8 bulan lepas dokter tu kawen, dia ajak aku jadi bini no 2. Diam2 bercinta. Lepas 3kali jumpa, aku balas dendam



 Foto sekadar hiasan

Curang Itu Pilihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hi, lately banyak cerita pasal kahwin dengan suami orang dan curang dengan pasangan kan.

Aku ada cerita nak kongsi sebab cerita ni hanyalah aku seorang je yang tahu.

Aku tak pernah cerita dekat sesiapa. Jadi apa aku nak cakap, sebenarnya curang itu pilihan.

Sebagai seorang suami, awak ada akal dan otak untuk berfikir.

Aku percaya, yang curang ni tak kenal status pendidikan seseorang, cerdik atau tak kalau nak curang tetap curang.

Berbalik cerita aku, 5 tahun lepas aku kenal seorang lelaki, kerjaya dia masa tu doktor pelatih.

Cara kenal dengan dia pun singkat sahaja, dan masa tu aku baru habis degree. Dan tengah mencari someone lah.

Pulak tu baru kenal Doktor pelatih, siapa je tak nak kan.

Di pendekkan cerita kami berwasap jarang jarang, cuma kalau wasap tu dah macam orang bercinta.

Pasal family dia, aku tak tahu sangat. Cuma adalah aku stalk FB, IG dia tapi tak banyak info aku dapat.

Fast forward, sebulan sebelum dia senyap, dia ada ajak aku kahwin.

Masa tu aku cakap biarlah kita berkenalan lama sikit. Ni kurang setahun dah nak kawin. Kau biar betol.

So nak di jadikan cerita, makin lama makin jarang dia contact aku alasan busy kerja doktor pelatih.

Jadi aku mengiyakan sahaja. Sampailah dia sudah tak respon chat aku.

Sebulan kemudian, aku nampak sorang photographer ni upload gambar pengantin outdoor.

Aku zoom dekat dekat, ye betul. Doktor pelatih yang acah busy tu. Hahahaha. Patutlah kau diam. Rupanya busy kahwin.

Lepas pada tu aku wish dekat IG story. Sebab sebelum dia kawin, dia memang tak respond chat aku tapi IG story aku dia tengok.

Jadi aku wish dekat situ and bagi 2-3 ayat dan dia terus unfollow aku. Aku check balik FB wife dia, rupanya dah bertunang lama. 3 tahun lepas diorang bertunang.

Dah tu aku ni pulak scandal dia ke apa, patutlah busy manjang.

Aku fikir kisah kami tamat dekat sini memandangkan aku pun nak move on dan tak nak ambil kisah dah. Rupanya tidak ye.

Dalam 8 bulan lepas mereka kawin, aku ada urusan di hospital yang dia kerja @ buat houseman.

Aku ingat doktor tu dah habis latihan dia dekat situ, jadi selamatlah aku ke sana. Rupanya tidak. Nah, terserempaklah kami disana.

Cuma masa tu bukan zaman c0vid, so takde yang pakai mask memang dia kenal aku. Aku pun kenal dia. Tapi aku buat tak tahu ajalah.

Sampai urusan selesai aku balik dengan hati berdebar debar. Kenapalah ketemu lagi.

Esoknya, ting masuk notification. “Hi, ingat lagi tak saya”. Aku buat buat tak kenal.

Tapi tulah syaiton menghasut, kembali lah aku ke dunia percintaan dengan suami orang. Aku boleh kata, dia lagi caring dari sebelum dia kahwin.

Guess what, dia ajak aku jadi wife no 2. Aku memang tergelak besar masa tu. Dia cakap kahwin tunang dia itu semua aturan keluarga.

Tapi tulah aku memang tak percaya sebab dia chat aku dikala mereka laki bini PJJ. Dia keseorangan di rumah.

Nak kata bercinta tu tak jugak, tapi aku layan dia. Aku tahu dan sedar apa yang aku buat tu berdosa.

Sampai sekarang aku tak minta maaf lagi dengan wife dia.

Oh masa kami berchattting bagai tu, dia ajak aku jumpa. So aku pun pergilah.

Tapi itulah nak curang tapi pengecut, jumpa dalam kereta je.

Aku tahu dia risau takot kantoi. Hahahaha.

Jadi dipendekkan cerita ada dalam 3 kali je aku jumpa dia masa dia curang dengan wife dia.

Dia sebenarnya yang aku faham cuma nak bermanja, nak kasih sayang. Tapi aku pelik, tak cukup ke dengan sorang?

Lepas jumpa 3 kali macamtu aku tinggalkan dia dengan tak reply chat sama macam dia buat kat aku dulu dulu.

Kira macam aku balas balik.

Tapi aku tak jahat sepenuhnya sebab aku tak bagitahu wife dia apa yang dia buat belakang.

So begitulah cerita bercinta dengan suami orang.

Cerdik tapi curang. Nak apa tak tahu lah aku. Aku fikir kalau aku melayan dia silap silap memang cerrai berai rumahtangga diorang.

Tapi aku sedar, aku bukan jodoh dia. Allah dah atur terbaik untuk aku dan aku pun sudah berbahagia dengan keluarga aku.

Kifarah atas perbuatan aku pun telah terima.

Untuk yang tengah berkenalan dengan suami orang, aku harap korang tinggalkan perbuatan ni.

Cinta memang buta. Tapi jangan butakan hati kita.

Reaksi Warganet

Umaira Khadijah –
Saya pun pelik dengan wanita yang sengaja bercinta dengan suami orang.

Banyak lagi bujang teruna diluar sana yang baik baik untuk dijadikan suami.

Kalau kata dah jodoh, doa ja banyak banyak semoga jauhi dari menyintai suami orang.

