Foto sekadar hiasan
Rimas Dengan Perangai Bakal Pak Mentua
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai semua. Aku cuba cuba hantar confession kat sini. Selama ni aku baca je orang punye confession.
Sekarang turn aku nak mengarang pulak.
Sebenarnya aku ni dalam dilema. Entah laa apa yang tersirat dalam minda aku. Sampai tak terfikir dah aku. Mungkin aku yang banyak berfikir.
Aku harap admin akan siarkan aku punye confession ni.
Sejak kebelakangan ni aku ada terbaca confession yang macam ada masalah dengan ibu dan bapa mentua.
Sama juga dengan aku yang terlalu rimas dengan bakal pak mentua.
Aku dah bertunang dengan si Z dalam setahun macam tu dan akan bernikah pada tahun hadapan, bulan 5.
Semua persiapan sudah pun di buat dari lah sebesar besar perkara dan sekecil kecil perkara.
Nak di jadikan cerita, kedua kedua belah pihak akan buat majlis lah. Tapi bukan itu yang menjadi masalah aku sekarang ni.
Aku ada masalah dengan papa si Z ni.
Mama nya okay dan sangat okay tapi papa si Z ni kadang kadang boleh sampai buat aku meluat plus menyampah. Astarfirullahalazim.
Z ni anak sulung dan dia kiranya anak first laa yang akan berkahwin. Adik beradiknya semua lelaki dan total nya 7 orang.
Z ni orang nya biasa biasa je. Dari segi duit takde la berkepuk. Dari segi paras rupa bole laa dari tak de.
Tapi aku suka dan sayang dia sebab dia baik, hormat orang tua dan pelbagai lagi sikap yang buat aku jatuh cinta dekat dia.
Kalau aku jadi api dia memang selalunya jadi air. Jarang nampak dia jadi api. Tapi orang macam ni kena berhati hati sebab sekali dia jadi api. Bawak laa air banyak mana, memang takkan senang nak padam.
Haa aku pulak anak ke 6 dari 7 orang adik beradik. Biasa biasa je, dari segi perwatakan memang agak tegas. Lantang bersuara dan straight forward.
Aku ni agaknya terlalu straight forward sampai takut orang terasa. Especially papa si Z.
Papa si Z ni memang dah lama nak anak perempuan tapi itu la sampai anak ke 7 tetap laa lelaki. Sampai mama dia pun dah “ikat” jadi takde laa anak perempuannya.
Bila si Z masa kenal aku dulu. Mula mula papa dia selalu laa ws aku. Kadang kadang call lah. Dan kadang kadang video call.
Video call tu memang aku tak kan angkat. Sebab malas nak pakai tudung bagai. Sampai kan hari hari.
Kadang time aku kerja pun dia call. Tapi bukan ada benda penting pun. Saje nak borak katanye.
Haih… itu yang membuat aku rimas tapi aku buat tak tahu je la. Dan ini berlarutan sehingga sekarang.
Dan si Z pun tanya aku kenapa papa dia selalu call aku. Aku cakap mana aku tahu bukannye aku yang call papa kau.
Kadang mak aku sendiri pun macam hairan kenapa papa si Z tu selalu call aku. Mak aku cakap apesal ek. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.
Bagi korang normal ke bakal bapak mentua selalu call ataupun papa Z ni yang terlalu care pasal aku??
Aku dengan si Z ni memang hubungan jarak jauh. Dia di utara dan aku ni di ibu kota…
Aku ni jenis yang sangat independent. Pergi mana mana pun boleh sorang. Boleh drive kete dan motor.
Pergi makan sorang sorang. Pergi makan steamboat pun boleh sorang sorang. Tayar kete flat bole tukar sendiri. Pintu bilik rosak, bole baiki. Masak pun boleh laa sikit sikit.
Paip rosak bole baiki. Entah laa banyak perkara yang sememangnya kalau ikutkan kerja lelaki buat tapi aku boleh buat sebab abang abang aku banyak ajar aku.
Gaji aku alhamdullilah memang rezeki Allah bagi untuk di kongsi dengan keluarga.
So papa si Z ni selalu risau tak bertempat. Kadang aku drive balik kampung. Dia selalu cakap dekat si Z. Kesian aku selalu balik kampung sorang sorang… drive tu semua.
Lagi laa buat si Z ni serba salah. Kadang dia mintak maaf tak leh teman ke ape.
Bagi aku no big issue pun sebab aku dengan dia baru tunang. Kalau dah kahwin lain laa cerita kalau aku balik kampung kau nak ikut.
Ini baru tunang. Tak kan lah tiap tiap bulan kau nak balik kampung dengan aku.
Kadang papa si Z ni yang buat Z tu serba salah dan bagi aku takde issue langsung.
Itu belum lagi cakap pasal issue anak. Wei belum kahwin dah mintak nak baby girl la ape lah.
Kau bayang kan eh setiap kali jumpe setiap kali tu laa dia duk bahas benda yang sama. Nak baby girl. Aku ni bukan lah ape.
