Foto sekadar hiasan
Kenapa Sentuh Kalau Sayangkan Saya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai semua. Terima kasih admin sudi siarkan confession saya kali ini.
Saya Nor, dan saya nak baca pendapat kalian tentang cerita hidup saya berkaitan jodoh.
Maaf jika penulisan saya ini berterabur, tapi Insyaallah korang faham je.
Saya tahun ni sudah menjangkau usia 29. Dan dalam umur ni confirm la kan jodoh dah lambat bak kata orang tua.
Tapi sape je tak nak kahwin kan, jodoh belum sampai nak buat macam mana.
Saya ada partner yang saya namakan sebagai Ahmad. Kami dah berkenalan 2 tahun lebih. Ahmad dah 30 tahun ni, tapi bila bangkitkan isu kahwin, Ahmad jawab belum bersedia.
Bila dengar jawapan macam tu saya dah berusaha untuk tinggalkan dia untuk beberapa kali.
Tapi dia tetap cari bila saya senyap. Hati perempuan mestilah lembut kan, tambah dengan orang kita sayang.
Dipendekkan cerita, saya takde nampak langsung Red Flag tentang Ahmad ni. Dia memang datang dari family baik baik, saya pernah jumpa dengan family dia.
Tak merkok, solat, hormat orang tua, dengan family tu memang anak yang baik. Tapi memang sepanjang saya kenal Ahmad semua baik baik.
Malangnya, selepas beberapa kali pertemuan, kami terlanjur beberapa kali. Tapi tidak sampai masukkan …….
Betul betul saya tidak sangka benda ini akan berlaku sebab saya tak pernah buat benda ni.
Tapi ni cerita lama, sekarang saya dah lama tak jumpa dengan Ahmad ni untuk mengelakkan perkara sama berulang.
Jika Ahmad nak jumpa pon saya akan mengelak dan suruh berjanji tidak akan mengulangi perkara yang saya.
Tapi dia cakap dia tak boleh janji, dan saya mengambil keputusan untuk tak berjumpa terus.
Saya ada lakukan solat taubat agar diampunkan dosa yang lalu. Saya juga betul betul menyesal sebab berani melakukan perkara terkutuk ni.
Betul lah kalau kita keluar berdua akan ada orang ketiga menghasut.
Dalam solat saya pon sentiasa memohon agar diampunkan dosa yang lalu dan berharap agar Ahmad dibukakan pintu hati untuk berkahwin dengan saya.
Saya hampir setiap malam melakukan solat istikharah tentang jodoh.
Tapi sampai sekarang saya masih berkawan dengan Ahmad dan tiada calon lain yang datang.
Usia saya pon dah 29 sepatutnya boleh fikir mana baik dan mana buruk.
Saya betul betul nak kahwin dengan Ahmad sebab dia pon pernah sentuh saya. Tapi dia masih tak mahu kahwin.
Apa perlu saya buat? Hinakah kalau saya jumpa orang lain dan dia tahu saya pernah disentuh lelaki lain?
Atau patutkah saya tunggu Ahmad walau tahu dia tak akan kahwin dengan saya dalam masa terdekat?
Reaksi Warganet
Nia Addin –
Bagi kata dua dari awal. Saya dulu bila pasangan cakap belum bersedia, saya terus mintak kami jaga jarak dan tak berhubung. Sebab saya taknak buang masa.
Jika dia kembali pada kita, maknanya itu memang jodoh.
Dan alhamdulillah seminggu saja dia kembali dengan terus membincangkan urusan pertunangan dan seterusnya perkahwinan.
Jika benar sayang dan takut kehilangan, seorang lelaki itu akan berusaha untuk menghalalkan kita.
Jadilah wanita mahal yang tegas tentang hak diri sendiri. Sayangi dan hargai diri.
Izzy Claire –
This is 2023, 29 bukan usia yang tua ye jika tak kahwin lagi. Kawan kawan saya bersepah single umur 30 keatas.
Red flag dia kalau awak nampak lelaki tu tak serious dengan awak, undur diri sebelum terlambat.
Kenal dengan orang lain or take time dengan diri sendiri, enjoy life, build career, perkahwinan is not everything.
Biarlah orang nak cakap apa. Bukan yang bercakap tu suap awak makan. Better tak kahwin dari kawen dengan orang yang tak betul…
Zella Yusuf –
Takyah tunggu Ahmad. Ramai lagi lelaki yang baik baik.
Maafkan diri awak, jadi manusia yang baik. Cari redha Allah. Move on.
Jangan ceritakan apa yang telah berlaku dekat future partner sebab jaga aib kita.
Allah dah tutup aib kita, tak perlu kita bagitau orang. Buka buku baru.
Jodoh yang baik akan datang insyaAllah but jangan focus sangat hal tu. Cari redha Allah dan perbaiki diri. Know your worth..
Ieda Hana –
Sis ni hidup dalam denial. Sis denial dengan kata Ahmad baik. Yang solat pun buat juga perkara terkutuk sis oi.
Macam mana nak jumpa dengan orang lain kalau dalam hati sis dok mengharap pada dia lagi.
Sis kena block dia, buang dia dari fikiran then baru Allah boleh hadirkan orang lain dalam hidup sis.
Selagi sis dok harap dekat dia, kalau tuhan jawab doa sis dengan hadirkan orang lain pun sis tetap akan nampak Ahmad tu.
Saya kenal dengan beberapa orang dalam dating app FB ni. Banyak yang nak merepek ja. Ada juga yg saya pernah keluar jumpa.
Tapi bila mak saya tak suka saya kawan dengan dia, saya cuba jauhkaan diri.
Yang terakhir ni pun saya kenal dalam dating app lepas saya dah buang orang lama tu dalam fikiran saya.
Nak keluar mesti ada orang teman. Saya taknak keluar berdua sebab taknak yang tak elok jadi.
Yang terakhir ni dah jadi suami saya pun sis.
Syarat dia sis kena terima kenyataan yang Ahmad tu bukan yang baik untuk sis.
Lepas tu baru minta Allah beri orang tepat untuk sis sebab kalau yang tepat tu datang pun sis mesti tolak punya sebab masih sayang kat Ahmad tu.
Signorina –
Harapnya sis yang menulis ni baca la komen komen sekat sini. Kat sini pun ramai yang lebih berusia masih single.
Don’t try too hard. Tapi saya faham kenapa dia fikir soal jodoh. Rata rata sebenarnya orang yang single bila dah berusia ni dia ok je.
Tp keadaan sekeliling yang buatkan individu single lama lama jadi tak ok. So jarakkan diri dari orang orang yang toxic macam tu.
Diorg terlalu teruja nak share pengalaman diorg yang dah berkahwin dan beranak pinak.
Diorg lupa perjalanan hidup manusia tak sama. Live your life to the fullest sis.
Sementara tak de jodoh, cipta kejayaan besar untuk diri sendiri dulu. Yang penting jauhkan diri dari nasihat nasihat yang toxic.
Sumber – Nor (Bukan nama sebenar) via IIUMC