2 bulan suami tido saje. Makanan aku beli, abis kene lahap. Aku tak tahan. Anak aku sorang. Sorang lagi bayi besar tak sedar diri



 #Foto sekadar hiasan

Dua Kali Gagal Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku tak tahu kenapa nasibku begini. 2 kali berkahwin, 2 kali jugalah dapat lelaki yang teruk.

Padahal sebelum kawin telah usaha macam macam cara nak pastikan lelaki tersebut bertanggungjawab ataupun tidak.

Perkahwinan pertama gagal kerana dia kaki perempuan, bertopengkan agama. Sekejap sahaja kawin. Mujur tiada anak.

Perkahwinan kedua mungkin bakal gagal juga selepas 7 tahun.

Aku kira, bila aku bertoleransi akan kelemahannya mungkin nanti akan bahagia.

Yelah manusia tak sempurna kan. Setakat kekurangan sedikit, aku tutup mata sahaja.

Tetapi selama 7 tahun berkahwin, dan mempunyai anak berumur 4 tahun suami aku sangat culas nafkah dan pemalas nak cari side income.

Dia hanya berharap kepada kerja dia sekarang yang tidak menentu.

Bila ada kerja, baru kerja. Bila company dia kerja takda job, dia tidur di rumah berhari hari.

Aku tak kisah jika tidur dia menghasilkan duit. Masalahnya dia kerja bergaji hari. Tanpa pergi kerja, maka tak adalah gajinya.

Bayangkan sekiranya bulan tu hanya ada job 10 hari, dan 20 hari tidak bekerja. Gaji sehari dia hanyalah RM80. Cuba anda kira berapa gaji dia sebulan jika kerja 10 hari sahaja?

Apabila tiada kerja, dia akan tidur dari malam ni ke malam esoknya. Hanya bangun sekejap untuk makan. Solat pun entah kemana.

Pernah juga cuba berbincang slow talk dengan suami semasa dah ada anak. Tapi dia mengelak dan tak mahu bincang lagi berkenaan side income.

Bila aku suruh apply kerja technician di kilang sebab dia ada sijil kemahiran, pelbagai alasan diberikan.

Bayangkan semasa PKP 2 bulan, dia boleh tidur selama 2 bulan tu tanpa buat apa apa dan fikirkan bagaimana nak cari duit untuk bayar sewa rumah.

Akulah yang usahakan berniaga buat kuih homemade dan jual secara online. Dapatlah bayar sewa rumah dan perbelanjaan rumah.

Disebabkan aku tak mahu anak hidup dalam kesusahan, maka aku berusaha cari income dan pekerjaan. Aku tak mahu keperluan anak aku terabai.

Alhamdulillah berkat rezeki anak, akhirnya rezekiku murah. Dapat beli asset sendiri, atas nama sendiri.

Suamiku, sama seperti dulu. Bekerja dengan company dulu tanpa ada usaha nak berusaha lebih lagi.

Masih lagi banyak tidur. Masih lagi bergaji hari. Masih lagi bergaji sebulan 500-1300.

Aku cuba memberi dia peluang untuk berubah. Tak apalah rezeki yang ada ini di kongsi bersama kerana dia pun ada kebaikan yang dibuat.

Tapi dia masih tak sedar diri. Semakin selesa dengan semua harta yang ada sedangkan itu harta aku. Pasang aircond siang malam hingga bil melambung.

Bila ditegur, katanya dia bayar bil. Agak kelakar bila dia jawab begitu kerana dengan RM600-800 yang dia beri sebulan tu tak cukup pun untuk cover installment rumah yang kami duduki ni.

Yuran taska anak tak pernah dia bayar walaupun satu sen. Makanan yang dia makan setiap hari tu, hampir 99% adalah hasil duit isteri setiap bulan.

Pakaian anak dari atas sampai bawah semuanya aku yang sediakan. Dia hanya beli pakaian anak semasa raya sahaja.

Duit topup henphone dia pun minta aku topup kan sebab gaji dah habis. Dia selalu minta duit poket dekat aku sebab dia tiada duit. Entah entah duit tu juga lah dia guna beli rkok.

Aku tak beri duit tu dengan mudah. Selalunya aku buat alasan “duit takda, wallet kosong, gaji tak dapat lagi”.

Semasa bapa mertua sakit masuk wad, duit aku jugalah yang dia minta untuk bayar bil hospital kerana dia takda duit.

Mesti ramai yang cakap aku perempuan bdoh kan. Ya, aku akui aku bdoh kerana masih berharap dia berubah.

Aku pernah kawin dengan kaki perempuan. Bila berkahwin dengan lelaki setia, aku telan semuanya kerana aku sangka dia terima kekurangan aku, maka apa salahnya aku terima kekurangan dia. Lagipun anak aku sangat rapat dengan bapa dia.

Rupanya aku silap dan diambil kesempatan lagi.

Baru baru ni hampir 2 minggu dia tidak bekerja kerana company tiada job. Maka 2 minggu jugalah dia tidur sahaja.

