Sepupu tiba2 nk tumpang umah. Kami musykil. Bila dh bg, lagak mcm diva. Aku mula buat jahat. Diam2 aku tukar mangga, buat2 keluar rumah.



 Foto sekadar hiasan

Parasite

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

What’s parasite? Apa itu parasit? Ianya bermaksud orang yang tidak berguna yang menumpang hidup pada orang lain.

Okay, aku Sohee. Aku nie rasa terpanggil bila tadi aku baca cerita yang di tulis oleh Huda, (baca di bawah). Tak tahu Akak ke Acik ke dia. Hehehehe..

Suami dh geram, abg dan kakak ipar dihalau keluar. Tangis rayuan, xdilayan. Ksian mertua, mnyambung derita

Tak apalah.. Pokoknya dia pernah hadap manusia parasite nie macam family aku jugak.

Tapi kan, yang Huda ini kakak dengan abang ipar dia. Kiranya boleh consider lagilah kot melainkan dah tahap gaban.

Sini aku nak story sikit. Family aku ada 6 orang. Aku anak no 2 dari 4 beradik. Aku tinggal dengan family aku tapi aku bukan parasite ya.

Huhuhuhu.. Tiap bulan kami 4 beradik bagi duit belanja, bayarkan bil api air, dan penuhkan peti ais dengan barang dapur.

Tapi sejak 5 tahun yang lepas, datanglah sepasang laki bini duduk rumah family aku..

Siapa dorang nie? Laki bini nie kulaan(saudara). Bininya sepupu aku yang bernama Rina. Lakinya nama Budi.

Nama jer budi tapi sejenis tak reti kenang budi pun. Dorang datang menumpang rumah aku.

Alasan dorang, kena halau dengan tuan rumah sebab tuan rumah nak bagi anaknya dari overseas duduk rumah tu.

Tapi kami musykil sebabnya, kenapa mereka tak balik terus rumah Mak Ayah dorang.

Pelik jugaklah.. Abah aku ada tanya hal tu, tapi dengan muka sedih dorang cakap taknak susahkan dan buat Mak Ayah dorang sedih atau risau.

Dorang kata dorang taknak Mak Ayah dorang tahu. Aku pun hurmmm…

Dah namanya pun parasite, memanglah attitude mengalahkan tuan rumah.

Bilik aku dengan bilik Mak Abah aku ada aircond. Rina dengan Budi nie duduk bilik bersebelahan dengan aku.

Rina pernah minta yang dia nak bilik aku. Kata dia, Budi ada alergik kulit.

Memang taklah aku nak bagi. Dengan tak tahu malunya, Rina jumpa dengan Mak aku. Nak bilik Mak Abah aku pulak.

Serba salah Mak tapi aku dah cakap dengan Mak. Akhirnya, Mak aku ikut cakap aku. Lemak berkrim laki bini tu.

Macam cerita Huda tu, ye memang takde hulur hulur sikit ya. Sedap laki bini tu makan minum tanggung.

Cuma bezanya, Rina dengan Budi nie kerja dan belum ada anak lagi. Budi tu dulu duda, ada anak sorang tapi anaknya dengan bekas isteri dia.

Nugget, sosej, kentang ke apa kalau Rina goreng memang untuk dia saja. Padahal yang beli, kami adik beradik.

Kalau aku basuh baju (aku jenis basuh baju setiap hari), kalau ada kain baju laki bini tu, aku campak tepi. Biar dorang basuh sendiri.

Aku basuh kain baju Mak Abah dengan aku jer.

Ater lantak ler… Ikut hati, nak aje aku tereban (lempar) kain baju deme dekat parit.. Geram aku!

Adik bongsu aku lelaki. Dia belajar dekat satu kolej di Shah Alam. Balik cuti sem.

Bila ada laki bini dekat ruang tamu, saja aku jerit kat adik aku yang dalam bilik cakap,

“Woi yang dalam bilik tu! Ate sedap bebenor guling guling ataih katil tu. Koje banyak nie! Tolong sikit!”

Then laki bini tu pandang dan pandang sesama mereka.

Adik aku keluar, aku tarik dia ke belakang dan cakap aku saja jer nak bagi sedass kat laki bini tu. Adik aku sengih jerlah.

Sejak sejak tu, ada deme berdua, mesti aku “mengucing”.

Mak dan Bapak Rina nie tahu yang anak menantu ada dekat rumah kami. Tapi kirim salamlah deme nak menegur anak menantu. Biorkan aje…

Ater bukan orang lain kata deme. Saudara jugak… Iye ler, saudara memang macam itu. Suka hati Apak kamu jer..

Kome nak ke “ubat” untuk orang macam Rina dengan Budi nie?

Ubat dia, kebetulan Mak Abah pergi bercuti dekat Perlis. Rombongan orang Masjid, sebab Abah salah seorang AJK Masjid. 3 hari 2 malam di sana.

Balik tu, kakak aku yang ambil bawa ke rumah dia. Berbulan ler deme duduk situ. Tinggal ler aku dengan laki bini tu dekat rumah.

Aku tak masak, aku beli jer atau order dekat Grabfood untuk aku jer.

Rina pernah tanya aku beli makanan ke Aku jawab, “ha’ah” then terus masuk bilik.

Kain baju dorang menimbun dalam bakul langsung aku tak pandang. Biarkan aje.

Aku start nak buat “jahat”, aku pergi tukar kunci mangga grill. Kebetulan dorang keluar pergi mana.

