“Hanya kerana sarapan”. Pagi tu aku tak belikan sarapan dari Malaysia. Kak Amy tiba2 tempik. Sejak itu lain pula jadinya



 Foto sekadar hiasan

Hanya Kerana Sarapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi guys. Hehehe.. semoga kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki.

Kita nak sharing sikit boleh.. hehehe..

Okies.. kita ni baik dengan sorang akak ni dekat office. Nama dia Rosalinda Marcos Abiyanto Cucur Udang atau nama samaran Kak Amy.

Aku memang baik giila giila dengan dia. Yelah sebab dia je teman aku borak bahasa Melayu kat opis.

Baik tu sampai tahap dia kenal backgroud aku dan aku kenal backgroud dia.

Aku ni kalau baik dengan orang aku memang tak berkira.

Aku selalu belikan dia ole ole, bagi hadiah dekat anak anak dia, selalu beli sarapan dekat dia dari Malaysia (incase aku singgah beli sarapan), selalu jadi tukang beli ubat dia dekat Malaysia, dan selalu juga bagi hadiah kat dia.

Hadiah apa.. biarlah Najib je yang tahu.. tiberrr..

Pendek kata aku memang selalu ingat dia dan tak ada istilah berkira dengan dia.

Aku sepanjang berkawan dengan dia, memang aku tak ada perspective buruk dekat dia.

Every thing dia buat aku support. Dia minta tolong apa apa aku tak pernah berat tulang..

Dia pon sama, tak pernah berkira dengan aku. So far, we are fair and being good each others.

Kak Amy selalu lah citer dekat aku yang dia tak suka dengan sorang senior engineer ni. Nama dia KusKusSemangat. Selalulah dia komplen pasal budak ni.

Kira nya kalu dengar citer Kak Amy ni, memang tahap dia nak report dan jatuhkan si KusKusSemangat ni lah.

Sebab KusKusSemangat ni kadang kadang annoying sikit..

Tapi aku ni jenis tak ambik port sangat dengan KusKusSemangat ni. As long as dia tak cium pipi aku sudah.

Okies panjang pulak mukadimah aku ni.

Pastu aku ni kan pergi kerja naik moto dengan abang Zul Ariffin. Every morning we both struggling nak sampai awal kat tempat kerja and nak harung heavy traffic jam dekat kastam.

Biasanya jam 5.00am abang Zul datang ambik aku.. Punya lah awal sebab nak elak jam kastam.

So biasanya abang Zul ni akan beli sarapan siap siap sebelum ambik aku.

Aku ni lak yang menumpang teduh dekat belakang kena tahu adab dan common sense. Kena ikut timing dia dan jangan ngada ngada nak request bukan bukan.

Jadi aku cuma beli sarapan jika abang Zul singgah mana mana kedai lepas fetch aku. Kiranya aku beli sarapan bukan hari hari lah.

Okies, nak dipendekkan citer..

Satu hari, Kak Amy ni bagilah aku SGD50. Dia kata:

“SGD50 ni kau belikan sarapan akak and at the same time kau bayarkan untuk abang Zul sekali”

Aku terus terpinga pinga. Sebab aku ni menumpang abang Zul, dan pagi pagikan kami rush nak cepat.

Bila dia bagi duit macam ni seolah olah jadi komitmen pulak nak kena beli sarapan dia hari hari.

Kak Amy siap tanya aku, SGD50 tu kalu tukar ringgit berapa lama bole bertahan.

Aku terus make a clarification,

“Akak, macam mana kalu abang Zul dah beli sarapan dulu sebelum ambik saya”

Kak Amy balas:

“Kalu macam tu kau belikan sarapan akak time kau beli sarapan dengan abang Zul lah”

Dengan kata lain bukan hari hari lah aku kena beli sarapan dia.

Aku memang tak bagitahu abang Zul plan kak Amy ni sebab dia tak nak abang Zul tahu yang dia nak belanja abang Zul.

Kenapa dia nak belanja abang Zul sebab abang Zul mengadu dekat aku pasal maybe dia dah tak bole OT. Jadi kuranglah pendapatan dia.

Aku ni pon share lah masalah abang Zul ni pada kak Amy. Tu yang dia niat nak tolong tapi nak kena beli sarapan dia sekali.

