Kerana suami, penyakit kelamin aku dapat. Lepas operate, suami mula ‘minta’. Aku tolak, dia nak rgol. Senapang diacu ke muka



 Foto sekadar hiasan

Bersu4mikan J4ntan Narsistik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

7 tahun bersuamikan lelaki narsistik membuatkan aku hilang diriku dan hampir kehilangan nyawaku.

Akhirnya aku buat keputusan untuk hentikan perjuangan ini. Cinta memang menuntut pengorbanan dan perjuangan.

Tapi kalau hanya satu pihak yang berjuang, tiada guna. Elok lah lepaskan genggaman, leraikan ikatan dan cari kebahagiaan masing masing.

Hai, saya Mira ingin kongsikan perjalanan hidup bersuamikan lelaki narsistik.

Cerita ini saya kongsikan untuk membuka mata masyarakat tentang Narsistik Personality Dis0rder (NPD).

Perkenalan selama 6 bulan telah membawa saya ke Alam perkahwinan yang penuh dengan ujian mental dan fizikal.

Biasalah semasa berkenalan dan bercinta semuanya indah dan dipenuhi dengan love b0mbing. Semuanya manis.

Si NPD akan memasak ‘topeng’ Dengan menutup personaliti kita untuk dapat kepercayaan kita.

Setelah berkahwin, belang mula keluar. Si suami NPD ni mula berkasar, mula menengking, marah marah, mula memukul dan mendera.

Ada satu hari kami bergaduh mulut. Ketika itu saya di bilik air dan dia di ruang tamu. Kemudian dia mengamuk memecahkan pintu bilik air lalu menyerang saya dengan gunting.

Kami bergelut. Suami hampir mencederakan muka dan menikam leher saya dengan gunting.

Pada saat itu saya mengucapkan syahadah, saya tenung mata dia sedalamnya dan hanya mampu berserah pada Allah swt.

Pada saat itu berlaku satu turning point. Saya jadi bingung. Suami seolah olah bertukar watak atau mungkin bertukar roh. Sangat lain karakternya.

Dia menyalahkan saya. Katanya saya lawan cakap dia. Saya tinggi suara. Lalu dia jadi marah. Takpelah mungkin saya yang salah.

Suami seorang yang rajin berusaha untuk menaikkan ekonomi keluarga. Di awal perkahwinan memang susah kerana kos sara hidup yang tinggi di KL.

Kami buat keputusan untuk tinggal di rumah sewa walaupun rumah keluarganya ada bilik kosong Tapi saya tak mahu tinggal di sana. Biarlah susah senang kami hadap sendiri. Lebih privacy.

6 bulan kemudian saya disahkan hamil. Saya mengalami alahan yang agak teruk. Saya tak boleh bau masak, bau daging mentah dan bau najis kucing.

Suami ada memelihara seekor kucing di rumah sewa kami. Tapi dia hanya tahu bela dan bagi makan. Saya lah yang selalunya me bersihkan najis kucing.

Kami sewa rumah flat sebesar rumah burung. Jika najis kucing tak dibersihkan setiap hari, memang rumah akan berbau busuk.

Ketika hamil saya memang langsung tak boleh tahan dengan bau najis kucing apatah lagi membersihkannya.

Ditambah dengan mual dan muntah muntah, memang mustahil untuk saya melakukan kerja kerja rumah.

Saya meminta suami membersihkan najis kucing peliharaannya. Sekali dua kali dia ok je. Selepas tu mula lah marah marah katanya dia penat balik kerja nak rehat tapi kena kemas rumah pulak.

Saya juga wanita bekerjaya. Saya juga penat menempuh traffic jamm setiap hari. Walaupun alahan, saya tetap memasak sambil tutup hidung. Cuma najis kucing tu je saya minta bantuan suami tolong bersihkan.

Ketika kandungan berusia 2 bulan, kami bertengkar. Suami memukul badan saya, menendang perut saya.

Dia kata dia tak nak anak dalam kandungan ni. Disebabkan anak ni saya berubah. Saya dikatakan tak hormat suami.

