Putar alam si ‘Doctor at KKM’ dating apps. Bila tahu aku pakai Axia, dia suruh tukar. Rumah, dia cucuk pulak beli cepat



 #Foto sekadar hiasan

Scammer Dating Apps

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi gais. Aku tak tau the best tajuk untuk kisah ni. Tapi aku harap korang dapat ambil pengajaran.

Intro dulu. Aku seorang doktor yang sedang melanjutkan pelajaran ke bidang kepakaran. Umur 32 dan masih single.

Sebelum ni dah banyak kali in relationship hampir tunang, dah nak kawen tapi cancel semua lah, haha.

Aku dah lalu banyak kali fasa sedih, down, nearly depression, susah move on setiap kali relationship aku tak jadi.

Aku pernah la tulis confession dekat sini jugak sebelum ni masa aku frust. Tapi confession yang mana tu rahsiaaaa. Hahaha.

Now aku dah sampai tahap aku dah rasa numb. Aku rasa hidup sendiri pun best je. Fikir diri sendiri je.

Walaupun kadang aku tak dapat deny fitrah manusia yang nak berteman tu.

Aku berpegang pada “sabar, dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.”

Aku percaya Allah akan ganjarkan aku pasangan yang baik baik, menenangkan hati, sama sama kumpul pahala berkasih sayang sampai syurga. Tu la target yang sepatutnya betul tak?

Aku faham perasaan numb ni isn’t right, so aku tetap lah slow slow kayuh cari jodoh. Semua jenis dating apps aku dah cuba. Sampai sekarang dah 4 jenis hahaha.

Tapi jodoh aku masih tak jumpa jalan pulang. Atau aku pun sesat? Hahaha.

So nak jadikan cerita aku join satu dating apps ni. Kenal la sorang mamat scammer yang aku rasa paling bdoh abad ini.

Dekat detail dia letak gambar dia seketul pakai cermin mata hitam yang menampakkan muka sahaja.

Situ dia tulis pekerjaan ‘Doctor at KKM’. So aku pun approve dan kitorang tukar nombor.

Awalnya aku rasa dia ni matang bila bercakap, cara dia menganalilis sesuatu dan meluahkan buah fikiran dia bagus.

Tapi lama lama aku detect benda benda fishy.

Kitorang kenal seminggu lebih je lepas tu aku block dia. Kenapa aku kata dia scammer? Dia tipu aku dari awal kenal lagi:

1. Dekat whatsapp, dia letak profile dp beberapa orang solat dekat masjid.

Aku tanya dia ada dalam gambar tu ke? Dia kata takde. Aku cakap letak la gambar dekat profile wasap, dia tak nak. Aku mintak gambar dia, lagi la dia tak nak bagi.

After that dia mengaku yang gambar dekat dating apps gambar kawan dia. Dia pakai atas izin kawan dia.

Kononnya dia trauma sebab dulu dia ada social media, lepas tu orang fitnah dan viralkan satu hospital.

Dia tak berani lagi letak apa apa gambar dia. Last last dia resign sebab tak sanggup berdepan dengan fitnah tu.

Tak tau la betul ke tak. Katanya lagi sebab penah di reject sebab rupa. Ok tu penipuan pertama.

2. Masa awal awal mesej, aku tanya “MO mana” dia jawab “private. In house je. Dekat menara maybank”. So maksudnya dia mengiyakan.

Lepas tu dia cakap dia tak suka borak pasal kerja kalau dengan partner. Pada dia kerja is kerja, balik jangan bual pasal kerja.

Aku boleh tanya dia apa saja asalkan bukan pasal kerja. Aku rasa fishy sikit time ni.

Kalau korang nak tau, Doktor bila jumpa doktor dekat starbuck or open house sekali pun, dorang suka borak pasal kerja.

Aku pun tak tau kenapa but that is enjoyable topic for us. Cite pasal susah payah nak manage patient, kena marah dengan pakar ke etc. Sekali sekala tu ngumpat boss sekali hahaha.

Lepas dapat nama penuh dia, aku cari dekat website MMC. Guess what? Takde!

Aku tanya dia 3 kali weh dekat whatsapp kenapa nama dia takde dekat website MMC registered doctor? Dia ubah topic.