Dengar memang p0ligami tu indah. Hanya yang pernah melaluinya tahu Dan merasa pahit manisnya hidup bermadu

Amira Kamaruddin –
Awat..laki hang pula ada scandal ka la ni?Kifarah dah diterima katanya.

Takpelah sis. Ustaz cakap, kalau dah bertaubat nasuha, Allah padam dah dosa tu, dekat padang mahsyar nanti pun Allah tak tayang dah. Lupus.

Aini Mohamad –
Diri sendiri pilih curang jugak. Jantan tu tak yah cakap lah, memang ada DNA pencurang.

Lagi 1 nak bagitahu, jangan ingat semasa anda sedang menyondol dan berjaya menyondol.l, maka pasangan sondol anda akan mudah mudah cerraikan isteri halal nya.

Silap hari bulan, kelentong mulut manis cakap akan bercerrai. Balik rumah elok je berjimak dengan isteri halal.

Jumpa pun dalam kereta, ada hati fikir si pasangan sondol sangat berani nak cerrai isteri halal.

Cik Puan –
Setuju dan bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Betul ke betul?

So kita sebagai perempuan yang bermaruah pun kena mainkan peranan jugak. So takde lah nanti kita di gelar penyondol!

Saya ada pengalaman macam confessor ni. Tapi saya tak bercinta pun dengan suami orang tu.

Awal awal memang dia mengaku status dia sebagai suami orang with 4 kids. Just jumpa sekadar kawan je.

Tapi tak sangka pulak lelaki tu berkenan nak jadikan saya sebagai isteri ke 2 dia ahahaha.

Masa tu umur saya dah 34 tahun. Umur lelaki tu awal 40an. Berjawatan hebat dalam company developer terkenal (psttt..muka dia iras KJ bak hang!).

Dalam tempoh 2 bulan kenal tu, 2 kali jumpa dekat public area. Tak berjanji tapi kebetulan saya pergi shopping dan dia pun ada urusan dekat area situ.

So dan dan tu jugak dia pergi jumpa saya kat shopping mall tu. Tapi serius kami tak bercinta pun.

Saya memang jenis suka berkawan dengan semua orang (maybe dah terbiasa dengan kerjaya saya yang hadap macam macam kerenah manusia daripada pelbagai usia dan jantina).

Masa tu saya cuak jugak. Mana lah tahu kot tiber kena serang dengan wife dia ke apa. Tapi tengok lelaki tu rileks je..

Dalam kenal tu..sempat lah saya jadi stalker yang berjaya. Even dia tak guna nama sebenar dekat socmed, tapi melalui nick name yang dia guna Kat WhatsApp dia.

So ‘kacang’ je saya nak detect.

Kat socmed dia tak banyak info. Tapi maybe Allah nak tunjuk, saya dapat detect acc socmed wife dia.

Daripada pic dia orang kahwin, anak sorang sampai latest status yang wife dia up. Nampak la rumah tangga dia orang ‘bermasalah’.

Then sebelum saya blah..selamba je saya tanya kenapa dia nak kahwin lagi? Tak cukup ke dah ada isteri yang berkerjaya, ada rupa..anak anak yang comel

(fyi..masa kami kenal tu wife dia tengah dalam pantang lahir kan anak ke 4).

Jawapan lelaki tu..dia nak kahwin lagi sebab NAFSU dan sebab dia MAMPU (zahir dan batin).

Yes..saya tak nafikan tu. Coz dia suami isteri lulusan uni overseas (US). Dua dua berkerjaya hebat.

Dia pun bagitau..wife dia dah redha if dia nak kahwin lagi 1 (2nd wife) tapi dengan syarat kena cari perempuan baik baik dan berkerjaya.

Sebelum dia kenal saya..dah banyak kali dia kantoi curang dengan wife dan mostly scandals dia sebelum ni budak budak baru nak up yang jenis kaki kikis.

Dia tengok saya tak heran bab material, tu yabg buat dia excited dengan saya. Siap nak ajak saya jumpa wife dia kalau saya tak percaya apa yang dia inform tu.

Tapi saya tolak cara baik. Sebab lepas tengok pics anak anak dia dan quotes sedih aka ‘tersakiti’ yang wife dia up dekat socmed (sengaja di public kan), saya tak sampai hati nak rampas kasih sayang seorang suami dan bapa orang.

Then saya terus terang bagitau..saya dah tahu info pasal wife dia, dah tengok pic wife dan anak anak dia. Saya tak sampai hati.

So saya minta dia fikir perasan isteri dan anak anak dulu sebelum fikir nak puas kan NAFSU sendiri.

Yang kelakarnya..boleh pulak dia minta izin nak stalk socmed saya (macam tahu tahu je saya dah stalked socmed dia dan wife huhu).

Saya tanya nak buat apa? Dia cakap, saja nak tengok pic saya dengan my family dan friends.

So saya bagi je sebab memang pics dengan family dan kawan kawan dekat socmed mostly saya public kan (acc socmed yang lama).

Then lelaki tu cakap..lepas dia tengok pic my dad dah my family..dia pulak rasa segan sebab nampak saya daripada family yang baik baik dan educated

(saya syak..maybe awal awal dia sangka parents saya ‘orang Kampung’ yang betul betul kerja kampung kot huhu).

Dia pulak minta maaf dengan saya. Sebab sangka saya ni daripada family susah (orang kampung), see..hmm macam macam hal..

Saya? Beberapa bulan kemudian..dengan kuasa Allah, saya kenal dengan suami secara tak sengaja dan takde rancangan untuk kahwin pun.

Tapi dah tertulis jodoh kami, setahun kemudian kami di satukan sebagai suami isteri.

Sumber – Dz (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post