Adik ipar terjah bilik, suami tumbuk aku. Lepas 3 hari, aku bersalin. Sendiri naik grab pergi hospital



 Foto sekadar hiasan

Aku Doakan L4ki Aku Jumpa Per3mpuan Lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nama aku Oyen (bukan nama sebenar). Aku seorang isteri yang bekerjaya, dari aku sebelum kahwin pun aku memang dah biasa kerja dan hidup berdikari.

Dan aku juga seorang yang mementingkan keluarga. Kalau apa apa berkaitan family, aku memang akan ada.

Nak dijadikan cerita, aku berkahwin dengan laki aku selepas 6 bulan kami berkenalan. Aku dalam fasa broken, aku kenal laki aku.

Aku bagitahu dia, aku malas nak buang masa. Sebab umur aku pun nak dekat 30.

Kalau rasa nak kahwin, masuk lah meminang. Dan betul betul dia pinang aku.

Dia pun okay dengan family aku, ramah dan seorang yang menjaga solat. Aku pun ok jela konon konon bercinta lepas kahwin itu sweet (rolling eyes)

Tapi betul cakap orang, kita takkan kenal pasangan kita selagi tak tidur satu bantal kan?

Lepas kahwin, aku berubah 360. Aku jaga solat, aku pakai tudung.

Aku jadi isteri yang taat. Laki aku tak suka kawan kawan aku, aku tinggalkan dorang. Kiranya semua benda dia tak suka, aku tak buat.

Tapi berbeza dengan dia, kawan dia is everything. Dia akan lebih dengar pendapat kawan dia, dari aku.

Tapi time tu baru kahwin, semua boleh dimaafkan, sampai lah time aku pregnant.

Tahun pertama kahwin, aku dah pregnant. Fasa aku mengandung, aku tahu perangai sebenar laki aku yang tak sukakan keluarga aku.

Bagi dia keluarga aku tak elok sebab abang aku seorang penagih,l.

Pernah aku bergaduh dengan dia sebab dia tak bagi aku balik rumah mak aku. Dia cakap taknak anak dalam perut aku terkenan perangai abang aku.

Aku terus menangis, aku teringat muka abang aku. Walaupun dia macam tu, dia tak pernah abaikan parents aku dan adik adik dia.

Tapi sampai hati laki aku cakap macamtu pasal abang aku.

Sampai aku cakap dengan laki aku, kalau awak suruh saya pilih antara awak dengan abang saya, saya pilih abang saya.

Itu pertama kali aku bergaduh besar dengan laki aku.

Kali kedua aku bergaduh besar sebab adik lelaki dia terjah masuk bilik aku time aku tengah baring.

Aku tengah sarat menunggu hari nak bersalin, aku termaki kan adik dia. Adik dia dah akil baligh kot.

Laki aku terus tumbuk aku, memancut drah dari mulut aku. Habis baju aku penuh drah.

Time tu aku menangis sebab aku tak sangka laki aku boleh sampai tahap itu. Aku cuba call ayah aku, tapi laki aku rampas fon aku.

3 hari lepas kejadian, aku bersalin. 3 hari jugak aku tak bercakap dengan laki aku.

Aku pergi hospital pun naik grab, korang bayangkan aku bersalin dengan mulut bengkak teruk.

Aku pulak jenis tak cerita dekat family aku pasal laki aku, konon konon jaga aib suami. Lepas aku bersalin, aku nekad nak cerrai dengan laki aku.

Ibu aku tanya kenapa, bila aku bukak mask dan ibu aku terus mengucap tengok bibir aku bengkak.

Tapi aku rahsiakan dari ayah aku, dengan doktor pun aku cakap aku jatuh.

Bila keluarga mertua aku tahu, dorang pujuk aku. Aku pun termakan pujukan mertua aku. Sebab mertua aku sangat baik, adik beradik dia semua baik dengan aku.

Aku teruskan kehidupan dengan laki aku yang tak pernah ada rasa cinta langsung, aku cuma stay sebab anak aku.

