Tengok budak sekolah naik kete mahal, suami teresak2. Mula dengan jual air balang, sampai ada saving 7 angka



 Foto sekadar hiasan

Titik Permulaan Keluarga Kecil Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca.

Nama aku Fatin (bukan nama sebenar). Aku yakin ramai dari kita ni yang sedaya upaya nak buat yang terbaik untuk keluarga kita.

Aku dengan suami aku pun sampai sekarang masih cuba yang terbaik untuk keluarga kecil kami.

Aku dengan suami kahwin muda masa umur 23, kami berdua ni belajar cuma sampai diploma. Habis belajar terus kerja, kerja office 9-5 sabtu ahad cuti.

Gaji kami berdua ni tak banyak mana. Jejak lah dalam 3ribu ringgit setiap bulan.

Dari pandangan luar nampak hidup senang kerja ofis pakai smart smart hakikatnya tidak juga.

Setiap bulan bayar duit rumah sewa flat 2 bilik 450 ringgit. Lepastu bil api air setiap bulan lebih kurang 80-90 ringgit.

Tolak itu dan tolak dapat lah jumlah yang kami guna untuk kehidupan harian.

Kami suami isteri ada motor sorang satu dan ada sebiji kereta (kancil) yang masih dalam tanggungan. Jadi baki selepas tolak segala perbelanjaan tak banyak mana.

Sampai lah satu harini tahun 2013, kami berdua suami isteri masih ingat sampai sekarang.

Balik kerja singgah makan dekat kedai ni, seberang jalan tu pula ada sekolah rendah.

Tengah duduk makan sambil borak nampak lah ramai budak sekolah rendah berpusu pusu nak balik. Ada yang naik bas, naik van, naik motor, naik kereta.

Suami aku pun cakap dulu dia jalan kaki, yang aku pula dulu ayah ambik naik motor.

Suami aku pun cakap “nampaknya anak kita naik kancil lah nanti” sambil kami berdua gelak.

Jadi nampak lah yang budak sekolah naik kereta ni, semua kereta brand yang “mahal” banyak.

Aku dengan suami tengok dari awal sampai akhir tak ada sorang pun balik naik kereta kancil, kelisa.

Kalau proton pun perdana, wira, lepastu yang lain kereta macam BMW, Honda, Hyundai.

Aku pun cakap dengan suami “sekolah budak kaya ke ni ramai bawa kereta mahal”.

Suami aku pun cakap, “yerlah kan kancil dengan kelisa tak ada pun”..

Dalam perjalanan balik suami aku cakap dia dulu waktu kecik jealous sangat kalau nampak kawan kawan balik naik kereta sedap ada air con kereta pula mahal.

Dia pula dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah cuma jalan kaki.

Suami aku pun cerita macam mana dulu dia pergi rumah kawan dia waktu raya dan majoriti rumah kawan dia semua dua tingkat yang 4-5 bilik.

Lepastu semua ada air con dekat rumah, kereta sampai 2-3 biji. Ada satu rumah tu siap ada swimming pool.

Jadi suami aku dalam hati “bestnya rumah besar, ada air con, peti sejuk besar, tv besar, ada ps1, ada computer, ada kolam renang”.

Dia selalu macam tanya kenapa di lahirkan dalam keluarga yang susah. Kenapa dia tak di lahirkan dalam keluarga yang senang macam kawan kawan dia.

Sambil suami aku cerita sambil dia teresak esak nak tahan taknak menangis kuat. Aku waktu tu cuma mampu diam dan pegang bahu dia dengan kuat. Aku waktu tu memang kalau boleh tak nak lepas.

Seminggu kemudian, suami aku pun cakap dia nak kerja part time. Aku macam terkejut tanya, “sayang nak guna duit ke? Kalau nak guna duit ni dulu saya ada simpan”.

Tapi suami aku pun dia terangkan satu persatu satu.

Dia explain dekat aku, kalau boleh nanti kami berdua dah ada anak, anak kami membesar dengan segala cukup pakai.

Membesar dekat rumah luas dan selesa, ada segala benda yang cukup. Dalam masa sama dia suami aku nak aku isteri dia hidup mewah.

Aku terkejut juga sebenarnya, sejujurnya selama kami kenal dan bertunang, kahwin aku dan suami ada persefahaman yang kami okay dengan kehidupan kami.

