Mertua ingat aku ikut suami pergi ngeteh. Tengah aku sidai baju, mertua dan ipar membawang. Aku dengar satu2. Bila aku masuk, terkejut mereka bukan kepalang



 Foto sekadar hiasan

Penangan Dibawang Mentua Yang Ku Kasihi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedihlah. Nak meluah rasa. Aku tengah broken.

Last week balik kampung suami. Macam biasa aku sedar diri yang aku ni menantu.

Aku balik selalu bawa barang dapur. Minyak masak, beras, bawang etc, beli lauk basah nak masak makan sesama.

Memang gitu cara aku balik umah mentua. Kalau nak balik rumah mesti aku salam keruk kasi mak ayah mentua duit. Tu duit sumbangan aku. Takde guna duit laki aku pon.

Nak dijadikan cerita laki aku keluar ngeteh, MIL ingat aku ikut sama.

Sebenarnya aku dok dekat belakang sidai kain baju semua orang.

Sebab aku jenis tak kisah. Bukan nak ungkit ye, tapi nak cerita. Mil dok dekat dapur dengan anak sulung dia.

So butir diaorang borak tu aku dengar sebut nama aku. Kata aku kedekut, taik hidung masin. Masa raya tak bagi duit rayalah. Kedekut tak belanja dia hand bag lah.

Lepas tu abang ipar aku kata, “takkan la raya pun tak bagi duit mak??? Apa teruk sangat????”

Masa ni remuk hati aku. Sebab aku dah rasa aku tak berkira pun dengan diaorang.

Silap jugak aku bagi duit raya RM300 melalui laki aku. So dia ingat tu sumbangan anak dia, bukan daripada aku.

Kalau beli apa apa aku pass je dekat laki aku. Sebab aku tak sangka pulak diaorang boleh ungkit macam tu.

Nak balik raya aku siap beli daging lembu 5kg, tulang 5kg, ayam 10 ekor. Tu pon dia ngata aku kedekut. Bagi lagi duit belanja. Memanglah takde bagi duit raya. Dah tu sumbangan semua tu.

Kalau balik kampung mesti aku bayarkan bil api air, bil wifi via jom pay.

Sebab bila balik ramai ramai berkumpul tu takkan mak ayah kena tanggung semua kan?? Kira aku jenis fikir jugak kebajikan mak ayah mentua ni.

Sebabkan aku dah banyak menyumbang dengan cara tu, aku kasi duit salam keruk sebelum balik rumah apa yang ada cash in hand contoh RM30, max RM50.

Dia kata nak buat taik gigi pun tak boleh. Terasa jugak tapi diamkan aje. Orang tua kan???

Tapi masa aku dengar sendiri daripada mulut depa ni aku sedih sangat. Aku rasa, hina sangat aku di mata mereka.

Abang ipar cakap, “ai dah kawen dah tak boleh bagi mak duit ke???”

Masalah yang bercakap tu memang dia bagi maknya duit lepas tu minta balik. Kadang pinjam dekat laki aku.

Bila dah pinjam dekat laki aku maka duit belanja aku kena potong. Dah aku pulak kena tanggung belanja laki aku. Adatlah kan hidup berumah tangga.

So janganlah ingat isteri ni kerja abiskan duit suami tu. Lainlaa kalau laki aku tu kaya banyak duit nak kata aku kikis duit suami.

Sebab aku ni ada pendapatan, maka aku belilah apa yang aku suka. Almost semua barang rumah aku beli, pun ngata aku kikis duit laki aku.

Laki aku tu dapat gaji menung dekat depan rumah. Dek nak puaskan hati mak dia, kejap nak sofa, kejap nak peti ais, kejap nak itu ini. Anak anak jadi mangsa. Lepas tu lepaskan dekat menantu.

Aku sedih. Aku masuk dalam letak bakul dan dua beranak tu terperanjat. “Cakap eh ada kau???”

Aku jawab, “ha ah ada dari tadi saya dengar bukan main sedap mak membawang dengan abang pasal saya menantu kedekut mak kata.

Mak, kalau mak nak tau duit belanja raya tiap tiap tahun tu saya yang bagi bukan suami saya sebab dia takde bajet nak bagi mak belanja makan sebab dah bagi belanja baju raya mak anak beranak.

Saya sendiri tiap kali raya baju beli sendiri, saya tak merungut. Duit pendaftaran tadika anak tiap tahun RM1100 pun saya yang bayar. Belum kira bayar bulan bulan lagi. Celah mana saya kerja kikis duit anak mak??

Anak mak yang kerja dia kikis duit saya duit tol minyak nak balik kampung mak pun minta dekat saya. Sekarang saya ungkit, sebab saya kecewa mak dengan abang mengata macam macam.

Anak anak mak sendiri kalau balik rumah mak lenggang kangkung takpe, tak berdosa. Yang berdosa saya ni sebab jadi menantu yang tak sempurna di mata mak. Mak tak suka saya dari dulu lagi.

Sebabkan mak tak suka saya, saya kedekut saya nak balik rumah mak ayah saya sendiri yang lama saya tak jenguk sebab selama ni saya taat kepada suami saya.

Polisi mak, anak anak semua kena berkumpul rumah mak tiap minggu sampai saya abaikan keluarga saya sendiri.”

Aku call laki aku bagitau aku minta izin nak balik rumah mak ayah aku sendiri tak jauh mana dari rumah MIL, 45 min jer.