Saya dikatakan tak memahami dia balik kerja penat lepastu kena kemas najis kucing pulak.

Allah swt selamatkan saya dan anak dalam kandungan. Nasib baik tak gugur.

Saya buat report polis atas dakwaan keganasan rumahtangga. Tapi masa ni saya tak ambil tindakan ke atasnya kerana tak sampai hati.

Entah kenapa saya sangat bdoh masa ni padahal orang nak bnuh saya dan anak dalam kandungan.

Hari demi hari suami berjanji untuk berubah dan dia berubah. Dari pangkat manager dia di naikkan pangkat menjadi area manager. Suami kata ini rezeki baby.

Saya mengandung je banyak rezeki datang. Ekonomi semakin baik. Dia minta maaf dan menyesal kerana cuba bnuh baby ni. Dia janji untuk jadi suami dan ayah yang baik.

2 tahun berlalu, anak ini selamat dilahirkan ke dunia membawa rezeki besar. Kami membeli rumah teres satu tingkat.

Kejiranan juga baik tak seperti rumah sewa sebelum ini yang ramai pendatang asing. Loan rumah ini nama saya menggunakan loan lppsa.

Cuma satu masalah bila berpindah ke rumah baru, Saya juga berpindah Tempat kerja. Jika sebelum ni saya kerja normal ofis hour.

Di tempat baru saya perlu bekerja shift malam dan kerja lebih masa di hari minggu.

Sebelum membeli rumah saya sudah menerangkan kepada suami yang jika kami pindah ke sini saya memang akan kurang masa berkualiti dengan dia. Dia perlu jaga anak ketika Saya kerja malam.

Tapi suami tak kesah katanya asalkan dapat beli rumah sendiri.

Dalam tempoh masa dari saya mengandung, melahirkan, bekerja shift yang tak menentu, menjadi seorang isteri dan ibu Saya juga perlu menghabiskan pengajian ijazah saya.

Ketika saya di tahun akhir, suami buat hal. Dia berkahwin dengan seorang model s3ksi. Mereka bernikah di Thailand. Alasan diberi saya selalu sibuk dan Takda masa untuk dia. Saya kurang itu dan ini.

Padahal saya sudah Cuba sedaya upaya membahagikan masa menjaga baby, memasak, mengurus rumah, mengurus suami, bekerja shift dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan thesis.

Boleh bayangkan tak kepenatan saya?

Saya tidur sehari 4 jam sahaja. Ada kala tidur dalam keadaan duduk sambil meriba anak menyusu. Anak saya menyusu badan selama 2 tahun.

Saya pam susu di tempat kerja dan juga di dalam kelas semasa lecturer mengajar. Saya sangat bersyukur dikelilingi kawan kawan yang sangat suppotive di saat suami curang dan hanya tahu mementingkan nfsu dia semata.

Saya berjaya menamatkan pengajian dan mendapatkan anugerah dekan di setiap semester.

Suami kata dia mungkin tak dapat hadir majlis konvokesyen saya. Takpe saya tak kesah pun dan tak berharap apa dari dia.

Kadang saya rasa suami Joy K1ller. Dia cemburu dengan kejayaan saya. Tapi didepan orang dia menampakkan dia seorang yang menyokong kerjaya isteri. Tapi hakikatnya tidak.

Diam diam dan halus permainan dia merosakkan mental saya. Dia nak menampakkan saya looser Kalau saya gagal. Dia suka orang nampak dia hebat.

Perkahwinan baru suami hanya bertahan sebulan. Siapa je yang tahan bersuamikan kaki pkul panas baran selalu mengungkit, selalu merasa dia yang paling hebat, suka merendahkan orang lain, mengutuk dan memaki keluarga kita setiap kali bergaduh kan?

Suami balik kepada saya seolah Takda apa yang berlaku. Kalau diingat balik masa dia mabuk angau dengan model tu dia pkul saya dia dera saya dia ugut cerraikan kan saya.

