PhD aku tak laku. Demand 2k pun takde yang lekat. Dalam paksa rela aku terima. Berpanas berminyak masuk kitchen



 #Foto sekadar hiasan

Belajar Tinggi Tiada Jaminan Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, sekarang kan ramai lepasan SPM tak nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

Ramai yang bimbang kononnya nanti budak budak sekarang tiada education lepas tu nanti bahaya sebab mereka tak pentingkan pelajaran lah apalah.

Meh la nak share sikit realiti sebenar.

I seorang yang sentiasa excellent belajar sejak sekolah rendah sampailah SPM sentiasa straight As.

Pastu lepas degree sambung pulak PhD fast track dan grad on time. Rasa bahagianya hidup dan my timeline pun smooth je.

Sambung belajar tu sebab lecturer yang advise dan kebetulan dia perlukan student masa tu.

I pun jenis yang suka belajar so I sambung jelah belajar tinggi tinggi. Jenis yang seronok untuk mencuba benda baru.

Little did I know yang jurusan I tu sebenarnya tak laku pun dalam pasaran kerja. Lagi sadis PhD I tu tak diperlukan langsung untuk career growth.

Lepas grad tu, I try nak jadi lecturer dulu tapi itulah kekosongannya sangatlah terhad. Uni tempat I belajar tu pun dah berlambak lecturer muda course I, jadi probability untuk ada kekosongan agak tipis.

Tambahan pula, graduate dalam bidang I ni boleh tahan ramai dan persaingan agak sengit.

Sebab kawan kawan yang sama ambil PhD haritu ada yang sambung buat postdoc dan majoritinya Chinese yang jenis giila giila rajin.

Fuh. Dan ramai juga yang dah berumur dan banyak experience dalam industry sedangkan I ni fresh grad yang tak pernah kerja dan zero experience in my field.

Then I try mencuba nasib dalam bidang research di company swasta. Malangnya I tak pernah dipanggil temuduga. Maybe sebab zero experience. Hmm

I desperate giila nak kerja sampai I mintak je kerja bukan dalam bidang dan I sampai turunkan demand salary sampai 1.5K sebab masa letak 2K langsung takde offer dapat eventhough I ada PhD.

Bila turunkan demand salary, then barulah banyak offer masuk. Satu persatu job offer dapat dekat email tapi malangnya semua kerja di luar bidang yang hanya memerlukan SPM je pun.

Mula mula ego I yang tinggi ni macam tak mau lah. Penat penat I belajar tinggi tinggi tapi kerja SPM je I dapat?

Tapi selepas hampir 5 bulan menganggur, I dengan paksa rela terpaksa terima kerja f&b sebagai trainee managent sebab itu je kerja paling okay sikit yang I dapat.

Kerjanya memang penat kena banyak berdiri sampai bengkak habis kaki I.

Bayangkan selama ni I tak pernah kena kerja penat so itu first time in my life I kena kerja berdiri lama.

Kerja pagi sampai ke pagi sebab terpaksa full shift bila manager in charge tiba tiba MIA. Pastu kalau staff tak datang, I jugaklah ambik kerja diorang.

Berpanas berminyak kena masuk kitchen bila staff kitchen sakit. Eh semua kerja I kena buat. Nama je manager tapi tetap hidup sebagai kuli jugak.

Gaji ok lah boleh pergi tinggi sampai rm 3k kalau service charge tinggi, depends pada outlet. Hari biasa bolehlah rm 2K lebih.

Tapi tulah sampai bila I nak kerja macamtu sebab I girl dan I pun akan kahwin. Kerja f&b ni u tahu jelah susah giila nak cuti dan sangat lifeless tapi apa je option I ada.

Akhirnya setelah rasa burn out dengan kerja dan masalah management yang semakin menjadi jadi, I pun resign kerja for the sake of my mental health.

Dengan masalah staff yang jenis kerja main main. I pun stress nak kena manage orang yang entah hape hape. Pastu I pun job hunting kerja baru.

Tapi tulah, PhD I memang tak laku pun sudahnya. Disebabkan I dah ada experience dalam f&b so banyak job offer related to f&b jelah yang I dapat.

Gaji manager ni ok la boleh demand 2k tapi tulah, f&b ni bukan bidang yang I minat. I kerja f&b ni dulu pun sebab desperate nak duit.

My parents tak pernah tahu susah payah I kerja sebab dorang cuma tahu I manager tapi I tak bagitau I kena berdiri lama, kena buat itu buat ini sama je dengan staff biasa.

Last last, setelah sabar menunggu kerja dalam bidang, akhirnya I tetap terpaksa teruskan kerja f&b jugak cuma different company pulak kalini. Sebab bidang I langsung tak pernah nak bagi opportunity dekat I.

Sekarang I rasa I dah susah nak escape dari bidang f&b sebab experience I dalam bidang ni dah strong sangat dengan manager position selama bertahun tahun. So kadang kadang I menangis jugaklah rasa terkedu dengan my life.

