“Isteri yang disorok, 15 tahun”. Suami tak rugi apa2. Anak2 dia boleh jumpa, aku bole dipakai bila2



 Foto sekadar hiasan

Azam 2023 = Berpisah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sila kecam berjemaah. Saya adalah 1steri kedua atau bahasa mudah Perampas.

Tidak pernah bercinta langsung. Konon konon cinta pertama tu buat sang suami. Betul dah tu Allah sudah bagi. Tetapi suami orang.

Dahulu saya agak paran0id dengan sigma ambil lelaki orang. Entah macam mana saya pun boleh sangkut dengan suami orang. Kesian sungguh. Skil dorang ini bahaya.

Saya kenal dia tanpa tahu dia suami orang. Sikit sikit dia masuk jarum. Budak budak baru hendak belajar bercintakan.

Akhirnya:

– Sudah kahwin kurang dari 15 tahun.

– Kahwin dekat Songkhla.

– Alhamdulillah memohon secara sah di Malaysia setelah mendapat anak pertama (setelah 5 tahun).

Agak lama proses sebab rumit dan bermodal agak keras. Terima kasih dekat suami sebab berjaya adakan duit.

– Kalau tidak daftarkan perkahwinan, anak anak tiada hak untuk berbin atau berbintikan ayah.

– Anak pertama setelah enam bulan baru berjaya dapat surat beranak.

– Dengan denda RM2000 untuk lelaki dan RM2000 untuk wanita sebab bernikah tanpa kebenaran dan berp0ligami. Tidak bayar denda boleh masuk penjara.

– Upah peguam dalam RM5000 lebih sebab waktu itu tidak tahu cara hendak selesaikan.

– Setelah beberapa tahun Family saya dapat tahu saya sudah nikah itu pun sebab terkantoi surat nikah.

Alhamdulillah akhirnya mereka berlapang dada menerima. Terima kasih Allah. Merekalah sumber kekuatan saya selama ini.

– Ayah sanggup ke mahkamah untuk settlekan urusan pendaftaran. Maaf sebab membelakangkan keluarga.

– Family lelaki sampai sekarang masih tidak tahu kewujudan saya.

– Rakan sekerja dan saudara mara pun tidak tahu. Tetapi mungkin ada yang menghidu. Saya tiada daya hendak berterus terang. Biarlah saya simpan sendiri.

– Agak lama saya bagi masa dekat suami untuk berterus terang dan azam saya untuk tahun 2023 supaya saya move on dan tidak perlu toleh kebelakang. Cukuplah peluang yang di berikan.

– Sebenarnya sudah berkali kali saya minta cerrai. Ini jalan yang terbaik saya rasa.

Suami pun gaya macam tiada usaha untuk betulkan apa yang bengkok. Dia tidak rugi apa apa. Anak anak dia boleh jumpa. Dia boleh pakai saya bila bila.

Saya yang hadap semuanya sendiri. Bdohkan. Senang senang jer orang bdohkan anak mak ni, walhal mak dah hantar belajar elok elok.

– Alhamdulillah Allah hadirkan buat saya anak anak yang comel serta baik.

– Saya hendak hidup dengan penuh bersemangat bersama anak anak saya tanpa bayangan suami.

– Saya cuba ‘list out’ kebaikkan dan kekurangan suami sepanjang hubungan kami.

Positif

1) Ada usaha bagi duit walau masih belum memenuhi keperluan – lepas c0vid project kurang (kurang dari 1000)

2) Bukan kaki pkul.

3) Kalau datang rumah, rajin belikan makanan untuk family.

Negatif

1) Segala urusan rumah, mendidik, hantar amik anak ke sekolah taska dan tadika, menjaga, kesihatan anak di lepaskan ke bahu isteri – bila berkesempatan dan line clear baru boleh tolong.

2) Tiada masa untuk bimbing anak anak – ajar anak pegi ke masjid.

3) Agak sukar untuk di hubungi, lagi lagi waktu malam.

Malam tak boleh keluar langsung – line kena clear waktu pegi masjid atau kedai baru boleh hubungi.

4) Kurang prihatin dan risau (perjalanan ke tempat kerja 40km sehala) naik moto sebab terpaksa berkejar masa ambil hantar anak ke taska, tadika dan sekolah

– bila mengadu motor masalah hanya bagitau perlu buat apa tanpa ada apa apa iniasitif untuk tolong tengokkan.

5) Family time sangat limited – datang rumah seminggu sekali. Lebih kurang 2 jam atau kurang

– sebab beli rumah (atas nama saya) dekat dengan dia senang nak tengok anak anak. Tetapi pengorbanan di sia siakan. Sama jer.

6) Jarang tidur dekat rumah – kebelakangan ni kerap lah sikit dalam 1 bulan tu ada la sekali itu pun mujur.

Awal awal pindah dulu dekat setahun duduk sekali pun tak pernah tidur semalam.

7) Anak anak membesar dalam keadaan yang tidak sihat – hidup tidak macam keluarga orang lain.

Ke mana mana hanya dengan mama. Tidak ada masa nak makan, lepak lepak dekat luar bersama ayah.