Suami ada habit yang pelik iaitu setiap kali gaduh mesti ugut nak cerraikan saya. Selalunya dalam drama melayu pukul 7 tu isteri yang gaduh minta cerrai. Ini terbalik. Macam hobi pulak main ugut ugut.

Bila dan selalu macam tu, saya dah tak hairan dan saya buat tak tahu je.

Kalau dia kemas kain baju acah acah nak keluar rumah pun saya buat tak tahu je. Saya tengok tv dengan anak di ruang tamu sambil dia mundar mandir kemas luggage. Akhirnya dia peluk saya dia minta maaf.

Setiap pergaduhan dan argument akan diakhiri dengan hubungan intim dan dia minta saya layan dia. Begitu lah selalunya.

Tahun Demi tahun berlalu, rumahtangga kami melalui banyak ups and downs.

Tapi saya langsung tak pernah cerita dan keluarga dan kawan akan hal rumahtangga saya dan penderaan fizikal dan mental yang saya alami.

Suami akan pkul saya dera Kalau tak dapat cukup layanan batin. Suami jenis yang setiap hari mahu layanan batin.

Kalau saya kerja shift malam memang dia akan double minta esoknya.

Saya cuba memenuhi permintaanya walaupun saya penat dan burn-out.

Tapi dia seolah tak pernah cukup dan selalu mengatakan yang saya tak cukup bagus. Padahal saya rasa saya dah buat yang terbaik.

Pelbagai skills saya belajar demi puaskan suami. Saya berdandan di rumah. Saya dandan rapi rambut saya, saya bermekap di rumah, saya memakai baju yang s3ksi di rumah dan baju tidur yang menggiurkan di waktu malam.

Tapi dia macam tu jugak dengan perut boroi, kulit kering, takde muscle 6 packs, kepala botak. Tak jugak dia upgrade diri walaupun berduit. Duit asyik habis modified kereta je.

Dia pun Takda lah hebat sangat. 1 round je mampu untuk setiap sesi. Kepuasan saya langsung tak diambil kira.

7 tahun berlalu. Kami sebuah keluarga kecil yang bahagia. Orang nampak kami bahagia. Walaupun saya sedang menampal seribu duka. Saya sabar. Saya anggap ini semua ujian hidup.

Saya kuat demi anak sebenarnya. Rezeki semakin mencurah. Jika dulu bekerja dengan orang, kini suami membuka syarikat sendiri.

Saya bangga untuk dia. Saya setia disisi nya susah dan senang. Saat dia ditipu partner, ditipu funder, business run down sampai tak boleh bayar gaji pekerja.

Suami sampai tahap pinjam ah long kerana pinjaman bank tak diluluskan. Saya tolong dia, saya bayarkan gaji pekerja pekerja yang jumlah ya berbelas ribu ringgit.

Jika dulu berkereta tempatan kini memiliki kereta import dengan bantuan Saya juga sebagai guarantor.

Suami walaupun kewangannya baik, dia ada satu tabiat suka melengahkan bayar loan. Sebab tu dia takde rekod yang cantik dengan bank dan apa apa pinjaman susah nak lulus.

Pinjaman Tekun dia pun saya yang tolong. Tapi saya okay je tak berkira pun. Sebab suami kan. Duit bisnes tu nanti untung kami anak beranak juga.

Saat bisnes semakin bagus, sekali lagi suami buat hal. Minta untuk bernikah satu lagi dengan staff dia sendiri.

Kali ni dia mahu bernikah di Malaysia dan buat majlis yang proper.

Dia minta kerjasama saya jumpa hakim untuk urusan kebenaran mahkamah. Saya tak bagi kerjasama sebab hati saya sangat kecewa dikhianati dua kali.

Mereka kantoi pergi bercuti bersama. Saya siasat emel, agoda di handphone, saya pasang gps tracker di kereta dan saya siasat juga kamera dashcam kereta dia.

Di tambah lagi ada beberapa orang yang pernah nampak mereka dating. Cakap dengan saya pergi meeting Tapi sebenarnya pergi dating.

