Ruwaidi nikahi Mia si mulut ayam, aku terkjut. Saat bercerrai, Mia tunjal kepala Ruwaidi. Diludahnya, diminta mti awal



 Foto sekadar hiasan

Angin Sepoi-Sepoi Bahasa Di Taman Bunga Jasmine

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku perkenalkan diriku sebagai Jasmine. Aku silent reader disini tapi kali ini aku nak berkongsi cerita aku.

Kisah aku ini mungkin agak panjang oleh itu aku cuba sedaya upaya untuk meringkaskan isinya tanpa menganggu jalan cerita.

Keluarga ayah aku memang asal KL tetapi keluarga ibu aku berasal dari utara.

Hubungan ibu dengan adik beradik memang tak berapa harmoni jadi kami akan balik kampung untuk ziarah Atuk Li (ayah kepada ibu, nenek dah meninggal) pada masa cuti.

Semasa cuti sekolah, aku dan abang aku akan ikut ibu balik kampung. Kami selalu dibvli dan diejek oleh budak budak kampung yang lain termasuk sepupu sepupu kami.

Tetapi Atuk Li dan ibu akan selalu suruh kami bersabar. Atuk Li dah mula sakit sakit tua jadi ibu tak nak keruhkan lagi keadaan.

Ibu balik kampung pun sebab nak tengok tengokkan Atuk Li, kalau tak nanti pakcik makcik akan menuduh ibu anak derhaka lah bagai.

Ibu lah yang selalu kena hulur duit kalau ada apa apa sebab kakak kakak ipar ibu akan bagi alasan keluarga ayah berada.

Ayah memang jenis tak berkira, jadi ayah tak kisah tolong setakat mana boleh.

Geng yang selalu bvli kami nie aku gelarkan sebagai geng gangster kampung cap ayam. Badan kecik dengan hingus bagai tapi ada hati nak buli anak orang. Phuiii.

Nie semua sebab makcik makcik aku lah yang selalu menfitnah kami dan menjaja macam macam kisah buruk kami di serata kampung.

Masa inilah aku berjumpa dengan Ruwaidi (btw, maksud nama dia adalah angin sepoi sepoi bahasa). Ruwaidi ini beza 6 tahun dengan aku.

Ketika ini, aku berusia dalam 5/6 tahun. Ayah dia bekas askar dah meninggal dunia.

Ruwaidi anak tunggal. Mak Ruwaidi ambik upah masak dan buat kuih.

Ruwaidi ni memang rajin tolong mak dia dan selalu buat apa sahaja kerja kampung untuk meringankan beban keluarga dia.

Ada sekali tu aku menangis sebab kena tolak dengan geng gangster kampung cap ayam. Masa itulah kali pertama Ruwaidi menegur aku.

Dia siap belikan aiskrim nak pujuk aku berhenti dari menangis. Dia beritahu tak perlu lagi main dengan budak budak tak ada wawasan hidup itu.

Walaupun aku tak faham apa dia cakap, tapi aku angguk angguk kepala. Kesudahannya, aku selalu lepak dengan Ruwaidi.

Ruwaidi nie walaupun baru berusia 12/13 tahun tapi dia sangat matang. Selalu tengok dia belajar, tolong mak dia ataupun buat kerja kampung.

Memang takde masa nak main ke apa. Aku tertarik dengan Ruwaidi nie mungkin sebab dia ada ciri ciri macam ayah aku. Soft spoken, baik dan sangat rajin. Tanpa aku sedar, aku ada crush dekat dia.

Fast forward, masa aku berumur 12 tahun, Atuk Li meninggal dunia. Selepas kematian atuk, pakcik makcik mula menunjukkan belang masing masing.

Ibu malas nak gaduh pasal harta pusaka jadi ibu cakap tak kisahlah nak buat apa. Ibu halalkan kepada adik beradik dia.

Kami pun dah tak balik kampung selepas kematian atuk melainkan ziarah kubur.

Ruwaidi dapat keputusan yang agak cemerlang dalam SPM dan dia dapat tawaran ke sebuah universiti di Selangor untuk sambung belajar.

Akulah orang paling gembira masa itu. Tetapi rumah aku dan universiti dia sangatlah jauh jadi aku berjumpa dengan dia beberapa kali sahaja.

Fast forward lagi, aku pun dah habis SPM dan dapat tawaran untuk belajar di luar negara.

Masa ini berat hati aku nak meninggalkan keluarga (ehem2 dan jugak Ruwaidi haha) tapi atas pujukan ayah, aku pergi jua.

Sebelum berangkat ke luar negara, aku ada berjumpa dengan Ruwaidi.

