Saat aku gelak, lampu terpadam. Pagar luar bergegar kuat. Tiba2 terdengar suara dari dapur. Terkejut aku bukan kepalang



 Foto sekadar hiasan

Ner4ka Hidup Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku kenalkan diri aku, perempuan.

Semua bermula ketika 3 tahun yang lalu. Bermulanya neraka hidup aku.

Aku tinggal jauh dari keluarga aku. Dah lama, hampir 7 tahun sebab keluarga aku berhijrah ke luar negara.

Aku tak ikut sebab aku masih belajar masa tu.

Di tengah tengah pengajian aku, yang aku banyak berkorban untuk dapat peluang tu, aku tak sanggup nak sia siakan semua pengorbanan aku.

Jadi aku buat keputusan untuk aku berdikari tinggal sorang diri di negara ni.

Aku terangkan sebab aku taknak nanti pembaca “judge” aku – kenapa tak ikut keluarga kau pindah? -.

Aku okay je sebab bapa aku memang dah ajar aku hidup berdikari. Sebagai anak sulung tiada masalah untuk aku.

Aku lagi seronok sebab ada dapat kebebasan bila selama aku ini hidup aku dikongkong bapa aku.

Tapi kebebasan tu aku tak salah gunakan. Aku masih menjaga kepercayaan mak ayah aku. Masih pegang janji untuk jaga maruah aku dan keluarga.

2 tahun aku lepas aku hidup sendiri di negara ni, pada tahun 2017 aku dapat habiskan pengajian aku dengan keputusan yang cemerlang.

Aku dapat peluang pekerjaan dalam bidang yang aku belajar. Dengan izin ibu dan bapaku aku membuat keputusan untuk bekerja di syarikat itu.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kerja aku okay dan kehidupan aku pun okay sampailah C0vid-19 mula melanda.

Semua terpaksa berkurung di rumah. Aku berkurung seorang di rumah aku sewa aku.

Rumah tu aku sewa bilik bersama dua lagi orang lain. Tapi teman serumah aku semua sempat balik kampung sebelum PKP berkuat kuasa.

Aku nak balik mana? Mana ada tempat nak pergi.

Terpaksa berkurung dalam rumah. Setahun pertama semua okay.

Macam orang lain syarikat tempat aku berkerja juga alami kerugian dan gaji aku dipotong separuh. Maka kerja pun separuh.

Jadi banyak lah masa terluang. Masa yang aku buang dengan main telefon.

Penghujung tahun 2020 semua bermula. Aku ingat lagi neraka hidup aku bermula dengan aku mendengar suara lelaki setiap kali aku menggunakan telefon. Makin jelas setiap hari.

Suara tu siap gelak sekali kalau ada perkara lawak yang aku tonton atau aku bualkan dengan sesiapa yang aku hubungi.

Masa tu aku syak telefon aku kena hack. Aku biarkan je.

Tapi aku siap pakai tudung sebab aku boleh rasa macam lelaki tu boleh nampak aku. Aku tak boleh nak tukar telefon sebab memang tiada telefon lebih dan tiada duit nak beli telefon baru.

Januari 2021 – Aku mula rasa seperti ada gangguan. Gangguan makhluk alam ghaib. Setiap kali aku nak tidur, seakan akan ada sesuatu yang menggangu aku.

Setiap kali aku cuba pejam mata, akan ada suara atau bunyi yang akan buat aku terkejut.

Kalau aku tertidur badan aku akan digoncang sampai aku terjaga. Aku sangat takut. Aku tahu ada gangguan dalam rumah sewa aku.

Masa ni teman serumah aku dah ada. Aku tanya mereka ada rasa benda pelik tak macam gangguan bunyi. Mereka kata tiada. Aku seorang je yang kena gangguan tu semua.

Malam tu aku keseorangan di rumah. Teruk gangguan tu. Memang tak bagi aku tidur lansung.

Seakan akan ditugaskan untuk kacau aku tidur. Suara lelaki di telefon tu aku masih dengar.

Bayangkan lah masa tu aku sangat takut dan keseorangan sampai aku bersyukur ada suara lelaki tu teman aku.

Aku pastikan telefon aku tak terpadam. Menyala sebab anggap suara tu teman aku, nampak aku. Aku dalam keadaan bertudung 24 jam.

