Cikgu Milah ada 3 madu. Semalam blackout dekat taman. Tapi tak check in hotel. Aku curi2 dengar. Tak sangka itu yang dia pendam



 Foto sekadar hiasan

Cerita Luahan Cikgu Aku Yang Merupakan 1st W1fe

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Since sekarang hangat menceritakan hal p0ligami, aku nak share sedikit tentang pengalaman aku mendengar luahan Cikgu aku yang merupakan isteri pertama.

Cikgu tu tak de la meluahkan pada aku. Cuma aku terdengar dia meluahkan perasaan kepada seorang cikgu yang lain.

Luahan ni aku terdengar dah berbelas tahun tapi masih berbekas dihati aku sampai sekarang. Sampaikan aku masih terngiang ngiang lagi suara suara cikgu tu.

Aku ceritakan sedikit yang aku tahu mengenai cikgu aku ni. Cikgu aku ni dia isteri pertama dari 4 orang isteri. Suami dia katanya kata ada company sendiri.

Boleh katanya nafkah zahir bini bini dia tak ada tunggakkan la. Cumanya suaminya jenis playboy. Bini no 3 dan no 4 sentiasa tukar tukar.

Asal masuk secretary baru je maka salah seorang samaada no 3 atau 4 akan janda dan tak lama lepas tu akan jadi bini dia la secretary tu.

Masa aku terdengar luahan ni masa tu exam, tempat duduk aku ni tepi tingkap sebelah beranda. Cikgu tu pula meluah perasaan tepi beranda tu, jadi aku terdengar la.

Aku namakan cikgu aku ni Cikgu Milah.

Malam sebelum tu kawasan perumahan cikgu Milah ni black out sampai dekat nak subuh baru ada elektrik balik.

Jadi seorang cikgu ni (dia tinggal Kawasan sama dengan cikgu Milah) tanya la tak pergi bermalam dekat hotel ke sebab kawasan perumahan tu biasa black out je mesti check in hotel. Biasa la orang ada adakan.

Cikgu Milah jawab tak, sebab dia takut nak drive pergi bandar tengah tengah malam. Dia cakap suami dia tengah giliran madu dia, jadi tak ada dirumah.

Lepas tu cikgu tu tanya lagi, “Akak tak beritahu suami akak ke minta dia balik?”.

Cikgu Milah cakap suami dia amat tegas bab bab pengiliran ni. Walau apa yang jadi kalau dah giliran orang tu, dia takkan balik dah ke rumah yang lain.

Lepas tu cikgu tu tanya lagi “akak okay ke?”. Cikgu Milah macam terdiam.

Riak muka dia aku Nampak berubah. Sedih je.

Pastu dia cakap “orang selalu cakap akak ni nanti mesti dapat payung emas. Tapi kalau diberi pilihan tak ada payung emas pun tak apa.

Akak rela berpayung buruk dari kongsi suami akak dengan orang lain”. Cikgu tu terkedut dengar.

Aku yang curi curi dengar pun sebak rasa. Cikgu Milah sambung lagi “orang cakap akak bahagia, orang cakap akak beruntung suami mampu dan adil tapi orang tak tahu macam mana akak rasa.

Bila bukan giliran dengan akak, semua benda akak buat sendiri. Akak jumpa awak lagi kerap dari akak jumpa suami akak.

Akak stress, akak sedih semua akak telan sendiri. Kalau boleh perah la telekung akak tu tak tahu berapa tempayan airmata dah akak dapat. Airmata akak ni dah kering.”

Masa ni aku nampak riak wajah cikgu Milah sedih betul tapi tak ada pun genangan airmata sebab aku pasti dia dah puas menangis.

Cikgu Milah sambung, “Bukan akak menidakkan sunnah atau hukum Allah tapi p0ligami ni perit buat isteri. Kena banyak bersabar kena banyak memendam rasa.

Orang cakap redha la dah takdir. Mereka ingat senang ke nak redha tu? Cakap memang mudah tapi nak buat tu… Kalau awak nak tahu akak ni bertahan sebab anak anak akak saja.

Mereka masih kecil, tak tahu apa apa. Akak kesian bila tengok muka anak anak akak. Andai nanti anak anak akak dah besar mungkin tulah masa untuk akak mencari kebahagian akak pula.”