Masa nie aku bagi dia hint untuk tunggu aku balik. Dia buat muka blur.

Aku pun tak pasti sama ada aku betul betul cinta dia atau just crush.

Time tu aku nak fokus study dulu then maybe slowly work on the relationship.

Ruwaidi tak ada any social media account dan aku pun tak mintak nombor telefon dia sebab tak berani.

Masa aku belajar tahun kedua di luar negara, ibu menelefon aku dan memberitahu yang Ruwaidi dah berkahwin.

Masa ini, memang aku tergamam dan terkejut sangat. Air mata terus mengalir deras.

No word can express my pain.

Ibu pernah tanya aku sebelum nie sama ada aku suka Ruwaidi atau tidak, aku selalu cakap aku admire dia.

Ibu pernah cakap kalau ada jodoh antara kami, ibu ok jea asalkan kami bahagia.

Hatiku sakit, fikiranku kosong dan masa itulah buat pertama kalinya aku rasa betapa sakitnya hati nie bila heart broken.

Selepas 2 minggu, ibu buat surprise melawat aku. Ibu risaukan aku jadi dia sanggup datang dari jauh nak make sure aku okay.

Ibu cuma bagitau ayah yang dia rindu aku jadi dia nak melawat aku. Aku memang menangis kaw kaw time tuuu.

Bersyukur aku ada ibu yang sangat understanding.

Menurut ibu, ayah yang beritahu ibu masa ayah balik kampung (ayah ada urusan kerja di utara dan singgah di kampung).

Aku terkejut bila ibu maklumkan yang Ruwaidi berkahwin dengan Mia.

Mia nie merupakan salah sorang geng gangster kampung cap ayam. Memang dari kecil dia jenis yang kurang ajar dan selalu buli aku bersama budak budak lain.

Suara dia memang lantang dan mulut pun macam ayam. Nyaring dan bingit.

Tapi Mia nie memang cantik. Masa kecik kecik lagi dah ada ramai budak budak laki minat dia.

Mak dia selalu sakit sakit, jadi dia selalu terbiar dengan adik beradik dia untuk uruskan diri masing masing.

Oh yea, ayah Mia ada 2 isteri dan mak Mia nie isteri pertama. Isteri kedua janda anak 1 yang ada drah Siam.

Ayah Mia terus nikah sana dengan alasan kahwin lagi sebab Mak Mia tak mampu dari segi batin.

Anak sampai 6, bila isteri sakit diabaikan. Tup tap kahwin 2 sebab agama membenarkan p0ligami. Memang terumbang ambing hidup mak Mia.

Ibu nasihatkan aku bahawa jodoh itu ketentuan Allah SWT dan sebagai manusia, sehebat mana pun kita merancang, Allah SWT yang akan menentukan pengakhirnya.

Aku memang rasa separuh nyawa melayang time tu tapi hidup perlu diteruskan juga.

Ibu cakap aku muda lagi dan ramai lagi lelaki di luar sana. InshaAllah, percayalah pada Allah. Sesungguhnya, Dia yang Maha mengetahui.

Aku sebolehnya busykan diri dengan study. Segala memori pasal Ruwaidi nie aku simpan dalam satu kotak dan kunci jauh dalam hati aku.

Aku doakan yang terbaik untuk dia dan ‘move on’ dengan hidup aku. Ada jugak lelaki yang cuba mendekati aku tetapi aku tolak secara baik.

Aku memang nak fokus study. Sakit hati nie belum hilang lagi.

Fast forward, aku tamat pengajian dan pulang ke tanah air. Aku bekerja dengan company ayah tapi kena start dari bawah huhu.

Abang aku dah kahwin dan pretty much settle in his life.

Bila ayah tanya aku, aku just bagitau nak fokus kerja dulu. Ibu jea tempat aku luahkan perasaan dan ibu sangat faham aku masih belum bersedia untuk relationship.

Aku baru berusia pertengahan 20an jadi masih awal lagi untuk berkahwin.

‘Once in a blue moon’, aku teringat pada Ruwaidi. Crush dari kecil, mana mungkin aku mampu lupakan dia.

Bila teringat kat dia, aku buat segala yang mampu untuk alihkan fikiran aku.

Acap kali aku berdoa, tak lupa aku selitkan doa untuk dia.

Fast forward, aku perlu ke selatan tanah air untuk training.

Masa aku tengah training nie, aku jumpa Adam, budak kampung aku dulu. Dia agak rapat dengan Ruwaidi time kecil dulu.

Tup tap keluar lah cite pasal Ruwaidi.