Saya jumpa k0ndom dalam beg dia. Padahal sepanjang perkahwinan kami tak pernah dia pakai k0ndom.

Jika dulu boleh tolong jaga anak semasa saya kerja malam. Kini saya terpaksa bawa anak saya ikut pergi kerja malam. Kesian kat anak. Dia langsung tak fikir.

Iyelah orang tengah mabuk bercinta dengan janda anak dua. Dia berkahwin jugak dengan perempuan tu di Thailand walaupun dapat bantahan hebat dari saya dan keluarga kedua dua belah pihak.

Saya menuntut fasakh tapi suami tak mahu melepaskan saya. Alasan dia mahu tambah 1 lagi masjid Bukan mahu meruntuhkan masjid. Alaa solat pun tidak ada hati sembang bab masjid.

Suami tak pernah mengajar dan membimbing anak isteri agama. Tidak solat tidak mengaji Al-Quran di rumah. Solat Jumaat pun dia tak pergi. Sebab itu saya tuntut fasakh kerana dia tak boleh adil.

Adil bukan setakat mampu bagi duit 10k sebulan, tapi adil dari banyak segi jugak. Hak isteri untuk mendapat rumahtangga yang bahagia, kebajikan, kesihatan mental dan fizikal, ketenangan hati, jiwa dan di rumah.

Dera fizikal boleh dilihat dengan mata kasar. Tapi penderaan mental setiap hari di gaslighting.

Bila kita respons dia akan manipulate mengatakan kita tak boleh urus emosi. Dia cakap kat semua orang Kita ada anger issue. Tapi tanpa orang tahu kita didera emosi setiap hari.

Nekad untuk selamatkan diri saya dari terus ‘lemas’ didera si suami NPD, saya mendapatkan Bantuan psikologi untuk memulihkan mental saya.

Saya juga dapatkan khidmat guaman untuk selamatkan perkahwinan saya. Saya buat perjanjian memorandum dengan suami jika dia tak mahu lepaskan saya, dia perlu setuju sign perjanjian ni. Dia setuju.

Tak lama selepas itu, belang mula keluar sedikit demi sedikit. Suami tidak lagi perhatian sama saya dan anak. Saya sakit masuk wad dan surgery, suami tak jaga saya.

Saya disahkan menghidap penyakit kelamin. Padahal saya tak pernah buat hubungan intim dengan lelaki selain suami saya.

Rekod perubatan saya sebelum ni juga semuanya normal sahaja. Boleh faham kan punca mana datang STD ni dari mana?

Sudah lah dia bagi kita stress, depress, dia khianat kita, dia bagi penyakit kelamin lagi kat kita.

Walaupun dah buat surgery untuk buang virus tu, DNA virus tu akan tetap ada dalam badan kita selama 5 tahun atau lebih bergantung pada tahap imun badan kita melawannya.

Jika dulu dia sakit operation saya jaga dia bagai menatang minyak yang penuh. Cuti tahunan saya habis kerana menjaga suami sakit.

Setiap hari saya mencuci luka operation dia, saya masak dan hidang makanan berkhasiat di katil. Dia Tak perlu bangun pun untuk makan. Saya manjakan dia saya suapkan dia.

Tapi Bila saya sakit, dia tinggalkan saya berseorangan di wad. Seminggu Saya cuti sakit kerana surgery pun saya jugak yang urus anak. Saya makan pun order food panda.

Nasib baiklah bekerjaya, boleh main order order. Cuba bayangkan kalau tak berduit, pergi lah masak apa yang ada di dapur tu dengan badan yang sakit kerana surgery.

Perkahwinan suami dengan pihak ketiga pun takdelah indah je. Bergaduh jugak. Kena pkul kena belasah jugak perempuan tu. Saya baca wassap mereka.

Saya dah pernah cakap yang dia akan menyesal kalau kawin dengan suami saya ni. Tapi dia nak sondol jugak.

Nasiblah lah tersondol kaki pkul, panas baran dan narsistik. Ringan sedikit beban kerja saya dan dibahagi dua.

