Malam terakhir, mak tiba2 kejut. Minta nasi. Aku suap sampai habis, mak minta oren pula. Pelik, ngantuk sangat masa tu



 Foto sekadar hiasan

Kemanisan Menjaga Syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.

Terima kasih admin jika cerita aku disiarkan. Aku hanya ingin berkongsi rasa.

Moga memberi semangat kepada mereka yang melakui hal yang sama macam aku.

Aku Nad umur hampir 30-an belum berkahwin. Aku anak bongsu dan aku direzekikan menjaga ibu ku sejak 10 tahun lepas.

Alhamdulillah antara ramai ramai anak mak, aku diberi peluang oleh Allah menjaga mak sampai hujung nyawanya.

Mak aku strok sebelah badan pada 2013, masa tu aku tengah praktikal di utara. Aku dikira orang yang paling rapat dengan mak jadi bila dia sakit macam tu memang aku tak senang duduk.

Mak cakap masa tu dia ok masih boleh bercakap. Waktu tu aku minta dengan Allah aku nak habiskan praktikal aku yang tinggal lagi 2 bulan waktu tu sebab aku taknak repeat dah.

Aku doa sungguh sungguh aku janji dengan diri sendiri habis je praktikal aku nak jaga mak sampai hujung nyawa aku ataupun hujung nyawa dia.

Alhamdulillah Allah tenangkan hati aku untuk habiskan praktikal sampai aku grad.

Aku terus buat keputusan duduk rumah, jaga mak walaupun masa tu aku ada cita cita aku sendiri.

Tapi aku percaya perancangan Allah tu lebih baik.

Dalam tahun pertama dan kedua dalam menjaga mak, aku sangat stress sebab masing masing emosi tak stabil.

Mak pulak dia sedih sangat sebab dia dah tak dapat nak buat rutin harian dia macam biasa. Hari hari aku doa semoga Allah redhakan hati aku dengan setiap ketentuanNya.

Aku minta dengan Allah sungguh sungguh, aku nak jaga mak aku dengan baik. Aku taknak lukakan hati dia. Aku hanya manusia biasa yang sering buat silap dan dosa.

Alhamdulillah masuk tahun ketiga aku dah pandai kawal emosi sendiri. Lepas tu aku belajar faham emosi mak.

Tanpa mak sebut pun aku dah tahu apa yang dia nak, hebat kan? Hahaha. Itu semua kuasa Allah bagi kefahaman pada aku, alhamdulillah.

Kemanisan yang Allah bagi tu sangat berharga untuk aku.

Sepanjang mak strok makin lama aku rasa makin seronok uruskan dia. Bangun pagi siapkan dia mandi, solat pastu aku masakkan makan pagi.

Masak tengahari, malam biasanya aku beli ataupun mak minta buatkan nasi goreng. Aku buat semua tu dalam keadaan seronok. Mak seorang yang sangat menjaga solat dia.

Aku yang dah tua ni pun hari hari mak ingatkan pasal solat. Sebab mak aku dari kecik memang jenis jaga solat dan jaga kebersihan diri. Sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

So masa dia sakit strok sebelah badan ni menjadi tugas aku untuk dia kelihatan bersih seperti biasa.

Mak sangat kuat semangat, dia boleh lagi uruskan diri sendiri walaupun hanya sebelah badan (lumpuh sebelah kanan).

Pada ogos 2022 bagaikan jatuh ditimpa tangga. Mak cakap dia sakit perut.

Bawa pergi hospital doktor cakap takde pape tapi abang aku tak puas hati terus refer pakar buat ct scan terus dapat tahu.

Malam tu hanya aku berdua dengan mak warded hospital. Bila doktor bagitahu yang mak ada kanser pancreas tahap 4 (means stage akhir!)

Aku rasa dunia aku gelap, dalam kepala aku mak aku akan tinggalkan aku.

