7tahun aku bela suami tak bekerja. Bila dah kerja, kedekut pula. Aku minta fasakh. Dia tuntut tebus talak dengan jumlah tak masuk akal



 Foto sekadar hiasan

Harga Sebuah Talak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku terpanggil pulak nak share masalah rumah tangga aku ni. Cerita yang aku nak share ni agak panjang sebenarnya, tapi insyaAllah aku pendekkan ye.

Aku telah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai dua cahaya mata.

Aku posting ke utara tanah air mengikut suami pulang ke kampung halamannya setelah dia diberhentikan kerja dalam unifom kerana bahan terlarang.

Aku masih lagi memberi peluang padanya.

Aku pula sorang kakitangan kerajaan. Demi membantu suami yang ingin memulakan hidup baru, aku membantunya memilik sebuah kenderaan pelbagai guna.

Dia sanggup membayar downpayment kenderaan tersebut berjumlah 15K, hasil duit saguhati sepanjang suami aku berkhidmat.

Dan kenderaan tersebut diletakkan atas nama aku memangkan aku sahaja yang layak dan sesuai.

Suami aku hanya bayar downpayment sahaja, manakala ansuran bulanan dan kos kos lain ditanggung oleh aku sendiri.

Kenderaan tersebut aku telah membayar bulanannya selama 7 tahun.

Buat pengetahuan pembaca, aku telah memiliki kenderaan sendiri sebelum berkahwin sebenarnya. Kami ada 2 kenderaan la atas nama aku.

Ku sangakan panas smpai ke petang, rupanya ntah la sambung sendiri la ye.

Kenderaan pelbagai guna yang dibeli hangat hangat tahi ayam ja. Buat bisnes lingkup, tak balik modal.

Cuba pulak bisnes lain, aku pun dengan niat nak bantu suami, aku pun buat loan bank la.

Nasib tak baik, modal pun kelaut China Selatan. Sis sabar lagi.

Dia mintak nak try lagi skali buat bisnes, bidang yang sama, tapi cabang yang berbeza.

Aku buat hutang lagi ye. Juga tak balik modal. Tinggal la aku menanggung hutang sorang sorang.

Suami pulak mencuba macam macam perkerjaan, tapi tak kekal lama memandangkan dia tak bersungguh sungguh nak kerja untuk membantu aku, malah memilih milih pula pekerjaan.

Pilih punyer pilih, dalam 7 tahun juga tak kerja. Aku still lagi menanggung dia. Nafkah tertunggak tak yah cerita la, tak cukup tangan nak claim.

Aku ibaratkan suami aku ni macam biawak hidup la senang. Dah aku yang menanggung semua kan.

Suami nak bantu uruskan anak pun payah apatah lagi urusan hal hal rumah tangga yang lain.

Anak anak membesar dengan aku sepenuhnya. Suami ada, tapi macam tiada. Semua aku urus sendiri.

Last sekali, dah tak sanggup nak tengok suami sendiri takde kerja, aku bantu dia lagi tanggung dia pergi kursus dalam bidang swasta plak.

Habis kursus, Dia pun diterima bekerja setelah bertahun tahun tak kerja dengan jayanya. Aku dah tak sanggup nak hadap dan telan.

Bayangkan, dia dah kerja, gaji ok je aku tengok, mampu, tapi kedekut memberi nafkah.

Dia dah kerja, aku still lagi kena bagi duit sebab katanya gaji tak mencukupi.

Dia dah kerja tapi still tak dapat nak bayar bil bil dan keperluan keperluan lain.

Disebabkan tempat kerja jauh, makan modal yang besar. Aku kesian kan dia lagi, aku dengan rela hati sekali lagi membeli motosikal baru. Sebelum tu dia pakai motor cabuk aku ja.

Nak dijadikan cerita, aku mintak berpisah. Sebab utamanya nak berpisah, dia menuduh aku curang dengan lelaki lain. Sedangkan tiada bukti aku curang pun.

Aku cabar dia untuk buktikan, sampai kesudah tiada bukti.

Sebab kedua aku nak bepisah, suami aku ni tak nak berubah sikap, panas baran, cemburu memvavi buta. Pernah menampar aku 2 kali. Dua dua aku buat report polis.

