Belek2 badan anak, nampak tulang. Aku tersentak. Kesian nya, sampai kurus kering anak. Berpuluh tahun hidup dengan identiti begini, aku benci diri sendiri



 Foto sekadar hiasan

Dilema Mak Pemalas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tujuan aku menulis dekat sini bukanlah nak confess sangat pun, takdala apa sangat nak confess pun.

Sekadar nak meluahkan apa yang terbuku di jiwa.

Okey aku Nina (bukan nama sebenar). Aku mak kepada beberapa orang anak. Dan aku pun takdala muda sangat pun lagi.

Zaman More Jutaria yang mamat tu menang sejuta + ferrari tu aku menyaksikan dengan penuh debaran dan rasa teruja.

Zaman McGyver yang super awesome semua benda masalah dia boleh selesaikan dengan otak dia yang bijak.

Dan zaman Ultraman Ace dulu, aku rela lari laju laju balik rumah lepas habis kelas tambahan hari Sabtu nak tengok dia punya pasal.

So korang agak agak la ya berapa umur aku. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari.

Yer.. aku sedar diri aku dah tua..

Aku ni.. sejak kecik memang pemalas. Adik beradik aku mostly pemalas.

Mak aku rajin jer.. nenek aku rajin. Makcik pakcik aku rajin.

Mungkin sebab ayah aku yang sedikit kurang rajin, jadinya menurun dekat anak anak dia.

Ayah aku ni bab kekemasan dan kebersihan dalam rumah dia agak kurang rajin.

Tapi bab bab berkebun, bertukang dan ziarah saudara mara serta menuntut ilmu, ayah aku memang rajin.

Abang aku pulak, semua benda dia kurang rajin. Mandi, makan dan tidur pun dia kurang rajin.

Benda yang dia rajin hanya semata mata berkaitan dengan hobi dia contohnya main game.

Aku pun pernah terbawa bawa dengan hobi main game ni masa muda remaja dulu.

Sekarang dah jadi mak orang kena la sedar diri kan..

Aku kan.. kalau nak buat apa apa akan postpone atau tangguh.

“Eh nanti dulu la.. kejap lagi la.. karang la aku buat.. esok la.. minggu depan la.. taun depan la..”, gitu..

Ada benda atau projek yang aku nak buat yang boleh mendatangkan income dah 2 tahun nak buat siap dengan paperwork bagai tapi belum start pun lagi..

Kat rumah pulak.. kalau makanan aku banyak beli jer. Kalau dah takde duit barulah aku masak.

Tapi masak simple simple jer. Masak nasi, goreng telur/ ikan/ ayam. Setel.

Kalau mood aku baik, kena pulak encik suami request, aku buat jer asam pedas ikan patin, kari ayam atau sup ayam/ tulang, tomyam atau singgang ikan.

Tapi aku cukup tak suka kalau apa yang aku masak tak sedap atau kalau dah masak suami tak makan.

Atau kalau masak untuk mak aku, dia akan komplen tak cukup asam, tak cukup garam, tumis tak masam dan sebagainya.

End up aku akan beli jer makanan. Lagi senang hati.. takdala sakittttt hati.

Jadi yang paling selamat adalah telur dadar dan ikan goreng. Memang takda komplen punya..

Aku pernah bergaduh dengan suami ak,u memang gaduh besar la.

Aku nak buat nasi lemak hantar ke kedai kedai/ warung warung sekitar kampung aku (yer aku duduk kampung). Suami aku tolong.

Time nak bungkus nasi lemak tu aku memang tak pandai bungkus nasi lemak style gunung tu.

Suami aku pun perli. Dia cakap.. “itulah, orang nak meniaga kita nak meniaga. Lainkali belajarla bagi pandai dulu..”

Aku hangin! Aku hempas pinggan pecah berderai.

Nasib baik aku tak ambik pisau tiikam suami aku jer.. memang bengang giler!

Tapi gaduh kami tak lama. Aku lari ke rumah mak aku.

Lepas dah sejuk tu aku balik rumah mintak maaf dengan laki aku. Lepas tu aku tak meniaga nasi lemak dah.

Tak.. apa aku melalut ni. Apa aku nak cakap sebenarnya, macam kerja rumah aku buat yang wajib wajib jer..

Basuh baju sekali atau 2x seminggu. Cuci tandas sekali sebulan. Kemas rumah dan cuci pinggan ikut mood.

Ada tu kadang kadang (biasanya hari cuti) aku bagi anak anak makan megi jer atau biskut tawar cicah teh o jer.

Disebabkan aku malas nak masak dan malas jugak nak keluar pegi beli.

Rumah pun tunggang langgang sebab kemas jarang jarang yang tukang sepah pulak ramai. Menyepah hari hari pulak tu..