I struggle belajar bidang yang I minat sampai PhD, sudahnya sekarang I kerja sama level je dengan geng geng manager yang cuma ada SPM je. Cuma diorang berjaya naik jadi manager sebab diorang mendaki dari bawah.

Imagine, I kerja ni I malu nak cakap I ada degree, apatah lagi ada PhD. Sampai takde sape pun kawan kawan I tahu I ada PhD sebab malunya nak bagitau betapa uselessnya PhD I tu.

Lepas tu haritu I terjumpa la member lama I, juga best student zaman sekolah. Dia pun dah jadi medical doctor sekarang.

Jumpa haritu dia pun mengadu la masalah doktor kontrak sekarang and blablabla.

Pastu dia bukak cerita yang adik dia takde SPM pun dan sekolah pun tak habis tapi sekarang kerja bawak excavator dengan gaji bersih bulanan lebih rm 3K.

I was like, seriously? Itu baru excavator, belum bawak kren.

Dah la adiknya tu makanan setiap hari company tanggung, hostel percuma disediakan, siap dapat bilik sorang satu dan kerja pun office hour cuma tugas hanya bawak excavator je waktu 8am-5pm.

Tengah hari rehat 2-3 jam siap boleh tidur tengah hari. Bestnya. Kerja f&b ni dapat rehat 30 minit pun serupa macam tak rehat sampai nak makan pun tak sempat kalau outlet tengah peak hour.

Dulu zaman sekolah kita selalu dimomokkan bahawa orang takde SPM ni tiada masa depan. Tapi sebenarnya mereka silap.

Kemahiran tu lagi bernilai dari sekeping Ijazah apatah lagi PhD. Kalau I tahu PhD I useless I tak hingin pun sambung belajar tinggi tinggi.

Kalau tahu macamni I ambil je kemahiran dulu. Gaji orang tiada SPM lebih tinggi dari orang yang ada PhD jadi tahu dah la kan kenapa ramai orang tak minat nak sambung belajar lepas SPM?

Lagi menyedihkan, ada kawan kawan I yang ada PhD jadi suri rumah je lepas kahwin. I rasa I mungkin akan ikut jejak diorang lepas kahwin nanti sebab penatlah keje f&b ni.

Reaksi Warganet

Motca Yacob –
Saya setuju. Kalau di beri peluang balik ke zaman sekolah, pastinya saya amik bidang kemahiran.

Bidang kemahiran bukan saja laku di pasaran, malah masih berguna untuk diri sendiri jika tak bekerja dengan orang pun contohnya kemahiran baiki kereta, memasak, wiring, aircond.

Echa Azira –
Kalau jenis professional, kalau ada peluang keje luar negara, pergi je.

Dekat Malaysia mungkin terhad. Tapi dekat luar Malaysia banyak je peluang. Nak atau tak nak saja.

Sayang kalau dah belajar tinggi tinggi tapi tak di gunakan sebaiknya. Melainkan kalau diri sendiri memang tak rasa nak terus kan bidang tu.

Siti Sharena –
Pasaran kerja memang banyak nak yang ada SPM je. Degree holder pun ramai kerja taraf SPM. Bukn sektor swasta je, kerja gov pun jadi Pembantu Tadbir saja (kontrak pulak tu)

Saya tulis ni realiti 12 tahun yang lepas. Lepas saya grad dan berterusan keadaannya sampailah sekarang dan maybe sampai bila bila

Kalau anak anak tak minat further study after SPM, janganlah dipaksa.

Channel mereka pada bidang yang mereka minat, like ambil sijil kemahiran etc sebab further study pun like TT wrote tetap tak menjanjikan karier yang menjamin.

Memang tak further study after SPM pun boleh berjaya juga insyaAllah.

Hani Mynis –
Nasihat ikhlas dari saya, instead of job hunting cuba try “job creating”.

Belajar kemahiran baru, ie kemahiran membakar kek, menjahit baju, copy writing, teaching, ceburi bidang business (kebetulan skill ini juga berguna untuk TT nanti bila dah berumahtangga). Kecil kecilan pun takpe.

Niatkan satu hari nanti business yang kecil ini berkembang menjadi besar dan kita boleh jadi job provider untuk orang orang yang senasib dengan kita.

Background story dah ada. Kena bangga dengan background story ni. Jangan menyesal dengan ilmu yang ada.

InsyaAllah eventually kita boleh gunakan ilmu dalam business, walaupun bukan secara literal.

Contoh KhairulAming, jadi seorang influencer turns businessman yang berilmu sangat berbeza pemikirannya. Dan tengok juga berapa peluang pekerjaan yang beliau dah wujudkan.

Maaf kalau komen ini agak harsh untuk TT. This is the reality. Stop job hunting start job creating.

Syawalriah Sukri –
Dia macam ni. Tengok tujuan kita belajar tu apa. Kalau kita belajar tinggi sebab nak gaji tinggi, bila tak capai expectations memang kecewa habis.

Tapiii, kalau belajar sebab nak menimba ilmu, nak cari pengalaman semasa belajar, jenis ni memang tak kecewa even gaji basic 1000 pun.