Sebab ketiga, dia menampar anak sulung aku. Yang ni aku akan ingat sampai bila bila. Anak masih sekolah rendah kot.

Sebab keempat, dia didapati curang. Aku simpan semua mesej mesej kecurangan dia tu.

Nak dipendekkan cerita, suami aku tak nak lepaskan aku cara baik. Aku terpaksa mintak fasak.

Ingatkan macam senang, dia pula buat tuntutan untuk lepaskan aku dengan tebus talak dengan jumlah yang tak masuk akal.

Habis dia tuntut sepanjang perbelanjaan yang pernah dia keluarkan dalam tempoh perkahwinan kami termasuk la downpayment kenderaan pelbagai guna yang dia bayar walaupun kenderaan tu untuk kegunanan bersama.

Logik ke, aku yang menangung dia selama ini, aku pulak nak kena ikutkan apa yang dia minta semata mata nakkan lafaz talak dari suami aku.

Bukti aku dipkul, tidak memberi nafkah dan bukti kecurangan suami tu rupanya tak mencukupi untuk dia lepaskan aku.

Last sekali, aku tidak akan bayar satu sen pun. Lawan tetap lawan. Aku akan tuntut habis habisan, biar pun ambik masa bertahun tahun.

Pengajaran disini, harta mu nama mu lah, harta aku nama akulah bayar sendiri sendiri.

Yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri.

Reaksi Warganet

Dee Ya –
Ingatla wahai wanita. Jangan sesekali buat loan untuk suami. Biar mereka usahakan sendiri.

Isteri cuma bagi sokongan moral saja. Tak payah kesian kesian.

Lelaki ni kalau betul mereka nak berniaga, mereka akan usaha sendiri. Bukannya mengharap bantuan duit bini…..

Khairunnisa –
Ada pernah terbaca kisah macam sis ni. Tak sure Mahkamah Syariah kita agak weak ke macam mana.

Sebab dah bagi proof pun tetap keputusan tak berpihak pada perempuan. Sesuatu perlu dilakukan.

Terang terang si suami memang tak layak menjadi suami mahupun ayah. Semoga kemenangan di pihak sis.

Rara Razzmann –
Kalau dekat Selangor, fail cerrai hakam je sis. Fasakh ni leceh dan rumit sikit.

Tapi sis kalau ada semua bukti, resit dan medical report, terus je la dengan fasakh.

Bdoh betul nak jugak tebus talak padahal bini yang tanggung makan verak kincin selama doblas taun.

Dasar bewak. Small small don’t die, when big, trouble people only

Shezz Fawwaz –
Harap jadi iktibar untuk semua. Kalau nak berniaga, mulalah dari bawah, kecil kecilan.

Jangan buat hutang besar untuk memulakan perniagaan. Lagi lagi kalau memang takde ilmu dan pengalaman dalam perniagaan.

Dah selalu sangat baca wanita menanggung beban hutang suami atau bekas suami.

Nanti nak tuntut nafkah anak pun susah, nak tuntut dia bayar balik hutang tu lagi la susah.

NuRaz Wan –
Teruskn lawan, kalau perlu ambil lawyer baru mudah sikit. Memang biasanya akan ambil masa.

Tapi alang alang nak berpisah, teruskan sahaja dan kumpulkan bukti dan tuntut semua siap siap nafkah awak Dan anak anak termasuk sewa rumah dan bayaran kereta yang dia pakai.

Walaupun nama awik, sebab dia yang gunakn. Motor yang awk beli, makan minum dia yang awik terpaksa tanggung, bertahun tahun juga..

Nur Farahin Suid –
Lawan sis!! Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!!

Alang alang fight biar sampai tinggal spender je si biawak tu!!

Semoga urusan sis dipermudahkan. Kalau perlu crowdfund untuk hire lawyer jangan segan segan bagitau.

Farah Hanina –
Adik adik yang nak kawin atau baru kawin, ambil pengajaran dari kisah ni.

Jangan berkorban untuk pasangan sampai tergadai segalanya. Bantu sekadar termampu.

Jangan sampai diri sendiri yang merana.

Sumber – Sis (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post