Next, keesokkannya abang Zul datang ambik aku dan dia dah beli sarapan dia. Aku tak cakap banyak dan kami terus berlalu pergi ke kastam tanpa singgah mana mana.

On the way tu, 5.02am aku mesej kak Amy aku bagitahu yang abang Zul dah beli sarapan dia sendiri. Kak Amy pon balas OK..

Tujuan aku mesej ni supaya kak Amy tak berharap sarapan dari aku dan supaya dia bole bawa sarapan sendiri dekat Singapore.

Aku sampai office aku buat apa yang patut dan aku tidur.

Jam 7.30 loceng berdendang mari berdendang.. berdendang di seluruh alam.. eh silap.. tu lagu Siti.

Aku bangun jam 7.30am and Kak Amy meja dia dekat belakang aku je. Out of sudden kak Amy pekik pekik dekat aku..

“HAAAA NI KENAPA NI.. KAU TAK BILANG ABANG ZUL KE SEMALAM YANG KAU NAK BELI SARAPAN”

Maaf cakap ya.. aku baru bangun tidur jadi muka aku agak Fasha Sandha sikit dekat situ. Lagi baru bangun kena pekik pekik macam tu..

Aku pun jawab..

“Saya tak bagitahu akak sebab takut abang Zul lambat”

Aku blurrrrrr nak jawab apa sebab baru bangun tidur..

“HABIS KIRANYA KAU TAK BOLE BELI LAH?”

“Bukan tak boleh beli, tak bole hari hari”

“OUH OKAY!!!” sambil memalingkan muka dengan wajah bengang Nora Danish.

Beberapa saat kemudian dia panggil aku dengan nada tinggi.

Aku undur kerusi ke meja dia terus dia bilang:

“KAU BAGI BALIK 50 AKAK, NANTI AKAK TOLONG ABANG ZUL DENGAN CARA LAIN”

“NANTI KAU BELIKAN AKAK LUNCH” sambil hulur 4 dollar and nada tinggi Ernie Zakri

“Ok akak”

“KAU BELI KAN NASI BIASA” dengan nada tinggi Ziana Zain

“Ok ok akak” sambil aku tolak kerusi aku ke meja aku..

Aku pun beli lah lunch dia dan letak makanan tu atas meja dia (tempat yang aku selalu letak bila belikan lunch dia).

Aku memang tak borak dengan kak Amy sebab tahu mood dia spoil aritu. Jadi aku diam jelah. Kang aku tegur kena pekik lagi..

Sekali terjadi lah perkara perkara di bawah..

Terus aku hilang trust dekat dia.

1) Kak Amy cerita buruk dan fitnah aku dekat sorang staff lagi sorang. Dia kata aku pernah tumpang kereta toyota wish dia dan sewaktu dalam kereta aku tercakap yang kereta toyota ni tin kosong.

Apa ke giila aku nak kutuk brand toyota..

2) Kak Amy complain pasal meja aku bersepah. Aku letak passport atas meja. Weiii tu meja aku.. yang kau nak sibuk apasal..

3) Dia jaja cerita dekat sorang lagi staff dia kata aku jealous dengan abang Zul (sebab kak Amy nak tolong abang Zul)…

Jealous apa ke benda setan.. kalu aku jealous aku tak share lah pulak masalah abang Zul tu dekat ko.

4) Dia post dekat FB dia tulis “AKU DAH 18 TAHUN KERJA SINI, KALAU KAU NAK KURANG AJAR DENGAN AKU MARI”…

Dia tulis macam ni sebab masa dia suruh beli lunch tu dia kata aku just jawab emmmm…

Dah tu time tu ko tengah hangin, tak kan ko nak aku response dengan nyanyi lagu Siti Nurhaliza.. “andainya engkau ku miliki… terdahulu.. sebelumnya”.. macam tu ke ko nak.

5) Dia kata aku buat muka.. weiiii tak cukup ke muka Fasha Sandha aku terbitkan masa ko pekik aku time aku baru bangun tidur.

Ko expect apa muka orang bangun tidur.. muka Miss Universe ke??

6) Dia tak makan pon makanan lunch yang aku tolong beli tu.

Dia kata “Amad letak makanan tu atas meja tanpa cakap apa apa. Dia ingat akak ni kucing ke”.