(Fyi, korang boleh search for registered doctors. Ala macam politician yang claimed doctor baru ni, pastu netizen yang power cari, eh rupanya takde sebab belajar tak habis kot. Gitu)

Dan akhirnya sepandai pandai tupai melompat, akhirnya dia mengaku dekat aku yang dia bukan doctor.

Tapi physiotherapist dekat private. Alasan dia tipu sebab katanya sebelum ni dia pernah bercinta dengan MO dan jugak dentist.

Awal perkenalan semua ok tapi family perempuan reject dia sebab kerja dia tak sekufu. Dan dia samakan semua doktor/dentist pun macam tu.

Tapi dalam masa yang sama dia nak cari orang kesihatan sebab dia rasa orang kesihatan lagi faham kerja dia berbanding ex dia. L

Berasap weh dada aku masa tu. Aku tak kisah pun MA ke, physiotherapist ke, nurse ke. Ex aku pun MA. Cuma JANGAN TIPU!

Dan dia punya putar Alam tu, dia kata tak pernah keluar pun dari mulut dia yang dia ni MO. Cuma dia tulis dekat fb dating je.

So dia nak pusing kata dia tak tipu lah? Weh manusia macam ni pun wujud ke Ya Allah bantuin saya Ya Allah. Ok ni penipuan kedua.

3. Dia kata dia takde kereta. Dia cuma pakai motor je. Dia pinjam kereta adik dia sekali sekala. Belum keperluan katanya.

Aku pelik la doctor kat GP yang gaji lagi tinggi dari kitorang MO government ni, tapi takde kereta?

Kawan kawan aku yang tak beli kereta sendiri pun, parents dorang bagi kereta. Tapi bukan takde langsung. Faham tak?

At last dia mengaku dekat aku dulu dia pernah buat personal loan. Sekarang ni masih berbaki 50k.

Sebab tu dia tak beli kereta sebab dia nak kecikkan komitment bulanan.

Aku agak dia mungkin buat loan 100-200k. Nak tau tak untuk apa? TRAVEL DENGAN FAMILY WEH.

Hahaha see! Aku tau dah dalam mee ada udang. Kau takkan dapat sorok la dari aku weh. Aku ni paling expert korek cerita orang secara halus. Pengurusan kewangan – out!

4. Dia tanya aku pakai kereta apa. Aku jawab aku sekarang aku pakai Axia (sebenarnya aku pinjam kejap kereta abang aku sebab kereta aku kat bengkel) dia tak caye aku pakai Axia. Katanya Doctor pompuan suka pakai kereta jenama H.

Then dia cerita la somehow Axia ni tak seronok jalan jauh sebab gitu gini bla bla nak balik kampung jauh jauh nanti sakit badan.

Ending of explanation dia ni, dia tanya aku “so ada plan nak upgrade kereta tak?”

Bukan sekali ok, 2-3 kali dia tanya tau.

Belum lagi pasal rumah tau. Dia tanya aku dah beli rumah belum. Aku jawab belum (padahal aku dah beli)

Lepas tu dia cucuk la suruh beli cepat. Katanya beli sekarang takdelah mahal mana.

Dia suggest aku ushar la dekat port kegemaran dia cyberjaya or putrajaya. Kalau boleh dia lagi suka yang landed.

Lepas dia terang panjang lebar tu dia kata “nanti saya bagi awak link, awk ushar la dari sekarang. Awak beli, jadi asset awak jugak kan”

Ntah weh. Aku rasa kenapa eh bab kereta dan rumah seolah dia ‘letak beban’ tu pada aku. Dia suruh aku beli tau. Bukan nak share beli ke bukan cite plan dia nk beli ke.

Wahai lelaki lelaki yang budiman. Kalau nak jadi lelaki lelaki hensem di mata perempuan, korang cerita la aim and plan korang nak beli rumah untuk hidup bersama bakal isteri nanti.

Macam nasihat Tuan Azizul si abah Qilah tu. Belum beli sekarang tu takpe, tapi how u tell ur plan and try to achieve it, tu yang penting.

5. The worst part is baru 2 hari kenal dah semangat la nak jumpa family bagai. Tapi ajak jumpa tak mau.

Dia expect apa? Pada hari kejadian tu aku dengan dia terus jumpa family aku macam tu ke? Maigod la wey.

