“Suami nak nikah lagi, jangan meroyan”. Aku doa, minta maduku bermadu. Lepas 3 bulan, suami nikah bini no 3



 Foto sekadar hiasan

Su4mi Nak Nikah Lain, Jangan Meroyan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okay, Kak Odah nak story pasal suamiku kawen lagi satu.

Kak Odah bagi jer dia nak nikah walaupun kalau nak ikutkan dia tak mampu pun.

Tapi Odah malas nak layan, sebab lagi ditegah kang dia buat entah apa apa lagi sakit hati.

So nak nikah, nikah la. Odah tak kisah. Syaratnya jangan lupa diri sudah.

Dengan bini baru pandai pandailah kumpul reta sendiri. Jangan roger roger Odah kalau terselit.

Maka kami hiduplah bermadu. Obviously mula mula memang drama 352 episod juga.

Tapi Odah fikir malaslaa nak layan lagi drama berebut laki ni, i kasi je mereka kahwin. Settle satu masalah.

Odah tak pernah ambil tahu hal madu. Odah pi umrah dengan suami, tinggalkan madu sebab dia takde duit nak beli tiket kapal tobang.

Huhu Odah buat keras jer tak layan, takkan kita pulak nak lanje dia kan??

Odah doa depan kaabah, kasilaa Rokiah (bukan nama sebenar) madu macam Odah hahahaha. Kiah ni janda anak satu tau.

Rasanya dengan harapan nikah dengan suami Odah yang ada syarikat kontraktor ni dapat tumpang senanglah gamaknya.

Tapi dia silap, dia dapat tumpang bayang jer sebab company tu Odah punya. Laki Odah ni kerja dengan Odah. Tu cita dia.

Setahun lepas balik umrah tu, Kiah ni sakit tau dak, warded. Peparu dia bocor ke hape.

Anak dia, laki Odah soh tolong asuhkan tapi Odah ingatkan klausa perjanjian 3.2 mengatakan Odah takkan amek port kalau berlaku apa apa masalah dalam keluarga suami dengan Kiah.

So terkial kial la suami hantar anak tiri dia pergi balik kampung umah mentua.

Bab ni kita kena tegas, nampak kejam tapi tu la kaedahnya supaya kepala tak kena pijak. Sebab dah kena pijak sekalikan, dia nikah dengan si Kiah.

So masa Kiah dalam proses recovery dia tak dapat berkhidmat sangat dengan suami kan, sebaliknya suami laa kena berkhidmat dengan Kiah.

Kadang kadang tu Odah yang untung sebab suami lepak rumah I. Bijakkan i. Siapa suruh gatal nak bersuamikan orang punyakan???

Dalam masa yang sama kantoi laaa ropanya suami Kiah yang mana laki Odah ni ada makwe lagi satu.

Hahahaha!!! Odah nak kabo alhamdulillah gais!!! Ntahlaaa, Odah macam dah imune plak.

Kiah mengadu dekat Odah yang suami ada makwe baru. I cakap, jangan dilarang. Eloklah dapat kawan lagi sorang kah, kah kah!!!!!

3 bulan lepas tu nikah. KIAH kan dah semput, sikit sikit semput. Apa salahnya ada kawan baru nama Wani, sebab muda remaja. Manis. Kiah kawan dengan Wani ni.

Hahahaha! Saje bako line Kiah! Rasain sama kamu Kiah. Ambil lagi orang punya. Bestkan????

So kalau tak nak kena penyakit jantung, drah tinggi, migrain. Suami nak nikah, kasi je.

Jangan persoalkan dia tak mampu, tak layan kita baik ke apa etc. Biar dia menjawab sok kalau dia tak laksanakan tugas dia, tak berlaku adil ke apa.

Kita yang masih hidup ni teruskan kehidupan usaha upgrade diri kita jadi lebih baik. Redha.

Perkataan ni nampak simple tapi nak sampai level redha ni you all kena tempuh sikit cobaan.

Kalau boleh kawal diri, alhamdulillah bila kita redha setiap perbuatan kita ada keberkatan insha Allah akan dipermudahkan.

Kalau suami tu aniaya kita, biar dia menjawab esok lusa.

Kalau tak dekat dunia, akhirat sok dia dapat balasan. Kalau dia dah tak suka kita, dia akan lepaskan kita dengan cara baik. Baru gentlemen.

Jangan bergantung harap pada manusia kerana manusia itu akan lukakan hati dan perasaan kita dengan kejamnya.

Cintailah Allah dengan lebih mendalam, pasti ada bahagia walaupun pada mulanya kita derita. Sabar, tabah kuatkan semangat.

Cinta manusia kalau dikejar dia lari. Biarkan je dia lari esok lusa dia cari kita balik dan jangan paksa orang sayang kita.

Sekian.

