Foto sekadar hiasan
Dilema Seorang 1steri
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi semua. Tak tahu macamana nak mulakan. Terlalu aib untuk disuarakan. Mesti kena kecam teruk.
Tapi perlukan cadangan yang berhemah bagaimana nak selesaikan masalah yang aku tanggung ini.
Aku seorang isteri yang sudah berusia 50an. Suami jugak sebaya. Anak anak sudah dewasa. Ada yang sudah berkerja, ada yang sudah berkahwin dan ada yang masih belajar di IPTS.
Dengan maksud lain, anak anak sudah ada kehidupan sendiri. Tinggallah kami berdua, I lap you, you lap me.. huhuhu.
Pada pandangan kasar orang luar, kami pasangan bahagia. Kehidupan boleh tahan mewah walaupun kini kami berdua sudah bersara.
Masalah yang aku tanggung sudah terlalu lama aku hadap dan “merana” seorang diri kerana aku tidak tahu bagaimana mahu selesaikan jika suami sendiri buat tidak kisah.
Dari aku masih subur dan punyai drah haid, sehingga kini aku sudah 2 tahun full menopause. Kesengsaraanku ini sendirian ku tanggung tanpa rasa bersalah dari pihak suami.
Kami sudah tidak punyai hubungan kel4min selama lebih dari 7 tahun. Suami yang punyai penyakit 2 serangkai memang tidak boleh melunaskan nfkah batin untuk aku, isterinya.
Al4t sulitnya sudah terlalu lemah dan tidak berfungsi lagi. Sudah aku berlapik bicara memintanya untuk dapatkan rawatan doktor pakar Tuan, namun suami hanya buat bdoh dan tak ambil peduli.
Boleh pulak dia mengusikku depan depan para sahabat karibnya kononnya aku ni banyak kelemahan yang membolehkan dia untuk cari isteri lain.
Para sahabat pun bergelak ketawa dengan jenaka sang suami yang menyebabkan hatiku sakit bagai dihiris sembilu.
Mahu saja aku menjerit menceritakan duduk perkara sebenar, tapi untuk apa? Ibarat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri kan???
Mungkin ada pembaca yang akan kecam diriku tapi hakikatnya setiap kita Allah jadikan punya hati, perasaan dan hawa nfsu.
Aku punyai seorang ibu saudara yang memang rapat denganku lebih dari ibu sendiri. Dia 10 tahun lebih tua dariku. Suaminya 20 tahun lebih tua dariku.
Ibu saudaraku ini pernah akui dia dan suami masih berhubungan kel4min. Suaminya masih gagah perkasa! Makanya apa yang terjadi pada diriku ini bukanlah perkara yang normal.
Seharusnya masih boleh diperbaiki dan akhirnya hubungan kami suami isteri pasti dapat dipulihkan dan menjadi sihat semula.
Kalau kaum lelaki tak puas dengan isterinya, mereka boleh kahwin lain sampai 4 isteri.
Namun seorang isteri tiada hak sedemikian dan hiduplah dia dalam kegers4ngan dek keengganan seorang suami untuk mengakui kelemahan diri dan seterusnya mencari rawatan yang sewajarnya.
Nak mengadu ke pejabat agama? Tak payahlah…. belum apa apa nanti, kecaman dan cemuhan dulu yang dilempar ke muka kita.
Sedangkan dalam lafaz taklik selepas nikah dulu pun terang terang ada disebutkan keperluan memberi nafkah zahir dan batin kepada sang isteri yang telah dinikahi.
Apa yang perlu aku buat lagi? jangan suruh bersabar ya…. Dah puas aku mengaji, berzanji dan berzikir untuk menahan nfsu dan cuba untuk redha.
Namun masih gagal kerana aku hanya seorang insan normal yang Allah jadikan yang memerlukan kaum berlainan jenis untuk kepuasan diri sendiri.
Nak mintak seseorang untuk nasihatkan suami, aku terpaksa buka cerita dalam kelambu dahulu kepadanya. Sudah tentu aku tidak mahu mengaibkan suami.
Aku benar benar buntu. Umpama ditelan mti mak, diluah mati bapak.
Sampai satu tahap aku sudah nekad untuk berpisah. Alang alang dah dibiar gers4ng, biarlah aku hidup sendirian; tak perlu nak hadap keperluan seorang suami lagi.
Tapi aku jugak berfikir tentunya masyarakat akan jatuhkan hukuman padaku kerana “kekejaman” aku yang nak bercerrai atas satu sebab itu.
Namun percayalah, satu sebab inilah yang asalnya kudis kecil, kini menjadi nanah besar. Bakal bertukar menjadi bisul berdenyut denyut.
Dan apakah harus aku tunggu sehingga jadi kanser berdrah baru nak ambil tindakan?
Sementelah akhir akhir ini, suami sudah pandai naik angin. Dia yang salah faham apa yang aku cakap, kita pulak dia jerit dan jerkah macam aku ni hamba abdi dia.
Bila dah marah marah kita tanpa usul periksa, boleh pulak pusing 360° bercakap macam biasa seolah olah tiada apa apa yang berlaku.
