Bila bersalin dapat baby girl. Suami terkejut. Aku campak cangkul depan pintu rumah, suruh tanam hidup2



 Foto sekadar hiasan

Su4mi vs An4k

Hi semua nama saya Anna, suami saya Badul. Kami ni dah kahwin 7 tahun.

Alhamdulillah dah dikurniakan anak 2 orang. Satu lelaki satu perempuan. Anak perempuan yang sulung (Combi) anak kedua lelaki (Didi).

Umur Combi 6 tahun manakala Didi 4 tahun. Suami saya kerja kerajaan dan saya suri rumah sepenuh masa. Okay semua clear ya dengan latar belakang keluarga saya.

Cerita dia start bila saya kahwin lepas setahun, saya pregnant.

Combi ni anak yang tak dirancang dan hadiah dari Allah untuk kami. Saya memang cucuk perancang. Ikut planning kami, 3 tahun kahwin baru nak ada anak.

Sempat lah nak belajar parenting skills dan kami suami isteri nak kenal dengan lebih dekat.

Kami tak sempat nak bercinta, kenal pun sebab parent dia kawan dengan parent saya. Jumpa sekali lepastu keluar muzik hindustan, 6 bulan lepas tu terus dia ajak kahwin.

Jadi kami pening kepala lah bila tau saya pregnant sebab tak jangka tapi dah rezeki. Kun fayakun.

Kami terima lah dan dalam masa yang sama busy belajar macam mana nak jadi mak ayah yang sempurna. Cewah semua orang pun macam tu kan bila pregnant anak pertama.

Bila kita scan tu, doktor kata anak lelaki. Suami saya excited. Saya biasa biasa je janji baby selamat.

Masa tu hari hari doa anak cukup sifat fizikal dan mental. Hari due tu, tup tup yang keluar anak perempuan.

Baju apa semua kami beli yang lelaki. Scanner 10 tahun yang lepas, teknologi tak canggih macam sekarang kan. Sekarang dah boleh scan 5d nampak muka terus.

Si Badul ni frust sikit lah sebab dia berharap dapat anak lelaki. Saya cakap lelaki perempuan tak apa janji sihat sudahlah.

Lepastu kita ibu kan dah penat mengandung, meneran nak beranak tu belum cerita kesan koyak apa semua.

Nak berjaga malam anak menangis nak susu, perut kembung apa semua. Saya penat siang malam.

Dapat curi curi tidur sekejap je. Tu pun terlelap sekejap anak menangis. Minta tolong lah Badul ni tengokkan.

Dia tengok, tapi macam tak membantu pun ada. Kalau sekadar tengok tak buat apa apa baik saya suruh miko (kucing saya) yang tengokkan Combi.

Si badul tu dok frust lagi tak dapat anak lelaki. Bagi saya pemikiran dia ni kolot.

Saya memang stress waktu tu. Rambut ni habis gugur, rasa nak marah je sepanjang masa.

Saya mengadu dekat mak saya, mak saya pun datang lah jaga saya sepanjang pantang. Lega sikit rasa boleh berehat.

Si Badul ni lama saya perhati dia macam nak tak nak je main dengan Combi ni.

Depan mak saya dia agah lah budak tu. Bila mak saya balik kampung, dia main gitu gitu je lah.

Kita ni sebagai ibu, kita terasa lah kan. Tu belum cerita dia macam dingin je dengan saya. Sepatah saya tanya, sepatah dia jawab. Balik kerja mengadap je tv.

Kita ni sebagai isteri macam tunggul kayu pula. Habis tu salah saya ke dapat anak perempuan?

Saya boleh ke sesuka je tentukan, ketuk je perut masa pregnant ha keluarlah anak lelaki.

Takkan nak salahkan doktor pula sebab salah scan. Doktor bukannya Tuhan.

Sampai Combi tu umur 6 bulan macam tu dia buat perangai. Saya pun dah 6 bulan sabar, cuba ambil hati dia. Hantar baby di klinik tu, tunggu kat kereta je. Orang lain suami siap payungkan lagi.

Hari dia cuti tu saya memang meletup. Rasanya kalau jiran lalu depan rumah berpeluh rasa bahang kepanasan tu.