Alasan dia katanya nak nikah cepat cepat sebelum raya sebab nak buat amal banyak banyak dengan aku.

Kononnnya dia takutlah ni ramadhan terakhir dia. Plus, Kalau lama lama sangat macam macam boleh jadi.

Aku berpegang pada suruhan Nabi pada sahabat baginda, tengok dulu calon sebelum nikah. Mesti ada sebab kan kenapa Rasulullah sarankan macam tu.

6. Paling aku tak boleh terima dia suka la sebut pasal 18sx.

Ayat ayat seperti exercise atas katil, nanti kite tidur satu selimut tau, nanti belajar pakai bikini tau kat rumah, pinjam pintu suka hati doraemon nanti terus masuk bilik air awak. Aku kena baca pasal 18sx supaya aku tak anxiety malam pertama.

Bila aku marah dia pusing la balik, dia tak maksudkan la.

Dia nak aku ubah cara fikir aku la supaya aku ni tak cepat fikir negatif. Dia ni actually dah 3 tahun menduda. Duda, gelojoh ajak kawen sebelum puasa.

Korang tau aku bayang apa? Aku bayang cerita Emma Maembong tu. Pastu IIUM Confession baru ni tajuk nafsu serakah. Segham.

Terbayang pulak gigi depan dia yang berlubang tu cakap benda benda tak elok. Hmm lagi la segham.

At last aku berjaya la ajak dia jumpa jugak. Sebelum jumpa parents aku.

And masa jumpa tu aku terang elok elok yang aku dengan family aku memang tak kisah sangat kerja apa. Janji attitude baik, bertanggungjawab, tak amek kesempatan.

Aku terangkan jugak macam mana family aku yang boleh terima adik ipar aku yang cuma lulusan diploma dan cuma pakai motor je sedangkan adik aku tu dah master.

Antara sebabnya, adik ipar aku ni memang lah santun yakmat weh. Aku pun kasar dari dia. Haha.

Solat pun selalu ke masjid dan sebelum kenal adik aku lagi, dia dah ada planning kewangan yang sangat jelas untuk dia dan bakal isteri dia walaupun gaji dia tak tinggi mana.

Dan aku terangkan jugak yang aku ni dah terlanjur cakap dekat family aku yang dia ni doktor.

Dan aku rasa family aku tak boleh terima sebab dorang akan anggap dia tak jujur di awal perkenalan.

Masa tu muka dia berubah, dan dia agak marah.

“Kan saya dah cakap dengan dorang jangan bagitau dulu saya kerja apa.” Hmm tak tau dah weh nak cara. Dan aku jugak terus terang masa tu yang aku sendiri pun rasa sangat berat untuk terima.

It’s not about job or physical appearance. Aku tak sangka dia tipu pasal kerja. And for me it’s not a small thing.

Dan pada aku honesty is an essential component of marriage..

Malam tu, dia drama lagi la dekat whatsapp. Play viictim cakap terima kasih lah sebab dah buat dia terluka dan hancurkan semuanya. Satu keburukan menutup seribu kebaikan.

Ah dah macam psikopat. Katanya satu lagi sebab dia kata kenapa nak kawen cepat sebab lepas raya dia akan buat major 0peration.

Eh kata nak buat amal ramadhan banyak banyak. Taik..

Ha tengokkkk. Dia tak cakap pun sebelum ni yang dia ada medical illness. Tu benda penting kot untuk partner kau tau.

Aku penat la weyy hidup kena scam gini haha. Aku pun balas panjang panjang. Then aku block.

Ah tenangnya hidup! Terima kasih Tuhan yang dah banyak sangat lindung aku.

Aku pun bdoh jugak gi cerita awal awal dengan family aku. Last last bila aku cerita aku kena tipu, family aku semua gelak paling besar cakap aku kena scam haha.

Dorang chillek je. Btw, my family is the best supporter ever.

So untuk perempuan perempuan yang terlajak macam aku, bersabarlah. Biar lambat asal selamat ok?

Allah tau usaha usaha kita, jerih payah kita untuk usaha cari jodoh yang baik.