Sekarang dah 3 tahun berlalu, 3 tahun jugak aku yang bayar pengasuh anak aku, susu dan pampers pun aku yang tanggung.

Laki aku tetap sama macamtu cuma dia tak angkat tangan dengan aku, masih tak suka keluarga aku.

Sampai aku nak bawak anak aku balik kampung pun susah. Hal anak aku semua dia yang control.

Sampai kadang kadang aku rasa aku macam takda hak sebagai seorang ibu.

Aku banyak kali cakap dengan dia, kahwin la lain sebab aku memang dah takde hati dengan dia.

Aku selalu doa dengan Tuhan, supaya dia ditemukan dengan orang lain. Sebab kalau aku minta cerrai, dia takkan bagi anak dekat aku.

Biarlah Tuhan tu dengar doa aku. Supaya dia dah ada bini baru, aku dapat anak aku. Aku nak besarkan anak aku dengan cara aku.

Aku tak tahu, walaupun dah 3 tahun dia cakap pasal abang aku, sampai sekarang aku terngiang2 kat telinga lebih dari peristiwa dia tumbuk aku.

Sekian luahan seorang isteri yang berharap laki dia berubah dekat perempuan lain.

Reaksi Warganet

Intan Nadiah –
Kalau dah tak de hati, sila pergi failkan di mahkamah sahaja.

Anak, memang akan dapat pada puan kecuali ada hal hal yang menghilangkn kelayakan puan untuk mendpat hak jagaan anak…

Kalau tak de report polis pun, kalau gambar ada, insyaAllah boleh digunakan untuk failkan pencerraian.

Tak guna stay untuk jantan tak guna. U pun boleh hidup tanpa dia.

So, sila ke mahkamah dan failkn pencerraian

Fatimah Az-Zuhre –
Kenapa ye selalu fikir kalau cerrai anak akan dapat dekat ayah.

Hak penjagaan anak ikut undang undang syariah keutamaan kepada ibu dahulu, tambah tambah anak bawah 12 tahun..

Ayah hanya wajib beri nafkah anak. Hak penjagaan akan dapat kepada ayah jika ibu ada masalah atau boleh beri kesan/pengaruh buruk kepada anak anak.

Patutnya suami yang takut tak dapat hak penjagaan anak sebab keperluan anak semua TT yang sediakan..

Ann Diana Nordin –
Sis, u ada baca kisah seorang isteri kena belasah dengan suami dia sampai sekarang ni paralysed?.

Sampai dia beranak pun dalam keadaan koma and until now dia tak dapat belai pun anak dia. Ada baca tak????

Norma Nor –
Itulah sebab bila dah bergaduh teruk smpai dah kena tumbuk begitu abaikan perasaan dera mental, jangan mintak pendapat dan nasihat dari orang lain…

Kan elok kalau awal awal dulu dah angkat kaki.. sekarang dah hidup bahagia dah dengan anak disamping keluarga tanpa lelaki…

Adoila.. mertua baik tak semestinya anak dia baik.. yang nak hidup dengan anak dia serumah sebantal tu awak. Bukan mertua awak…

Angkatla kaki sebelum tambah anak smpai 5, sebelum dia kakikan kau dan tangankan kau…

Takut hak penjagaan dapat ke suami? Mimpila….

Pergi je failkan fasakh atas penderaan mental, pengabaian dan kau simpan semua resit bayar

(better beli barang guna online atau debit card, bayar taska semua tu) nanti senang nak tulis surat serta bukti dekat borang fasakh tu….

Bangkitla cik kak oiiii…. Sebelum terlambt.

Lps ni dah tak payah nak dengar nasihat orang luar, termasuk ustaz ke ustazah ke..

Sabar ada limitnya. Buat apa nak membazirkn waktu untuk disia siakan.

U urself yang tau sakit perit hidup dengan suami tu. U je yang boleh selamatkan keadaan..

Directla cakap ye. Nak taat biar bertempat..
Yang taat tak bertempat tu bdoh namanya.

Sumber – Oyen (Bukan nama sebenar) Via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post