Aku isterinya, tapi dengan kakaknya suami menabung. Beli rumah kakak sendiri, nama pun tak ditukar.



 #Foto sekadar hiasan

Suamiku Menyimpan di Akaun Bank Kakak Kandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah 3 tahun aku berbincang secara baik dengan suami, tapi tetap tiada komunikasi dua hala.

Untuk makluman, suamiku seorang penjawat awam. Aku hanya suri rumah yang berpendapatan sampingan melalui bisnes dalam talian.

Aku sedih sebab setiap bulan mesti duit simpanan dia di akaun aku hanya tinggal RM500 ke bawah. Itu pun dia dah terguna duit aku untuk membeli barangan rumah.

Tapi aku bertolak ansur, aku tak kisah. Tapi yang lebih menyakitkan hati, sudah lah tak pandai berjimat, duit simpanan kecemasan suamiku simpan di akaun kakak kandungnya.

Ya Allah, dah kahwin tapi percaya dan biar orang luar urus duit dia. Sedih itu ada.

Andai berlaku sesuatu pada dia, dan kisah aku seperti isteri aruwah pelawak terkenal, aku rasa sangat terbeban disebabkan simpanan dia untuk aku tak ada. Ada pada ahli keluarga dia.

Jika sebaliknya kakak suamiku yang pergi dahulu, apakah suamiku tahu kata laluan akaun bank kakak dia.

Kalau tahu, takkan ahli keluarga lain percaya yang tu duit suamiku ada dalam akaun bank kakak dia?

Selain diri ku sendiri ada persiapan, tidak ada secebis langsungkah perasaan suamiku untuk sediakan ‘contingency plan’ untuk diri dan anakku.

Kenapa dia biarkan duit dia dipegang orang lain?

Kenapa dia tak berwasiat atau buat hibah untuk aku dan anakku. Sudah lah buat pinjaman rumah, beli rumah kakak sendiri tapi belum tukar nama.

Ajal maut di tangan Allah, sentiasa aku ingatkan tapi dia masih buat muka tak berperasaan kepada aku. Langsung tak fikir masa depan isteri dan anaknya sendiri

Bila ditanya tak pernah jawab. Sedih sangat ya Allah. Aku bual dan bincang dengan dia macam cakap dengan patung.

Dalam rumahtangga hal paling penting adalah tanggungjawab, kepercayaan dan komunikasi dua hala. Sudah la tiada komunikasi dua hala, macam mana aku nak percayakan dia.

Aku sedih sebab aku tiada kawan berdekatan, aku anggap dia teman rapat untuk luahkan perasaan tapi dia macam dengar cerita aku endah tak endah.

Tak pernah pun nak ‘backup’ aku dalam apa apa hal.

Isu macam kain jemuran kena asap setiap hari disebabkan blok sebelah bakar sampah tak kira masa pun aku luahkan pada suamiku. Boleh pulak dia kata bagus la kena asap, boleh halau nyamuk.

Tak, aku nak luahkan penat aku jemur, tapi habis baju berbau asap. Dia sebaliknya mencemuh aku.

Macam macam isu lagi lah ye tak pernah aku dimenangkan, suara aku tak didengari. Aku LETIH.

Bab lain tip top tapi nak mandikan anak, basuh berak anak agak culas. Nampak remeh tapi kalau setiap masa beri alasan, aku pun letih.

Aku sakit hati jugak sebab masa kami bergaduh besar, dia hanya persoal pasal hal hubungan kelamin.

Dia hancurkan hati aku bila dia kata dia pernah minta doa dihapuskan nfsu dia terhadap aku, dan dia terniat untuk menikahi perempuan lain untuk memuaskan nfsu dia.

Ya Allah. Retak sangat hati aku masa tu sampai terfikir nak kelar pergelangan tangan.

Bukan kah aku kata aku letih, aku letih. Kenapa dia tak faham dan ubah cara dia sama sama menjaga anak. Bukan sekadar buat anak dan bermain dengan anak.

Betul lah dia lelaki yang lurus. Tapi tinggi ego terhadap isteri. Dia lemah dengan kawan sekerja.