Lepas tu cikgu cikgu aku bersurai sebab masa exam dah tamat.

Kalau orang tengok cikgu Milah mesti orang tak sangka tu sebenarnya yang terpendam dalam hati dia. Dia sentiasa happy dan positif, student student semua suka dia.

Hatta aku yang tak pernah belajar dengan dia pun boleh rapat dengan dia sebab senang dengan sikap dia.

Tapi bila aku dengar luahan tu, aku rasa ya Allah peritnya cikgu aku lalui.

Lately aku selalu tengok video video post by para isteri muda. Pesanan aku la buat mereka, sebelum buat video tu fikir fikirkan lah perasaan 1st wife.

Mungkin Nampak dia happy, mungkin Nampak dia redha tapi dalam hati dia siapa yang tahu.

Bak kata kawan aku “memang suami hanya pinjaman Allah tapi lain rasanya perasaan bila barang yang dipinjamkan ke kita diambil orang dengan kita mengambil barang pinjaman orang lain.

Contoh mudah pasal pinjam meminjam duit. Lain rasa, lagi lagi kalau kita bagi pinjam orang liat nak bayar”.

Sama juga buat suami, dah beristeri ramai diam diam sudah. Jagalah hati perasaan 1st wife.

Tak perlu menunjuk nunjuk kebahagian sebab kalau 1st wife tak berkorban tak bagi Kerjasama, tak merasa la kamu nak bersenang hati.

Silap silap, hari hari perang.

Reaksi Warganet

Wan Suria –
selain nafkah, patut suami sediakan pembantu untuk setiap isteri untuk bantu buat kerja rumah.

Kalau semua isteri buat sorang memang isteri akan mental la. Pembantu ni pada saya termasuk dalam list yang suami perlu sediakn kalau nak berp0ligami..

Azira Hanani –
Cerita kawan saya yang pernah jadi isteri ke 2.

Sepanjang perkahwinan dengan suaminya, dia tak pernah upload gambar bersama suami di media sosial sebagai menghormati dan menjaga perasaan isteri pertama.

Sehinggalah suaminya meninggal, baru lah dia upload gambar aruwah suami bersama anak anaknya di media social.

Dan hubungan dengan isteri pertama masih baik walau masing masing dah berkahwin baru selepas kematian aruwah suami mereka.

Zainatul Zahara –
P0ligami tak nak bagi ada ziina. P0oligami benda halal. P0ligami hak suami yada yada

Dan emosi perasaan isteri dipandang sepi tak dihirau dan tak penting. Asalkan matlamat hak suami dicapai.

Ya halal kan disisi agama, siapa boleh halang? logik lelaki

Perasaan orang perempuan.. tak penting. Itulah masyarakat kita

I said what i said. sekian

Rae Hym –
Nabi pun halang Fatimah dip0ligamikan Ali. Nabi cakap siapa buat Fatimah marah, Nabi pun marah.

Nabi sendiri berp0ligami time perang je. Nabi dan sahabat sahabat tolong janda janda sahabat lain yang dah mti syahid.

Aisyah pun dinikahi sebab nak rapatkan hubungan sahabat. Sebab isteri pertama Nabi yang paling disayangi, Khadijah tak dip0ligamikan.

Khadijah je cinta sejati Nabi. Sampai Aisyah pun jealous walaupun Khadijah dah lama tak ada.

So makcik ni jenis perempuan tak tau berbahas dengan laki playboy dia tu. Jenis pasrah je, tak melawan.

Apa takut, ada income cikgu. Bukan hidup merempat pun kalau laki cerraikan.

Pastu mengadu sedih dip0ligamikan. Siapa suruh ikut je? Dah ikut, patutnya tak payah mengadu sedih. Kena happy je berp0ligami.

Ini tak ikhlas. Dah tak ikhlas lawan je. Tak payah risau pasal masa depan anak anak. Ramai je anak anak tak ada bapak berjaya dalam hidup.

Yang ada bapak pun belum tentu berjaya. Buat je apa yang perlu asalkan sendiri bahagia.

Sumber – PakmaBakawali (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post