Solat Jumaat, suami ponteng. Dia minta, aku kata tiada. Suami naik hantu, terjerit2. Abg2 ipar mula datang



 Foto sekadar hiasan

Su4mi Kaki Jud1

Asalammualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Jane.

Dan sekarang saya dalam dilema setelah hampir 2 bulan bernikah dengan suami kaki judi yang teramatlah teruk sangat.

Hubungan rumahtangga kami hanya bahagia selama 1 minggu sahaja. Maybe sebab saya hanya mengenalinya selama 3 bulan dan terus bernikah dengan dia.

Sebelum kami bernikah dia masih berkerja, tapi dekat hari kami ingin menikah dia berhenti kerja dengan alasan abangnya suruh dia berhenti kerja.

Sebab kerja tu tidak sesuai tuk seorang lelaki yang ingin berumahtangga dan dia ada memberitahu saya yang dia sedang menunggu panggilan kerja baru.

Saya dengan perasaan gembira dan percaya pada suami yang dia akan mulakan kerja baru tidak lama lagi.

Langsung idak merasa ragu ragu dengan kenyataannya.

Setelah 2 minggu perkahwinan kami, suami sudah start minta duit.

Kalau sekali sehari tak apalah. Ni dah balik balik minta duit dalam sehari. Kita pun naik angin dengannya.

Kami tinggal sendiri tapi di kelilingi dengan rumah adik beradiknya yang cukup baik dengan saya.

Pernah sekali waktu tu hari Jumaat, dia tak pergi sembahyang Jumaat sebab dia leka dengan judi cyber dia.

Dia minta saya duit. Saya cakap tak ade duit. Dia marah dan teriak teriak sampai tahap dia nak pkul saya.

Abang abang dia datang rumah kami sebab dengar dia teriak marah.

Family saya pun datang dan saya explain to my family what happen.

My family orang yang beradab kami tak marah suka suka saja.

Then my dad and mom bagi nasihat dekat dia dan bawa dia jumpa ustaz for his own good.

For the 1st week dia jadi seorang yang baik tidak main judi rajin pergi sembahyang dan bercakap pun bersopan santun sembahyang dekat rumah dengan saya.

Selalunya saya solat sendiri saja. Then after 31st december tu perangai hantu dia datang balik. And it’s become more worse.

Dia punya judi semakin teruk dan dia dah berani habiskan duit saya semua sampai tahap dia berani check bank account dan ambil duit saya.

Lesap habis duit saya dalam bank.

Segala galanya saya tanggung. Perkahwinan yang baru nak masuk 2 bulan ni rasanya macam dah bertahun kami kahwin.

Bernikah dengan kaki judi ni memang tidak akan membawa kebahagian pun, kesengsaraan saja yang ada.

Saya memang bdoh, kawan dah bagi nasihat yang dia tidak akan pernah berubah.

Namun saya tak percaya dan percaya setiap insan pasti akan berubah.

Dan saya silap menilai insan yang bergelar suamiku, yang ku sangka berubah menjadi seoarang insan yang baik ternyata semua itu hanyalah angan angan kosong ku…

Saya ingin menamatkan perkahwinan ini.

Selama hampir 2 bulan perkahwinan kami tidak ada kebahagian yang ku rasa. Hanya keperitaan menjadi seorang isteri kaki judi.

Pada yang ingin berkahwin tu selidiklah sedalam yang mungkin siapa bakal suami kamu itu.

Berhati hati dalam memilih pasangan hidup…

Reaksi Warganet

AqtiveNaz –
AYAH pernah pesan, 4 jenis lelaki yang harus dielakkan untuk kahwin :

1-Kaki Judi

2-Kaki Mabuk

3-Kaki Perempuan

4-Kaki Ddah

Aini Mohamad –
“Saya ingin menamatkan perkahwinan ini”

Sila ke pejabat agama. Failkan pencerraian. (Sediakan dokumen siap siap, duit rm100 lebih)

Nak failkan fasakh pun boleh.

Hadap. Hadap. Hadap.

Hati mesti kekal berprinsip. Taik judi akan kekal taik judi.

Faranisyah Hakim –
Bagus lah Jane dah nak ambik keputusan untuk tinggalkan dia. Jangan nak tunggu sampai dah beranak pinak baru nak angkat kaki.

Kaki judi ni, kalau nasib baik dia ada kesedaran dan keinsafan, Alhamdulillah.

Tapi ada orang yang saya kenal, sampai ke tua jadi kaki judi.

Anak bersusun paku tak hirau nafkah pun. Harapkan isteri yang susah payah.

Dah tua, barulah isteri berani mintak crerai.

Sekarang orang tua tu dah gelandangan, sibuk cari anak mintak belikan rumah.

Geram jer rasa…anak anak pulak jadi mngsa.

Akrima Abu Bakar –
Ada beberapa jenis lelaki yang kalau dah tahu diorang macam tu, jangan cuba cuba nak teruskan perkahwinan.

Salah satunya ialah kaki judi..

Memang betul manusia boleh berubah, tapi tak mungkin boleh berubah sekelip mata.

Dan perjalanan nak menunggu akan perubahan tu mungkin akan mengambil seumur hidup kita.

Sanggup ke nak hadapi risiko tu? kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga..

Islam juga ada nasihat, nak cari jodoh, cari yang baik baik.

Kalau tahu sebelum kahwin peel buruk bakal suami, better stop terus. Dont settle for less..

Btw, damage has been done. Semoga Allah beri jalan keluar untuk permasalahan ni..

Sumber – Jane (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post