InsyaAllah, akan tiba masa yang paling baik untuk kita. Don’t give up, pergi mampus dengan mak cik bawang hahaha.

Having faith to Allah is never easy, but we have to. Ok? Jaga diri tau. Hugs korang ketat ketat.

Generally untuk semua orang lelaki dan perempuan, belajarlah untuk terima kekurangan kita dulu. Dan jujur dengan orang lain.

InsyaAllah, orang pun akan mudah terima kita bila kita terima diri kita dulu, dan bila kita redha dan happy dengan takdir kita yang perit.

Kalau ada trauma, we have to fix it and face it first. Aku yakin semua orang pun ada trauma masing masing.

But don’t drag someone else to fix it for you. That’s not healthy. Learn to face it, and live in it happily.

Bila nak berkenalan, transparent lah tentang semuanya. Gambar, fizikal, kerja, financial, dream etc. Give them their rights to know about us.

Kalau potential partner tu reject, it’s okay! Setiap orang ada hak untuk tentukan apa kriteria pasangan yang akan buat dia lapang dada sampai akhir nyawa.

Relationship yang start dengan lies, will never be a good relationship.

Kahwin adalah ibadah seumur hidup, ibadah yang paling lama. Yang seharusnya membawa kita ke syurga, bukan mengeheret kita ke neraka.

Sebab, seumur hidup itu terlalu lama

Untuk kaum lelaki, aku tau korang dekat sini semua top fan badges yang merupakan lelaki lelaki contoh baik baik belaka.

Lelaki kat luar sana tu, yes bukan semua. U guys can do better okeh! Doakan aku jumpa suami yang baik baik. Gerak lu.

Reaksi Warganet

Syazwani Zakaria –
Zaman now tak kahwin pon takpe dek non. Sis pon kahwin lambat.

Adik adik akak sis semua tak ada boyfriend dan tak kahwin lagi. Lebih bahagia jaga mak ayah.

Takyah kejar sangat nak kahwin, kalau nak jugak.. Biarlah kenal lama lama.

Masak sikit perangai dia baru fikir bab kahwin. Lelaki zaman sekarang ni macam macam hal.

Ungu Magenta –
kalau saya bagi tips, ni saya applied dekat diri sendri.

Jangan cuba cuba kita yang perempuan ni bagitau apa pekerjaan sekalipun sampai kita betul betul kenal dia selepas beberapa bulan.

Pengalaman saya, saya bagitau saya student yang mana memang betul pun tapi part time. Tengok berapa kerat je nak teruskam conversation…

Bila dah lama kenal orang tu, rasa sekufu, rasa tak dicoba coba memeras duit, rasa tak ada perangai biawak hidup haaa lepas tu nak cakap pun cakaplah.

Orang lelaki dekat dating apps tu, semua tanya pasal keje dulu, sebab keje tu nampak lambang RM banyak mana.. Sekian

Daniela Kaciman-
Seronok pulak baca doktor punya pengalaman.

Dulu macam ni juga. Macam macam orang kenal dekat dating apps, suami orang kita reject awal awal.

Yang kelakar ada borak dengan sorang ni, asyik la suka cerita pasal mak dia keje klinik gigi, balik lambat, ramai patient. ‘Anak Emak’ detected.

Layan lagi cerita pasal klinik gigi hari hari. Ingatkan mak dia Dentist, rupanya Cleaner.

Hahahahahah. Kelakor, masuk dating apps tapi nak cerita pasal mak

Last last, doa je la jodoh apa Allah bagi terima. Janji sekufu, tak sama background pekerjaan takpe, level study takpe, gaji rendah ke tinggi takpe, janji pemikiran sama.

Alhamdulillahhh. Jumpa. Worth the wait.
Didoakan confessor cepat cepat jumpa yang terbaik.

Sya Ashburn –
Banyakkk sangat nak komen tapi taknak people in my friendlist baca. So this is filtered comment.

In conclusion, sekarang terlalu ramai laki camni ya semua, harap maklum.

Nak perempuan yang lebih stabil financially supaya dorang dapat bergantung dan tak menyusahkan dorang.

So.. biarlah lambat asal selamat. You will know when you’ve met the right one, insyaAllah!

Sumber – Dr Orked (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post