Aku pernah ‘detect’ isu dia ada skandal dengan bos perempuan. Kawan kawan dia suka gosip kan dia dengan bos mereka.

Tindakan dia? Hanya diam, tak menolak, tak marah dengan usikan kawan.

Kawan pun aku boleh labelkan kawan dari neraka. Asyik mencanang beras kita beli. Ya Allah.

Habis, kau ke yang bagi duit ke suami aku untuk beli beras tu? Kau ke masak.

Kenapa suamiku rela ja kawan dia kata apa pun, tapi bila berdepan dengan isteri, ego melangit

Isteri cakap apa pun tak dengar, salah. Kawan cakap apa pun, dia elok percaya.

Aku harap kawan dari neraka dia tu baca la confession ni. Dan juga ahli keluarga dia. Kalau tersama jalan cerita tu, mohon nasihatkan dia.

Aku nasihat dah, berdoa dah. Cuma aku sedih diperlakukan kan begini. Aku harap suamiku sendiri dapat merendahkan ego dan perbaiki komunikasi dia dengan ku.

Aku didera dari dalam. Luar nampak bahagia, dalam siapa yang tahu.

Aku mohon maaf sekiranya sesiapa baca ni terkait pulak dengan kisah hidup dia baik benar atau tidak.

Aku mahukan sokongan, bukan celaan. Terima kasih

Reaksi Warganet

Daneesa Sabrina –
Banyak nak cakap. Tapi malas nak ulang jawapan yang sama panjang panjang everytime.

Sebab kau tak bekerja, sebab tu dipandang rendah oleh suami.

Pendapat tak diambil endah oleh suami. Apatah lagi nak tolong buat kerja rumah, sebab ego dia as sole breadwinner, assuming dia la yang terpaling penat.

Pada dia, since kau tak bekerja apa je kau boleh buat selain mengharap pada dia juga akhirnya

Fatin Amirah –
Puan buat hibah atas nama suami. Puan bayar kan sendiri.

Takyah tunggu suami terbukak hati untuk ambilkan hibah untuk puan. Lambat lagi.

Client saya, ramai yang depa ambik untuk husband dan isteri sendiri bayar. Sebab nak tunggu husband, emm mti dulu la baru sedar

Nik Hidayah –
Saya bekerja dan saya ada ambil hibah atas nama suami dimana saya yang bayar.

Reason saya ambil sebab kami ada beli rumah atas nama bersama. Risau kalau jadi apa apa dekat suami rumah tu tak 100% jadi hak saya.

Jadi tu tujuan utama saya buat hibah. Masalahnya sekarang suami saya duk sebut yang saya macam mintak dia mti awal.

Ayat dia “yela kalau saya mati pon awak kaya kan? Dapat duit hibah ratus ribu” rasa @#$%. Haha. Ok tu je nak luah

Faezah Badaruddin –
Suami puan ibarat nak aniaya ank bini hingga ke hembusan nyawanya yang terakhir.

Duit dan rumah atas nama kakak. Dia sendiri tak beri nafkah batin secukupnya pada isteri iaitu bila isteri tak rasa tenang dan selamat dengan dia

Puan pun tak bagi hak suami secukupnya kerana penat. Saya tak tau la puan ada berapa orang anak.

Mungkin boleh buat sistem temujanji kot.
Pada hari berkenaan takpayah la buat kerja rumah banyak sangat hingga terlalu letih.
Puan lah yang lebih tau.

Pasal duit tu, kedekutlah dengan suami. Jangan bagi dia senang senang pakai duit puan. Duitnya sendiri bagi pada kakak.
Simpan la buat tabungan senyap senyap.

Teruslah hidup dengan lelaki pelik ni selama mana yang puan suka. All the best!

Nur Syazwina –
Suami ni nampak gaya dia lebih percaya pada ahli keluarga dari isteri sendiri.

Tanggungjawab suami pada isteri adalah keutamaan, andai ditakdir suami mati, dimanakah hak isteri dan anak anak.

Suami ini tidak pernah fikir zuriat yang ditinggalkan, cuma dia fikir kalau dia mti isteri yang bolot segala galanya, sebab itu dia percaya pada kakaknya.

Sumber – HHJ26 (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post