Hati aku sakit. Aku kemas baju terus blah balik rumah mak aku.

Buat masa ni aku tak nak balik rumah mak mentua aku yang materialistik. Yang suka kikis duit tu dia.

Laki aku sampai je rumah, mentua aku drama nangis nangis kata aku kurang ajar dengan dia.

Aku masa tu memang tengah marah sangat, lama dah aku sabar. Aku minta maaf dekat laki aku, aku faham apa apa pun itu mak dia.

Dia pun tersepit. Sambil tu aku forward perbualan aku dengan MIL yang aku sempat rekod tadi.

Apa yang MIL cakap pasal aku, ada yang sempat aku rekod. Dia ngata aku tak sedar diri mandul sebab anak aku sorang jer dah kawen lama.

Tu buat aku tambah sedih. Jemur kain pun bawa hp senang nak buat tik tok kalau orang membawang kita. So laki aku tak cakap apa, dia pun speechless.

Maka aku kemas barang dan balik kampung mak aku untuk tenangkan diri. Ni aku tak bercakap sangat dengan laki aku dan aku tak nak amek tahu pun pasal orang yang sakitkan hati aku.

Pada aku buat masa ni aku akan jarakkan hubungan dengan orang yang t0ksik.

Aku tak jawab call mentua sebab aku tau dia call hanya nak sekolahkan aku. Faham sangat dah mesti nak cakap aku ni isteri kena taat dekat suami. Malas nak layan.

So kepada mak mentua di luar sana jangan cakap dekat mulut jer yang menantu ni macam anak sendiri.

Tak payah lah fake sangat cakap macam tu sebab layanan dekat menantu tu memang bias sangat.

Kalau menantu suka bagi duit, bagi barang emas, bagi handbag mahal mahal memang cakap sayang. Pilih kasih berpisah tiada.

Yang jadi menantu ni kalau nak bagi duit dekat mentua bagi direct tak yah suruh laki yang passkan.

Kasi dia tau, mak ni duit saya bagi kat mak ye. Duit titik peluh saya. Yang dia nampak senang kita jer, susah kita dia tak nak amek tahu.

Ipar ipar ni tak payah bajet sangat nak jadi batu api. Jaga rumah tangga sendiri, takkan laa tak tau kehidupan berumah tangga macam mana.

Lepas tu jangan kerja pinjam duit adik adik lepas tu tak bayar. Play viictim pulak. Menyampah!!! Dah pinjam bayarnya tak!

Kete rosak pinjam, takde duit nak belanja pinjam. Lepas tu pergi bercuti boleh pulak. Makan tempat tempat hipster boleh pulak. Beli hp baru. Hutang tak nak bayar!

Aku yang terkesan, laki potong belanja rumah. Orang meminjam makan mewah yang bagi pinjam pulak makan bercatu.

Aku nak meluah jer. Aku reti solat 5 waktu, aku reti zikir bangun malam solat sunat. Aku tau benda ni semua.

Tapi hati aku luka, aku perlu meluahkan.

Yang meluat, tambah sakit hati. Timah

Reaksi Warganet

Nsyen NS –
Baik macam mana pun menantu, pastinya yang salah adalah menantu sebab menantu ni orang luar.

Berkorbanlah banyak macam mana pun.. tak akan pernah cukup. Maka jagalah hati sendiri.

Kalau perlu keluar dari hubungan/keluarga toksik, keluarlah segera. Mohonlah petunjuk dan perlindungan dari Allah.

Norafida Baharun –
Elok cerrai je. Kalau sayang biar laki tu yang bertegas bukan lembik turutkan sangat apa mak dengan adik beradik tu nak dan kata.

Dah isteri tu dibawang kan nya kalau tak backup isteri memang serupa laki tak de telor.

Keluar je lah dari keluarga toksik macam tu. Dah dikata macam macam apa semua, tak yah stay kekonon isteri terpaling setia dialam semesta sanggup berkorban apa.

Nur Maya –
Elok elok duit sendiri kenapa nak jadi baik hati sangat bagi melalui laki. Memang la mak dia ingat itu duit anak dia yang punya.

Lainlah kalau laki TT cakap, Makkkkk bini saya bagi duit dekat mak ni….

Tak payah nak jadi baik hati sangat la dengan mentua or ipar duai. Nak belanja apa apa kena bagitau Makkkkk ini saya yang beli dengan duit gaji saya sendiri bukan beli dengan duit anak mak.

Tak boleh nak bajet bagus. Tangan kanan hulur, tangan kiri tak tahu. Biar dua dua tangan tahu.

Mohd Safuan –
Mak mertua sis ni toksik. Orang toksik macam ni elok la dijauhi.

Daripada sis bagi duit dekat mertua ni baik sis berbakti kepada family sendiri. Kadang kadang kita kena keras hati untuk jaga hati sendiri.

Kalau saya tempat sis even saya ni lelaki tindakan stop bagi duit kepada mak mertua even 1 sen pun.

Stop balik rumah mertua dan stop angkat phone apatah lagi nak telefon mak mertua.

Dia nk cakap apa pun, cakap la bukannya kita dengar pun. Haha.

Hati tak sakit, hidup pun tenang sebab dah kurang orang toksik yang perlu kita jaga hati, bagi duit etc.

Sumber – Timah stokin pink (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post