Akhirnya saya buat keputusan untuk tidak lagi bertahan. Baru sahaja saya berfikir begitu, terus hajat saya ditunaikan.

Suatu malam suami minta dilayan, tapi saya baru lepas surgery dan saya mengalami pendrahan selama sebulan.

Mustahil untuk saya melayan nfsu dia jika melibatkan ‘kemasukan’. Saya tawarkan layanan tanpa ‘kemasukan’. Tapi suami tak setuju. Dia marah kerana saya reject permintaan dia.

Saya dipkul dan ditumbuk bertubi tubi dibahagian kepala. Memang favorite dia akan pkul saya di bahagian kepala kerana lebam dan luka tak akan kelihatan.

Kalau nak tengok lebam kena botakkan kepala lah. Tapi teknologi perubatan sekarang tak perlu botakkan kepala pun kalau dipkul dikepala.

Suami memukul tubuh badan saya tanpa belas kasihan. Dia cuba mergol saya. Isteri yang baru lepas surgery ini nak dirgol? Nfsu binatang!

Dah lah dia tu pembawa STD, tak pakai k0ndom pulak tu. Nanti saya jugak yang sakit, virus STD tu menjangkiti saya lagi.

Lepas tu nak surgery sekali lagi ke? Bleeding lagi? Ya Allah penderaan level berapa Kau uji aku ni Ya Allah?

Bila suami tak berjaya dapatkan apa yang dia nak, dia akan tantrum dan mengamuk. Ibarat anak kecil umur 10 tahun terperangkap dalam tubuh badan orang dewasa.

Begitulah setiap kali bergaduh. Dia tantrum. Tapi kali ni sangat dahsyat, dia cuba bnuh saya.

Kami bergelut, dia tekup mulut dan hidung saya. Dia pkul saya. Dia ambil senapang 25 das peluru yang menyerupai machine gun lalu dia acukan ke arah saya.

Dipendekkan cerita, selepas pergaduhan, pergelutan akhirnya saya dicerraikan dengan talak 1. Betapa gembiranya saya terlepas dari neraka dunia.

Saya sujud syukur dan mengucapkan terima kasih pada dia. Saya serahkan semua pada Allah swt.

Jika tidak mendapat keadilan dan hak saya didunia, mungkin ada di akhirat menanti.

Reaksi Warganet

Ku Sue –
Aku tak paham bila ada pompuan yang sanggup bertahan bertahun tahun hidup dengan jantan baghal macam ni.

Nasib baik anak tak jadi mngsa. Kalau tak, menyesal seumur hidup

SN ZA –
7 tahun adalah tempoh yang cukup bdoh untuk bertahan. Maaf kan saya, suami begitu tak berbaloi untuk diperjuangkan.

Sebab tu ade kes yang isteri mti di bnuh di tangan suami. Sebab dari awal dah dipkul separuh nyawa tapi memilih untuk bertahan sehingga akhirnya di pkul sehingga mti.

Maaf kan saya tapi saya harap TT dapat teruskan hidup selepas ini tanpa diganggu suami durjana ini lagi..

Nur Rabbitry –
Semoga tt mampu tempuhi proses pemulihan diri dan trauma ini.

Selalunya mangsa narsistik ni akan mengambil masa yang lama untuk pulih untuk menjadi seperti dulu.

Move on dan terus lari dari ex suami sejauh mungkin. Kerana orang narsistik ni memang susah nak lepaskan mngsa dia.

Walaupun sudah bercerrai tidak bermakna ex akan biarkan TT hidup bahagia. Dia mungkin akan mengunggut akan merampas hak jagaan anak tt.

Ya allah. Semoga tt terus kuat tempuhi semua itu. Sentiasa dapatkan sokongan dan bantuan dari orang sekeliling. Jangan tinggal bersendirian.

Kalau boleh tt terus belajar ilmu pertahankan diri. Dan belajar ilmu dan strategi untuk menghadapi orang orang narsistik.

Sumber – Mira (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post