Jwpn yg aku bg, buat aku mnyesal. Di hjg majlis kawin, aku dtg. Han meminta izin. Disebelah isteri Han, aku berdiri



 Foto sekadar hiasan

First Love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi, korang dah tengok First Love di netflix? Aku suka cara pengarah garap jalan cerita dan skrip yang bagus.

Cerita antara dua sahaja, happy ending atau sedih. Tengoklah nanti tau.

Aku Farah dan First Love aku namanya Farhan. Tahun ini kami berdua sama sama 37 tahun dan pengenalan aku dan Farhan bermula selepas habis SPM sewaktu kami berumur 17 tahun.

Aku dan Farhan sama sama bekerja sebagai sales assistant di kedai kasut sukan. Staff disitu cuma 5 orang termasuk supervisor kami. Kami berempat yang lain semuanya lepasan SPM.

Aku tak tahu apa yang buatkan aku suka dekat Farhan. Yang aku tahu Farhan ni pendiam dan sukar dibaca.

Dia juga sukar bergaul dengan perempuan disebabkan dia bersekolah lelaki sahaja.

Tapi mungkin itu yang buat aku suka dekat Farhan, sukar didekati. Mungkin!

Aku ingat lagi aku jujur dengan abah aku malam tu selepas balik dari kerja. Aku cakap,

“abah, Farah dah jatuh hati” then aku mengekek gelak.

Abah yang tengah baring dekat sofa terus bangun terkejut, “siapa?”. Aku jawablah “budak sama kerja dengan Farah”

Mak yang terdengar ikut sampuk, “bang, esok jom kita buat buat shopping dekat sana”.

Well, betul betul keesokannya mak abah aku datang tempat aku kerja dan beli seluar sukan.

Masa tu Farhan tengah jadi cashier. Jadi parents aku ni buat buatlah tanya pasal produk dan balik tu parents aku cakap sopan budaknya. Mak abah setuju. Hahaha

Masalahnya aku suka Farhan tapi Farhan tidak.

Aku tahu sebab ada satu hari tu Farhan ajak aku lunch dengan dia. Dia confess dekat aku yang dia tahu aku suka dia, tapi dia tak suka aku.

Panjang dia explain tapi waktu tu telinga aku dah pekak terawang – awang. Nasi depan mata pun aku tak sentuh.

Nak menangis tapi aku tahan. Entah macamana aku dapat kekuatan aku cakap, “takpe jangan risau, kita kawan macam biasa”. Then aku terus makan.

Dan semuanya berlalu macam biasa dan kami makin rapat. Aku walaupun kena reject tapi aku tetap suka Farhan.

Lagu Daniel Bedingfiel “if your not the one” selalu on play dalam playlist mp3 aku. Tak nangis, aku meraung kalau dengar.

Tapi Farhan tak tau. Hmm..

Walaupun Farhan reject aku tapi setiap minggu kami akan keluar sama sama. Masa tu kami tak ada kereta atau motor. Jadi naik bus saja menghala ke city square.

Kalau bertuah aku tersama bus dengan dia, kalau tak dia atau aku akan tunggu depan pintu vincci. Lepas tu kami akan pergi makan dekat favourite cafe aku season’s cafe dan tengok wayang.

Macam dating kan? Tapi tak weh, kawan je. Cuma itulah aktiviti kami bila keluar sama.

Fast forward Farhan dan aku dapat tawaran sambung belajar. Aku tak masuk U lagi masa tu sebab aku sambung STPM, manakala Farhan dalam diam merantau jauh sambung study.

Selama kami berbual dalam phone mti mti aku ingat dia dekat rumah. Tapi sebenarnya dia dekat Universiti jauh dekat timur.

Sampailah kantoi aku call rumah Farhan dan adik dia yang angkat, bagitahu,

“kakak, abg study dekat ______” ah sudah menangis aku. Tak taulah kenapa aku sedih sangat.