Saya pun bisinglah kata, “bukan salah saya dapat anak perempuan. Nak pertikaikan apa kuasa Tuhan. Ni ambil perancang pun boleh pregnant, tak nampak ke kuasa Allah tu luas mana. Apa benda hidup macam zaman jahiliyah.

Habis dapat baby perempuan nak tanam hidup hidup ke? Ha kalau macam tu pergi tanam si Combi tu depan rumah sekarang!”

Saya keluar rumah campak cangkul bebetul depan pintu rumah.

Memang dah lama tahan tu. Dia terkejut tengok saya, sebab saya selalu lemah lembut je bila bercakap.

Tapi bila jadi ibu ni kita akan bertukar jadi singa kan nak protect anak kita.

Dia pun minta maaf apa semua lah. Saya ni emosi tak stabil duduk lah menangis sambil peluk anak saya. Rasa macam tak dihargai.

Rasa kesian kat Combi tu. Dia minta ke lahir kedunia ni? Lepas kejadian tu, nampak lah perubahan sikit.

Suami saya ni rajin. Balik kerja dia kemas rumah apa semua. Husband material orang kata.

Jiran jiran pakat dok puji lah nampak dia jemur baju dekat luar. Bila time saya minta tukar lampin anak, dia buat je cuma interaction macam gitu je lah.

Mak mentua saya kata, “orang lelaki macam tu lah, kalau sayang tu dia tak tunjuk” nak backup si Badul tu.

Suami kita, tidur sebantal. Apa yang dia fikir kita boleh tau. Ye dak?

Dah umur si Combi tu setahun kita ibu relax sikit lah kan. Dah tau benda basic. Bangun tengah malam pun bagi susu je.

Combi ni bagus makin besar makin tak meragam. Baik je. Suami saya pun anak dah setahun, dia bagi hint nak anak lain.

Apa si Badul ni fikir saya kilang produce anak ke? Penat bawa perut 9 bulan, berjaga tengah malam tak hilang lagi dah nak tambah.

Saya cakap Doktor tak kasi dekat dekat sangat. So saya cucuk je perancang macam biasa.

Hubungan Combi dengan Badul ni tak rapat. Dia tak ada pun nak panggil Combi, nak agah ke apa. Jadi Combi tu memang rapat dengan saya.

Takdir Allah, 2 tahun lepas tu saya pregnant lagi. Kalini rasa travma, setiap malam fikir macam mana kalau lahir tu anak perempuan?

Senasib dengan Combi? Tengok muka Combi kurang kasih sayang ayah saya rasa macam kesian sangat.

Budak umur 2 tahun dah pelat pelat sebut ibu tapi jarang sangat sebut ayah.

Baru nak datang dekat ayah dah buat muka. Si Badul ni layan Combi macam anak tiri. Macam tak ada setitis drah dia mengalir dalam badan Combi.

Tiap malam saya makan hati sampai rasa nak cerrai ke tak? Mak mentua jenis backup anak satu hal.

Dah lama lepas tu baru saya faham, keluarga mentua memang sukakan anak lelaki. Pewaris keluarga katanya.

Nak nak si Badul tu anak sulung. Faham betullah saya dari mana turun perangai tu.

Long story short, Didi lahir. Badul waktu ni manusia paling happy sebab yang keluar anak lelaki. Senyum dia sampai belakang kepala.

Dia beli baju baru, stroller baru. Serba baru lah orang kata macam nak timang anak pertama. Baju baju Combi sebelum ni semua saya beli.

Pantang kali kedua saya relax sebab semua dia uruskan. Tukar lampin, jaga malam apa semua.

Nampak tak beza kat situ? Macam mana kita sebagai ibu ni tak terasa hati?

Bila Combi nak pegang Didi, Badul ni tak bagi. Bila Combi menangis mengadu dekat saya, saya pun tanya dia kenapa tak bagi, dia kata takut Combi buat Didi.

Jadi Combi boleh main dengan Didi waktu Badul ni pergi kerja je. Kesian kan?

Fast foward, Combi suka melukis, waktu tadika, cikgu suruh lukis gambar keluarga.