Sampai satu malam di bulan Febuari 2021. Malam yang sangat pelik dalam hidup aku. Malam yang paling menakutkan sepanjang hidup aku masa tu.

Malam tu macam biasa aku tak boleh tidur, tak dibenarkan tidur. Aku pun takut nak tidur sebab setiap kali aku nak tidur akan ada bunyi bunyi yang menakutkan untuk sedarkan aku dari bangun tidur.

Aku kuatkan diri aku cuba bertahan dari tertidur dengan main telefon.

Macam biasa suara lelaki tu ada. Gelak sekali bila ada perkara lucu. Aku yang ketakutan pun boleh tergelak sekali.

Ada secebis keberanian dalam diri aku bila aku fikir yang suara tu ada dengan aku.

Satu ketika tu aku tergelak dengan kuat. Masa tu terus lampu ruang tamu rumah aku terpadam. Pagar luar rumah bergegar dengan kuat.

Lampu terbuka semula. Aku terdiam. Tiba tiba aku terdengar suara dari tepi dapur rumah aku berkata “gelaklah…kau kan suka gelak”…

Aku terkejut sebab suara tu adalah suara lelaki yang selama ni aku dengar dalam telefon aku. Suara tu bukan lagi dalam telefon aku tapi di sekitar aku.

Aku cuma dengar tapi tak nampak. Aku takut, sangat takut tapi tak mampu buat apa apa selain berdoa dan zikir agar dapat sedikit kekuatan untuk aku dapat bertahan sampai pagi.

Pagi dah jadi waktu aku tidur. Lepas solat subuh aku akan dapat tidur. Prestasi kerja aku merosot. Aku tak boleh fokus bekerja. Aku terpaksa berhenti kerja.

Selepas kejadian malam aku dengar suara lelaki tu di luar telefon aku, suara tu 24 jam disamping aku. Seolah olah mendampingi aku.

Aku dengar bisikan bisikan dia walaupun tak kerap. Tapi aku tau dia ada.

Aku tahu sesuatu tak kena dengan aku. Aku google cari perawat Islam bertauliah. Ajak kawan aku teman jumpa Ustaz.

Tapi ustaz cakap aku tiada gangguan tapi aku depression. Mungkin sebab terperap di rumah seorang diri lama lama semasa PKP.

Tapi aku okay je. Aku tak rasa aku depression masa tu. Sebelum aku mendengar suara tu aku okay.

Mulalah episod hidup aku dengan bisikan bisikan suara seorang lelaki. Berbisik bahasa Melayu. Tapi suara tu cuma bereaksi macam gelak je masa tu.

Aku pun tak kisah dan ambil peduli asalkan tak ganggu aktiviti harian aku. Tapi semuanya tak lama.

Dari satu suara bertambah menjadi 2 suara. Suara lelaki pertama dan kawan dia, suara lelaki kedua.

Sejak ada suara kedua ni aku terganggu sikit. Mereka akan berbicara dan berbincang perihal aku. Akan gelakkan semua perbuatan aku. Komen semua apa yang aku buat. Komen semua yang aku fikirkan.

Aku sangat benci bila suara suara tu masuk campur dalam fikiran aku. Seperti peluru tembak terus ke dalam otak aku. Sangat menggangu dan sakit.

Aku seperti dihukum untuk pemikiran aku. Contoh aku marah seseorang dalam fikiran aku, suara suara akan lantang marah aku dan hukum aku.

Sangat menyakitkan. Aku dah tiada privasi untuk semua yang aku lakukan dan fikirkan.

Bukan setakat tu aku mula diganggu secara s3ksual oleh suara suara ni. Setiap kali aku garu badan aku akan ada gelak tawa dari mereka.

Perkataan seperti sayang dan kesian dibisik ke telinga aku setiap saat. Sehingga aku benci dan meluat dengan dua perkataan ini. Aku dic4bul setiap hari.

Kadang kadang bila aku dengar lagu kuat kuat guna earphone suara suara ni seakan masuk kedalam earphone tu dan buat suara erangan lelaki sedang teransang.

Aku sangat tersiksa. Aku tak tahan lagi. Setiap hari aku rasa nak putus asa. Nak tamatkan semua ni.

Aku membuat keputusan untuk pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan mental. Di hospital aku didiagnose dengan schiz0phernia dan major d3ppression.