One day aku dapat surat dari Farhan, dia explain kenapa dan dalam surat tu dia selitkan gambar berukuran pasport dan sampai ke hari ni gambar tu tetap ada dalam purse aku.

Aku putus cinta pun disebabkan gambar tu sebab ex aku tahu yang aku masih suka dan tak boleh lupakan Farhan.

Bila dapat gambar Farhan aku terkejut sangat. Sebab nak ambil gambar dia pun susah.

Walaupun kami jauh tapi kami tetap berhubung melalui phone. Bila dia balik JB, dia suka surprisedkan aku depan pagar sekolah.

Of course aku excited tengok muka dia.

Habis STPM aku merantau pergi KL sambung study dan Farhan masih di U yang sama. Balik JB aku akan call Farhan untuk pick up aku dekat station bus.

Farhan tak pernah kata tidak, lewat macamana pun dia akan keluar ambil aku.

Bila masing masing cuti belajar, balik JB dan selalulah keluar makan, movie atau buang masa pergi cyber cafe.

Masa ni YM dan Mysapce tengah hot. Masa aku on YM aku, tiba tiba ada yang buzz aku, panggil aku “sayang” kau tak berderau rasanya bila aku tengok ID tu dari Farhan. Aku pun sambung bergurau dengan dia.

Sebenarnya banyak benda aku buat untuk ambil hati Farhan tapi tak kesampaian dan entah kenapa sepanjang persahabatan aku dengan Farhan, hati aku terasa dia pun suka dekat aku..

Sehinggalah suatu hari tu, malam dan rumah aku penuh dengan kawan kawan adik aku tumpang tidur sebab keesokannya ada game di area berdekatan rumah aku. Sampai bilik aku pun penuh orang tidur.

Farhan call rumah aku, lain sangat suara dia. Makin lembut cara dia bercakap. Aku berdebar. Sungguh!

Disebabkan ramai sangat orang yang tengah tidur dalam bilik aku, aku terpaksa cakap perlahan lahan.

Pada malam tu juga, Farhan bagitahu dia sukakan aku, dia sangat sukakan aku.

Aku terkedu, lama aku diam. Berdebar sampai panas muka aku terasa. Aku kelu walau Farhan panggil aku banyak kali.

Bila ada kekuatan aku tanya dia dalam gelak terpaksa “eii main main kan. Janganlah gurau macam ni”

Farhan kata “tak! Han serius dan tolonglah jawab Farah terima Han ke tidak”

Aku tak boleh jawab malam tu sebab aku rasa dia main main. Dan aku geram time penting macam ni lah, ramai orang dalam bilik aku.

Dan phone rumah pulak tu susah aku nak kehulur hilir. Aku kutuk betul malam tu.

Aku tak jawab sebab banyak benda aku nak tanya. Tapi entahlah malam tu seakan hari terakhir hidup dia dan dia nak jawapan aku malam tu juga.

Disebabkan aku rasa dia main main, aku dengan bdohnya dan ralat sehingga hari ni weh, aku jawab “Han, Farah dah ada BF” aku dengar suara dia hampa.

Dan aku pun hampa sebab kau tiba tiba luahkan perasaan kau dekat aku.

Seminggu lebih kami tak contact each other hinggalah malam tu aku sms farhan explain yang aku dah putus dengan bf aku (bf yang tak adapun) sebab aku suka dia.

Tapi jawapan yang aku dapat malam tu “Farhan dah ada gf” terus sepi keliling aku dan aku merayu dia bagi aku peluang tapi dia cakap,

“Farhan minta Farah peluang terima Han sebab ada perempuan di U dia sukakan dia since awal dia masuk U disitu dan dia minta girl tu tunggu untuk dia fikir”

Dan masa tu hati dia dekat aku, tapi bila aku tolak dia rasakan dia tak ada peluang jadi dia pilih girl tu yang kini dah pun jadi isteri dia.

Aku tak salahkan Farhan langsung sebab knowing him dia memang tak berkawan dengan perempuan. Perempuan dia kenal rapat pun masa tu aku.