Dah tu ko nak aku letak kat lantai ke.. or ko nak aku suap dekat mulut ko.

7) Pada hari kejadian, sampai ke petang dia hangin mengamuk. Hempas hempas barang.. buka tutup drawer kuat kuat.

8) Provokasi.. selalu sangat sekarang dia potong jalan aku lagi lagi kalu time aku borak dengan orang lain or aku ada urusan dengan orang lain.

Kadang kadang suka perli sinis berlapik dekat belakang.

9) Suddenly dia baik giila dengan KuskusSemangat. Cakap pon habis lembut, bukan main…

Dulu ko kutuk orang tu macam macam. Orang bunyi minum air sikit ko dah hangin.

Apa yang aku bole conclude.. ko marah sangat sebab aku tak beli kan sarapan ko.

Ko bukan kisah sangat pon pasal sarapan abang Zul tu. Apa benda siak orang macam ni..

Sampai hari ni aku ada isu trust dengan orang bila mana orang yang aku paling percaya tibe tibe buat aku macam ni.

So ni lah antara benda yang aku hadap hari hari demi mencari rezeki di tempat orang.

Selain tempuh jem awal pagi, spend masa yang lama untuk travel, kena raba dalam bas.. eh tiberrrr..

Terpaksa juga hadap perangai manusia yang macam ni yang kedudukannya cuma beberapa sentimeter je dekat belakang aku.

#DoneluahanHati – Ahmad Samion

Reaksi Warganet

Masaniza Ibrahim –
Habis tersedak semua retis kat dalam Cite ko dik… Hahaha… Aduhai.

Kadang kadang, bukan kadang kadangla. Aku ni dik, tiap kali kerja, aku anggap kerja tu kerja je.. member kerja ni member kerja je.

Nak berbaik sangat ni, tengok ada Ong ke takde Ong.

Kalau dia Ngan kita suka Cite pasal orang, haaaa… Tu tandanya pasal kita pun dia riuh dekat orang…

So, tutup buku, buat kerja sendiri Ler gamaknya. Cukup bulan dapat gaji, haaa.. lenjan bayar hutang… Haha gitu dik hidup aku.

All de best dik. Sabar ye.. tu lah adat cari rezeki. Moga dipermudahkan urusan kau dik… Aamiin

Hor Hera –
Terhibur lak hakak baca cerita kau ni, ingatkan perempuan yang nulis.

Apa pun bertabah la mad. Akak tu dah 18 tahun kerja, mungkin dah nak men0pause gamaknya. Tu yang hangat semacam je tu.

Annie Mohd –
Kalau akak, akak cakap direct jer kat kak Amy ko tu. Ada apa masalah yg sebenarnya??

Then cakap kat dia, lepas ni tolong profesional. Dekat tempat keje kalau tak suka pun, bab keje kalau kena team mate , be profesional..

Dia nk terasa ke tak ke , dia punya hal. Ko jaga hati ko dulu..

Masdiana Shariff 
Haha terhibur. Btw rasanye dekat work environment memang kena letak boundaries, jangan terlebih rapat jangan la sombong sangat pulak.

Then jangan la buat benda pelik pelik seperti belikan makanan untuk orang lain.

Entah rasanye dah cukup besar untuk beli makanan sendiri masing masing.

Even kalo orang tu buzy, dah habis buzy pergi jela makan or beli sndiri.

But dalam kes ni, maybe breakfast Malaysia lagi murah dan lagi heaven.

Btw boundary penting sebab bile bergaduh or tak puas hati dengan orang orang dekat workplace, dah tak seronok pulak kerja.

Then tak pasal pasal resign pulak nnti. Why nak resign sebab orang lain kan.

Rabiatul Adawiyah –
Faham perasaan TT. Memang ada manusia macam ni. Harap maklum. Lagi teruk pun ada…

Itulah dunia. Moga pengalaman ini akan lebih mendewasakan tt.

Sekarang nak jadi orang baik, jadi macam manusia yang pelik.

Banyakkan berdoa moga Allah temukan circle yang baik untuk kita meneruskan hidup dan bekerja.

Jika terlalu toksik, anggap sahaja sebagai signal untuk kita berhijrah ke tempat lain pula.

Moga Allah mudahkan urusan tt mencari rezeki di tempat orang. Take care!

Sumber – Ahmad Samion (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post