Bila saya ambil Combi dekat tadika, cikgu jumpa saya dan cakap pasal lukisan Combi. Dalam lukisan tu cuma ada saya dengan dia. Saya masa tengok lukisan tu rasa macam sedih sangat lah.

Dalam kereta saya tanya mana Badul dan Didi. Dia cakap dia tak suka Didi. Pasal Badul, dia diam je mungkin dia takut nak cakap tak suka tu.

Kenapa Combi tak suka Didi? Ceritanya sebab Badul ni lebihkan Didi dalam segala hal. Semua yang Didi nak dia dapat.

Kalau Badul keluar, cuma bawa Didi. Keluarga mentua pun lebihkan Didi. Apa apa semua Didi dulu. Sambut birthday pun besar besaran. Birthday Combi, saya dan keluarga sebelah saya je yang sambut.

Didi suka menyakat Combi sebab dia tahu, Badul takkan marah dia. Bila Combi marah Didi, Combi kena balik dengan Badul.

Apa apa yang salah, Combi kena attack dulu dengan Badul. Saya bila perhati tu ada terfikir, Combi ni anak angkat ke? Semua barang keperluan Combi, saya beli sendiri. Badul tak pernah tanya atau ambil tahu.

Kadang kadang saya pula rasa geram dengan Didi. Bila lama tu istighfar banyak banyak sebab ingat Didi tu pun anak saya.

Pernah sekali tu Badul cakap suruh Combi tinggal di kampung dengan mak ayah saya. Nanti dia bayar tiap tiap bulan.

Bila saya dengar tu, satu badan saya berapi. Habis aku ni jadi suri rumah tak boleh nak jaga anak ke sampai nak suruh orang lain jaga?

Sampai ke tahap itu ya tuan tuan dan puan puan semua.

Bila saya marah Didi, saya pun kena marah balik dengan si Badul. Amboii, saya ibu takkan tak boleh marah anak?

Bila saya marah, dia bawa Didi balik rumah mak dia. 2/3 hari, baru balik rumah tu pun sebab Didi dah menangis nangis nak saya.

Apa je Combi buat semua tak kena dekat mata Badul.

Bila Badul marah Combi, saya terasa betul. Bagi saya, saya je yang boleh marah anak saya lebih lebih. Orang lain termasuk si Badul jangan nak over.

Bila jadi macam ni, Combi tak nak main dengan Didi. Dia lebih selesa duduk dalam bilik sendiri.

Waktu balik tadika dia akan cerita macam macam dekat saya, ceria je. Sampai je Badul balik kerja, dia pun masuk bilik. Makan pun dia senyap je fokus dengan makanan dia.

Budak kecil, sampai macam tu sekali layanan dia. Saya risau tengok Combi, saya memang bagi perhatian sepenuhnya dekat dia tapi saya tahu tak cukup semua tu.

Ada sisi sunyi dalam diri dia. Tengok kawan kawan ayah ambil balik tadika apa semua. Dia tak dapat semua tu.

Saya pernah cakap dengan Badul pasal ni tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Macam curah air atas daun keladi. Pernah ajak buat kaunseling keluarga tapi kita yang dihentam balik.

Zaman moden macam ni pun ada lelaki berfikiran begini. Padahal pergi masjid, mengaji hari hari tapi hati tu tak terbuka nak terima ketentuan Tuhan.

Saya selalu hantar Combi pergi kelas yang dia suka. Antara kelas dia suka kelas melukis, pergi zoo, bagi kucing jalanan makan (sebab dia suka kucing) nak hilangkan stress dia dan alih perhatian dia.

Dia pernah minta untuk bela kucing tapi Badul tak bagi sebab bulu kucing takut si Didi asma lah apa lah.

Tapi bila mood singa saya dah on, keluar biji mata hitam, rambut dah terangkat 90 darjah akhirnya si Combi dapat lah seekor kucing. Tu pun tak boleh masuk dalam rumah. Letak je sangkar dekat luar.

Miko kucing saya masa tu dah mti, masa umur Combi 3 tahun. Jadi saya tak rasa sedia nak bela yang baru. Tapi demi anak, redah lautan api pun saya sanggup.

Saya kadang kadang rasa si Badul tu memang tak sayang dekat Combi. Dia layan saya dengan Didi baik je.