Dan aku faham situasi dimana bila ada someone suka dia, selain aku dia tetap consider perasaan aku dahulu.

Dia balik JB dia cari aku samalah macam aku. Aku langsung tak marah dia, bila dia tak dapat beri aku peluang kedua.

Sebab kalau aku dapat peluang tu girl yang tunggu dia pun akan sakit dan sedih ditinggalkan dan aku pun tak nak jadi macam tu dan aku akur.

Walaupun Farhan dah ada GF waktu tu tapi persahabatan kami tetap utuh. Cumanya GF dia tahu kewujudan aku dan dia tak suka Farhan ada kawan baik perempuan.

Farhan cerita pada aku, tapi kami tetap decide untuk berkawan dalam diam.

Dan setiap kali GF dia call, aku akan senyap supaya GF dia tak tahu. Dalam hati aku sedih sangat sebab aku terlalu sayang Farhan.

Persahabatan kami berjalan sampailah aku dapat kad undangan dari Farhan. Kad kahwin. Muka aku senyum tapi hati aku merintih sangat.

Tapi aku tetap gembira sebab aku tahu dia bahagia dan dia sangat sangat setia dengan GF dia.

Aku ingat lagi waktu ke kenduri belah isterinya. Aku datang majlis waktu majlis nak selesai dah. Pengantin pun masa tu nak keluar photoshoot.

Masa tu Farhan datang dekat aku minta izin nak ambil gambar kami bersama sebagai kenangan dan Farhan cakap,

“Han nak simpan. Farah pun tahu kan Han susah nak ambil gambar” aku angguk dan berdiri disebelah wifenya.

Sampai sekarang aku tak pernah tengok gambar tu.

Aku ingat dengan masa berlalu dengan pantas dan lelaki lelaki yang aku kenal dapat hapuskan perasaan aku dekat Farhan, tapi ternyata tidak.

Sehingga ke hari aku type ni, hati aku masih berdebar bila ingatkan Farhan dan Sehingga hari ni aku masih ralat dengan jawapan aku.

Kalau orang tanya peluang apa yang aku nak? Aku nak balik pada malam tu dan terima Farhan.

Tapi aku ni Islam yang percaya tentang ajal, jodoh, takdir dan rezeki.

Farhan berpuluh tahun berlalu, dan tahun depan kita berdua nak masuk 38 tahun. Han apa khabar?

Gambar Han masih Farah simpan, kalau balik Jb Farah tengok tempat kita selalu singgah selalu teringat Han.

Han, Farah dah 37 tahun dan masih sayang Han. Farah tak tahu cara nak lupakan Han.

Rasanya tak mudah sebab selepas SPM kita spend masa bersama sama, call, sms dengan email lagi.

Setiap hari Han kita sembang berdua, benda kecil benda bdoh pun Farah nak cerita dekat Han asalkan boleh dengar suara Han.

Farah nak move on Han, macam macam orang Farah kenal tetap tak boleh.

Tak pernah kurang sekelumit pun perasaan ini dari awal Farah jumpa Han.

2023, Farah masih sayang Han, my First Love..

Reaksi Warganet

Ikien Ahmad –
Fasa move on memang susah sis tapi awak dah berusia 38 tahun dan Han juga dan berkahwin mungkin dah ada anak.

Please sis lupakan cinta yang menyakitkan hati dan belajar untuk melepaskan meski sukar.

Lagi pun apa perasaan isteri Han kalau awak masih menyimpan perasaan pada Han. Mesti sakit hati bukan?.

Awak kata awak dah kenal dengan lelaki, mungkin hati awak yang tak beri mereka peluang.

Aini Mohamad –
Kita boleh sedapkan hati dengan jawab tak ada jodoh.

Tapi. Silap no 1 sebab tipu. Memberi alasan dah ada bf sedangkan tak ada.