Adam bagitau Mia nie memang belajar takat SPM lepas tu adalah ambik sijil apa ntah kemudian kerja di pekan.

Mia memang agak liar perangai dia. Ruwaidi selalu balik kampung melawat mak dia masa cuti dan masa nielah Mia jatuh hati pada Ruwaidi.

Perempuan kalau dah suka seseorang, dia akan buat macam macam untuk dapatkan laki tu.

Ruwaidi memang tak berkenaan tapi Mia bijak, dia ambil hati mak Ruwaidi.

Mak Ruwaidi jenis innocent dan naive jadi dia percaya jea apa Mia cakap.

Mia memang burukkan perempuan lain yang cuba nak tackle Ruwaidi.

Ayah Mia nie pun pernah tolong keluarga Ruwaidi masa ayah dia meninggal jadi keluarga Mia macam nak mak Ruwaidi ‘balas semula budi’.

Ruwaidi handsome, kerja bagus, ada duit. Mak Mia masa tu sakit sakit tapi gigih jumpa mak Ruwaidi mengangis siap merayu bagai.

Akhirnya, Ruwaidi pun berkahwin dengan Mia sebab mak dia suruh.

Ruwaidi mintak pindah kerja di utara. Awal awal perkahwinan, semua okay tapi isu timbul pada tahun kedua.

Kerap bergaduh then tak sampai 3 tahun kemudian cerrai. Lepas tu Ruwaidi bawak mak dia pindah.

Mia dengar cerita dia curang tapi Adam tak pasti setakat mana kebenarannya sebab dia pun dengar dengar sahaja.

Hubungan dia dengan Ruwaidi putus selepas Ruwaidi pindah.

Bila aku dengar Adam cerita, sumpah masa tu rasa nak pitam.

Ya Allah, dugaan apa nie. Aku sangkakan dia kahwin dan hidup bahagia.

Sepanjang training otak aku ke laut memikirkan hal Ruwaidi.

Habis training, aku balik rumah dan terus luahkan perasaan dekat ibu sampai menangis nangis. Ibu pun terkejut dan rasa kesian.

Masa nie ibu tanya apa aku nak buat, aku cakap aku nak jumpa dia.

Aku pun tak pasti apa perasaan aku ketika itu tapi aku rindu sangat dekat dia. Ibu suruh aku doa banyak banyak dan fikir masak masak.

Aku dah ada life di depan aku nie, adakah aku nak teruskan ‘life aku yang nie atau go back to my and chase my past.

Ibu cakap ayah ada nak perkenalkan aku dengan beberapa anak kenalan dia. Aku cakap aku nak jumpa Ruwaidi dulu.

Selepas beberapa minggu aku cari info pasal Ruwaidi akhirnya dengan bantuan Adam, aku dapat tahu yang Ruwaidi rupanya ada di KL jea.

Dia bekerja di sebuah company XX. Aku pergi ke company dia. Aku park kereta kat luar sambil usha usha dengan harapan ternampak dia tapi takde hasil.

Akhirnya aku mintak bantuan Adam teman aku pergi rumah dia.

Masa nie Ruwaidi buka pintu dah alangkah terkejutnya bila aku tengok dia. Ruwaidi di hadapan aku nie lain sangat berbanding Ruwaidi yang aku kenal.

Ruwaidi depan aku nie a bit overweight, muka serabai dengan misai janggut, kulit kusam. Nampak sakit.

Adam pun terkejut sampai dia tanya nie Ruwaidi ke? Ruwaidi diam kemudian angguk perlahan.

Dia macam nak tak nak ajak kitorang masuk rumah dia.

Kitorang buat alasan ada dekat dekat sini lawat kawan jadi saja datang nak lawat dia.

Dia diam jea. Tanya sepatah jawab sepatah.

Aku rasa kitorang ada kat rumah tu 15 minit jea kemudian kitorang gerak.

Aku dalam keretanya dah menangis. Ya Rabbi. Macam takleh percaya itu Ruwaidi yang aku kenal dulu. Beza bagaikan langit dan bumi.

Adam masa nie tanya aku sama ada aku suka dia ke. Aku tak mampu nak jawab, hanya mampu menangis.

Adam cakap masa diorang kecil kecil dulu, memang diorang selalu ejek ejek Ruwaidi masa aku dah balik.

Diorang cakap aku awek dia sebab selalu lepak sama sama. Ruwaidi masa tu senyum senyum jea.

Dia cakap mungkin Ruwaidi pun ada crush dekat aku dulu. Masa nie aku lagilah meraung.

Then why did he ignored my feelings and married someone else?