Pernah sekali saya nampak Combi nangis sambil peluk jorji (kucing baru dia). Bila saya pujuk, dia kata dia tak sama macam orang lain.

Kenapa Badul tu tak boleh sayang dia? Dia ni anak angkat ke? Bila dengar tu hati saya tersentak. Budak kecil terpaksa rasa travma sampai tahap macam ni.

Masa tu saya tersedar dari lena. Banyak benda tak kena. Bukan selama ni tak sedar tapi layanan baik Badul dekat saya, pujukan dia tu kadang buat saya terlena.

Combi tak dapat rasa kasih sayang Badul, Combi dengan Didi tak rapat macam adik beradik yang lain.

Kalini saya tekad nak bertegas dan dia macam biasa tak ada rasa bersalah. Dia anggap semua tu normal.

Tapi tak pada saya. Keadaan mental anak saya tak stabil. Jadinya saya bagi kata putus nak berubah atau saya yang berubah dan pergi daripada hidup awak? Dia terkejut.

Saya pun terkejut dengan kekuatan saya masa tu. Tak tahu datang dari mana. Tipulah kalau kata saya tak sayang suami, tapi rasa sayang pada anak ni mengatasi segalanya.

Jadi lagi panas bila dia kata apa yang saya cakap boleh jatuh nusyuz.

Aik dia gaslight saya pula? Dia ingat saya tak mampu ke hidup tanpa dia? Saya berhenti kerja atas pilihan saya. Bila bila masa je saya boleh tukar pilihan tu.

Jadi macam biasa, kami berperang, dia balik rumah mak dia. Tapi kalini tak bawa Didi, sebab Didi menangis tak nak ikut.

Dah macam dia pula orang perempuan. Bergaduh sikit balik rumah mak. Beras saya beli ke?

Balik rumah tu dia still macam biasa. Tak ada apa apa kesan. Pergi kaunseling tak nak sebab ego tu sama tinggi dengan kerajaan ayah pin. Konon berlakon semua okay padahal rumah tangga retak seribu.

Saya memang dah tawar hati sejak kejadian tu. Sudahlah tuduh saya nusyuz, lepas tu tinggikan suara pada saya pula.

Ayah saya pun tak pernah tinggikan suara masa marah saya. Badul pun dengan kepala angin dia, mogok tak bercakap, saya masak pun dia tak sentuh.

Baju kerja saya iron gantung elok elok pun dia boleh pergi iron baju lain. Haih ujian berat dari Allah.

Saya ni tak ada tempat nak meluah, last sekali balik kampung nangis sambil peluk ayah bercerita. Basah baju ayah saya.

Bila ayah saya usap belakang saya, saya jadi lagi sedih sebab Combi tak dapat nak rasa apa yang saya rasa. Kasih sayang seorang ayah.

Macam mana rasanya dilindungi oleh ayah. Lagilah berjurai air mata ni. Selama ni saya tahan nak cerita hal rumah tangga saya sebab melibatkan aib suami.

Ayah saya bila dengar je cerita saya, dia suruh sabar dan terima dengan hati yang terbuka. Reda dan ikhlaskan semuanya.

Saya bangun je keesokkan haritu, mak saya cerita ayah saya call Badul ajak berjumpa. Rasanya nak berbincang lah agaknya mana yang boleh diselamatkan lagi.

Bila Badul datang kampung, ayah saya layan dengan baik. Badul buat lah muka 1 sen dia tu. Baru nak panggil Combi, berlakon konon ayah paling sempurna. Sampai Combi takut dan menyorok belakang tok ayah dia.

Ayah saya cakap dengan Badul, minta dia lepaskan saya. Badul terkejut, saya terkejut, mak saya pun diam tak terkata. Dah macam sinetron zoom sana zoom sini.

Lama juga senyap sebelum ayah saya sambung, “sepanjang abah besarkan Anna, tak ada setitis air mata dia jatuh sebab abah dan mak.

Abah besarkan dia penuh kasih sayang dan tak rela kalau anak yang abah tatang hancur berkecai sebab lelaki yang tak mampu nak jaga keluarga.

Abah tak besarkan anak abah untuk disakitkan. Abah ada mata, untuk melihat. Ada telinga untuk dengar.

