Foto sekadar hiasan
Aku Sayang Dia, Tapi…
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi semua. Saya berumur 42 tahun. Cukup jika panggil saya Reen. Saya ada 4 orang anak.
Semalam, hari yang paling sedih dalam hidup saya. Suami akhirnya melafazkan talak 1.
Saya menangis saya merayu untuk dia tarik balik kata kata tu. Tapi, semuanya dah terlambat.
Nak dijadikan cerita, lagi tiga hari saya nak tunai umrah.
Suami tiba tiba bercerita semua kesilapan lalu saya.
Kawin dengan saya bila saya dah takde dara, buat loan tanpa pengetahuan dia, bagi duit dekat seseorang dimana akan dapat return yang tinggi (pelaburan).
Macam macam lah yang saya pernah buat.
Sampai suami kata, saya tak perlukan dia dalam hidup dan dia kata tak mampu lagi nak hidup dengan saya.
Demi Allah, saya tak guna duit dia pun untuk semua barang dan kehendak yang saya nak.
Semuanya pakai duit saya. Sebab saya tak nak menyusahkan dia la, saya buat loan.
Tapi kantoi juga akhirnya.
Suami tak boleh terima apa yang saya buat. Saya dah minta maaf dan saya rasa sedih sebab suami masih ungkit kesalahan lama saya.
Walaupun saya dah minta maaf dan tak buat dah lagi.
Saya sangat sayangkan dia. Tapi saya selalu rasa kecewa bila dia masih ungkit cerita lama saya.
Saya tak nak anak anak saya ada mak ayah yang bercerrai.
Untuk pengetahuan semua, suami datang dari keluarga yang bercerrai berai.
Saya pula kehilangan mak ayah. Yang ada adik beradik yang saya sayang.
Suami sebenarnya tak boleh tengok saya baik dengan adik beradik.
Dia kata, syurga saya bukan dekat adik beradik. Allahu. Sedih betul saya.
Mak nya ada lagi, mula mula saya memang takda isu dengan mak mertua, tapi lepas saya bersalin, mak ungkit yang kami tak pergi kenduri kawin adiknya (satu mak bukan sebapa).
Masa tu PKP dan saya waktu itu menunggu hari nak bersalin.
Perkara tu buat saya rasa terkilan dengan sikap mak mertua. Dan ada lagi cerita lain yang saya tak mampu nak cerita.
Yang lagi saya sedih, suami kata dia tak redha atas saya selagi saya tak ikut dia pindah negeri di utara.
Saya memang tak nak pindah, sebab dah selesa dekat sini dan anak anak pun merayu tak nak pindah.
Yang sulung darjah 6 nanti baru dapat jadi pengawas. Impian dia. Akhirnya Allah makbulkan.
Begitu juga anak anak lain, mereka tak nak ikut papa dorang pindah. Tapi papa dorang tetap marahkan kami.
Saya buntu, tapi saya masih berharap suami tarik balik lafaz dan kami rujuk.
Tapi saya rasa harapan saya tipis dan saya rasa sedih sebab saya nak tunai umrah, suami buat saya macam ni.
Dan suami kata dia rasa lega lepas lafazkan cerrai tu.
Soalan saya, suami ada hak ke atas duit isteri?
Dan suami saya sebenarnya tak bagi nafkah. Duit yuran anak anak, transport dan pengasuh semua saya bayar. Bil letrik, unifi, bil air semua saya bayar.
Atas sebab saya kesiankan suami la saya tolong bayarkan semua.
Tapi suami asyik ungkit duit saya pergi mana. Duit dia habis atas jalan raya tol dan minyak untuk balik rumah jumpa kami.
Suami marahkan saya, duit gaji saya tak beli rumah atau kereta macam dia. Allahu, sedih betul hati saya.
Sekian saja cerita saya. Saya memang mengakui kesilapan saya tak bagitau suami yang saya buat loan tanpa pengetahuan dia.
Tapi saya rasa saya betul sebab tu duit saya.
Entahla. Saya bingung. Terima kasih baca luahan saya.
Doakan saya dapat tunai umrah, dan mendapat umrah yang mabrur.
Reaksi Warganet
Al Faqirah –
Awak masih dalam iddah tu, minta izin suami pergi umrah. Mintalah pertolongan Allah.
Pengajaran, Satu tak faham, tulah jangan citer masa silam kita kepada lelaki lebih lebih lagi pada suami. Bila gaduh tu memang point lelaki.
Semoga Allah permudahkan urusan sis.
Dyana Md Noor –
Pelik jugak awak ni. Dia tak bagi apa nafkah, siap mengungkit bagai. Tapi awak sayang. Pelik pelik.
Dengan mak mertua pun hubungan tak baik, jadi celah mana nya yang benda manis nak di kenang?