Yang lebih membuatkan aku berang, semua makanan yang aku beli guna duit sendiri, habis dimakan. Wah.. wah.. dah la tak kerja, makan pun nak guna hasil duit bini.

Akhirnya aku bagi amaran terakhir. Sehingga hujung bulan disember 2022 sekiranya dia tidak mahu berubah, asyik tidur sahaja, tak mahu berusaha mencari income lebih untuk keluarga.. Maka Januari 2023 kami akan berjumpa di mahkamah syariah. Full stop!

Aku tak tahan lagi menanggung perbelanjaan 2 orang anak sedangkan anak aku seorang sahaja. Lagi seorang tu baby besar yang tak sedar diri.

Untuk ke mahkamah syariah, aku tak risau kerana semua perbelanjaan selama ini aku gunakan debit card ataupun online banking. Jika perlukan bukti, mudah sahaja aku print bank statement.

Memang selama ini aku sengaja elakkan guna cash untuk membeli kelengkapan rumah dan membayar keperluan.

Aku dan anak aku boleh hidup sendiri tanpa ada seorang suami di sisi. Selama ini pun aku sahaja yang berusaha sendiri untuk sekolahkan anakku dan belikan semua kelengkapan keperluan anak.

Air mata aku dah kering untuk mengalir kerana telah banyak dugaan hidup yang pernah aku lalui termasuk kegagalan dari perkahwinan pertama.

Cukuplah.. aku tak mahu berkahwin lagi. Entah kenapa takdirku bertemu dengan 2 orang lelaki yang tak layak dijadikan suami.

Aku ingin mencipta bahagia bersama anakku tanpa kehadiran pasangan hidup.

Doakan aku bahagia.

Reaksi Warganet

Syamilah Rosli –
Selama pemerhatian saya, jarang biawak nak berubah jadi manusia balik.

Sudah sudahlah bagi masa/tempoh dekat suami tu. 7 tahun dah cukup lama masa yang awak bagi. Nak tunggu apa lagi

NuRaz Wan –
Rasanya syarat syarat untuk membolehkan lelaki dapat kebenaran untuk kahwin, mungkin patut diteliti semula dan diperincikn lagi.

Lebih penting kursus perkahwinan tu, kena lebih menyeluruh. Walau akan memakan lebih banyak masa.

Keluarga sakinah tu tak mungkin tercipta, kalau calun calon suami/isteri tak faham kewajipan, tanggungjawab malahan kalau tidak mampu untuk jalankan pun tanggungjawab itu..

Rosni Abdul –
Bukan namanya lelaki kalau makan duit bini, memalukan. Solat tidak, nafkah tidak. So apa tujuan pernikahan sebenarnya.

Sekarang sis bahagiakan diri. Jangan fikir lagi lelaki tak guna macam tu. Dia tak layak bernikah.

Dan jangan sesekali ngadu kepada family mertua. Kena sedar puan adalah orang luar, tetap puan yang salah. Faham tak

Nazira Mylisa –
Sudahlah sis. Jawapan dah ada. Kalau malas dia tu, tak minta duit sis tak pe lah jugak. Ini duit rkok pun mintak bini.

Nak bercerrai sekarang ni sangat mudah. Dua dua setuju, 10 minit je jadi.

So memandangkan sis kahwin dengan dia pun, semuanya sis yang sediakan, jadi boleh lah buat keputusan.

Perangai tak berubah, tak de usaha, tak worth it untuk dipertahankan.

InsyaAllah sis akan lebih bahagia besarkan anak sendiri. Banyak makan hati pun boleh buat tambah dosa je dalam perkahwinan.

Nuriah Abdrazak –
Rasanya dah tiba masa Jabatan Agama nii buat satu kaunselor untuk orang lelaki yang dah berkahwin nii..

Ingatkan kembali akan tanggungjawab. Benda wajib yang dia harus buat dalam hidup dan sara kehidupan.. Isteri pun boleh juga nak diingatkan akan peranan.

Penat dan lelah baca sebegini. Tak tau laa kenapa tiada sebarang tindakan. Bersepah dah kes hidup bermaharajalela sana sini.

Sampai bila agaknya nak begini! Sejuta janda dah dekat Malaysia nii. Ke depan nii tak tahu laa nak jadi berapa lagi…

Maka dengan ini, kita yang ada anak anak lelaki dan perempuan nii didiklah anak kita betul betul

Panjang umur kita, anak anak kita, kita jugak bakal menjadi ‘mentua’. Anak anak kita jugak bakal ada keluarga..

Jangan disambung legasi bangang bangang nii.

Kena bagi ada ilmu kehidupan, keagamaan. Dia WAJIB tahu tanggungjawab dia apa, peranan dia apa.

Selebihnya berdoalah kita pada yang Esa agar kehidupan ini menjadi barakah.

Insya-Allah… ini pun ingatan untuk diri saya sendiri..

Hidup ini pedihnya..

Hidup ini kejamnya..

Hidup ini kerasnya…

Wajib kita perjuangkan…

Sumber – Strong girl (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post