Aku pun keluar jugak pergi rumah Tok saudara aku dekat kampung sebelah…

Agaknya, baru ada akal laki bini tu. Pandai pun berhambus dan pergi rumah Mak Ayah dorang. Yes, drama swasta dah start.

Korang mesti dah boleh agak kan apa yang laki bini cakap. Deme ler paling tersakiti, teraniaya, dihalau saudara… Pooodahh!!!

Dan buat status dekat FB tulis, “Sedihnya bila mana saudara kita sendiri yang halau kita seperti tak bermaruah..”

Aku gelakkan jer. Dia lupa kot yang dia friend dengan aku. Aku kasi emoji gelak. Lepas tu terus dia padam status.

Dengan itu, damailah rumah kami tanpa parasite tu. Mak Abah aku pun dah balik rumah tu balik. Mak Ayah Rina tu, adik Mak aku.

Biasalah, dorang lebih percayakan anak sendiri kan. So apa yang anak menantu deme cerita, percaya jerlah…

Harap, spesis parasite nie mohon sedor dirilah yer.. Dah menumpang, menyusahkan orang.

Tak payah nak berlembut dengan spesis tak tahu malu nie. Parap(tampar) dan tempi(siku) kan aje orang tue.

Kalau ada yang komen pelik tu, benda nie memang wujud. Minta simpang ler jadi dekat kome kome semua yer…

Reaksi Warganet

Dee Ya –
Sebab tu dalam rumah, jangan ada bilik kosong. Semua mesti berpenghuni.

Kalau ada kosong terus jadi kan ia stor atau tempat gantung, iron, kumpul pakaian belum blipat dalam bakul. Baru la takde tempat untuk orang tumpang.

Puas hati baca citer ni sebab akhirnya parasit berjaya dihalau keluar

Kamalia Kamal –
Ye tak pelik. Memang wujud ye species yang cannot be identified ni.

Pelaku dah bermasalah, parents pon sama tak boleh beza fikir baik ke buruk. Dah keluarga dia semuanya haruslah suci murni sahaja.

Tak malu pulak tu, takde berterima kasih atau mintak maaf. Manjang je la mngsa keadaan.

Tahniah confessor! Kalau takde orang macam confessor, jenuhlah satu family makan hati berulam jantung. Sebaliknya pelaku helok je bahagia.

Nur Amalina –
Fuh.. puas hati baca ending nya..

Aku pernah alami situasi yang sama tapi bukan family la, kawan.

Masa zaman belajar uni dulu, kan menyewa duduk dengan kawan kawan. Lepastu ada la hamba Allah ni datang menumpang rumah sewa aku ni.

Dan spesifik lagi menempel dekat bilik aku (bilik kami tak berkongsi. Duduk sorang sebilik. Bilik aku lak special ada satu katil extra).

Mula mula tu dia sakit ok la jaga orang sakit. Jadi tetamu pulak tu, layan elok elok la.

Lama lama tu melebih lebih pulak. Tetamu cuma 3 hari ni, nak masuk seminggu takde tanda tanda nak balik rumah dia sendiri.

Aduh, dah bagi cara halus nak suruh dia balik nampak tak faham faham bahasa jugak.

Tak ingat dah macam mane, last last cakap direct je tak selesa dia lama lama duk bilik aku sebab aku memang jenis selesa bilik duk sorang sorang tak berkongsi.

Dah lah rimas sebab masalah kunci rumah, kelas kami pulak lain lain. Kelas aku selalu pagi then dia melepek lagi dalam bilik so kunci kena tinggal dekat dia.

Lepastu bila aku balik takde kunci, dia pulak tak balik lagi. Dah satu hal..

Annoying betul kalau ingat balik. Dan dan dia dah balik rumah dia jadi macam confessor ni cakap la konon paling teraniaya kena halau la bagai, sebab aku kan berwatak garang sikit.

Tak berterima kasih langsung menumpang lama lama rumah orang.. rimas!!

Cik Puan –
Saya pernah ada pengalaman dengan parasit ni. Level sedara jugak, umur baru setahun jagung. Tapi sesedap rasa je buat fitnah dekat saya.

Dia stay rumah family saya tu saya tak kisah sangat sebab my mom aka makcik dia yang pelawa siap tanggung makan minum dan belanja sekolah dia.

Nak tolong buat kerja rumah memang tak le. Betul betul dia jadi ‘tetamu’ dekat rumah my family even stay situ daripada form 1-form 5.

Tapi bila kita jugak yang tolong dia dapatkan kerja part time. Tu pun sebab my mom yang merayu suruh saya tolong (sementara tunggu result SPM keluar).

Kita pulak yang di fitnah macam macam. Buruk kan kita dekat family kita, atok, nenek dan sedara mara dekat kampung.

Sampai dekat tempat kerja pun difitnah nya saya. Padahal kita yang ‘promoted’ dia dekat bos suruh bagi kerja tu.

Beria dia buruk kan saya pada kawan kawan kerja dan bos dengan harapan saya akan di pulau kan dekat tempat kerja.

Tapi dia silap orang lah, sy senior staff kot. Agak agak kawan kawan kerja dan bos nak percaya cakap dia budak baru nak up atau saya?

End up.. memang dia yang kena buang kerja lah kan. Berani dia buat taik dengan orang yang dah tolong dia ni.

Sampai sekarang bila saya balik kampung, family dia menyorok bila nampak kelibat saya. Tahu pulak malu..

Sumber – Sohee (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post