Bbrp kali bercinta dgn suami org. Bila kene try, dh terbiasa. Bukan slh aku sorg. Aku mula sedar 1 benda



 Foto sekadar hiasan

Kenapa Su4mi Orang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

First sekali aku nak ucap terima kasih pada admin sebab approve confession aku ni.

Nak remind, post ni agak “cringe” since sekarang ni dia macam tengah musim.

Musim apa? Ya, musim curang.

Aku sedang dalam dilema sebab tengah bercinta dengan suami orang. Perasaan tu macam tak boleh nak patah balik ke asal.

Asalnya kami hanya kawan sekerja, kerja yang memerlukan each other. Working closely baru kerja boleh siap.

Dan kerja kami ada deadline yang sangat crucial untuk disiapkan. Makanya kami tiada pilihan untuk terus berhubung.

Bermula dengan perkenalan yang biasa biasa.

Sehingga kami bertukar cerita, share pengalaman kerja, zaman muda mudi, zaman belajar, dan kami sekepala.

Boleh layan lawak bdoh, lawak lcah, tak formal, macam member member.

Kemudian, kami keluar lepak. Minum minum, borak soal kerja. Semua masalah kerja kami share sesama sendiri.

Sehingga lah terbit rasa sayang. Walaupun aku tahu dia adalah suami orang.

Kerja aku yang normally dikelilingi lelaki, membuatkan aku sudah terbiasa bila diusik atau ada yang nak “try”.

Memandangkan aku ada rupa (kot) dan aku jenis easy going, tak malu untuk bersocial, and happy go lucky.

Semua orang dalam ofis aku tegur. Aku anggap perkara biasa bila aku keluar lunch berdua dengan suami orang dengan alasan, kami hanya keluar makan.

Dan tak ada mutual feeling walau sedikit.

Aku pernah bercinta beberapa kali dengan suami orang. Bukan salah aku seorang. Dua dua pon gatal.

Aku sedar satu benda. Suami orang ni kurang perhatian. Kurang layanan batin. Nak kan teman berbual. Nakkan teman meluah soal kerja.

Dan aku adalah seorang pendengar yang baik.

Semua kawan kawan aku pon suka meluahkan masalah mereka pada aku. Aku hanya mendengar tanpa judge apa apa.

Mungkin sebab itu juga suami suami orang ni suka berkawan dengan aku.

Mungkin juga sebab aku bujang tiada komitmen anak anak untuk dijaga. Tiada suami untuk bermanja. Suami suami orang inilah tempat aku bermanja.

Kalau nak kata aku kurang kasih sayang, family aku telah beri kasih sayang yang secukupnya pada aku.

Cuma mungkin aku lebih sukakan kasih sayang dari seorang yang bernama lelaki asing.

Aku tak tahu tarikan apa yang ada pada aku yang membuatkan suami suami orang ni cukup senang dengan aku.

Sikit pon aku tak bangga. Malah kadang kadang aku rasa serba salah pada isteri isteri diorang.

Tapi aku bukan jenis bila dah menyondol, berlagak hebat. Bagitahu semua orang aku berjaya merampas atau heboh pada si isteri aku berjaya rampas suaminya. Tidak.

Aku hanya berhubung senyap senyap. Sebab aku pon ada rasa takut. Takut bila kantoi, mereka akan bergaduh, rumahtangga goyah, bermasam muka, terluka.

Rasa macam perempuan simpanan pon ada.

Tapi, itulah, hati masih suka dan sayang.

Boyfriend aku pon tak bagi perhatian yang bersungguh macam suami orang ni bagi. Manalah hati aku tak cair.

Harap korang doakan aku boleh buang perasaan terhadap suami suami orang ni. Tak best pon sebenarnya.

Tapi aku sendiri tak tahu kenapa boleh sampai ke tahap ni. Bila nak patah balik, rasa awkward. Sebab pernah sayang kan.

Aku serba salah juga pada boyfriend aku. Dia jenis menjaga. Ikhtilat semua. Sebab tu dia tak ada nak contact aku sangat.

Jadinya aku sunyi dan suami orang ni datang menemani. Harus bagaimana lagi untuk aku nafikan perasaan ni?

Pernah juga suami suami orang ni nk peristerikan aku, tapi aku reject. Aku tak mahu berkongsi kasih.

Malah, aku minta diorang setia dengan isteri masing masing, hargai mereka, hargai pengorbanan mereka.

Bila aku tak layan, suami suami orang ni cari aku sampai dapat. Call aku sampai aku angkat. Cari aku di semua media sosial.

Bukan aku tak cuba lari. Aku cuba tapi aku tewas. Akhirnya aku layan.

Akhirnya aku fikir aku mesti cepat cepat kahwin mungkin. Aku confront dengan boyfriend aku untuk masuk meminang. Dia setuju.

And kami ke arah untuk bertunang dan kahwin dalam tahun ni juga. InsyaaAllah.

Mohon doa semua pembaca, tolong jangan kecam aku.

Aku masih struggle dengan perasaan aku yang kadang tak waras ni.

Terima kasih…

Reaksi Warganet

Suhaida Ramli –
Kalau tempat kerje tu 99% lelaki dan 1% tu perempuan. Senang citer tiang electric tu kalu pakai gincu dengan skirt pun kene ngurat tau. Hi hii.

Masih rase cantik dan easy going? Renung renungkn laa. Selamat beramal..

Yana Abdullah –
Aku harap bakal suami kau pun bermanjah2 dengan perempuan bujang yang lapar perhatian laki orang suatu hari nanti.

So win win situation tt. Kau pun akan rasa perasaan tu.

Ohhh myyyy spesis ni sila pupus secepat mungkin. Mak Ayah mana dik. Pergi confess kat parents cepat ketagihan kau ni.

Mana le tau kot boleh diruqyah kan ke bisikan setan tu. Hmmm

SN ZA –
Sund4l nya perangai sis. Bukan awak rasa awak macam perempuan simpanan, tapi awak memang level perempuan simpanan pun dik.

Ingat awak single rupanya ade boyfriend. Apo perangai ni dik?.

Suami orang tu bukan taj cukup nafkah batin ke kurang layanan isteri. Dorg seronok dapat layanan manjahhhh dari awk free2.

Tak yah spend duit hantaran ke apa, free free jer dorg dapat awak. Sape tak suka dik? benda free.

Nanti kalau awak bernasib baik, awak merasa lah pulak bila suami sendiri pulak melayan perempuan lain. Hehe..

Kifarah tu ada dik. Good luck

Fahani Hasan –
Kenapa suami suami orang ni suka sangat dengan awak? Kok nanya..

Sebab awak nampak ‘mudah’. Kalau lawak lcah pun hang layan, hang rasa???

Lagi 1, suami suami orang yang kononnya kurang perhatian ni. Kebanyakannya semua wife dia yg buat kerja dekat rumah dari uruskan rumah tangga sampai ke anak anak.

Kalau suami suami orang ni jenis uruskan rumah tangga dan handle anak anak, dia takkan ada masa nak bercinta ngan hang.

Sebab semua tu memenatkan. Hang kawen nanti hang tau la.

Moga berubah dan kawen la cepat cepat. Tinggalkan semua benda yang nyata salah dan berdosa ni.

Sumber – Haja (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post