Abah selama ni diam sebab tak nak masuk campur. Kalau betul kamu tak mampu, kamu pulangkan dengan cara yang baik” lebih kurang macam ni lah ayat abah.

Badul diam, pastu dia minta izin untuk bawa balik saya dengan anak anak. Abah tak kasi. Abah suruh dia balik tenangkan diri dan fikir betul betul.

Sehari lepas tu, mak mentua saya serang saya bertubi tubi ya. Macam macam dia kata, dia hina. Sampai dia tak berkawan dah dengan parent saya.

Macam macam cerita buruk dia jaja. Abah diam dan dia cakap dekat saya abah tak ajar anak abah jadi lemah.

Kalau suami tak mampu nak lindung anak anak, isteri kena mula langkah. Kuasa ibu lagi besar daripada kuasa seorang ayah.

Abah siap cakap kalau saya jatuh, tangan tua ni akan tetap sambut saya dari belakang. Combi dan Didi pun perlukan payung dari terus ditimpa panas dan hujan. Kalau dibiar akan sakit.

Dari situ saya dapat kekuatan nak lawan sebab saya tak nak anak anak membesar dalam keadaan toxic dan ada masalah mental akan datang.

Keadaan reda sikit, Badul datang berbincang dengan saya. Dia merayu rayu tak nak bercerrai dan akan berubah.

Saya tahu semua tu ibarat pahat dengan penukul je. Jadi saya senyum dan kata ini yang terbaik.

7 tahun saya tahan, saya minta maaf tapi anak anak lagi penting dari kehidupan saya sendiri.

Selagi awak tak boleh rasa sayang pada Combi, drah daging awak, selagi tu lah kita takkan kekal. Anak akan selamanya jadi keutamaan saya. Jodoh kita sampai sini je.

Badul tak nak lepaskan. Dia tak datang masa sesi kaunseling. Datang sekali lepastu lesap. Dia tak datang mahkamah untuk lafaz. Saya jadi nak marah sebab dia lengahkan.

Dia kata dia nak hak penjagaan Didi. Memang tak lah saya nak bagi. Saya takkan biar Didi membesar ada mindset macam dia dan keluarga dia.

Sementara proses cerrai tu, saya duduk rumah parent saya. Combi saya tukarkan sekolah di kampung.

Saya cari kerja dan terus dapat kerja dalam masa sebulan. Rezeki Allah tu luas kan. Combi pun makin rapat dengan Didi hasil pujukan daripada tok ayah dan tok umi dia. Cuma tu lah kadang kadang Didi memang nak si Badul.

Siapalah saya nak pisahkan ayah dengan anak. Saya bagi je jumpa, cuma tak boleh bawa balik bermalam rumah mak dia. Nanti habis dia brainwash si Didi.

Proses cerrai tu ambil masa setahun ya. Tu pun saya fight betul betul. Dia guna alasan kewangan saya tak stabil nak besarkan anak.

Nasib baik lah masa tu saya dah kerja dan ada pendapatan sendiri walaupun tak sebanyak dia.

Akhirnya dia lafazkan cerrai. Hak penjagaan dapat dekat saya dan dia boleh jumpa anak dia bila bila masa je.

Setiap kali jumpa tiap kali tu lah dia ajak rujuk. Hah, sah giila talak!

Lagi teruk, bekas mak mentua saya pernah tunggu Didi depan taska pastu ambil bawa balik rumah dia.

Ayah saya kalut, sebab takut kena culik. Cikgu dia kata nenek Didi ambil. Saya dari tempat kerja pecut kereta 2 jam tak berhenti.

Sampai je rumah dia, mak mentua tak nak keluar. Satu jam saya tunggu sambil ketuk pintu rumah macam nak roboh.

Saya dengar Didi menangis makin lah kuat saya mengetuk. Sampai luka dan bengkak ya tangan saya. Masa tu tak fikir apa dah.

Cuma nak anak saya. Semua jiran panjang leher menjengah. Saya call Badul dia tak angkat.

Dah tak ada cara lain, saya call polis. Saya cakap ada orang culik anak saya.

10 min polis datang. Pandai pula dia keluar sebab bunyi siren polis. Habis jiran berkumpul dekat situ. Saya kata nak settle balai.