Tapi waktu tu aku pandang muka mak tenang sangat, dengan ucapan mak ‘alhamdulillah, Allah nak bagi sampai masa mti jugak, mak redha dah’ banyak kata kata mak pujuk aku malam tu. Mak tahu aku sedih sangat.

Aku masa tu dah sebak tahan nangis. Mak redha sehabisnya. Allahu, tak mampu aku sekuat dia.

Mak tak pernah merungut dengan sakit yang Allah bagi pada dia (strok dan knser) semuanya dia redha. Anak anak pun semua jaga dia dengan baik.

Pastu doktor terus refer mak pada pakar pancreas, alhamdulillah urusan mak sangat mudah.

Dapat doktor nurse yang baik dan proses kimo mak berjalan lancar dan mak habiskan keseluruhan kimo sebanyak 6 kali (kuatkan mak aku) lepas kimo mak badan sangat lemah, mak makin kurus sampai tinggal tulang.

Mak bertahan dalam 4 bulan, dan dalam sebulan 2 kali mak akan warded. Allahu, masa tu aku cekalkan hati minta dengan Allah kuatkan hati aku.

Sepanjang di hospital mak memang bergantung pada aku sepenuhnya. Kebiasaan dia akan ambil wuduk sendiri tapi satu hari tu dia cakap dia confius nak basuh mana dulu, aku tolong ambilkan wuduk dia dalam tangisan.

Aku sedih sebab masa tu memang aku pikir mak akan tinggalkan aku. Setiap hari aku tengok mak dengan air mata selepas solat, tapi dia tak mengadu sakit pun. Mak hanya mengadu pada Allah.

Akhir november baru ni mak dijangkiti kuman, terus siap siap pergi hospital warded 2 minggu untuk on antibi0tik.

Kanser dah makin aktif dari biasa dan proses kimo tak beri apa apa kesan pada kanser tu. Habis je 2 minggu mak minta nak balik rumah.

Mungkin masa ni mak dah tahu dia akan ‘pergi’.

Waktu discharge aku sedih sangat. Aku tengok muka doktor pun macam susah nak lepaskan mak balik masa tu.

Macam macam perasaan ada takut, resah, sedih. Sebab aku tahu mak memang tak mampu bertahan lama dah.

Akhirnya, mak dapat balik rumah terserlah senyuman pada wajah mak. Tapi mak bertahan 3 hari saja di rumah.

Malam terakhir tu mak kejutkan aku, dia cakap nak makan nasi.

Malam tu aku tak tahu kenapa aku mengantuk sangat sangat.

Tapi aku bangun ambil nasi dan suap mak sampai habis (mak makan banyak lebih dari biasa malam tu) pastu mak minta buah favourite dia (buah oren). Rupanya tu lah kali terakhir aku suap buah oren pada dia.

Aku bersyukur sangat malam tu aku ikut je apa yang mak minta walaupun aku tak tahu kenapa aku mengantuk giila malam tu.

Padahal masa tu ada abang dan kakak aku. Tapi mak panggil aku untuk suapkan dia. Allahu, baiknya Allah.

Keesokan harinya mak dah takde selera makan memang dah tak larat sangat, badan dia memang lemah.

Lepas je mak solat asar, mak cakap dia lenguh belakang dan minta aku riba dia. Aku pun naik atas katil dan riba badan dia atas aku.

Aku tak sangka Allah nak bagi mak habis nafas atas riba aku.

Daripada awal mak nazak aku dapat rasa setiap nafas dan nadi mak. Selesai azan maghrib aku dapat rasa dan dengar nafas terakhir mak.

Allahu. Aku nak meraung sekuat hati tapi mengenangkan mak atas riba, dalam hati aku minta Allah kuatkan aku. Aku ingat setiap detik terakhir itu.

Dengan tenang aku lap airmata aku cium dahi mak, aku letak mak perlahan lahan atas bantal.

Aku terus ambil wuduk dan solat maghrib dalam keadaan rasa macam bermimpi.

