi semua dia akan bercerita dengan saya dan diorang dah berkahwin.

Saya pun ada check jugak phone dia tapi takdela tiap hari or minggu. Boleh dikatakan masa zaman muda dia memang macam kasanova sikit.

Tak dinafikan dia memang baik, jaga solat, bertanggungjawab, adab dengan family and saudara mara memang tip top.

Dia suka bersedekah, cepat kesian dengan orang sampai pernah kena tipu.

Dia dua beradik je jadi dia memang sentiasa mengutamakan mak dia. Family besar saya semua suka dan selesa dengan dia.

Dekat kampung saya semua orang da kenal dia sebab dia ramah dan rajin menolong time kenduri.

Suatu hari ni dia balik kerja , saya pula di rumah mak ayah saya. Jarak rumah yang kami duduk dan rumah mak ayah saya dekat je.

Dia call cakap lambat datang rumah mak sebab nak tengok bola, betul memang ada game club bola yang dia minat masa tu.

Lepas sejam tu tiba tiba dia WhatsApp and call saya dan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, dia cakap dia da salah langkah dan buat silap besar.

Time on call dia tak cerita lagi. Bila dia da sampai rumah mak saya, kitorang pun bincang dekat bilik.

Dia cakap dia kena scam, dia bdoh pergi layan padahal tadi kawan dia ada cakap yang nombor tu scammer. Nombor tu nombor Indonesia.

Dia ada dua phone satu personal, satu lagi company bagi. So dia contact dengan scammer ni guna nombor company which is nombor tu sebelum ni ada orang lain pakai.

Bila dia da habis cakap, dia suruh tengok WhatsApp scammer tu dengan dia.

Ya Allah macam nak pecah jantung ni, memang tak terkata. Tau tau da nangis je.

Lepas dia da pancing borak dekat wassap, dia mintak nama facebook. Then scammer tu ajak phone s3x yang si suami pun apa lagi sama naik.

Perempuan tu memang siap bukak baju ye dan lagi menyedihkan bila suami sendiri pun tunjukkan kemalvan dia dan pegang kemalvan dia.

Ya Allah luluh hati ni, tak tau nak cakap apa.

Time ni suami memang mintak maaf siap menangis. Dia cakap dia malu dengan saya dan saya just boleh menangis dengan istighfar je..

Saya tak tau la dia cerita dekat saya sebab betul betul dia nak jujur dengan saya atau dia takut saya tau dari scammer tu.

Ok macam mana saya tau apa diorang buat, lepas da sedap video call scammer tu hantar video which is video tu dia dah screen record masa tengah sedap tadi.

Kat video memang nampak muka suami, conversation dan apa dia buat tapi muka perempuan tu dia dah cover siap siap just nampak sikit hujung hujung je.

Then scammer ni mintak RM3000 kalau tak dia nak viralkan video ni dekat friendlist facebook. Dia stalk facebook saya jugak, dia cakap nak bagi tau isteri kalau tak bagi duit.

Time ni si suami da terduduk. Suami terus block facebook scammer tu and deactivate facebook dia.

Saya ada cari dekat facebook and google pasal s3x scam ni. Rupanye ramai yang dah terkena dari single sampai la ke bapak orang.

Ada yang sampai bercerrai. Ada jugak yang da habis puluh ribu bayar dekat scammer ni.

Dah berhari hari saya nangis je, kalau teringat auto nangis. Saya tak boleh nak tengok muka dia, rasa jijik rasa geli.

Jadi sekarang saya tak tau nak buat apa. Hati saya sedih sangat.

Bila saya balik rumah kami, saya terus nangis bila nampak karpet, sofa, tv macam terbayang je kat mata ni apa yang dia buat tu.

Dia tukar karpet rumah tapi entahlah saya tetap tak boleh lupa. Lepas jadi tu saya bercakap bila perlu je dengan dia.

Saya ada tanya dia kalau dia dekat tempat saya dia akan cerraikan saya tak.

Dia cakap tak sebab pikirkan saya dan anak anak tapi yela kan sekarang bukan salah saya bolehlah dia cakap macam tu.

Saya tertanya tanya Allah datangkan ujian ni untuk duga saya ke, uji rumah tangga saya ke atau Allah nak tunjuk siapa suami saya?