Dari segi kewangan, rancangan, keluarga in law. Tak pernah selama ni aku atau suami aku nak hidup mewah. Aku selesa dengan hidup aku.

Tapi suami aku tidak, dia cakap selama ni iya memang dia setuju dan terima cara hidup kami berdua. Tapi bila fikir balik kalau boleh dia nak bagi yang sebaik mungkin.

Selepas seminggu kami bincang segala benda akhirnya suami aku dapat kerja part time. Kerja kedai makan, dari pukul 7 sampai pukul 1 pagi. Dapat lah RM35 setiap hari.

Aku hampir setiap hari tanya “sayang are u okay? Tak penat ke. Kalau penat rehat dulu” tapi dia jawab okay, katanya waktu muda ni boleh ‘all out’ kerja.

Suami aku pun kerja 4 bulan part time. Aku sebenarnya berhasrat nak kerja part time malam.

Tapi suami aku dia reject, dia cakap aku kena tidur cukup 8 jam dia tak apa tak cukup 8 jam tidur.

Masuk bulan ke-5 part time. Sabtu ahad ni kira masa lapang kami berdua dan waktu rehat. Ada sorang makcik dekat flat ni dia nak jual barang meniaga air sebab nak pindah kampung.

Jadi aku pun macam tiba tiba jumpa suami aku dan cakap “apa kata sabtu ahad kita meniaga pasar malam jual air”.

Lepas sejam bincang aku pun dengan suami jumpa makcik ni dan nak beli barang dia.

Ada lah dalam 5 balang, lepastu meja, khemah. Sambil tu kami pun tanya segala macam benda tentang nak berniaga air dengan makcik ni.

Seminggu tu kami brainstorm nak meniaga air apa. Seminggu tu aku suami isteri pusing keliling pasar malam setiap tempat nak tengok air apa yang paling laku.

Bila check air soya yang setiap tempat memang paling laku. Lepastu air tembikai dengan koko. Baru lah air lain macam katira dengan kelapa.

Akhirnya kami decide air Soya, Tembikai, Durian belanda, koko dan teh ais.

Waktu ni memang jarang pasar malam jual teh ais macam sekarang. Tapi kami nampak satu pasar malam ni teh ais dia laris betul. Sampai buat dua balang.

Jadi setiap hujung minggu kami semua isteri meniaga dekat pasar malam dan Alhamdulilah air kami sentiasa habis.

Jadi kami setiap bulan yang asalnya jumlah isi rumah 3ribu tapi kalini 4ribu lebih.

Kalau selama ni kami tak pernah menabung buat saving apa semua. Tapi kalini kami dah boleh saving.

Memang penat, tapi hakikatnya suami aku lagi penat. Dalam masa setahun aku dengan suami siap ‘franchise’ kan air kami.

Beli balang air dalam 10 lepastu meja lagi upah orang suruh meniaga dekat pasar malam lain. Boleh di katakan dalam satu malam tu boleh jejak seribu untung jualan.

Alhamdulilah tahun tu rezeki kami ni melimpah ruah. Kerja 9-5 kami tetap fokus. Suami aku pun berhenti kerja part time dan kami berdua fokus berniaga pasar malam setiap malam.

Jadi sekejap ke tempat sini, sekejap ke tempat sana. Bawa lah balang air kami ke hulu ke hilir.

Siap beli van second hand sebab nak bawa barang yang banyak. Tapi sabtu ahad kami tak berniaga sebab nak rehat.

2015, tahun ni kami buat investment yang besar siap buat loan. Kami buka self service laundry atau dobi.

Aku dengan suami perasan kawasan kami tu 20-30km tak ada satu pun kedai dobi self service.

Jadi lepas fikir panjang, lepas guna semua saving loan lagi akhirnya hujung tahun 2015 kami buka Dobi layan diri.

2 bulan pertama memang mengecewakan. Tapi lepas buat flyers hantar sana sini, buat banner besar letak dekat tiang akhirnya ramai.

Hal meniaga air kami upah pekerja untuk uruskan dan Alhamdulilah pekerja semua tak ada masalah.

Kami pula fokus bahagian Dobi. Dari satu cawangan, buka cawangan lain dan sekarang ni dah ada 5 kedai Dobi.