Sedangkan aku yang dimarahinya ini ambik masa 2 hari untuk tenangkan diri dan kawal airmata jangan keluar lagi setiap kali kena herdik.
Dulu dialah seorang suami dan ayah paling penyabar. Aku yang dulunya mudah naik angin dengan anak anak yang teramat nakal waktu mereka kecil.
Sekarang dunia sudah terbalik. Dia pulak yang terlalu cepat sentap.
Suamiku jugak berlagak umpama raja; dia sahaja yang betul. Kalau silap pun dia tak akan akui kesilapannya.
Malahan diputar balik kata kataku macam aku pulak yang salah. Inilah yang orang selalu cakap tentang “midlife crisis” agaknya.
Amat perit masalah yang kualami kerana aku tidak boleh bercerita kepada sesiapa, melainkan mengadu kepada Allah swt.
Oleh itu, nasihat dan petua dari para pembaca semua amatlah dialu alukan.
Terima kasih.
Part 2: Dilema Seorang 1steri II
Salam semua. Terima kasih admin siar kan confession pertama saya. Terima kasih juga komen komen yang diberikan.
Nak tergelak baca beberapa komen dari pembaca yang saya kira jauh lebih muda dari saya yang separuh abad ini.
Ini sambungan saya yang terakhir demi menjelaskan beberapa perkara. Saya tidak boleh cerita terlalu details, nanti ramai yang tahu identiti saya kerana kawan kawan saya pun ramai pengikut setia ruangan IIUM Confession ini.
Ada yang komen saya ni seorang yang berilmiah, kembang hidung sekejap. Hahaha. Saya biasa sahaja. Belajar sampai degree pertama.
Ramai lagi yang ada ilmu sampai pHd. Namun saya dididik untuk gunakan akal dan common sense.
Banyak ilmu kehidupan yang kita tidak belajar di sekolah pun. Kita belajar dalam kehidupan seharian. Kematangan juga datang seiring dengan peningkatan usia kita.
Bagi yang komen fikirkan kematian, buat apa fikir pasal s3ks, pergi mengaji, kuliah agama, berjalan dengan rakan rakan, saya baca sambil tertawa….
Kenapa? sebab saya memang buat semua itu sampai sekarang.
Apa sahaja yang boleh menjauhkan fikiran saya dari masalah dalaman dengan suami, memang saya akan usaha dan berikan perhatian.
Saya memang ada sekelompok kawan yang saya gelar sebagai travel buddies saya.
Macam macam kami rancang sehinggalah terbantut semuanya gara gara c0vid.
Saya juga aktif dalam program kebajikan. Saya nak sedekah banyak banyak pun saya masih banyak komitmen, saya sedekah lah tenaga dan ilmu yang saya ada untuk kebaikan masyarakat setempat.
Saya sebenarnya seorang isteri yang sangat berdikari. Sementelah dari muda tugas suami memerlukan dia sentiasa keluar daerah, saya terbiasa lakukan semua kerja kerja di rumah yang sepatutnya suami yang buat.
Tukar mentol, potong rumput, wa’ima nak panggil plumber atau kontraktor repair rumah pun semua saya yang uruskan.
Dahlah masa muda pun memang gaji saya 3 kali ganda dari suami, logiknya memang sayalah yang keluar duit untuk perbelanjaan tidak dijangka dan kecemasan.
Suami lunaskan kos bulanan makan minum, api air dan bil telefon. Loan rumah dan kereta pun saya yang bayar.
Saya sarat mengandung sampai perut dah cecah ke stereng kereta, saya tetap memandu sendiri ke tempat kerja.
Dah turun drah di rumah nak bersalin anak ketiga pun, suami masih di luar melayan client overseas dia.
Saya dah ready nak telefon ambulan, tapi suami sempat balik dan bawa saya ke hospital.
Saya sanggup terima semuanya sebab itu pilihan saya. Waktu itu saya tak kisah sebab suami juga sediakan pembantu rumah kerana saya juga bekerja.
Okaylah kan…. dia yang bayar gaji maid walaupun banyak tahun saya jugak yang tolong tampung.
Never mind sebab saya fikir saya masih dapat “servis” dari suami. Aset dalam seluar dia tu masih saya dambakan (maaflah kalau bunyinya dah X-rated, tapi ini hakikat yang kita semua perlu terima)
Ada justifikasi di situ. Saya kira takpelah saya berkorban wang ringgit, asalkan suami melayan keperluan batin saya. Yang lain lain boleh pejam sebelah mata.
Suami juga bukan duduk goyang kaki… dia pun berusaha keras sehingga satu tahap dia sendiri bergaji besar dan mampu ambil alih perbelanjaan keluarga kami.
Alhamdulillah. Saya boleh tarik nafas sedikit.
Tetapi bila dah terlalu lama nafkah batin saya diabaikan, saya bertanya kepada diri sendiri, dah kalau hampir 80% urusan kehidupan, saya boleh urus sendiri.
Dan suami pulak tugas utama dia yang satu itu pun dia tak mampu nak buat, apa perlunya saya ada suami?
