Sejak kecil aku ‘dibuang’ ayah. Jenguk pun tak. Aku cuba cari, post dalam fb. Panggilan dari seorang wanita buat aku terpaku



 Foto sekadar hiasan

Orang Tua Yang Membuangku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, nama aku N.F. Aku berumur 30 tahun. Sejak kecil, aku tinggal bersama nenek.

Ibu bapa aku sudah bercerrai. Ibu terpaksa tinggalkan aku bersama nenek, sebab dia mahu bekerja.

Cuma apabila aku sudah mula memasuki alam persekolahan, barulah ibu pulang dan tinggal bersama kami.

Aku tidak pernah bertemu dengan ayah aku.

Secara jujurnya aku sangat cemburu apabila melihat kawan kawan bermesra dengan ayah mereka.

Aku jadi iri, bahkan aku pernah menangis kerana terlalu inginkan rasa kasih sayang dari seorang ayah.

Sewaktu kecil, aku sering bertanya kepada ibu dan nenek di mana ayah aku berada.

Tetapi, setiap kali aku bertanya akan hal itu, aku akan di marahi oleh mereka.

Mereka seolah olah tidak mahu aku bertanya tentang ayah aku. Nenek ku selalu bilang dengan nada yang marah,

“Untuk apa mencari orang yang lari meninggalkan isteri dan anaknya? Sehingga ibu harus mengambil fasakh untuk bercerrai.”

Sejak dari itu, aku tidak lagi berani untuk bertanya.

Sedikit demi sedikit, aku mulai membenci ayah ku. Aku benci dia kerana meninggalkan aku dan tidak pernah bahkan sekali pun datang menjenguk ku.

Sehinggalah tahun ini, aku bertunang dengan jejaka pilihan hati. Tunangku memahami situasi aku.

Dan dia mahu kami bersama sama mencari ayah untuk menjadi wali di pernikahanku yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.
a,,
Aku tidak mempunyai gambar ataupun maklumat tentang ayah. Yang aku tahu ayah aku orang Sarawak dan tinggal di Melaka.

Jadi, aku berinisiatif untuk mendapatkan alamat terakhir ayah di JPN. Aku berjaya mendapatkan maklumat ayah dan pegawai itu berkata ayah aku masih hidup.

Aku cuba membuat postingan yang bertulis aku sedang mencari ayah di group Melaka di facebook.

Alhamdulillah ada 2 orang hamba Allah memberikan maklumat tentang ayah aku.

Aku cuba menghubungi nombor telefon yang di berikan oleh hamba Allah tersebut.

Dia bilang itu nombor telefon ayah aku. Tapi apabila aku menghubungi nombor itu, lelaki yang aku hubungi itu memberitahu aku dia bukan orang yang aku cari.

Jadi aku pun berfikir, mungkin dia sudah tukar nombor lain kut.

Tidak lama setelah itu, aku di hubungi oleh seorang wanita.

Dia membaca postingan ku di facebook, dan memberitahu aku dia kenalan ayah ku.

Aku merasa gembira kerana akhirnya aku dapat bertemu dengan ayah.

Dia memberitahu aku, ayah sudah berkahwin lain dan mempunyai lima orang anak.

Dan kehidupan mereka bahagia dan senang. Semuanya sudah besar.

Wanita itu bertanya tujuanku mencari ayah. Aku memberitahu, selain untuk meminta ayah menjadi wali, aku sangat ingin bertemu dengannya. Aku ingin merasa kasih seorang ayah.

Namun perkataan wanita tu selanjutnya, menghancurkan hati aku sehancur hancurnya.

Wanita itu bilang ibu aku banyak membuat ayah aku menderita, menghancurkan hidup ayah.

Dia juga bilang ayah ingin bertemuku, tapi di halang oleh keluarga ku. Sehingga ayah lari membawa diri ke Melaka.

Dan yang paling membuat ku remuk, dia mengatakan yang ayah tidak boleh menjadi wali ku, kerana aku anak tidak sah taraf.

Dan dia juga hairan kenapa aku boleh berbinti kan nama ayah sedangkan aku lahir selang sebulan ayah dan ibu bernikah.

Aku menangis semahu mahunya. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa kecewanya aku.

Aku menelefon tunangku untuk menceritakan apa yang telah terjadi.

Tunang ku meminta aku bersabar dan menerima takdir yang telah tertulis.

Dia juga memujuk ku, dengan mengatakan ini bukan salah ku dan tetap ingin menikahi ku.