Apa salahnya jujur.. Kalau keadaan tak sesuai nak bercakap masa tu atau perlu masa untuk jawab, boleh aje bagitahu.

Kalau rasa tak percaya atau tak tahu nak jawab apa, cakap. Yang penting jujur..

Kenapa nak reka jawapan yang tak betul. Kan dah rugi. Kesilapan kecil, bagi impak yang sangat besar kepada tt dan semua.

Untuk masa depan. Harap boleh move on dan buka hati untuk orang lain. Ia kenangan.
Jangan bandingkan.

Nanti akan terus teringat dan rasa tiada yang lebih baik.. All the best tt.

Fazidah Abdul Kadir –
Dari cinta jadi obsesi. Nasihat saya, jangan tengok drama Korea banyak sangat.

Dah la TT, move on. Cinta pertama ni ajar kita cara cara cari pasangan terbaik, mungkin sebagai banchmark kot.

Tapi untuk TT dah jadi macam obsesi pulak. Dia dah kawin dah pun. Sampai bila nak merenung bulan ni TT??

Jangan jadi orang yang rugi sebab masih berpeluang cari orang lain dan hidup bahagia dengan suami dan anak anak.

Wake up, look at the reality around you. Stop living in your head, and move on.

Cinta tu dah berlalu, masa untuk lepaskan. Beri peluang kepada orang lain yang nak kenal. Mana tahu jodoh tt lepas ni.

Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik untuk tt. All the best tt.

NuRaz Wan –
Kita kena belajar redha sis. Redha tu, senang disebut, tapi payah diterapkn dalam kehidupan kita.

Saya juga hanya pernah jatuh cinta sekali sahaja seumur hidup. Dan cinta itu, tak pernh menjadi kenyataan.

Tapi saya teruskan kehidupan, kahwin bila temui jodoh yang baik dan akhirnya anak anak menjadi cinta sejati saya.

Belajarlh redha dan percaya jodoh yang Allah pilih, adalah yang terbaik. Buang semua yang berkaitan dengan si dia.

Kerana selagi disimpan, selagi itu awak tak dapat move on. Sedangkn dia sudah bahagia dengan anak isteri dia..

Cinta bukn segala galanya dalam hidup di dunia ini. Kita dalam perjalann yang masih jauh. Belajar redha dengan takdir.

Satu hari nanti, mungkin itu yang membuatkan Allah masukkn kita ke syurga. Kerana redha dengan takdir yang Allah tetapkan.

Satu yang saya pegang dalam hati sejak dulu. “Jika memang bukan untukku, aku belajar ikhlaskn hati untuk melepasknmu pergi”

Aisyah Afrina –
Farah sewaktu umur seperti Farhan selepas habis SPM. Masa depan memang menjadi keutamaan.

Kerana masa hadapan masih jauh. Untuk di kejar dan dicipta.

Dalam masa yang sama Farhan baru kenal awak, jadi bukan mudah untuk terima orang perempuan dalam hidup dia. Tambahan sekolah semua lelaki tidak campur.

Berkawan adalah perkara terbaik. Kerana boleh fokus pada pelajaran. Farhan bijak sebab tidak terjebak dengan cinta monyet selepas SPM.

Dah masuk universiti dia da matang. Tetap utamakan awak sebelum buat sebarang keputusan.

Tapi Farhan bukan jodoh awak. Tu lah fakta yang Allah tetapkan untuk awak dari sejak permulaan lagi.

Ayat ni selalu berlegar apabila saya tak dapat apa yang saya idamkan..

Allah bagi apa yang kamu perlukan. Bukan apa yang kamu inginkan. Boleh jadi bukan itu yang terbaik untuk kamu

Allah tarik dan bagi yang lebih baik dari apa yang kamu impikan. Hugs for u

Seperti saya. First love sukar dilupakan
Kerana debu debu cinta yang telah berlalu..
Tetap berterbangan di sekitar hati ini.

Tetapi saya lebih menghargai apa yang saya ada sekarang..

Sumber – Farah (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post