Allah bagi nikmat dekat aku dari mak hidup sampai hujung nyawa dia, aku direzekikan berada disisi dia.

Doa yang aku minta 9 tahun lepas Allah makbulkan. Alhamdulillah. Masa mandikan dan kafankan mak, aku langsung tak menangis.

Waktu mandikan jnazah pun aku dapat cuci najis dia macam yang aku selalu buat, dapat mandikan dia dari mula sampai selesai.

Kafankan pun aku dapat buat, aku pegang dan ikat kaki dia, aku usap lembut tangan dia.

Dan pada kucupan terakhir dada aku sebak aku menangis meronta dalam hati. Sangat perit. Lebih perit daripada segala yang aku lalui dalam hidup.

Selama ni aku hanya mendengar orang bercerita, sekarang aku merasa.

Setiap hari (24jam) hidup aku hanya dengan mak, tak pernah terfikir macam mana hidup aku tanpa mak.

Tapi terlalu banyak nikmat yang Allah bagi pada aku daripada aruwah hidup sampai aruwah dikebumikan,

Allah rezekikan aku sentiasa disisi aruwah, mungkin itu cara Allah nak pujuk hati aku. Baiknya Allah. Alhamdulillah. Doakan aku kuat.

Genap sebulan mak di negeri abadi, aku masih begini sentiasa merindui sosok tubuh yang sering ku mandikan, ku suapkan makan, ku tidur sebelahnya.

Sentiasa pujuk diri sendiri suatu hari nanti aku pasti bertemu kembali dengan nya.

Moga Allah perkenankan. Sekarang aku masih sendiri dengan hidup aku, doakan aku dapat memberi manfaat kepada orang lain dan terus kuat dalam meniti kehidupan ini tanpa ibu ku disisi.

Aku doakan korang yang sedang menjaga ibu/bapa/ibu saudara atau siapa pun, semoga Allah kurniakan kalian kemanisan dalam menjaga mereka.

Bukan perkahwinan saja yang ada kemanisan. Dan bukan dengan berkahwin saja korang akan temukan kebahagiaan.

Carilah kebahagiaan dalam redha Allah pada kita.

Sincerely, Nad

Reaksi Warganet

Peah Peah –
Untungnya awak, Allah rezekikan awak dapat jaga mak awak hingga hujung nyawa, dengan penuh sabar dan redha.

Bukan semua orang Allah rezekikan dapat jaga mak dengan sabar. Banyak yang berkeluh kesah, berkira ada yang sampai bergaduh adik beradik.

Noorazlina Bt Mohd Shaari –
Mengalir air mata saya baca tulisan TT..

Tahniah nad berjaya menjaga syurga nad. Moga nad mendapat balasan syurga tertinggi.

Saya masih ingat bagaimana aruwah ayah saya terkulai di pangkuan saya sewaktu akhir hayat beliau.

Benar, kehilangan orang yang kita kasihi sangatlah pedih namun kita kena redha dengan ketentuan takdir.

Hakikatnya semua dari kita akan menuju ke sana jua berjumpa dengan yang Abadi. Salam takziah nad.

Nisa Izwan –
Pengalaman yang sangat manis kan buat awak kan Nad. Semoga semua urusan awak dipermudahkan.

Tak semua anak yang Allah pilih untuk ada pengalaman macam ni.

Saya pun mempunyai pengalaman sama macam awak juga tapi menjaga aruwah bapa bersama dengan mak di hari hari terakhirnya.

Dan mengantuk sangat tu memang betul sangat, sebab saya pun experience macamtu gak dan masa tu kita macam postive sangat like takda apa dan! tak sangka ‘aruwah’ akan pergi time tu dan secepat itu.

Shobariah Abd Rahman –
Tahniah saya ucapkan.

Arwah ibu sis mesti telah dan sedang berbahagia ada anak solehah macam sis.

Untungnya awak, semoga Allah kurniakan jodoh yang soleh. In shaa Allah amiinn.

Sumber – Nad (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post