Fikiran aku bertambah kusut. Kenapa Ruwaidi jadi sampai macam tu sekali. Aku nekad nak call dia.

Lepas beberapa kali barulah dia jawab. Aku tanya sama ada dia ingat aku lagi ke tak?

Dia cakap ingat. Aku bagitau dia yang aku nak jumpa dia, dia diam lagi.

Beberapa kali aku cuba untuk berjumpa dengan dia dan akhirnya kami berjumpa dekat taman berdekatan rumah dia.

Masa nie dia tunduk jea diam. Aku bagitau dia yang Adam ada cerita pasal dia dan Mia. Muka dia nampak macam nak panik. Aku tanya betul ke dah cerrai?

Dia diam lama, kemudian dia angguk kepala. Aku tanya apa status dia sekarang dan dia jawab dia hidup sendiri jea sekarang.

Aku tak tanya banyak banyak sebab ntah kenapa aku rasa nak mengangis.

Ruwaidi tak bersedia nak bercerita pasal pasti life dia. Aku pun tak nak paksa.

Aku cuma bagitau dia aku nak berkawan semula dengan dia, sudi tak dia?

Masa nie dia terkejut sangat sangat, dia pandang aku lama. Dia bagitau dia bukan Ruwaidi yang dulu. Things have changed so is he.

Aku cakap tak kisah. Aku nak kenal dengan Ruwaidi yang nie. Akhir dia hmmmkan aku jea.

Sejak dari hari itu, aku berkawan dengan Ruwaidi. Walaupun dia macam cuba elakkan aku dan susah nak bagi respond, tapi aku tekad. Aku elak segala topik yang buat dia tak selesa.

Ruwaidi kerja ok, gaji ok semua ok cuma aku nampak dia macam tak ada keyakinan diri dan bertambah pendiam. He looks so broken.

Aku ajak dia datang rumah tetapi dia selalu menolak.

Lepas beberapa minggu baru aku bagitau ibu pasal Ruwaidi. Ibu cakap is up to me kalau nak berkawan tapi ibu nasihatkan aku supaya jangan push sangat.

Ibu nak jumpa Ruwaidi tapi aku bagitau ibu dia belum bersedia lagi.

Masa birthday dia, aku buat sendiri kek dan surprise dia dekat rumah. Adam pun ada sekali dengan isteri dan anak anak dia.

Aku rasa awkward pulak nak pergi rumah dia sorang sorang. So Adam jadi mngsa. Nasib baik isteri dia sporting.

Masa nie, Ruwaidi finally cracked. Dia tanya aku kenapa aku beria ria buat semua nie? Apa yang aku harapkan dari dia?

Dia dah kahwin kemudian cerrai. He is a failure so why aku nak dia? Bertubi tubi dia tanya.

Aku menangis sebab tengok dia sangat Lost and broken.

Adam dan isteri bagi space dekat kitorang. Aku masa nie berlutut sebab I lost my strength nak berdiri.

Aku bagitau dia yang aku masa kecil ada crush dekat dia, then ntah masa bila aku suka dia.

Hati aku hancur bila dapat tahu dia dah kahwin tapi bertambah tambah hancur bila tengok keadaan dia sekarang.

For some reason I keep blaming myself. Mungkin kalau I approach dia awal awal semua nie takkan berlaku.

Aku luahkan segala isi hati aku sampai tersedu sedu takde suara nak cakap.

Ruwaidi menangis jugak tapi dia diam jea. Dia terkejut bila aku bagitau aku suka dia.

Lama kitorang diam, then aku cakap kat dia I don’t care whatever that happened previously.

Aku cuba untuk move on tapi sampai sekarang aku tak leh nak buka hati pada lelaki lain selain dia.

Aku tanya dia sudi tak share story dia dekat aku. Sudi tak bagi peluang kat aku untuk start over again.

Aku kenal Ruwaidi yang dulu then aku yakin Ruwaidi tu masih ada.

Masa nie Ruwaidi actually reject aku then bagitau aku deserved someone else. He asked me to leave.

Isteri Adam pujuk aku sepanjang perjalanan. Memang aku menangis sampai nak pitam rasa.

Bila sampai rumah, parents aku terkejut. Aku terus naik bilik then tutup pintu.

Adam ada cakap something to my parents. Ibu aku ketuk pintu nak masuk tapi aku mintak ibu aku time alone.

Keesokannya, ibu datang bilik aku. Aku cerita semuanya. Auto menangis balik.

Ibu cakap semalam ibu dah bagitau semua cerita dekat ayah. Ayah tunggu aku stabil dulu emosi kemudian ayah nak sembang dengan aku.