Ya realiti dengan fantasi memang berbeza. Dulu masa saya sekolah, bila kita nak try kemahiran, cikgu cikgu susah nak galakkan. Ramai yang sokong untuk kerja profesional ni.

Sedangkan waktu tu, saya jenis membaca luar dari kebiasaan saya. Time tu saya dah follow Irfan Khairi.

Dia selalu buat analisis pekerjaan untuk 5tahun akan datang 10tahun akan datang. Dan saya nampak dah kemahiran tu potensi besar.

Dalam pekerjaan, 2 benda penting. Kemahiran dan pengalaman. Sorry to say. Sijil teori memang payah nak laku. Terbukti untuk tahun terkini ni.

Latest saya ambil tahu, IK kata sekarang zaman siapa ada skill IT dia boleh hidup. Rasa rasa betul tak apa yg IK tebak tu?

Sebab IK tu pengalaman dia luas. Kajian dia berdasarkan pengalaman dalam dan luar negara.

Malas nak ulas isu doktor kontrak tu. Jiran saya Chinese. Doktor. Dan masih kontrak.

Saya dulu sekolah sains tulen masa SPM. Dalam 5 kelas yang semua belajar pure science tu, ada laa satu dua kelas yang duduk dalam bidang sains.

Yang lain semua tukar bidang termasuk saya haha, saya lari ke bisnes. Tapi saya tak rasa rugi. Sebab saya lari awai hahahaha.

Kalau ikut niat saya, PMR lagi dah saya nak lari ke kemahiran. Tapi mak saya kata sayang baju elok lagi.

Nanti kalau masuk sekolah baru nak kena beli baju lagi. 2 tahun je nak pakai. Tu bukan apa tu. Sebab takmau saya keluar sekolah sains ja tu hahaha. Saya turutkannnnn.

Tapi saya tak menyesal la 2 tahun SPM sains pure. Walau pun result biasa ja. Saya tak menyesal. Sebab memang bukan matlamat saya sains tu. Sekadar nak ambil ilmu. So saya memang tak menyesal.

Naik form 6 saya tukar bidang hahaha. Itu pun saya buat form 6 tu sebagai escape plan saya jaa. Incase nak sambung degree, tak perlu la saya nak ambil diploma dulu kan?

Hutang pun saya takda. Jadi saya nak kerja bahagian mana pun ikut jela. Tak terikat. Saya bekerja untuk cari pengalaman.

Memang duit bukan tujuan utama. Saya suka meneroka. Saya bebas dengan kehendak saya.

Jiran saya lagi. 3 beradik. 2 abang atas jenis kaki belajar. Abang 1st sampai buat master. Sampai sekarang tak dapat kerja bidang dia.

Abang 2nd ada degree. Tapi sijil dia bidang laku. So dia kerja dalam bidang dia. Tapiiii, gaji dia, adik bongsu dia yang tak belajar tu, yang habis SPM terus kerja tu lagi tinggi uikkk. Siap dah beli kereta dan rumah.

Hutang PTPTN pun tak pening sebab takda. Taw dak umur adik bongsu dia berapa? Tak capai 25 pun lagi. Bijak tak bijak adik bongsu dia. Sekarang dah ada kereta, rumah.

Macam saya cakap awal tadi. Kalau belajar sebab expect nak gaji tinggi. Memang rasa rugi.

Kalau belajar sebab nak ilmu, dia dapat dah target dia. Dan dia takkan kecewa pasal kerja dia yang lari bidang dari sijil degree master semua tu.

Hutang PTPTN lagi. Komitment hidup lagi. Gaji tak mampu tampung keperluan. Last last kena hidup dalam keadaan biasa biasa juga. Nak kata guru tu pekerjaan evergreen pun tak boleh jugak.

Kan hari tu ada isu kerajaan buka sesiapa yg ada sijil profesional untuk jadi guru. Pasaipa? Sebab kerajaan juga perlukan guru yang ada kemahiran untuk mengajar.

Yang belajar engineering boleh mengajar budak budak yang ambil subjek tu. Kan lebih cocok. Cuma depa ni kena ambil sijil Perguruan jaa kalau nak senang naik pangkat dan gaji.

Laa ni takpa, jangan sesal sesal. Sebab dah jadi dah. Walaupun mentaliti masyarakat kita masih sama, kena belajar tinggi baru senang hidup hang. Kena kerja kerajaan baru terjamin.

Oh men. Kita kena ada pendirian. Tak perlu hidup dengan kata kata orang. Cukup tahu matlamat kita sudah. Orang nak kata apa, pedulikkkk kan.

Sekarang atas kita, sanggup tak ketepikan sijil demi meneruskan hidup realiti.

Atau nak meratap sijil tapi masih kena jalani hidup realiti?

Kunci dia dua jaa untuk kerja ni. KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN.

Titik.

Sumber – Intan (Bukan nama sebenar) via IIUMC : Edisimedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Pihak Media Portal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post