Adanya suami di sisi saya, mengelakkan saya dari digelar “janda”.
Dah kalau batin saya tersiksa, apa beza nya saya sebagai isteri dengan kaum wanita di luar sana yang sememangnya seorang janda?
Saya akan bertahan selagi saya mampu bersabar. Gunung berapi di Indon dah lama menyepi. Mungkin lepas ni gunung di Malaysia pulak yang akan meletop! Hahaha.
Dah tahap umur begini, saya kira saya mampu lupakan keperluan batin saya. Namun bi0ligi badan kita bukan kita boleh kawal, bukan boleh bukak tutup suis dengan remote control macam tv dekat rumah tu.
Dah suami pun tidur di sebelah kita, bunyi nafas dan dengkurannya pun boleh naikkan syahwat kita. Tapi isteri nya ini dibiarkan sahaja ibarat tunggul kayu.
Okaylah kalau pisang dah lembik benyek hanya boleh buat cekodok, kenapa tak ambil inisiatif lain untuk belai isteri, urut urut manja ke, tepuk tepuk belakang macam dodoikan anak tidur ke..
Kalau saya boleh tidur dulu dari dia, saya memang tidak kisah dan komplen. Sekarang ini, dia yang dulu lelap sebaik labuhkan badan.
Saya sudahnya yang terkebil kebil ibarat cicak berak kapur, merenung siling sampai rasanya boleh nampak jin ke, malaikat ke, dah tak mampu nak kata apa lagi dah!
Such hopeless case. Kenapalah dulu aku tak sambar si Anuar Zain tu kan…. Cis… dia pun sudahnya bujang terlajak je. Rugi… rugi, hahaha.
Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang beri nasihat dan kata kata semangat. Saya sangat sangat menghargainya.
Buat adik adik yang masih muda, ingatkan suami anda tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Suami saya dah tau dia ada hypertension dari usia muda dan diabetes sejak 10 tahun yang lalu tetap tidak kisah tentang pemakanannya.
Makan ikut selera dia sahaja. Merkok lagi. Dia tahu saya tidak suka, dia sorok sorok hisap rkok kononnya.
Dia lupa saya tak nampak tapi Allah nampak. Nampak tak? Saya je yang sayangkan dia, tapi dia tak sayang pun nyawa sendiri.
Dia lemah tenaga batin, siapa yang rugi? Pembaca tahu jawapannya….
Isteri merana.
Reaksi Warganet
Onlya MDom –
Kesian awak. Boleh je minta cerrai sebab babitkan hal nafkah batin. Tak salah pun. Perempuan memang ada hak.
Saya doakan semoga Allah permudahkan dan jumpa pengganti lebih baik.
Ezabel Harhar –
Pendapat saya… Most men susah nak terima kalau kita ajak berbincang hal ni atau ajak ke pakar..
Sama ada malu atau ego yang lebih, tak pasti.
Se setengah lelaki yang minda terbuka dan sayang akan perhubungan nya dengan permaisuri nya, dia akan berkomunikasi dan cari solusi bersama.
Saya pernah alami masalah ini tetapi he is not Malaysian. Dia cakap dia ada rahsia nak cakap before married.
We discussed it heart to heart. Without any prejudge atau tuduhan melulu. Diskusi dan kami bincang solusi, disebabkan negara dia tak ada rawatan macam di negara Malaysia…
Dia minta tolong saya. Main point saya rasa ego, komunikasi dan bincang solusi. Tak payah nak tengking isteri. Lagi pun itu salah satu tanggungjawab kan.
Kalau isteri lain, may be dia minta cerrai dan dia berhak. Jalan terakhir, minta nasihat pejabat agama…
Nur Jaslina –
Puan boleh rujuk kepada Doktor Pakar Perubatan Sakit Tuan (Ur0logy) dan Kaunselor bertauliah bagi urusan yang berkenaan.
Namun usaha ini bukan sekali pertemuan terus selesai, dapat kerjasama kedua belah suami isteri amat membantu merungkai permasalahan. Tujuan utama untuk keharmonian rumah tangga Insyaallah.
Nak pujuk suami bukan mudah. Ajak bincang pada masa dan mood yang bersesuaian. Especially time dia sedang happy atau dapat berita gembira, cepat cepatlah pujuk.
Boleh juga minta bantuan orang ketiga yang amanah dan dipercayai (tak perlu pun cerita hal ehwal suami isteri) untuk sama sama mengajak berjumpa Doktor atau Kaunselor bagi sesi yang berkenaan.
Tak semua orang pakar dan arif dalam semua bidang. Bila melibatkan isu kesihatan dan jiwa, rujuk pada yang lebih pandai, arif dan punya tauliah.
Kalau bab melibatkan hukum dan agama, bolehlah rujuk kepada ustaz, ustazah atau orang yang arif di Pejabat Agama.
Pilihlah dan buatlah yang terbaik untuk kesihatan masing masing dan kerukunan rumah tangga.
Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan bercerai.
Sumber – Dahlia Purple (Bukan nama sebenar) via IIUMC