Setiap orang rezeki nya lain lain. Ada orang baru kahwin dah dapat anak. Ada orang kena tunggu beberapa tahun baru dapat anak, atas rezeki Allah kurnia. Aku doa je yang baik baik hendak-NYA.
Aku dengan si Z ni belum kahwin. Jadi logik ke tak logik bagi korang papa nya duk mintak nak cucu baby girl. Aku kadang sampai tak terjawab laa.
Kadang aku mengadu dengan si Z ni. Aku tak selesa kalau papa asyik cakap pasal cucu sebab kita belum pun lagi sah.
Kiteorang kan PJJ. Jadi sama ada si Z akan turun ke ibu kota atau aku yang akan ke utara.
Depends atas masing masing tapi memang kita orang kerap je jumpa. Dalam 2 minggu sekali mesti jumpa.
Kalau kita orang jumpa, papa si Z ni selalu lah nak ikut kita orang. Itu yang buat aku lagi stress.
Kadang kadang macam kalau kita orang tak bawak dia. Dia akan merajuk lah ape lah. Aku pun diam je laa kalau dia cakap dia merajuk. Sebab aku malas nak layan. Berdosa kan aku?
Lepas tu sekarang kita orang ada laa nak plan berbulan madu lepas majlis selesai dekat dua belah pihak.
Eh yang menjadi issue nya sekarang ni papa si Z ni nak follow.
Aku macam tak leh fikir laa. Tak kan laa kita orang nak bulan madu pun nak ikut.
Yang jadi kelakarnya. Mama dia tak heran pun wei. Papa dia ni selalu nak ikut kita orang.
Kadang kadang sikap papa si Z ni buat aku rimas dan aku sampai stress sampai terfikir tak nak kahwin. Astarfirullahalazim.
Orang cakap nak kahwin, ibaratnya kite kahwin dengan keluarga nya sekali.
Di mana sekarang ni aku sedang belajar macam mana nak memahami dan menerima sikap papa si Z ni.
Aku ni sayang si Z ni dalam masa yang sama aku rimas dengan papa dia. Aku tak boleh nak compare ayah aku dan ayah dia.
Sebab ayah aku pun caring dekat aku tapi tak sampai la merimaskan aku.
Kalau korang ade nasihat, boleh laa nasihat aku. Mungkin aku yang terlalu rimas bila orang terlebih caring dekat aku.
Nasihat ataupun kecaman aku akan terima dengan hati terbuka.
Mungkin aku terlalu muda untuk memahami semua benda ni. Bersediakah aku untuk menghadapi papa si Z ni.
Aku anggap ini semua adalah dugaan untuk aku dalam ikatan pertunangan.
Reaksi Warganet
Izaty Ibrahim –
Tak nak buruk sangka. Tapi nanti bila ada anak perempuan, jaga elok elok.
Ikut anak perempuan rapat rapat. Jangan tinggal dekat sapa sapa. Sometimes the predator is the person closest to u.
Nadira Baharuddin –
Bila tunang awak sendiri pelik, maka kami ni lagi la bertambah pelik. Huhu
2 sebab je, sama ada dia memang teringin anak perempuan, atau dia syok dekat awak
Maizura Madzalan –
Lain machiam bakal pak mertua ko ni dik. Apekehey nya sampai nak vc hari hari macam orang angau je.
Nak kena backhen je pakcik ni? eee geram pulak aku. Tak pasal dengan aku aku sekali stress dengan bakal pak mertua ko ni. hahaha
Papehal ko jaga diri baik baik. Mintak doa Allah lindungi ko dari perkara yang tak baik.
Ko kena lebih mesra 40x ganda dengan bakal mak mertua. Papehal senang nak report terus dekat bini nya. Siap siaga dengan bukti bukti ke’innocent’an ko tau..
Mungkin ini juga dinamakan dugaan bertunang. Harap harap ada jalan penyelesaian. Aminnnn..
Aynurim Lee –
Menyeramkan. Set the boundary.
Terus terang dengan pasangan tentang awak tak selesa dengan tidak tanduk bapa dia dan minta pasangan bekerjasama untuk backup awak dan ada pendirian dengan privasi korang.
Contoh: cari helah supaya tak menyibuk ikut pergi honeymoon.
Kalau tunang suruh layankan je bapa dia, mungkin awak perlu angkat kaki
Syue Hada –
Red flag. Walaupun orang semua suruh letak boundaries, kalau saya… saya angkat kaki.
Seramlah orang tua obses sangat dengan kita.
Saya pernahlah jogging tetiba dia muncul belakang kita.
Birthday saya, dia muncul siap bawa kek, kfc, hadiah
Nak kata nak jadikan menantu, bila kita rapat sikit dengan anak lelaki dia, dia pitam. Huhu
I know how it feels to be bothered everyday. Eeeeiii rimas.
Tahu awak dah bertunang tapi fahamilah awak akan hadap benda tu seumur hidup.
Kalau saya, rela cari orang lain sebab nak hidup tenang tenang saja.
Orang tua jenis obses ni lain macam.
Sumber – Pokok (Bukan nama sebenar) via IIUMC