Badan lembik, muntah2 aku serah diri di klinik. Doc report polis. Aku wasap mak. Terkedu aku bila mak balas



 Foto sekadar hiasan

Makan Diri Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hi pembaca semua, nama aku Jiya berusia 14 tahun.

Hidup aku yang baru setahun jagung ini tersangat lah malang dan menyedihkan. Terasa diri ini s1al dan svndal.

Maaf aku sangat tertekan. Tak tahu macam mana nak menulis untuk aku luahkan. Nak lukis apatah lagi.

Berlatar belakangkan family yang broken. Mak dengan ayah aku dah bercerrai dari aku kecil lagi.

Sekarang masing masing dah ada family baru. Aku tinggal dengan mak dan ayah tiri aku.

Hasil perkahwinan baru, mak dikurniakan 2 orang anak. Di sini lah episod cerita lara aku bermula.

Aku tak pernah la kena pkul teruk bila kena marah dengan mak atau ayah. Setakat kena sepuk sikit sikit tu adalah.

Tapi caci makian mereka tu cukup meremukkan hati aku. Lirik mata mak bila marahkan aku, sungguh perasaan bencinya dapat aku rasakan.

Sehinggakan tak ada hati aku nak menegurnya sebab tiap kali terpandang muka mak akan teringat mimik muka dan lirikan mata dia yang memandang aku dengan penuh kebencian.

Aku tak ingat bila hubungan kitaorang jadi macam tu. Tapi ini berdasarkan fikiran aku yang puas aku fikir dan renungkan satu per satu di mana silapnya.

Aku dapat rumuskan kemungkinan mak aku ni stress dan kemurungan bila hubungan dia dengan ayah aku dulu problem.

Lepastu kan bercerrai. Bila jadi single mother ni kan besar cabaran dia nak besarkan aku yang anak s1al ni kan.

Tu yang agaknya aku nakal sikit mak aku terus hemburkan kata kata kesat. Aku ni dijadikan tempayan untuk dia curahkan rasa marah dia.

Aku sedih dan hiba sebenarnya. Kalau lah boleh pilih, aku pun tak nak jadi anak emak. Tak nak ada broken family yang macam ni.

Fast forward, now mak dah ada suami baru. Lepas tu ada anak baru. Aku ni selalu dibanding bandingkan dengan adik adik aku.

Jujur aku jealous tengok diaorang. Rasa diri secure dan disayangi.

Disebabkan hubungan dengan mak dah lah macam tu, ditambah pula ayah tiri aku ni seakan akan nak kongkong hidup aku.

Ini tak boleh, itu salah. Semua yang aku buat semua tak kena di mata dia. Sampaikan cara makan pun di marahnya.

Ada sekali tu makan sama sama, aku suka laut siput sedut masak lemak.

Jadi masa dah hidangkan nasi tu aku amek la lauk siput tu dulu. Terus ayah tiri aku ni maki aku depan makanan.

Dia kata anak kurang ajar tak ada adab, ambil lah makanan yang dekat dulu baru ambil yang jauh.

Aku macam, apa ayah ni, ini pun boleh jadi isu ke. Kalau pun nak tegur, cakap la baik baik.

Kurang ajar? Memang la tak ada siapa pulak yang ajar aku amek lauk tu, amek yang dekat dengan kita dulu.

Boleh apa cakap baik baik. Aku pun boleh terima, belajar benda baru. Tapi kenapa perlu maki sampai melalut cakap benda tak berkaitan.

Terus hilang selera aku malam tu, masuk lah ke bilik dengan air mata dan kempunan nak makan lauk siput sedut masak lemak tu.

So jadinya ini hanya intro sahaja, now yang paling bala dan tak tahu lah nak cakap apa.

Aku dekat hospital ni. Aku terlibat dengan kes rgol di bawah umur. Aku lah mangsanya. Tapi sebenarnya kitaorang suka sama suka.

Aku tak tahu iblis mana yang merasuk sampai aku terjebak dengan perkara ni. Haihh ntah lah.

Aku yang serah diri di klinik sebab aku ingatkan aku pregnant, aku demam teruk, badan lembik dan muntah muntah.

Doktor buat check up dan dig up history aku. End up aku tercerita yang aku dah berhubungan s3xual.

So doktor terus buat report polis. Doktor call mak, tapi mak tak angkat. Aku wasap mak, mak cakap kenapa kau bagi tahu doktor, kan dah makan diri sendiri.

Sejujurnya aku tahu aku salah, aku terima apa pun orang nak kata aku, apa pun orang nak judge aku.

Aku terima apa pun nanti hukuman nak dikenakan pada aku sebab aku tahu aku bersalah.

Salah pada mak ayah, salah pada cikgu, salah pada apa apa saja.

Tapi mak bukan tu yang Jiya nak dengar dari mulut mak.. ‘haaa kan dah makan diri kau sendiri’.

Tak boleh ke mak tanya kenapa aku buat benda benda tu, apa yang menyebabkan aku sampai dah jauh hanyut ke situ.

Aku rindukan figure seorang ayah, lelaki yang ambil berat tentang aku. Yang sayangkan aku. Hmmmm..

By the way keputusan prengnancy negative, so at least one happy news.