Reaksi Warganet

Mughnii Legacy –
Erm entah la i rasa lebih kesian kat odah lebih dari kiah sebab dah 2 kali kena madu.

Nampak sangat husband tu tak heran kat odah walaupun kiah dah tak boleh berkhidmat, still husband tu cari yang lain daripada kembali ke pangkuan odah dan ceraikan kiah.

So macam odah ni betul betul hanya dipergunakan saja untuk sumber kewangan sebab company tu nama dia

Nur Hela –
Nasihat odah cuma berkesan untuk isteri yang berduit saja.

Yang surirumah, anak 4 orang kecik kecik, tak reti drive, hujung bulan masak megi untuk anak2, nafkah batin 5 saat setengah.. memang logik kalau mereka meroyan pun.

Ann Fardan –
Jauh di sudut hati, odah sangat terkilan.

Tapi sebab Odah ambil pendekatan berhenti bergantung pada manusia dan ubah pergantungan pada Allah, Odah dapat lihat ‘balasan’ madu Odah…

Odah sebenarnya sayang laki Odahkan. Terlalu sayang sampai Odah hilang rasa untuk sayangi diri.

Kadang kadang Odah kita kena letakkan Maruah dan harga diri di tempat yang betol. Tapi siapalah kami nak Komen kan.

Moga Allah balas syurga dengan ketaatan Odah yang sangat redha ni…

Anyway Odah kena sediakan diri. Bila laki Odah sakit, Odah kena jaga. Begitulah pengorbanan Odah demi suami “musibat” tu….

Ariffatri Mohamad –
Lain orang lain kehidupan, yang isteri terpaksa kerja nak back up gaji suami, yang suri rumah hidup catu makan, yang nafkah pun sendu, semua tak sama dengan Kak Odah.

So enggang tak boleh disamakan dengan si Pipit.

Kak Odah kontraktor di mana suami kerja dengan Kak Odah. You choose to be the Bred Winner (penafkah) walhal suami tu patut beri nafkah.

Walau kerja dengan you, dia tetap kena bagi nafkah kepada u, mesti tak pernah perasan kan?

Hakikatnya, konsep mampu itu benda penting kena tentukan. Sebab yang suffer si isteri dan anak anak andai suami lepas tangan bila dah kahwin baru.

P0ligami tak boleh ditolak sebab hukum, tapi Allah SWT dah tetapkan syarat. So follow syarat tu.

Kalau suami nak p0ligami just bagi tapi sebelum tu isteri kena pastikan suami mampu terlebih dahulu.

Nak tentukan kemampuan suami, stop semua jenis bantuan isteri kepada suami. Bagi masa 6 bulan, suami kena laksanakan semula semua tanggungjawab dia dalam rumahtangga.

No more isteri buat, iaitu semua belanja, semua kerja rumah, urus anak even susukan anak, masak, ngemas rumah dan semuanya biar suami buat sendiri atau dia upah pembantu.

Kalau dia suruh isteri buat, pastikan berupah. Isteri just layan keperluan suami sahaja. Itu apa yang Islam ajar bab tanggungjawab suami.

Kalau suami nak ikut sunnah sangat bab p0ligami, so mana boleh suami je dapat pahala, isteri pun kena dapat pahala juga.

So gunakan apa yang Allah SWT dah tetapkan bab tanggungjawab rumahtangga tu. Sama sama dapat pahala, isteri tenang dan selesa serta mudah redha, suami terlebih bahagia menyulam cinta.

Win win situation malah disebabkan suami jalankan tanggungjawabnya dengan sebenar benarnya, maka dia pasti dapat pahala berganda.

Suami solehkan, baru layak p0ligami. Bukan seorang bahagia, seorang derita. Saya percaya itu bukan konsep sesebuah rumahtangga dalam beragama.

Wanita tak dilahirkan untuk menderita di dunia disebabkan harapan bahagia di akhirat semata mata, semua berhak bahagia dan tenang di dunia dan di akhirat.

Nurul Atikah –
Pas baca baca komen dalam ni ada yang kita setuju, ada jugak tak setuju.

Tapi kalau fikir fikir balik lets back to Allah. Takda 1 benda pun atas dunia ni milik kita yang mutlak even our husband sekalipun.

Jiwa manusia ni berbolak balik sifatnya, Allah yang pegang hati setiap manusia. Jadi brdoa la kepada si pemilik jiwa dan hati manusia.

Jangan cintakan manusia melebihi kita cinta Allah, so kita tak akan kecewa.

Manusia datang dan pergi dalam hidup kita tapi Allah stay dengan kita saat susah senang, sedih gembira.

Apapun pulangkan semua kepada Allah, Allah Maha Tahu yang trbaik buat hamba hambaNya.

Takdir trtulis kita rasa buruk untuk kita, tapi yang bruk tu baik di mata Allah. Brbaik sangka je dengan Allah selalu, inshaAllah.

Sumber – Odah (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post