Aku jugak jenis yang sentiaaaaasa jer lewat untuk semua benda. Dulu aku selalu pergi sekolah pukul 8 atau 8.30.

Sekarang ni giliran anak aku pulak pegi sekolah pukul 8. Kesian jugak dekat dia. Tapi apakan daya.

Aku dah bangun tido pukul 6 atau 5.30 pun aku tetap jugak lewat hantar anak ke sekolah.

Sama jugak semayang. Lagi 5 minit nak azan baru aku semayang. Kadang tu waktu semayang terlepas macam tuuuu jer bila aku dok ralit buat benda lain.

Banyak lagi la kalau nak cerita keburukan aku. Cumanya nak habaq aritu aku tengok Lisa Surihani berhijrah. Aku pun rasa nak berhijrah sama.

Dan la 2-3 minggu. Solat cukup 5 waktu. Gi masjid solat subuh. Baca Quran. Zikir 500x sehari. Wirid panjang panjang siket.. pakai stokin tutup aurat.

Pastu dia mai malas/ tak istiqamah buat balik perangai lama.

Ya.. salah satu lagi perangai buruk aku ialah tak istiqamah/ hangat hangat tahi ayam.

Aritu aku dok belek belek badan anak aku. Nampak tulang rusuk weh!

Aku pon dok pikir.. alahai kesiannya anak aku sampai kurus kering sebab maknya malas masak.

Jadi aku pun bertekad nak jadi ibu mithali dan isteri lindungan Kaabah.

So boleh tak hampa semua bagi aku pandangan ka, cara ka, tips ka, cadangan ka.

Apa apa jelah yang boleh membantu aku bnuh karektor aku sebagai mak yang pemalas ni?

Dah berpuluh tahun aku hidup dengan identiti pemalas ni yang membuatkan aku benci dengan diri sendiri.

Hidup aku jadi susah dan huru hara, apa yang aku buat semua tak menjadi, tak berjaya.

Masalahnya macam mana aku nak berhenti jadi pemalas?

Banyak sangat dah sifat malas ni menghancurkan hidup aku.. Help me plisssss..

Reaksi Warganet

Ha Limah –
Kesian anak weh. Tengok la muka anak sama sambil sambil rawat penyakit tu.

End up, rekod sekolah anak tak cantik, nanti effect pada pekerjaan dan masa depan dia pulak.

Exercise sikit bagi badan tu ada energy, barulah semangat nak buat semua benda.

Tiap malam sebelum tidur, set dalam minda yang puan nak buang sikap malas, buang sikap malas, buang sikap malas.

Set dalam kepala siap siap, inshaAllah dipermudahkan.

UmiSarah AbdulRashid –
Kena ada goal sis. Mean, ko kena set dalam mind hari ni aku nak rumah bersih, so ko akan Pastikan rumah ko bersih je.

Of course ada masa masa kita akan rasa macam malas sangat nak buat sesuatu

Tapi jangan lama sangat malas tu kena motivated yourself untuk terus bangun dan finish the goal.

Ni bukan goal world Cup ya sis, ni tujuan hidup..

Aku kalau malas nak kuar, siram pokok pun aku malas, rasa nak duduk dalam rumah layan Kdrama sambil nangis part sedih. Walaupun baju berbakul nak kena lipat. Hehe

Aku taip ni untuk aku jugak, almaklum le kekadang rasa malas tu tetap ada dalam diri ini

Nur Asriq –
1. Baiki solat. Tu pennting.

2. Buat senarai semak nak buat apa haritu atau minggu tu. Tanda tiap kali berjaya buat.

Bila dah berjaya habiskan senarai semak tu, beli atau buat sesuatu untuk diri sendiri sebagai tanda menghargai pencapaian diri.

3. Berkawan dengan orang orang positif. Lama lama kita akan terikut.

4. Minta sokongan Suami juga. Minta bantu dan sokong benda benda baik kita nak buat. Tak bantu dari sudut kudrat, maybe dari sudut emosi.

5. Ingat, apa kita buat akan diikut oleh anak anak nanti. Kita cerminan anak anak.

Takkan kita nak anak anak ikut perangai buruk kita.

Siti Sharena Rusli –
Jaga solat 5 waktu tu dulu. Solat awal waktu. The rest Allah akan bantu.

Kalau yang ni pun tak boleh buat, sorry to say, anda akan pemalas sampai akhir nyawa.

Orang lain tak rugi kecuali diri sendiri.

Di alam barzakh anda akan berkata robbirjiun. Ya Allah, hidupkan aku kembali. Permintaan yang sia sia.

Kita je boleh jaga diri kita sendiri. Moga bermanfaat

Sumber – Nina Kirana (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post