Aku perlu makan 2 jenis ubat. Satu untuk ubati rasa nak bnuh diri satu lagi untuk hilangkan suara suara ni.

Dah hampir 2 tahun aku makan ubat tapi masih sama. Suara ni masih ada.

Januari 2023, genap 2 tahun aku mendengar suara ni. Keadaan aku semakin teruk. Bisikan dan gangguan suara sangat dashyat.

Setiap bunyi yang keluar umpama bilah tajam yang membelah otak dan hati aku. Sakit yang tersangat sakit. Sakit yang dah bertukar menjadi dendam.

Sekiranya yang mengganggu aku adalah makhluk, aku pasti takkan maafkan aku akan minta pengadilan dari Tuhan.

Suara ni akan sakitkan hati aku, buat aku menangis dan kemudian akan gelakkan aku sambil sebut perkataan kesian berulang ulang.

Ya aku dibuli dan disiksa setiap saat. Aku hilang ketenangan aku, harga diri aku ketenangan aku, kegembiraan aku.

Tangisan aku bertukar menjadi raungan dan rintihan.

Untuk hilangkan sakit di hati aku aku mula pukul diri sendiri. Tampar, tumbuk muka sendiri, hantuk kepala didinding semua tu tiada kesan lagi untuk aku.

Aku dah kebal dengan rasa sakit fizikal. Tapi sakit dihati aku tak pernah kurang.

Hati aku seakan akan membengkak sekarang. Aku hilang segalanya dalam hidup aku.

2 tahun juga aku tak bekerja. Aku bertahan dengan sisa duit pengeluaran khas KWSP dan pinjam dengan keluarga aku.

Aku juga dah tak mengharapkan apa apa lagi untuk kebahagiaan di dunia ni. Aku tau semua tu takkan wujud dalam hidup aku.

Aku dah lupakan hasrat untuk aku berkahwin dan ada anak. Untuk hidup bahagia.

Aku dah penat sangat penat hanya berharap waktu aku di dunia akan sampai pemghujung secepat mungkin.

Aku tak pernah beri tahu keluarga aku mengenai keadaan aku sampailah tahun 2023.

Aku dah penat tinggal seorang. Aku minta bantuan adik aku diluar negara untuk tolong aku pindah kesana.

Aku terpaksa serahkan semua dokumen termasuk laporan hospital aku dengan harapan urusan aku dipercepatkan jika aku sakit.

Malangnya adik aku sebarkan tentang penyakit aku kepada keluarga aku disana walau aku halang dia buat begitu. Aku taknak mak dan ayah aku risau.

Sebenarnya ya aku derhaka. Aku berhenti telefon mak ayah aku sejak setahun yang lepas.

Sebab aku tak sanggup untuk menipu lagi yang aku okay, aku sihat, aku kerja, semua okay, aku takde masalah…aku tipu sebab taknak mereka risau.

Tapi aku stress lepas menipu. Bila aku stress, suara suara akan teruk mengganggu aku. Membuat aku hilang kewarasan sampai buat perkara yang merosakkan diri aku.

Aku berhenti menghubungi mak dan ayah aku. Aku cuma mesej dengan adik adik aku. Lepas keluarga aku tahu semua, aku dah jangka penerimaan mereka. Adik adik aku tak percaya pun apa yang terjadi dekat aku.

Mereka cakap aku banyak fikir je. Aku tak harapkan lebih pun dari mereka. Aku boleh agak reaksi mereka. Aku berharap sangat mereka tanya aku okay ke?

Tapi itu pun takde. Sedih tapi aku dah biasa.

Suatu hari nanti, disana semua akan terpampang dengan jelas sejelasnya. Semua yang aku alami, yang semua makhluk alami. Biar mereka lihat sendiri.

Suara suara ni dah kebalkan hati aku. Hati aku dah bengkak dan kebas. Aku masih tak sedia lagi nak hubungi mak ayah aku.

Aku malu dan aku rasa aku gagal untuk mereka. Gagal untuk lindungi diri aku sendiri.

Kawan kawan aku? Percayalah “kawan” aku ada masa aku senang atau masa mereka susah. Bila ada masalah cari aku untuk luahkan semua.

Tapi aku dilayan macam tunggul. Bila aku nak meluahkan dan bercerita mereka tak sudi nak dengar. Lebih suka untuk aku mendengar luahan mereka. Aku memang keseorangan tiada tempat mengadu dan meluah.