8) Bukan pasangan yang normal – kurang berkominikasi

– cakap hal yang penting penting jer sebab masa bersama kurang. Tak ada masa luahan perasaan dan bertukar tukar cerita.

9) Tiada istilah raya Fitri atau Haji pertama bersama suami. Tiada gambar raya keluarga

– tiap kali raya tinggal terkapai kapai dengan anak anak

– hendak abis raya baru lah ada, itu pun tak sabar sabar nak balik

– sanak saudara datang tanya suami mana, alasan sama, dia kerja.

10) Urusan Kereta Motor jika rosak – sila urus sendiri.

– Sedap jer saya listkan. Hahaha. Saya tahu saya seorang yang serba serbi kurang.

Mungkin pada pandangan suami, saya tiada kelebihan pun.

– Moga suami berlapang dada menerima azam 2023 saya. Jika tidak saya sendiri kena nekad pergi ke pejabat agama. Uruskan sendiri.

Semoga Allah lembutkan hati suami dan permudahkan jalan buat saya.

– Kewangan untuk tahun 2023 agak bermasalah tetapi masih boleh uruskan lagi.

– Suami pernah berkata mungkin dia tidak boleh bagi nafkah anak anak kalau kami bercerrai.

Ini saya redha. Itu urusan dia dengan Allah. Insyallah ada rezeki buat anak anak saya.

– Mental saya masih ok sebab pada saya hidup ini ujian. Saya masih ada keluarga untuk saya berpaut serta anak anak.

– Inilah harga yang perlu saya bayar.

– Buat Kakak, maafkan saya.

– Doakan saya terus kuat. Moga ada sinar kebahagian buat saya.

Di beri kesihatan yang baik, diperluaskan rezeki dan dipanjangkan usia untuk saya membesarkan anak anak saya.

Reaksi Warganet

Farah Hanina –
Kawin dah dekat 15 tahun, anak anak pun dah wujud.

Lama jugak sis ambil masa nak sedar hidup sis dan anak anak macam bayang bayang saja.

Baguslah nak berpisah. Kesian anak anak, ada ayah pun macam tak wujud.

Nik Nurul Aswani –
Tak boleh senyap senyap je semua ni. Esok esok, anak abak dah besar, tak kenal adik beradik sendiri.

Terkahwin sesama sendiri dekat Siam macam awak, tak ke haru.

Awak dan anak anak sebaiknya jumpa isteri pertama dan ibu ayah mentua. Bawa surat nikah, sijil lahir semua. Tunjuk dekat keluarga sebelah sana.

Nak cerrai ke apa lepas tu ikut suka lah. Cumanya, anak anak ada hak untuk kenal keluarga ayahnya.

Elmiyana Hasmi –
Thank you TT sebab sudi share kisah anda. Sebab masih ramai bakal bakal calon no 2 ini tak nampak apa yang mereka perlu hadap.

TT mungkin dulu terperangkap dengan cinta suami orang yang mulut manis janji bulan bintang.

Semoga dipermudahkan segala urusan sis. Semoga Allah bagi yang terbaik.

Pengajaran untuk anak gadis diluar sana, dah tahu suami orang cepat cepatlah undur diri.

P0ligami tak salah. Manusia yang buat p0ligami tu nampak buruk.

Tapi percayalah kalau suami tu betul betul baik, mampu, bertanggungjawab dia takkan tipu isteri dia.

Kalau dia betul betul baik, isteri sendiri yang akan cari calon madu untuk suami dia.

Kalau mukadimah nak berp0ligami pun dah menipu… emmm. Semoga kita semua dalam perlindungan Allah.

Julie Anme –
Bukan puan seorang. Ramai lagi senasib di luar sana. Mungkin lebih teruk dripada puan.

Lelaki selamat di dunia, di akhirat belum tentu.

Jika ditakdir berpisah di sini, pasti bertemu semula di akhirat, untuk menimbang semula untung rugi, ketika itu semua pasti adil sebab Allah yang menjadi hakim.

Kepada semua yang terkena bahang nikah di luar sempadan, ambil jalan tengah yang terbaik, supaya terlepas balasan di sana..

Setakat manusia menilai apa lar sangat dibanding dengan hukuman Allah.

Faranisyah Hakim –
Harap harap cerita ni jadi pengajaran buat gadis gadis yang kejar suami orang.

P0ligami tak salah, yang salah orang yang sengaja tunggang syariat untuk nfsu sendiri.

Kalau betul dia mampu berp0ligami, tak perlu sampai ke Thailand sana. Kahwin senyap senyap.

Waspada lah wahai anak anak gadis sekalian, kalau dah dari awal nak sembunyi, sampai beranak pinak kena tanggung nasib macam ni.

Yang kesian anak anak. Ada ayah serupa takde ayah. Nak beraya sama tak boleh, nak gi bercuti sama tak boleh.

Tabah lah confessor, mujur jugak lah sempat daftar kahwin kat sini, ramai lagi yang tak bernasib baik.

Anak anak dinafikan nasab, tak boleh terima harta pusaka, nak daftar sekolah pun payah sebab takde surat beranak etc.

Semoga dipermudahkan urusan.

Sumber – Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post