Aku just bagitau ibu yang aku nak masa sedikit. Dekat seminggu aku kemurungan. Aku ada sembang sembang dengan ayah dan ibu.

Jujurnya, ayah memang tak setuju kalau aku nak bersama Ruwaidi tapi kalau dah memang itu yang aku nak, ayah cakap dia nak jumpa dulu Ruwaidi tu bincang.

Sebab ayah cakap Ruwaidi memang budak yang baik as far he can remember tapi sebagai ayah, dia concern pasal percerraian dia. Ayah nak selidik pasal dia dulu.

Aku pergi kerja macam biasa, cuba sedaya upaya pujuk hati yang hancur kali kedua nie untuk teruskan hidup.

Lepas beberapa minggu, aku dapat mesej dari Ruwaidi. Dia cakap nak jumpa aku.

Aku terkejut awal awal tapi lepas beberapa hari, aku bersetuju nak jumpa. Jumpa dekat rumah aku, ingatkan dia tak setuju rupanya dia okay.

Hujung minggu tu Ruwaidi datang. Ayah dan ibu layan dia macam biasa kemudian diorang bagi space dekat kitorang untuk berbicara.

Lama dia diam kemudian dia mintak maaf dekat aku. Dia cakap dia tak tahu pun sebelum nie aku suka dekat dia, then betapa hancurnya hati aku bila dia kahwin.

Dia jujur dengan aku dia pun ada crush dekat aku tapi dia segan sebab dia cakap taraf kitorang berbeza jadi dia tak berharap sangat.

Antara memori indah dalam hidup dia adalah masa aku spend time dengan dia time kecil kecil dulu.

Masa aku belajar luar negara dia pun heart broken, cuma dia tak berani aku confess dekat aku. Dia just go with the flow.

Mia nie kahwin atas dasar taat pada mak dia. Mak Mia bagitau Mia sejenis yang kasar dan dia berharap lepas kahwin Ruwaidi boleh bimbing dia.

Macam macam Mia dan keluarga dia buat akhirnya dia kalah pada suruhan mak dia.

Masa tu aku pun senyap tanpa khabar jadi dia ingatkan aku dah lupakan dia.

Masa bulan bula awal perkahwinan, Mia memang sweet dan baik. Tapi lepas tu, Mia mula naik kepala. Dia demand macam macam dari Ruwaidi.

Nak semua barangan branded. Ruwaidi memang cuba untuk puaskan hati dia. Duit diberi lebih dari cukup.

Bila dah ada duit, Mia mula keluar sana sini lepak. Mia suka nak menunjuk dekat member dia semua barangan branded yang dia beli.

Balik lewat malam bila Ruwaidi tanya, dia dah mula menengking Ruwaidi.

Then dia complaint semua tak cukup. Nak lagi rumah besar, kereta nak tu nie, emas lah handbag.

Sebanyak mana Ruwaidi bagi, tak pernah cukup. Mak Ruwaidi yang duduk sekali pun selalu kena tengking.

Mia berhenti kerja lepas kahwin. Tapi bab bab masak, kemas rumah semua ke laut.

Mostly, memang mak Ruwaidi yang buat. Masa nie baru mak Ruwaidi nampak perangai sebenar Mia.

Dia mampu berlakon tak sampai setahun jea sebagai isteri solehah, kemudian keluar perangai puaka sebenar dia.

Ruwaidi cuba menasihati Mia dan beri bimbingan tapi Mia memang keras kepala sangat. Dia suka burukkan Ruwaidi dekat keluarga dia, Ruwaidi dera dia lah apa bagai sampai bergaduh kedua dua keluarga.

Keluarga Mia salahkan Ruwaidi tak pandai bimbing isteri. Padahal tak sedar keluarga Mia memang jahanam.

Abang abang dia pernah kena tangkap kes ddah/ketum, kakak dia pernah kacau keluarga lain sampai kantoi then jadi isteri kedua. Gaduh dengan madu sampai naik mahkamah.

Tapi nak act macam keluarga suci. Memang dasar keluarga puaka.

Mia tak nak anak sebab dia nak jaga badan. Boleh dia suruh Ruwaidi ambik jea anak kakak dia sebagai anak angkat. Anak kakak dia tu anak luar nikah.

Part 2 Mia cakap dia terpaksa curang krn Ruwaidi tk mampu. Ruwaidi counter balik, lafazkan cerrai. Tp Mia lg licik.

Sumber – Jasmine (Bukan nama sebenar) via IIUMC





Post a Comment (0)
Previous Post Next Post