Aku pernah jumpa Ustaz lagi hujung tahun 2022. Dia cakap keluarga aku ada saka. Tapi aku tau aku kena scam bila dia suruh aku bayar pada dia sampai RM500.

Sekarang ni aku berhenti dulu dari cari perawat Islam. Sebab aku tiada wang dan peneman untuk aku dapatkan rawatan dan cari jawapan.

Aku tulis malam ni pun sebab aku rasa macam nak tumbuk muka aku lagi lepas suara suara ni cuba provok dan sakitkan hati aku.

Banyak lagi benda yang jadi. Selama 2 tahun ni aku hidup dalam ilusi. Aku dengar suara yang orang lain tak dengar dan aku nampak benda yang orang lain tak nampak.

Aku pernah selama setengah tahun hidup dalam dunia aku sendiri sampai aku dah tak mampu bezakan realiti dan ilusi.

Sampai kini masih ragu ragu dengan semua yang jadi sekeliling aku.

Masa aku sedang menulis sekarang pun, aku masih rasa nak tumbuk muka aku sebab suara suara ni tak berhenti berbisik bisik dan keluarkan bunyi bunyi yang sangat menyakitkan hati.

Semua ni terjadi bukan sebab aku tak kuat iman atau aku tak solat. Di saat semua ni bermula, aku tidak tinggal tahajud di sepertiga malam.

Aku tahu semua ni ujian untuk aku. Sebab aku beriman. Sebab Allah tahu aku mampu hadapi. Inshaallah aku akan terus bertahan demi mak ayah, Rasul dan Tuhanku.

Doakan aku. Aku harap semua pembaca faham apa yang aku cuba sampaikan sebab aku bukan pengarang yang baik dan aku kan “gila”.

Reaksi Warganet

Auni Aziz –
Moga Allah permudahkan. Kalau dah rasa tak boleh kawal, awak mohon la warded untuk keselamatan diri awak.

Sepatutnya time time macamni kena ada orang temankan. Saya harap awak terus kuat

Shahril Mohamad –
Otak kita ni misteri..

Tahu apa hukuman yang paling banduan takut dalam penjara?

Kena duduk kurungan persendirian.

Sebab bila kita sendiri, macam macam perkara akan kita fikiran dan rasa

Kita ni makhluk sosial. Takde orang yang boleh hidup sendiri dalam tempoh lama tanpa ada masalah kesihatan mental

Get help, sosial, bela haiwan, keluar rumah, ajak kawan datang rumah

Julie.mail –
Sahabat saya ada yang macam tt. Selain ubat yang sama(rasanya) dia memang balik kampung duduk dengan family.

Sebelum ni menyewa sendiri tapi sebab hilangkan diri sampai abang sulung tendang pintu rumah jumpa dia dalam rumah dalam bilik sorang sorang bergelap tak mandi dekat 2 minggu makan apa.

Ada family putuskan sahabat saya tu kena duduk dengan keluarga, kerjaya apa semua tolak tepi.

Selain rawatan hosp dan sokongan keluarga, dia makin sembuh alhamdulillah.

Sahabat saya tu masa teruk, bunyi orang mengaji, bunyi azan dia maklumkan itu suara iblis yang menyamar.

Mula mula ingatkan kena buatan orang tapi jumpa segala ustaz tak ada hasil bawa ke hospital, Dr maklumkan sakit tu macam yang TT hadapi itula..

Nur Liyana –
I feel sorry for you, TT. Mungkin sebab TT tengah berada di titik paling bawah dalam hidup yang menjadikan gangguan macam ni timbul.

Walaupun iman kita senipis bawang, TT boleh baiki kekuatan rohani dengan bacaan al-mathurat di waktu pagi dan malam.

Selain tu, sentiasa wangikan diri dengan bauan kasturi sebab jin jin kafir sangat benci pada bauan tersebut.

Selain dari tu, cuba follow ustaz shafiq dr prai dekat FB untuk rawatan alternatif sendiri.

Boleh juga ikhtiar dengan pemakaian khayal dan embun dari deningrats Nurul Eqma. InsyaAllah atas usaha, doa dan tawakal kte, Allah akan tunjukkan jalan keluar kepada apa jua masalah yg tt sedang lalui.

Sumber – Si Gila (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post