2016 baru kami dapat anak pertama dan Alhamdulilah dapat anak kembar. Rezeki kami setiap tahun makin melimpah ruah itu tak termasuk tahun 2015 itu juga aku mula menceburkan diri dalam bidang meniaga online.

Beli barang dari China dan sejujurnya bagi kami suami isteri meniaga online ni yang buat untung isi rumah kami memang betul betul laju.

Sebab tahun tu kira memang ramai dah rancak beli barang online. Kami siap sewa warehouse ni sebab nak letak barang online yang banyak. Upah pekerja dalam 5-6 orang.

2017 tahun yang boleh di katakan tahun paling gembira buat aku, suami dan anak anak. Tahun ni kami beli rumah selama ni menyewa. Beli rumah lelong, besar ada kolam renang.

Aku dengan suami punyalah semangat mencari rumah tahun tu nak yang kolam renang sebab nak kasi suami aku boleh rasa apa yang waktu childhood dia tak pernah rasa.

Harga memang mahal tapi Alhamdulilah tahun tu rezeki kami ada simpanan cukup 7 angka.

Bila dah sign contract dah lunaskan segala bayaran. Kami suami isteri ni cuma mampu menangis berpeluk dekat ruang tamu rumah tu.

Alhamdulilah hidup keluarga kami tahun 2022 ni bolehh di katakan mewah.

Dalam masa yang sama aku selalu ingatkan suami jangan lupa bersedekah, jangan lupa bayar apa benda penting.

Bagi aku benda ni aku sentiasa ingatkan diri aku takut lupa diri dan sombong.

Aku kadang tu ada rasa macam sombong, meninggi gitu tapi selalu aku kawal tahan dan control.

Aku pun harap penulisan aku ni tak ada unsur sombong dan riak.

Tapi lebih kepada nak berkongsi macam mana kami suami isteri bersama sama cuba beri yang terbaik untuk keluarga kecil kami.

Aku tahu ramai mak/ayah luar sana macam aku dan suami yang setiap hari tak putus asa beri yang terbaik untuk masa depan anak anak kita.

Aku pun sampai sekarang tak pernah berhenti untuk bagi yang terbaik bukan setakat untuk anak tapi untuk suami dan juga institusi keluarga kami.

Reaksi Warganet

Rahmah Rahman –
Bukan senang nak jadi orang senang. Begitu la.

Orang selalu nampak orang berjaya tu senang senang gitu tapi di sebaliknya rencah kesusahan mereka ramai tak tau..

Somer Denot –
Ye betul kalau nak mewah tak cukup setakat kerja biasa, kena gandakan usaha.

Walau macam manapun semua ni, hidup mewah ke, hidup susah ke, semua Allah yang izin.

Emma Rin –
Aku pernah dengar biasa orang yang simpanan 7 angka ni memang dia buat bisnes walaupun ada keje tetap.

Tapi apa pun masa muda ni la time nak all out, cari duit banyak.

Bila dah masuk umur 40 terutama bagi wanita, memang nak rasa rehat rehat je dah.

Tahniah sebab tak sia sia kan masa muda. Aku je yang rasa menyesal tak hargai masa muda dulu. Huhu

Hanis Azmi –
Alhamdullilah, saya sangat bangga dengan jutawan Muslim, semoga zakat yang dikeluarkan dapat membantu orang susah.

Harapnya simpan juga duit anak anak belajar supaya tak perlu pinjam PTPTN dan tak ambil biasiswa.

Biarlah biasiswa menjadi hak milik orang miskin.

Muhaizam Lee –
Subhanallah… Dari borak borak kosong tersemat azam untuk perbaiki kehidupan. Sangat memotivasikan.

Memang berniaga itu 9/10 sumber rezeki. Suami isteri yang saling sokong menyokong. Doakan saya begitu.

Saya juga ada plan nak berniaga, tapi isteri tidak yakin kerana dia terlalu fokus dengan kerjaya sedia ada yang berjawatan tinggi.

Bermaksud, dia tak dapat nak bantu dari segi tenaga dan masa. Saya pun berjawatan tetap dan pendapatan terkumpul kami sempadan M40 ke T20.

Tapi saya seperti suami TT, mahukan kehidupan yang lebih selesa untuk anak anak. Sedangkan dia pasrah dengan rezeki yang ada.

Sumber – Fatin (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post