Cerrai tu jalan terbaik ke?

Patut ke saya maafkan dan bagi dia peluang? Kalau saya terus tak layan dia, dia akan bosan dan cari orang lain ke atau dia akan cerraikan saya ke?

Saya serius tak tau apa jalan terbaik. Saya takut nak dengar kata hati saya sebab hati ni berbolak balik.

Saya doa Allah bagi petunjuk untuk buat keputusan.

Sejak kes ni asyik lalu je doa untuk hati yang sedih, quotes supaya jangan terlampau bersedih la.

Saya harap readers dapat bagi pendapat dan jalan yang terbaik.

Reaksi Warganet

Rizal Rodzuan –
Masalah nya bukan 1st time dia buat perangai macamni tapi dah selalu, cuma yg terkini lebih bdoh.

Kalau ko maafkan, ada kemungkinan dia teruskan sikap suka berkawan dengan perempuan dekat omi dsb camni.

So ko fikir la mana terbaik, aku cadangkan ko cakap boleh maafkan dengan syarat tukar nama semua aset kat ko, bagi ko kad Bank dia dsb.

Dan kalau buat lagi jatuh talak. Kalau dia enggan buat macam tu, ko faham faham la.

Norhaidatul –
Majoriti lelaki banyak flirt di media social walau dah berpasangan apa status pun la.

Bagi mereka biasa perkara ni bukan curang depan depan, tu mereka kata. Layan layan camtu je.

Mereka tak sedar itu sangat mengguris hati pasangan. Flirt chat pun pasangan dah terguris, apatah lagi yang lebih dari tu. Kebanyakan yang buat benda ni dah jadi habit. Bahagia.

Miz Atom –
Maaflah sis, saya ketawa puas baca confession ni. Kalau nak buat report ke balai polis pun, rasanya tiada guna jugak.

Suami sis, kena brainwash abam polis lagi ada dekat sana. Hahaha.

Coz saya pernah ada terbaca confession lebih kurang macam sis jugak, si isteri meluah jugak.

Saya cadangkan tak payah bagi sesen pun dekat scammer! Kalau diberi, confirm dia mintak lagi.

Tapi 3tahun pertama, si suami tu kena menebal mukalah coz videonya confirm diviralkan. Kmungkinan besar sampai 5tahun.

Entah entah lepas ni, si suami tak keluar keluar rumah agaknya, coz malu punya pasal

Muhammad Nur Syafiq –
confessor boleh bagi dia satu lagi peluang untuk tengok apa kebdohan terbaru ni mengajar dia.

Kadang dalam terbuai hanyut dengan salah, akan ada satu pengajaran yang buat kita rasa terpukul teruk, buat kita kembali.

Jangan percaya air mata dia, tengok kesungguhan dia untuk berubah selepas semua ni. Kalau ada dan perubahan bukan jelas dimata dalam sehari dua.

Yang penting, jiwa confessor. Semoga ada jalan penyembuhannya.

WN Azlini –
Terus terang cakap kadang kadang Allah dah bagi peluang, tapi kita ni kerap buat salah yang sama.

Contohnya suami sis lah. Kalau lah sayang anak bini, kenapa lah sibuk pegi layan perempuan lain.

Tak faham lelaki macam suami sis ni. Apa la yang nak dikejar lagi.

Kalau dah berkali kali ulang macam ni, paham paham jela. Dia tak kan berubah. Samada nak hadap atau angkat kaki je lah..

Maria Chawdrie –
1. Kedua dua perlu minta pengampunan dari Ilahi.

2. Buat solat taubat, kalau tak dapat tiap hari, buat seminggu sekali hari Khamis malam Jumaat.

3. Istigfar setiap solat, sikit tak apa tapi consistent.

4. Sebelum subuh, buat tahajud, dapat seminggu sekali pun jadi la. Menangis semasa sujud minta pengampunan dan jalan keluar.

5. Puji Allah dan solawat tiap hari consistent walau sikit selepas solat.

Kesemua ibadah tersebut konsep nya consistent walau sedikit. Contoh Istigfar cuma 10kali je lepas solat, tak apa consistent dah Okay baru tambah,

Sumber – Zizi (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post