“Lagi sekali u buat, I doakan u mati accident”. Suami mati lepas bermaksiiat. Saat rahsia terbongkar, aku maki suami dalam kubur



 Foto sekadar hiasan

Dosa Yang Tak Terampun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi, Saya Jini. Umur early 40s. Berkerja sebagai kakitangan Profesional. Telah berkahwin. Anak ada 3. Kami pasangan PJJ.

Ok itu sahaja pengenalan diri saya. Tulis lebih lebih nanti takut orang kenal.

Saya berkahwin selama hampir 15 tahun. Sepanjang perkahwinan suami saya Namakan A, pernah kantoi tidur dengan isteri orang.

Isteri orang tersebut pregnant tapi digugurkan bayi tersebut.

Saya minta cerrai. Saya nekad nak pergi mahkamah minta Fasakh. Tapi ada satu ayat yang buat saya terpaksa terima dia semula.

“Cuba tengok anak anak kita yang. Kesian diorang”

Oklah saya terima. Saya maafkan. Saya cakap,

“Takpe, I memang tak pernah check phone u. I tak check u dekat mana. Tapi u kena ingat, Allah tu ada. Kalau Allah nak tunjuk dia akan tunjuk.

Lagi sekali u buat, I doakan u mti accident”

Dipendekkan cerita A mti accident.

Dan yang saya suspicious dia accident jalan balik ke tempat kerjanya dari Kawasan saya duduk sedangkan minggu tersebut dia tidak balik ke rumah pun.

Bertambah suspicious motor yang dinaiki adalah motor perempuan.

Disebabkan A baru sahaja meninggal saya senyapkan perkara itu. Setelah sebulan saya siasat.

Saya beli phone baru masukkan simkad A. Saya buka fb dia. Saya jumpa msg ber Abang Sayang dengan perempuan tersebut, saya Namakan Z.

Setelah menyiasat, sebenarnya A bermalam dirumah Z, satu negeri dengan saya.

Mereka sudah lama menjalinkan hubungan seperti suami isteri. Sudah bertahun tahun.

Jadi benarlah, A mti accident selepas bermaksiat.

Saya call Z. Dengan bangganya dia kata dia tahu A sudah berkahwin. Tetapi setiap kali dia putuskan, A datang memujuk merayu rayu.

Kemudian Z forward kepada saya mesej mesej A kepadanya.

Z berumur 38 tahun masih Bujang. Z mengaku hubungan mereka sudah seperti suami isteri. A selalu balik bermalam dirumah Z.

Hati saya sangat luluh. Sedangkan saya duduk di satu negeri dengan Z. Saya jaga anak sorang sorang. Bersalin saya pantang sorang sorang.

Tapi A berpoya poya dengan betina sundal.

Untuk pengetahuan, A bukanlah scandal pertama Z. Dia pernah berscandal dengan suami orang lain juga sebelum ini.

Juga gambar bog3l Z pernah tersebar. Adakah perempuan seperti ini yang A ċari?

Dari message message yang Z forward ada satu message buat saya tak akan maafkan A sampai bila bila.

“Abang janji abang tak sentuh bini abang.”

“Abang tak main pun dengan bini abang.”

“Abang tak pegang tangan bini abang.”

“Abang cuma layan anak anak.”

Saya terus maki. Jantan sial!

Saya rasa menyesal telah korbankan 15 tahun hidup dengan dia. Sanggup dia junjung scandal dia dan isteri sah jadi pemijak kaki.

Saya perasan. Dengan Z dia jadi macam orang bdoh. Cuma mengikut sahaja.

Setiap kali Z merajuk A terus datang jumpa Z walaupun 4 jam perjalanan untuk memujuk.

Kalau Z sakit, terus datang jumpa. Eh, anak kau sakit takde pulak kau datang tengok???

Dan Z begitu bangga berkata yang A layan dia lebih dari isteri sendiri. A tak bahagia dengan isteri dia.

Takde sekelumit pun rasa bersalah. Z juga taburkan A dengan harta benda. Phone, kasut NMD adidas, duit dan etc.

Kemudian claim dia banyak berkorban untuk A.

Halooooooo standing ke dengan pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan anak 3 orang?

Kemudian saya jumpa Z. Sumpah tak lawa!!! Mukanya sangat tua walaupun umur 38 tahun. Badannya juga sangat kurus.

Saya sangat pelik. Bagaimana A boleh tergiila giila kan Z sampai sanggup buat macam macam?

Disebabkan A dah mti. Jadi perkara ni masih misteri.

Tapi saya takkan maafkan A sampai bila. Apa dia buat dekat saya Adalah menyakitkan.

Dia hina saya didepan scandal dia. Dia tipu saya bertahun tahun.

Dia tak ingat pengorbanan saya. Biar dia ċari saya di akhirat kelak.

Sambung part II nanti kalau rajin….

Reaksi Warganet

Bib Minah –
Ambillah sebagai pengajaran. Hidup di dunia yang sementara dihabiskan dengan perkara yang lagha.

Masuk ke alam barzakh tiada sudah jalan untuk patah kembali.

Sudah tu, hutang dosa dengan anak isteri dibawa pula ke akhirat.

Ahlia Fadzil –
Puan, kalau sarat dendam dan geram dan buat diri jadi stress/depress luahkan je dekat sini.

Abaikan mulut mulut jahat yang kata bukak aib tu semua. Kami tak kenal puan dan suami puan pun.

Mungkin kisah puan akan jadi pengajaran kepada kita semua sebelum terjebak atau yang dah pun terjebak dengan maksiiat supaya kembali ke pangkal jalan.

Doa isteri teraniaya betul betul makbul.

Semoga puan tabah dan bahagia disamping anak anak tersayang.

Sauriani Dn –
Dia ada dua perkara yang berbeza.

First orang yang banyak buat salah dengan kita, bila dia mti, kita terus rasa nak maafkan.

Satu lagi, sepanjang hidup kita tak tau pun dia buat salah dengan kita. Bila dah mti baru terbongkar kejahatan, penipuan dan pengkhianatan.

Sebab tu tt jadi terlalu marah dan terluka macam ni… walaupun orang tu dah tk ada

Nur Hela –
Saya baru je tengok filem baru baru ni pasal seorang isteri yang kematian suami dalam keadaan taktahu suami dia tu jahat.

Lepas dah tahu habis dia bakar semua peninggalan aruwah termasuklah kilang yang aruwah bagi dekat dia. Menunjukkan betapa geram dan kecewanya.

Jadi, perasaan marah awak tu valid sis. Awak berhak marah.

Soal maaf ke tak, tak perlu pikir lagi buat masa sekarang. Yang penting move on sehabis habisnya !

Kalau boleh bakar barang barang dia, awak bakar je sis! Kita bakor !

Hugs.

Mariam Abdul Manap –
Cubalah sikit sikit untuk memaafkan aruwah suami.

InsyaaAllah sakit hati tu akan berkurangan dan dapat menjalani kehidupan dengan tenang.

Ujian ini memang trauma, tapi Allah dah makbulkan doa Puan.

InsyaaAllah setiap ujian itu ada hikmah di sebaliknya. Redha dengan takdir Allah.

Jangan lagi berhubungan dengan Z, akan menyebabkan sakit hati bertambah parah.

Apa tujuan dia berkongsi msg tersebut, bukankah Puan rasa semakin sakit hati dan marah.

Sumber – Jini (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post