Bertanggungjawab ke dia? Rajin sangat ke dia?
Apa je istimewa sampai rasa sedih sangat kene cerrai dengan manusia yang macam ni ek?
Dee Ya –
Awak…untung nya awak. Tuhan permudahkan urusan berpisah dengan laki.
Perempuan lain punya la susah nak dapat kan cerrai daripada lelaki yang tak bertanggungjawab macam suami awak.
Percayalah. Awak akan lebih bahagia tanpa suami dan mertua. Mereka berdua tu akan sentiasa merosakkan mood awk. Baik lah mereka takde dalam hidup awak.
Sujud syukur dan redha dengan ketentuan Tuhan. Awak takde salah pun sebab berbaik dengan adik beradik.
Duit awak hak awak. Suami tak boleh pertikai. Dah la dia tak bagi nafkah.
Patutnya tempat tinggal makan minum pakaian dan keperluan anak isteri, suami yang korbankan duit. Bukan awak.
Jangan merayu lagi untuk bersatu. Cerrai lagi baik. Nanti tuntut segala nafkah dan keperluan awak dan anak.
Segala duit yang pernah awak keluarkan selama jadi isteri dia, awak listkan dan tuntut ok. Biar semua tahu yang suami bersalah selama ini
Nurna Nafiz –
Salam sejahtera puan. Izinkan saya memberi pendapat yang sedikit berbeza.
Btw, sebelum itu, puan sudah dikira dalam eddah, sebaik baiknya semak semula tarikh umrah tersebut. Ok kita teruskan.
1) Saya rasa suami puan bukan marahkan puan buat loan atau melabur di mana mana.
Tetapi apabila setiap keputusan puan (bukan kewangan sahaja) tidak dimaklumkan/ dibincangkan dengannya, dia rasa kehadirannya tidak diperlukan dalam hidup puan.
Dia rasa tersisih, dia rasa dia bukan orang penting dalam hidup puan.
Tambahan pula tinggal berjauhan dan puan berkeras untuk tidak ikut pindah.
2) Perancangan untuk pergi umrah ini adakah berserta suami atau perancangan puan sendiri yang tidak disertai suami.
Jika suami ikut, alhamdulillah. Semoga ada jalan untuk mempertahankan rumah tangga.
Tetapi jika suami tidak termasuk untuk ikut serta dari awal lagi, maka puan rujuk semula apa yang saya katakan di perkara 1 tadi.
3) Soal suami marah puan rapat dengan adik beradik pun saya rasa berlaku kerana point 1 tadi. Suami merasa tersisih kerana tidak dilibatkan dalam urusan membuat keputusan.
Mungkin dia beranggapan puan lebih mesra dan terbuka untuk bertanyakan pendapat adik beradik berbanding bertanyakan pendapatnya.
Dan saya yakin perasaan ‘tidak dianggap’ telah lama wujud dalam diri suami puan dan urutan peristiwa yang berlaku seolah olah membenarkan perasaannya.
4) Isu terbesar mungkin juga keengganan puan tidak mahu berpindah dan tinggal bersama suami.
Suami mungkin rasa puan memang dah tak perlukan dia dan dia memilih membawa haluan.
Ginilah puan, apapun alasan anak itu cuma alasan seorang kanak kanak yang belom kenal dunia luar, belom belajar beradaptasi di tempat baru.
Kita orang dewasa wajar membimbing mereka untuk beradaptasi. Maka janganlah puan guna alasan anak tak mahu pindah sebab nak jadi pengawas untuk memenangkan keengganan puan untuk berpindah.
Saya rasa puan sendiri yang berat untuk berpindah. Fikirkanlah semula.
5) Saya tidak rasa suami puan ada orang lain sebab dia bersungguh minta puan pindah mengikutnya.
Tetapi keengganan dan boleh saya katakan kedegilan puan menyebabkan dia tawar hati. Rasa tidak diperlukan, rasa diri dia tidak penting.
Tambah pula banyak keputusan puan sebelum ini dibuat tanpa pengetahuannya walaupun duit itu sepenuhnya milik puan.
(Ini bukan soal duit atau dia cuba kawal duit puan. Ini soal rasa tidak diperlukan).
Ini saja pendapatnya dua kupang saya yang mungkin saja tidak menepati keadaan sebenar puan.
Mohon maaf jika ada khilaf. Semoga rumahtangga puan dapat diselamatkan. Kalau dah ok, cepat cepat pindah ikut suami.
Jom nanti dengar lagu Firman Kehilangan;
Ku coba ungkap tabir ini, Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu, Menyudutkanmu meninggalkanku
Kumerasa telah kehilangan, Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi kerana salahku, YANG TAK PERNAH MENGANGGAP KAMU ADA….
Sumber – Reen (Bukan nama sebenar) via IIUMC