Others, korang doakan aku ya.

Reaksi Warganet

Izzuewana Darias –
Dah dapat result pregnancy test -ve tu jangan diulang lagi ya Jiya.

Syukur terselamat dari beban menanggung anak tak sah taraf dalam keadaan diri awak pun tak terurus.

Belajarlah dari kesilapan walau masa buat tu suka sama suka, cukup takat situ.

Tak boleh contact ayah awak ke? Sebab rasa kalau awak balik ke rumah mak awak, nanti ayah tiri tahu kes awak ni takut dia terfikir yang kuban2 ajerrr.

Tahu la kan bila syaiitan dah hasut. Dia fikir apa salahnya kalau dia nak terkam anak tiri since dia tahu awak dah ada kes macam tu. Sebelum ni dia expect awak dah biasa. L

Lagipun nengok gaya awak cerita dia bukan la sosok ayah tiri yang baik. Elok berjaga jaga dekat situ.

Dan kalau benda tu jadi, percaya la mak awak takkan percaya awak dianiaya. Lagi dia menggila dari yang sekarang ni.

Cuba cari contact ayah/family lain kalau dapat. Semoga dipermudahkan.

Afifah Zaini –
Dik, advise dari saya yang dari family broken juga yang dulu selalu kena marah dengan mak sampai rasa nak lari rumah.

Trust me, please jangan rosakkan diri sendiri sebab awak tak dapat attention yang awak nak dari mak/ayah awak.

Fokus belajar, make sure dapat sambung belajar setinggi yang boleh. Belajar berdiri jadi independent, slowly awak akan rasa tenang.

Nanti dah besar, dah habis belajar awak akan rasa bangga dengan diri sendiri.

Jangan rosakkan diri semata alasan dari family broken, tak dapat kasih sayang family.

No, awak boleh bahagia juga dengan diri sendiri. Saya cakap dari pengalaman sendiri juga. You can do it

Nadira Naza –
Saya memahami awak dan fmly background / situation yang serupa. No worries awak pandai fikir. Im sure you can survive.

Cuma kena make sure sambung belajar get the sijil and be independent.

Saya since 13 semua buat sendiri, yuran smk baju sekolah masa smk semua cari sendiri sampaila masuk universti pun daftar sorang diri sampai ke grad masih independent sendiri.

Kawen pun siapkan semua preparation majlis sendiri sebab apa yang boleh kita harapkan dari broken fmly kan?

Apa apa pun, always cari jalan yang menuju ke tuhan even kita bukan dari fmly alim.

Nur Zehan Samaun –
Dik, kita sama. Akak pun dari broken family. Cuma bezanya mak akqk sentiasa ada dengan akak.

Even akak pernah buat salah, dia tetap ada dan tak pernah salahkan akak. Dia hanya akan salahkan diri dia, cakap dia salah didik akak.

Sekarang akak dah 28thun. Dah jadi mak mak.

Masih ada masa nk berubah Jiya, kesalahan Jiya masih boleh diperbaiki. Masih banyak masa. Gagal harini bukan bererti gagal selamanya.

Akak taknak Jiya jadi macam penghuni rumah kebajikan yang pernah akak jaga. Pergi SPM dengan perut besar.

Yang harus merasa sakitnya berpisah dengan anak bila ibu bapa memilih serahkan anak anak yang dorang kandung kepada ibu angkat.

Akak yang tengok dorang menangis. Akak tak salahkan budak budak ni. Dorang muda lagi, bdoh lagi. Masih perlu bimbingan.

Ada kisah yang dirgol berkali kali dengan ayah tiri tapi mak tetap menangkan suami dia. Sampai kan dia berdendam dan rosakkan diri dia yang dah sedia rosak katenye.

Akak taknak awak berfikir macamtu, taknak awak rasa apa yang dorg rsa. Sakit. Akak yang tengok pun sedih, apatah lagi dorang yang rasa.

Ziti Akhtar –
Perkara pertama, ucapkan alhamdulillah dan sujud syukur kerana adik tidak mengandung.

Tolong jangan ulangi perbuatan ini. Sangat susah jika mengandung. Jauhi ziina.

Akan sampai masa bila sudah cukup besar, adik akan jumpa orang yang betul betul ingin ambil adik sebagai isteri dan mengandung bila sudah cukup bersedia.

Sekarang, cuba focus untuk memperbaiki diri, belajar betul betul untuk kerjaya masa hadapan. Jangan sia siakan hidup.

Adik tidak boleh mengubah masa lalu, tak boleh tukar ibu bapa. Tapi adik boleh ubah masa hadapan.

Adik dekatkan diri pada Allah, doa setiap hari agar Allah bimbing adik, temukan dengan orang yang baik baik dan diberikan rezeki yang tidak disangka sangka dalam kehidupan.

Acik doakan adik berjaya dalam kehidupan, diberi kekuatan dan ketenangan!

Sekiranya adik ada masalah, rasa tertekan, dapatkan bantuan professional.

Paling mudah, pergi ke klinik kesihatan. Ada pakar, pegawai perubatan dan counsellor yang boleh membantu.

Dapatkan bantuan. Kami akan membantu. InshaAllah.

Sumber – Jiya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post