Aku bersyukur, di pertemukan dengan lelaki yang baik yang menerima aku apa adanya.

Tunang ku bilang, kita jangan dengar cerita sepihak, dan dia mengajakku untuk bertemu Pak Ngah ku untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

Hujung minggu lalu, kami bertemu Pak Ngah, pak ngah menceritakan semuanya.

Dia bilang aku ini memang anak sah taraf. Kalau aku anak tidak sah taraf, bagaimana boleh aku berbintikan ayah. Seharusnya aku berbintikan Abdullah. Betul tak?

Pak Ngah mengatakan, setelah aku lahir, ayah terus meninggalkan kami.

Mereka pernah mencari ayah, tapi ayah akan melarikan diri setiap kali keluarga ibu mencari nya.

Pak ngah memberi banyak nasihat kepada kami, dan aku sedikit lega setelah memgetahui status ku sebenar.

Masih ingat nombor yang aku hubungi tetapi dia bilang dia bukan ayah ku?

Dia menghubungi aku lagi, dia bilang dia tidak mahu menjadi wali aku dan meminta untuk aku tidak menganggunya kerana dia sudah bahagia dengan family baru.

Oh jadi betullah itu ayah? Ternyata dia tidak mahu menerima ku sebagai anaknya. Dan wanita itu, aku syak isteri baru ayah.

Aku terpikir, mungkin mereka mengadakan cerita kerana tidak mahu aku berhubung dengan ayah, dan ayah telah lama membuang ku dalam hidupnya.

Sampai sebegitu bencinya aku di mata ayah. Tak salah lah kan, aku pernah membenci ayah dulu?

Tak mengapa, orang tak sudi. Aku terima.

Dan aku bersyukur ada orang yang masih menyanyangi aku.

Doa kan kami, agar urusan pernikahanku di permudah kan ya.

Reaksi Warganet

Zainatul Badariah Din –
Heran dengan manusia macam ayah TT. Jumpa pun tak pernah, nafkah pun tak bagi. Tiba tiba membenci.

Dia tak tau Allah pun benci dia tak bagi nafkah dekat ank dia.

Moga ayah tt di beri kesempatan untuk mohon maaf atas kesalahan tak beri nafkah dan menganiaya sebelum meninggal dunia.

Sesungguhnya doa orang teraniaya tu makbul. So doakan yang baik baik yang kebahagian tt sekeluarga dunia dan akhirat.

Unknown –
Nasihat akak, cuba compare sijil nikah mak ayah awak dan sijil lahir awak. Confirm kan betul betul , sebab ni perkara serius.

Kalo confirm awak anak sah taraf, bole mohon kepada mahkamah untuk wali hakim kerana ayah awak memang taknak walikan awak.

Atau pun kalo awak berjaya hubungi adik beradik lelaki ayah yang sudi walikan awak pun bole.

Kalo anak tak sah taraf pulak lain pulak aturannya. Sewajarnya awak hubungi pejabat agama dan dapatkan pandangan daripada mereka.

Semoga Allah mudahkan urusan pernikahan awak dgn tunang awak serta berbahagia bersama dia ye dik.

Awak tak payah kisahla ayah awak tu. Dah orang tak sudi, buat apa nak mengharapkan?

Hugs for u dik. U totally deserve to be happy dik….

Z Naseha –
Mak tiri awak tu agak agak la. Laki tak main peranan, awak lah jadi peranan. Nasihat lah suami tu suruh jadi wali.

Ayah benci sekalipun pada ex pasangan macam mana tolong lah jadi wali. Jadi wakil masa nikah tu je.

Lepastu kenalkan adik beradik sekali supaya tak terjalin sumbang mahram (nauzubillahminzalik) dimasa hadapan.

Kot pakcik terkawin anak sedara ke. Lepastu taknak jumpa bertahun tahun lantak lah.

Asalkan sekali bersua semua kenal. Sedih jadi anak perempuan tau! berat ujian kami!

Lagi lagi jenis abang atau ayah buat perangai kenakan anak dara orang. Last last orang doakan anak perempuan, adik perempuan jadi mngsa kifarah… hmmm

Anis Hamdan –
Takpelah, sis. Teruskan je hidup macam biasa dan berdoa banyak banyak semoga semua dipermudahkan.

Semoga TT bahagia dengan orang orang yang lebih menghargai dan sayangi TT.

Saya doakan juga pernikahan nanti mudah dan bahagia ke akhir ayat

Sumber – N.F (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post