Badul ni datang lah melutut dekat balai tu minta maaf. Bekas mak mentua? Ego. Sepatah pun dia tak cakap.

Dia cuma cakap dekat polis dia rindu cucu dia dan dia tuduh saya yang tak bagi jumpa. Nasib baik orang tua kalau tak saya dah cepuk mulut tu.

Malas panjang cerita, saya kata ni amaran terakhir. Saya ada surat mahkamah yang kata hak penjagaan atas nama saya.

Kalau nak jumpa mesti minta izin saya bukan dengan cara bawa lari macam ni.

Saya suruh Badul tu jaga mak dia baik baik kalau tak nak kedalam.

“Saya tak lemah dan biar orang pijak kepala saya. Ini bukan drama pukul 7 yang meleret leret 100 episod. Kita bercerrai dan kisah antara kita dah mti masa talak jatuh.

Cuba buat lagi sekali benda ni, saya pastikan mak awak pakai baju warna oren setiap hari!” Saya drive balik dengan tangan luka, berdrah.

Gigil satu badan antara rasa marah dan takut hilang anak. Lepas kejadian tu, ayah saya tunggu depan taska 10 min awal setiap hari.

Saya persetankan je semuanya. Dua tahun lepas tu saya kahwin lain. Hahaha kawan sekolah sendiri. Suami saya sekarang. Setahun lebih dah kahwinnya.

Masa Badul tahu saya nak kahwin lain dia meroyan sebab insecure agaknya. Ayah kata kahwin diam diam takut dia buat kacau.

So kami buat majlis kecil je. Suami saya yang sekarang nama dia Idris. Dia jaga Combi dengan Didi penuh kasih sayang. Semua perhatian dia bagi dekat anak anak saya.

Combi paling rapat dengan dia. Tak berhenti bercerita mulut tu. Saya dah jatuh ranking no 2. Amboiii tak boleh jadi ni.

Kesian sebab dia lambat rasa kasih sayang ayah. Syukur sebab Allah selalu dipihak saya. Allah hadirkan pengganti dan nak bagitahu saya dalam dunia ni masih ada lelaki baik.

Kadang Idris balik kerja penat, Combi kacau. Saya rasa bersalah tapi Idris okay je. Dia siap cakap budak budak ni membesar sekejap je.

Kalau kita terlepas masa emas ni nanti dah tua kita menyesal. Saya yang menangis dengar.

Oh ya, Badul ni bagi nafkah untuk Didi je ya.

Untuk combi dia memang tak kasi. Saya nak fight tapi Idris kata tak apa, dia mampu besarkan Combi dengan duit dia. Biar Badul tu tanggung dekat sana je.

Kalau ada yang tanya kenapa cepat sangat saya move on? Cepatnya jumpa pengganti? Entahlah. Saya tak serik pun dengan perkahwinan.

Saya pun berhak cari bahagia saya sendiri. Tengok Idris buatkan saya lagi bersyukur. Macam mana ayah tiri yang tak ada pertalian drah boleh sayang macam drah daging sendiri?

Ohh kita sebenarnya tak perlukan hubungan drah untuk jadi keluarga. Cukup dengan kasih sayang yang ikhlas.

Untuk Badul, cari lah bahagia kau sendiri sebab aku dah jumpa bahagia aku.

Untuk rasa bahagia ni semoga bukan 7 tahun tetapi sampai ke jannah.

Untuk semua pembaca, setiap orang berhak dapat kasih sayang dan dilindungi macam apa yang abah saya buat untuk saya.

Anak anak tak dapat memilih siapa ibu bapa mereka. Tapi kita mampu memilih siapa yang layak untuk jadi ibu/bapa pada anak anak kita.

Perempuan yang paling malang dalam dunia ni adalah perempuan yang tersalah pilih suami.

Maka, berhati hati lah dalam memilih. Semoga semua wanita tidak akan berjumpa dengan spesies Badul. Saya harap hanya ada satu Badul dalam dunia ni.

Maaf pada awal cerita saya tak bagitahu status perkahwinan yang sebenar. Akhirnya saya juga berakhir dengan pencerraian.

Maaf juga kalau cerita saya terlalu panjang.

Sumber – Anna (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post